Nuffnang Leaderboard

Wednesday, 11 May 2011

Nurul+Zafril

 BAB 1

“Nurul tak nak,mak. Janganlah paksa Nurul. Ini bukan soal kecil, benda ini melibatkan seluruh hidup Nurul. Nurul tak nak hidup Nurul tak bahagia nanti. Lagipun, SPM baru jew habis tiga minggu lepas. Apa mak ni?” Bantah Nurul pada permintaan orang tuanya itu. kita sekarang hidup dalam dunia globalisasi, kenapa harus berlaku kes seperti ini lagi? Ni aku nak start bersyarah. Kang free je aku bersyarah dekat sini. Tapi opps, Nurul tak berani bersyarah dekat mak. “Sebab mak nak anak mak bahagialah mak suruh Nurul kahwin dengan anak Pak Cik Hafiz kau tu. Lagipun, mereka tu orang berada, boleh tunaikan semua permintaan kau nanti.” Bela ibu Nurul. Sebenarnya, itu semua adalah permintaan ayah Nurul yang teringin benar berbesankan Pak Cik Hafiz. Huh! Tahulah ayah dah kawan lama dengan pak cik, tapi macam dah takde kerja je nak menjodohkan kami. Kenal? Tak langsung. Jumpa? Lagilah tak pernah.
 “Tapi mak…”
“Mak tak  tahu macam mana nak pujuk kau Nurul,kau pergilah bagi tahu ayah kau tentang keputusan kau ni.” Potong Raudah, ibu Nurul yang berusia 40 tahun itu. “Nurul tak nak. Nanti ayah marah Nurul.” Bantah Nurul. Tak nak, ayah garang. “Dah tu,kau nak mak yang kena marah. Bukan kau tak tahu ayah kau tu, pantang orang melanggar arahannya.” Kata Raudah dan berlalu pergi dengan wajah yang sugul. Tolonglah Nurul, permintaan pak cik kau yang terakhir.
 Mak,ayah, kenapa buat Nurul macam ni? Hati Nurul menyoal kecewa bersama airmata yang bergenang di kelopak matanya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


“Mama tak boleh paksa Ril. Lagipun, Ril belum bersedia lagi lah ma. Orang enjoy pun tak puas lagi.” Bantah Zafril  pada permintaan mamanya itu. “Lagipun, apa lebihnya budak kampung tu hinggakan mak tolak Linda untuk jadi menantu mama?” Marah Zafril apabila teringatkan peristiwa minggu lepas,sewaktu dia membawa Linda, kekasihnya pulang ke rumah untuk dikenalkan pada keluarganya itu. Tapi papanya, Luqman Hafiz menolak Linda terang-terangan apabila melihat penampilan anak muda itu yang memakai baju ketat dan serba pendek akibat terbawa arus pemodenan.

“Zafril, mama pun asal dari kampung.” Kata ibunya sambil senyum sinis padanya. Kamu tu anak perempuan kampung, jangan lupa. “Mama lain,perempuan tu lain”, jawab Zafril melindungi kesilapannya itu. Sememangnya ibunya itu berasal dari kampung yang sama dengan papanya. Papanya adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Namun,dia tidak pernah lupa daratan.

Setelah menamatkan pelajarannya di United Kingdom,papanya itu  kembali ke kampung yang suatu ketika dahulu pernah dia membesar. Tempat jatuh lagikan dikenang, apatah lagi tempat membesar.

Papanya  kemudian berkahwin dengan gadis pilihan datuk dan neneknya. Berkat perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan  lima orang cahaya mata,tiga putera,dua puteri yang sememangnya mempunyai penampilan yang amat tinggi.

 “Mama, Ril belum bersedia lagi untuk ke arah itu. Ril tak nak kahwin! Mama jangan paksa Ril!!” Sejurus kemudian, Zafril mencapai kunci keretanya dan meninggalkan Puan Zahrah,ibunya itu bersendirian.

“Astaghfirullah. Bertuah betul anak mama ni,mama belum selesai cakap, kau dah pun keluar”.
            Didalam kereta, mulut Zafril tidak pernah berhenti dari mengomel tentang rancangan ibu bapanya yang ingin menjodohkannya dengan anak kawan abahnya itu.
“Ada ke patut nak aku kahwin dengan budak kampung?” Zafril tersenyum sinis sendirian didalam kereta.





(actually cerita ni dah banyak dah tuliz... somehow, file tu hilang... sekarang ni, tgh cuba2 nk cari balik fail tu.)

No comments: