Nuffnang Leaderboard

Wednesday, 11 May 2011

Tish+SomeOne

INTRO

Dah lama rasanya aku tak happy macam ni. Dah lima tahun. Lima tahun di bumi asing banyak mengajar aku. Sesejuk manapun winter sonata, sehangat manapun summer dekat sana, masih tak dapat menandingi ke-normal-an dan ke-khatulistiwa-an Malaysia negara tercinta.

Jarak mengajar aku erti kemanisan satu kerinduan, keindahan suatu perhubungan, dan erti sebuah kesyukuran.

Aku mula merindui mereka-mereka yang suatu tika dulu tidak pernah menapak nama dalam diari hidupku. Kerinduan terhadap keluarga yang sentiasa menjadi penyokong setiaku. Merindui mereka yang bergelar musuhku. Merindui dia yang sering bertingkah bicara denganku.

Aku mula berkenalan dengan mereka yang majoritinya bukan sebangsa dan seagama denganku. Mengenali hati budi mereka. Aku berhubung dengan mereka-mereka yang jauh dari mata hanya melalui alam maya. Very mucho thanks to Skype dan sewaktu dengannya yang banyak membantu. Mula menghantar e-mail kepada mereka yang dahulunya banyak menyakitkan hati aku. Tapi aku masih tak mampu memhantar walau sepatah perkataan kepada dia kerana terlalu gugup rasanya. Sehinggalah menjangkaui benua, hubungan aku dengan mere dushmen(musuhku-dalam bahasa Urdu) berbunga indah (walaupun tak lama sebenarnya cause pergaduhan yang tercetus sejak dulu memang sukar nak mendinginkan keadaan semula) sejak aku menjejak kaki ke tanah yang pernah suatu ketika dulu bergelar Tanah Malaya.

Aku memanjat sebanyak-banyak kesyukuran kepada DIA YANG MAHA ESA kerana telah meredhai usahaku. Dalam genggamanku kini ada selembar sijil yang menjadi kebanggaan aku dan keluarga. Tak lupa guru-guru yang mengajar hanya untuk memastikan anak didiknya menjadi seorang insan yang penuh dengan modal insan seperti yang diingini negara. Transformasi ku kini lebih ketara. Dari seorang pelajar kepada seorang pekerja. Dan dari alam remaja menginjak ke alam dewasa.

Itulah dia, seorang gadis berusia 23 tahun yang punya misi untuk berjaya. Punya gelaran Tish untuk serangkai nama Balqis Batrisya.





SATU
“Ibu, mana kasut Tish, Nike hitam putih. Last sekali Tish letak atas almari. Asal takde?” soalan dari Batrisya terus menjengah gegendang telinga ibunya, Puan Siti Zulaikha. “Tanya Along. Ibu tengok dia yang selalu keluar masuk bilik Akak.” Jawapan dari ibunya cukup untuk membuatkan bom nukler yang bertapak di voice box Tish untuk meledak dalam masa kurang dari tiga saat selepas itu.

“ALONG!!!”

“Opocot mak kau jatuh tangga.” Refleks Endry melatah. Tangannya cepat memaut pada koridor tangga. “Fuhh... Nasib baik tak jatuh.” Endry membetulkan anak rambutnya yang terkedepan. Tish terlihat sedang menantinya di bawah. Bercekak pinggang! Bala apakah yang sedang menanti ini?

Endry meneruskan langkahnya ke tingkat bawah. “Morning babe! Ni apa gaya komander tunggu anak buah datang practice lambat ni?” Dia melintasi Tish. Sempat tangannya menarik tocang Tish yang diikat ekor kuda. Tish menjerit, refleks.

Lima saat kemudian berlakunya pertandingan aci kejar. “ALONG!!! Mere dushmen!!! Nak lari mana? Dah dapat nanti, siaplah!” Bantal kecil di tangan Tish melayang tepat ke belakang badan Endry. Endry tersungkur.

“Akak! Along! Ada apa tu?” Ibu bertanya dari arah dapur. “Tak ada apa ibu. Tengah check stamina kami berdua je ni.” Tish menjawab bagi pihaknya dan musuhnya itu. Tish melangkah ke arah dushmen-nya a.k.a Endry. Baju tanpa lengan musuhnya itu ditarik. Setelah Endry tegak dihadapannya, dilihatnya lelaki itu menjungkit kening kirinya. Konon hensem paras melampau lah tu. Sah anak Pak Hassan, PERASAN!!!

“Yes my babe? Any problemo?” Endry memecah kesepian antara mereka. “Where’s my Nike’s shoe? White-black one.” The most I love one!!! “Erk? Yang tu ke?” Endry menggaru belakang kepala yang tak gatal. “Yup!!!” Tish membalas dengan hentakan genggamannya ke atas meja telefon disisi. “Along pinjam. Nanti Along bagi balik, kay? Bye. Gotta go.” Endry memusing badannya, mengarah ke anak tangga. Dia berlari ke arah tangga, dan...

“Along. Makan dulu. Breakfast dah siap ni. Panggil Akak sekali.” Ibu melaung dari meja makan. “Along naik atas dulu. Nanti Along turun. Ibu makan dengan Akak dulu.” Kakinya cepat di atur ke biliknya; sisi kiri tangga.

“Along! I want my shoe back!” Tish menjerit dari bawah. “Akak, makan dulu.” Ibu memanggilnya. Dengan bibir yang muncung, Tish menuju ke arah meja makan. Abah ada meeting dekat KB. Lusa baru balik. E-cha pulak tengah bertapa dekat rumah Che-E. Sepupu mereka yang sebaya dengan adik bongsunya itu. Tahun depan nak ambil SPM!

“Ibu, Along ambil kasut Akak. Dia tak minta izin pon.” Tish memulakan sesi ‘menghasut’ ibunya. Biar Along kena marah! Ibu hanya menggeleng kepala sambil tersenyum. Tish dengan Endry memang tak boleh duduk dekat-dekat. Kalau tak, mesti meletus Perang Saudara. Ibu menyenduk mee goreng ke dalam pinggan.

“Morning mom.” Endry menyapa. “Assalamualaikum.” Ibu membalas dengan senyuman sinis. Salam berbalas, tetapi dibalas dengan senyuman nak tutup malu!

Huh! Bila masa mamat ni turun tangga? Tish mengerutkan dahinya. “Sudah-sudah la kedutkan dahi tu. Kalah dahi nenek-nenek tau.” Endry menegur Tish. Tish menjeling. Sudu di tangan melayang ke arah Endry yang duduk bertentang dengannya.

“Akak, besi tu. Kalau kena kepala Along tadi macam mana?” Ibu menegur. “Ibu... Janganlah risau. Ibu dah lupa? Akak kan bakal doktor. Mestilah dia tolong cure Along kalau jadi apa-apa.” Endry cepat menjawab. Tish buat muka. “Erk? You wish.”

Lima minit berlalu.

“Ibu, Along nak keluar ni. jumpa kawan. Babe, join jom. Diorang tak tau pon honey dah balik. Mesti kecoh nanti.” Endry mempelawa Tish. “My shoe?” Tish menyoal. “Drop the subject. Jom.” Endry menarik pergelangan tangan Tish.

Sampai di hadapan pintu, Tish mengambil tudung hitamnya yang disangkut di penyangkut sut abah. Satu suit hitam hari ni! Seluar track Adidas hitam-merah dipadankan dengan baju Adidas longsleve hitam-putih yang telah di-modify olehnya sendiri. Along disebelah; seluar jean entah jenama apa entah dengan jersey Nike putihnya. Ditambah pula dengan cap hitam-putih Adidas-nya. Antara Jejaka Pilihan Wanita Malaya lah dia ni!





DUA

“Alamak. My baby lah!” Ejad menyapa setelah pandangan matanya menangkap susuk tubuh Tish. Tiga orang lelaki yang bersama Ejad menghala pandangan ke sisi kiri mereka. Semua mengukir senyum, melompat dari duduk dan berlari ke arah Tish dan Endry.

Endry dan lelaki-lelaki tersebut bersalaman. “Rie, kau rahsiakan kepulangan my secreto de amor dari kami semua! Bongek lah kau ni!” Apit menyampuk setelah berjabat dengan Endry. “Bongek-bongek kau jangan sebut!” Endry menaikkan suaranya; marah. “Opps, sorry.” Apit minta maaf. Bongek? Ada sejarah di sebalik perkataan tu. Sejarahnya? Sejarahnya ada seorang budak perempuan ni yang suka cop Endry, “Hang ni bongek lah!” Sejak tu memang Endry anti dengan perkataan ‘bongek’ ni.

“Bila kau balik Tish? Tak inform kitorang pon?” Bad mencelah. “Aku baru balik tiga hari lepas. Penat pon tak habis lagi, tetiba Mister Endry heret aku keluar rumah.” Tish menjawab selamba. “Eleh. Tak nak lah konon-kononnya. Ni bukan malu tapi mahu, Mizz Tish kita sorang ni..dah masuk kes segan tapi nak!” Endry membidas.

“Orang lari balik rumah sekarang jugak!” Tish memalingkan badan dan mula menapak. “Wait wait wait!” Cham berlari dan mendepangkan kedua-dua tangannya menghadap Tish. “Kalau ye pon kau penat, celebrate lah dengan kitorang dulu. Nanti dah jadi doktor, tak de masa pulak kau nak spend masa dengan kitorang mat-mat street ni.” Cham mengangkat double-jerk. “Merepek!” Tish cepat membalas.Tawa mereka berenam pecah. Once again, ice is breaking setelah lima tahun tidak bertemu!






(Cerita ni aku baru tulis. Dan yes, aku mmg tak jumpak pun lagi nama yg okie untuk watak hero dia.)

No comments: