Sunday, 29 July 2012

Freak's Story; Freak's Camp Scene 5 Part(i) =)

Posted by Nina Zizan at 7/29/2012 06:54:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


“Abang Zarth. Nak buat cream macam mana?” Farhan yang terlebih happy menyoal. Kek koko basah yang sudah siap kini dipandang dengan bangga. “Dear… I’m not Zarth. My name is Harith. H-A-R-I-T-H.” Abang Iz mengeja namanya. Farhan membulatkan mata. Oppss! Silap! Malunya!

“Erk? Tersilap… Nak buat cream nak tulis happy birthday macam mana erk?” Farhan cover. Malu dowh!!! Yang lain dah tengok aku macam alien mata tiga apasal?!


SCENE 5 PART(i)

Relieve!!! Minggu akademik dah selesai! Farhan tersenyum lega…

            Up in the skies, I look very carefully to see your face. I wonder if you're there, I wonder if tonight you're thinking of me. I just want to tell you that looking at the stars makes me think of you. I’m asking myself if “Were your parents theives? Because they stole the stars and put them in your eyes.” By looking at the star, I’ll then imagine your eyes. I just want to be where you are, and hold you tight and never let go!
            -special dedicated to you: Farhan Nur Zarina-

            Serius! Time aku baca ayat tu, memang tersenyum je. Kira jiwang jugaklah dia tu erk? Tapi, bila aku baca tang special dedicated to, nama aku?! Memang aku rasa “Mak aih... Takutnya den!” Hurgh! Ada ke patut? Tapi, memang tu yang aku baca kan? Err, ada orang putus fius!


Doubt thou the stars are fire, doubt that the sun doth move, doubt truth to be a liar but never doubt that I love.” Farhan terkejut. Dia berpaling lipat maut ke belakang. Another relieve!

Master of All rupanya. Master of All= nama geng yang Farhan cipta untuk geng dia orang. Farhan ukir senyum pada rakan-rakannya yang berlima itu.

Dia orang semua dah duduk dekat tempat masing-masing di bangku simen itu. Tapi bukan Farhan. Farhan akan melepak di atas para gazebo sahaja dengan satu kaki dibiarkan berjuntai ke bawah, manakala lagi satu kaki diangkat membentuk sila di atas para gazebo itu. Matanya memandang langit. Hobi di waktu malam.

Up in the skies, I look very carefully to see your face. I wonder if you're there…” Pandangan Farhan digerakkan dari dada langit, dan jatuh pada wajah Addy. Alamak! Terlepas lah pulak! Muka Addy dah berkedut, pelik. Pandangannya mencerun melihat Farhan. Mana dia tahu ayat tuu?

“Oppss.. No wonder you are not there. You are in front of my eyes lah!” Farhan cover. Jantungnya benar sedang bekerja keras sekarang. Owh mummy! Terlepas! Tak sengaja. Oh my God! Kalau Addy perasan tu ayat dia, macam mana?

“Blah lah kau Tajul. Tadi tu ayat William Shakesphere kan? Tadi siang kan kelas kulinari. Kelas English dah dua hari dah berlalu. Budak Sastera!” Yang lain dah gelak. “Kena badi Mr. Kawasaki Ninja tu lah ni!” Farhan baling bunga raya yang dia pegang dekat Tajul.

            “Mr. Kawasaki Ninja? May I know, who?” Ada suara garau romantik menyampuk dari sisi kanan Farhan.

Darah menyerbu ke muka Farhan. Who is that? Takkan Shakespeare Melayu kot? Mampus aku! Kantoi secara terang-terangan di malam hari yang gelap.

            “Adik-adik abang kutuk abang erk? Mentang-mentang abang bawa Kawasaki Ninja. Jealous lah tu.” Abang Zarth selaku pengajar bagi kelas Sastera Inggeris ambil tempat atas para pondok; para yang betul-betul bertentangan Farhan. Farhan betulkan duduk di para. Adoyai! Ni kan port lepak kitorang, macam mana Abang Zarth boleh terseludup dekat sini pulak?

            “Mana ada abang. Kami tengah practice speaking English lah.” Dani nafikan. Yang lain mengangguk setuju.

“Ye sangat lah tu.” Abang Zarth tarik muka tak percaya. “Kamu memang suka lepak dekat sini ye?” Abang Zarth menyoal dua saat selepas itu. Nama sebenar dia Zarith, tapi ntah macam mana huruf ‘i’ dekat tengah nama tu boleh hilang. Dah ala-ala nama Darth Vader pun ada, kan? Mereka mengangguk kepala bagi menjawab pertanyaan Abang Zarth sebentar tadi.

            “Abang Zarth dengan Abang Iz tutor kelas kulinari ada apa-apa hubungan tak?” Farhan tetiba menyoal. Farhan muncung mulut satu saat. Mata pandang langit dua saat. Macam mana boleh terlepas tanya selamba pulak ni? Mak aih! Cover! Farhan kemudian memandang Abang Zarth, menanti jawapan yang bakal diterimanya. Lantak jelah. Dah tertanya, nak buat macam mana? Kekadang, mulut aku jalan lagi laju dari otak. Lumrah tu!

Abang Zarth menjungkit kening. “Kenapa tanya?” Abang Zarth dah kerut dahi pelik.

“Naa… Tanya ja.” Farhan berdalih.

“Farhan...?” Abang Iz kulinari tetiba memanggil nama Farhan, empat harakat tu! Dia memeluk tubuhnya sambil menggeleng-geleng kepala dengan senyuman segaris di pinggir bibir.

Tujuh pasang mata melihat susuk tubuh Abang Iz yang sedang bersandar di tiang pondok rehat tersebut. Masa bila dia ada dekat sini? Jatuh dari langit ke?

            “You are so freak kay…?” Abang Iz menyambung lagi. “Well… Anything you wanna know my lady?” Dia menyoal Farhan. Abang Iz ambil tempat duduk sebelah Abang Zarth. Abang Iz memeluk tubuhnya, persis Abang Zarth ketika ini. Wahhh! Sama! Sebijik! Muka je lain sikit. Tapi kalau tengok mata diorang berdua, memang mata spesis mata menggoda. Serius, tak tipu!

“Hmm… Nothing, I guess..” Teragak-agak Farhan menjawab. “Abang dengar lah apa yang Farhan tanya Abang Zarth tadi.” Pandangan Iz kini hanya terfokus pada wajah takut-takut Farhan. “Well… Kami twin.” Selamba Abang Iz jawab.

Muka Farhan nampak macam lega je lepas dengar ayat dari Abang Iz tadi. No wonder aku tersalah panggil dia orang ni.

Yang lain dah pelik dengar jawapan Abang Iz. Eve lah yang buat muka paling terkejut.

“Macam mana Farhan dapat idea nak tanya soalan tu?” Abang Zarth menyoal. Pelukan di tubuhnya dileraikan. Kedua-dua tangannya menongkat ke para yang didudukinya.

“Entah…” Farhan jungkit bahu. Aku pun tak tau? Tadi pun, kan TERtanya ja. “Abang dua orang macam, sama? Especially bila abang gelak. Obviously, exactly same. Fraternal twin. Berbeza macam mana pun, tetap ada persamaan, kan?” Farhan bicara lagi. Fraternal twin? Fraternal twin maksudnya kembar, tapi kembar yang tak seiras.

“Patutlah salah panggil Abang Iz dengan nama Abang Zarth dalam kelas hari tu?” Abang Iz dan Abang Zarth serentak gelak. Look…! Kan aku dah kata dia orang gelak sama je bunyinya.
           
“Hakhak… Betullah abang dua orang ni gelak sama.” Eve menyampuk. Yang lain turut sama gelak. Dan seperti biasa, Addy tidak turut ketawa dengan ahli geng Master of All yang lain.

Wait… Farhan ada lagi satu soalan.” Dia menghentikan tawa itu serta-merta.

“Apa?” Serentak Abang Zarth dan Abang Iz menyoal. Huyoo! Asal aku rasa tak sedap hati je? Iz kedut dahinya melihat reaksi kosong Farhan.

“Abang Iz dengan Kak Armanda assistant abang tu ada apa-apa ke?” Farhan menyoal tak beriak. Abang Zarth dah gelak dengar soalan Farhan. “Ambik kau Iz. Jawab jangan tak jawab.” Abang Zarth tumbuk(tumbuk manja rr lebih kurang) bahu Abang Iz. Abang Iz buat muka pelik. Dia menggaru kepalanya yang memang tiba-tiba rasa gatal.

Freak's Story; Freak's Camp Scene 4 =)

Posted by Nina Zizan at 7/29/2012 06:53:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


Then, lepas ni kita masuk area Britishian. Mampus aku speaking. Hmm… What is your name?” Tajul menghulurkan tangan kanannya ke hadapan. Gaya macam ada ja orang yang nak sambut tangan dia tu. “Shall I compare thee to the summer?” Dani dah buat gaya-gaya penyair. Tapi yang bestnya, dia punya slang betullah dah nak masuk ala-ala The Three Stooges punya slang. Pekat dowh!!! Yang lain ketawa dengan gelagat dia. Budak Sastera betul.

Better Prince Sastera daripada Prince Charming. Menakutkan! Seram kalah cerita hantu tau!
  

SCENE 4

“Mamamia… Kena masuk kelas kulinari lah. Baru sekarang ni aku perasan yang kem ni dah macam sekolah ja gayanya.” Farhan gelak seorang diri. Eve dan Delaila menggeleng.

“Kulinari class…! Aku on the way menuju mu. Bersiap sedia lah. Farhan de Disastero sedang menghampiri mu…” Farhan bermonolog. Dia tau Eve dengan Delaila dah masam bila tau kena masuk kelas kulinari hari ni. Sepatutnya masuk kelas ala-ala salon. Sekali kena masuk kulinari? Parah.

Cepuk!!!

“Adoi…” Farhan menggosok belakang bahunya. “Apahal tak pasal-pasal aku kena cepuk ni?” Farhan menyoal blur. Eve menjelingnya. Farhan tersenyum melihat Eve. Huhh! Angin satu badan lah pulak.

            Dekat depan, boys dah sedia tunggu dia orang bertiga untuk ke kelas terakhir bagi minggu akademik ni. Kelas Kulinari. Memang Farhan lepas nafas lega bila dapat tahu yang group 1 semua akan ke kelas kulinari hari ni. Since when aku pandai pakai bedak tiga inci tebal, lipstick merah menyala…? Tu tak kira lagi yang pakai eye-shadow, eye-liner, eye-segala bagai lagi. Mau meletup kepala aku kalau kena staying kelas tu for two and half our? Just imagine… Huarghhh...

            “Holla sinorita. Lama make-up…” Tajul menegur mereka bertiga. Buku nota Eve dah melayang ke lengan Tajul.

“Kau jangan nak kacau aku! Jahat! Voldemort versi bumi! Terlepas dari Hogwarts lah ni!” Eve cepat melangkah ke bangunan akademik.
*****

            “Assalamualaikum and good morning guys.” Abang Harith memulakan kelas. Farhan memerhati keadaan sekeliling. Power jugak dapur kem ni. Macam dekat restoran je gayanya. “Saya akan dibantu oleh Kak Armanda.” Abang Iz kenalkan assistant dia. Hmm… Ada chemistry. Ada relationship tak nak bagi tau erk? Farhan senyum dalam hati. Untuk kelas kulinari ni, kumpulan satu bergabung dengan lagi lima kumpulan.

            “Hari ni kita akan belajar buat Chocolate Cake. Lepas ni tak payah pergi beli dah. Boleh buat sendiri je.” Yang lain tersengih-sengih.

            Mula-mula…

Then…

Now…

Done!!!

            Yeayy! Siap! “Farhan berjaya bake a cake!!! Huhuhhh!!!” Farhan macam budak kecik dapat aiskrim.

            Abang Iz ketawa. Asal gaya Abang Iz gelak ni sama dengan Abang Zarth kelas English gelak erk? Uhuk! Whatever

“Abang Zarth. Nak buat cream macam mana?” Farhan yang terlebih happy menyoal. Kek koko basah yang sudah siap kini dipandang dengan bangga. “Dear… I’m not Zarth. My name is Harith. H-A-R-I-T-H.” Abang Iz mengeja namanya. Farhan membulatkan mata. Oppss! Silap! Malunya!

“Erk? Tersilap… Nak buat cream nak tulis happy birthday macam mana erk?” Farhan cover. Malu dowh!!! Yang lain dah tengok aku macam alien mata tiga apasal?!


Freak's Story; Freak's Camp Scene 3 =)

Posted by Nina Zizan at 7/29/2012 06:52:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


Cool Farhan. LK kan dah habis…” Mendengar ayat Tajul yang menyampuk itu, Farhan terus tersenyum. Nasib baik kejap je kelas Lukisan Kejuruteraan. Kalau lama lagi, alamatnya kertas lukisan tu aku lukis gambar orang lidi!!!

SCENE 3

“Pergi ke laut tangkap ikan yu, I nak cakap I love you.” Tajul ala-ala pemantun zaman moden. Yang lain gelak. “Tapi kan, memang aku salute rr Kak Acha. Dia punya class tak boring langsung-langsung. Spend time tengok movie lagi. Power habis! Pancha Delima. Aku wonder macam mana penulis skrip tu buat skrip untuk pastikan semua dialog tu berbentuk pantun. S.Sudirmaji kan penulis skrip dia? Superb rr!” Tajul memuji kelas ke-enam; Sastera Melayu yang merupakan kelas terakhir Kak Acha petang tadi.

Then, lepas ni kita masuk area Britishian. Mampus aku speaking. Hmm… What is your name?” Tajul menghulurkan tangan kanannya ke hadapan. Gaya macam ada ja orang yang nak sambut tangan dia tu. “Shall I compare thee to the summer?” Dani dah buat gaya-gaya penyair. Tapi yang bestnya, dia punya slang betullah dah nak masuk ala-ala The Three Stooges punya slang. Pekat dowh!!! Yang lain ketawa dengan gelagat dia. Budak Sastera betul.

Better Prince Sastera daripada Prince Charming. Menakutkan! Seram kalah cerita hantu tau!


Freak's Story; Freak's Camp Scene 2 =)

Posted by Nina Zizan at 7/29/2012 06:51:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


“Wakakaa… Lawak gila kau Tajul. Dah macam tiang elektrik bergerak aku tengok.” Dani gelak. Addy di sebelah hanya tersenyum.
***

“Hakhak… Farhan, cuba tengok Tajul dekat depan sana.” Delaila mengajukan jari telunjuknya ke depan; bahagian peserta lelaki. Farhan dan Delaila ketawa serentak. “Kenapa?” Hasni; budak kumpulan tiga yang berdiri di tepi Farhan menyoal. Farhan meluruskan  jari telunjuknya menunjuk Tajul di depan. Hasni yang melihat Tajul turut ketawa. “Cengal betul. Sengal!” Hasni spontan.

SCENE 2

“An, asal kau nampak pelik ja? Tahu rr kelas Bio dah habis, takkan terus moody kot? Kau cakap hari tu nak jadi ‘peng-happening’ kem? So sekarang ni apa kes?” Addy membetulkan kedudukan beg galasnya yang hampir jatuh. Bibirnya mengukir sengih. Gelabah semacam je minah ni?

“Takde apa lah. Aku, okey je.” Farhan angguk kepala. Ye ke okey? “Ha’ahh.. Okey..” Farhan mengangguk-angguk kepalanya lagi. Jalan di sepanjang koridor makmal sunyi. Fazli dengan Adila yang turut sekali membersihkan makmal dah jauh ke hadapan.

Nampak je dua orang manusia tu keluar dari makmal Biologi, dia orang yang ber-empat terus bangun dari pondok rehat depan bilik Lukisan Kejuruteraan, lalu berjalan ke koridor di depan bilik LK tersebut. Sementara menanti dua orang manusia dari makmal Bio, mereka bersandar ke dinding bilik LK. Jarak makmal dengan bilik LK ni adalah dalam 30meter.

Tinggal Farhan, Addy, Fazli dan Adila(budak kumpulan sepuluh) je tadi dekat makmal Biologi, kena kemas lab lepas buat experiment tentang perbezaan sel binatang dan sel tumbuhan yang buat petang kelmarin.

Really? Setahu aku, orang yang betul-betul okey, takkan sebut ‘okey’ sampai dua kali.” Addy jerk kening. Tersenyum.

Senyum tuu! Prince Charming! Lagilah aku takut. Ni nak gelabah lebih ni. “Mana ada.” Farhan nafikan. Muka cuba di-control se-cool yang mungkin. Argh! Senang-senang... “Kau ni, merepek je.” Farhan cepat berjalan ke hadapan mendekati Eve dan Dani yang lima meter di hadapan.

“Hey Dani! Kau memang suka LK ke? Susah gila dude. Basic LK Kemahiran Hidup, kan?” Farhan menyoal tiba-tiba. Empat manusia yang bersandar ke dinding bilik LK dah tarik muka pelik. Tetiba je tanya macam tu? Sawan ke? Takde angin, takde ribut, tetiba hujan?

“Yup…” Dani mengiyakan teragak-agak.

No wonder aku tak suka. Dari sekolah rendah aku memang macam ada something yang tak kena kalau masuk bab KH ni. Huh! Susahnya LK ni dah bagaikan masuk kategori E is equals to mc squared kau tau?” Farhan mengeluh. Siap tarik muncung pulak tu. Serius! LK aku anti! Lagi anti dari Add-Maths!

Yang lain gelak mendengar perumpamaan dari Farhan. Budak otak nombor ke dia ni?

Cool Farhan. LK kan dah habis…” Mendengar ayat Tajul yang menyampuk itu, Farhan terus tersenyum. Nasib baik kejap je kelas Lukisan Kejuruteraan. Kalau lama lagi, alamatnya kertas lukisan tu aku lukis gambar orang lidi!!!


Freak's Story; Freak's Camp Scene 1 =)

Posted by Nina Zizan at 7/29/2012 06:49:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


So, siapa yang in dalam plan ni?” Farhan menyoal. Dua saat selepas itu, empat tangan sudah sedia terangkat melainkan tangan… Dia! Perlahan-lahan tangan kirinya diangkat. “Count me in.” Lemah ayat itu dituturkan Addy dengan tangannya yang sudah diletakkan ke bawah kembali. MoU kumpulan pertama telah dimeterai.

            Senyum puas diukir di bibir Farhan. Aku happy..? No!!! Rindu mak! Rindu pak! Rindu rumah! Rindu bantal peluk! Rindu Compaq! Rindu-rindu-rindu!!!





SCENE 1

“Ni camp ke sekolah? Siap kena belajar Biology lagi ni. Hari ni hari Ahad lah! Nak rehat!!!” Dani tarik muka masam. “Plus aku ni student LK a.k.a. Lukisan Kejuruteraan. Apa kes kena belajar Bio ni?” Dia mengumam lagi. Langkah yang berderap terdengar kuat je. Well, bebudak lelaki kan dapat sponsor kasut ala-ala kasut pengawas tu. Kasut hitam kilat aku panggil!

Best lah... Teropong-teropong cell. Dia gerak-gerak lagi. Sempoi lah tu.” Farhan membidas kata-kata Dani. Dia tersengih.

“Kau best lah. Kau tu kan bakal ‘Doktor Farhan’. Aku ni? Mau aku tidur je dalam kelas tu.” Dani tarik muncung. Masih tak puas hati. Ada ke patut, masuk kem Suria, belajar Biologi? Peliknya! Nama kem Suria, ala-ala ‘Summer Camp’ dalam cerita Kuch Kuch Hota Hai. Cuba la belajar menari ke, menyanyi ke, happening la jugak! Ni? Bio? What the heck?

“Relaks rr beb. Lima kelas jalah. Two and half hour ja. Pastu, settle.” Farhan cuba relaks-kan Dani.

Fine. Tiga kelas dah lepas. Tinggal sejam je lagi aku dalam kelas tu. Chill Dani.” Dani menenangkan dirinya sendiri.

“Itu rr. Tapi ann... Esok aku, Addy dengan sapalagientah kena kemas lab Bio rr. Petang nanti last experiment, esok kemas lab? Asal tak kemas terus ja petang ni erk?” Farhan menyoal dirinya pelik. Ada kedut di dahi. Well, refleks ni. Inner action.

“Petang ni kan ada dancerobic. Mana sempat kalau kita kemas petang ni. Habis kelas petang ni, pukul lima. Terus balik bilik, mandi. Asar aku rasa dalam bilik je. Tak turun surau dah. Then tukar baju. 5.30 ada dancerobic dekat padang kem.” Addy bagi penjelasan. Farhan angguk kepala. Patutlah… Eheh! Budak ni memang punctual erk? Erkkk... 180 darjah against me. Dah macam nak lukis rajah dalam Add-Maths dah ni. Ada agaisnt lagi tu. Nasib baik takde gradient!

By the way, ada kelas apa erk lepas ni?” Farhan menyoal. Aku ni, bab-bab manage masa, memang fail lah!

Addy di bahagian belakang bukak jadual akademik. “Well. Minggu akademik satu minggu je. Minggu ni direct akademik. Kelas Bio almost done. Lepas kelas Bio kita akan ada kelas LK. Syabas bro.” Addy menepuk bahu Dani. Yang lain tersenyum.

“Puas?” Farhan juling mata dekat Dani. Dani berjalan di sebelah kirinya. Farhan diapit oleh Dani dan Dila. Di barisan belakang pula, dari kiri ada Tajul, Eve dan Addy.

“Kelas apa lagi kita kena attend erk?” Farhan menyoal. Addy kembali menatap jadual akademik.

“Akan ada kelas Sastera and... Fuhh! Ada kelas Kecantikan untuk girls and boys akan masuk Kulinari. Tapi Sastera ada dua, divided into Melayu and English. Three hours for Malay, another three hours for English. Kiranya kelas Sastera ada dua hari rr.” Lancar Addy menutur. Yang lain mengangguk. Eve dah senyum lebar. “Dulu aku teringin nak masuk kelas kecantikan tau. Tapi, takde chance. Dapat juga aku masuk kelas ni akhirnya. Bestnya.” Eve dah bertepuk tangan.

Farhan pusing kepala ke belakang dua saat, melihat Eve yang masih bertepuk tangan. Farhan tersenyum melihat Eve yang tersenyum lebar. Happy rr tu. Kepala dipusing ke hadapan semula, dan raut wajahnya berubah masam. Masa bila aku pandai make-up ni? Parah…
*****

“Wakakaa… Lawak gila kau Tajul. Dah macam tiang elektrik bergerak aku tengok.” Dani gelak. Addy di sebelah hanya tersenyum.
***

“Hakhak… Farhan, cuba tengok Tajul dekat depan sana.” Delaila mengajukan jari telunjuknya ke depan; bahagian peserta lelaki. Farhan dan Delaila ketawa serentak. “Kenapa?” Hasni; budak kumpulan tiga yang berdiri di tepi Farhan menyoal. Farhan meluruskan  jari telunjuknya menunjuk Tajul di depan. Hasni yang melihat Tajul turut ketawa. “Cengal betul. Sengal!” Hasni spontan.


Freak's Story; Freak's Camp Scene Opening Part(ii) =)

Posted by Nina Zizan at 7/29/2012 06:47:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


            "Orait... Kami berlima dari satu sekolah. Memang dah kenal rr senang cakap. Nama aku Eveinna, dia Dani(permaidani), Addy, Tajul and sebelah kau tu, suruh dia kenalkan diri dia sendiri. Aku tak tau dan tak nak ambil tau pun." Eve memperkenalkan dirinya dan yang lain. Berhenti pada seorang budak perempuan yang ada dekat tepi sebelah kanan Farhan. Eve tarik muka masam, dan mengubah pandangannya ke sebelah kiri.

“Macam mana boleh tak tahu nama pulak ni? Cakap dari satu sekolah tadi?” Farhan menyoal pelik. Bukan ke?


OPENING PART(ii)

“Farhan, dia orang ni musuh sejak sekolah rendah. Tak payah ambik pusing.” Dani rambut Goku terlebih dahulu menyampuk.

Farhan mengangguk. Erk? Macam tu pulak? "So, nama kau?" Farhan menyoal gadis di sebelah kanannya itu. "Aku Delaila." Delaila menghulur tangan kanannya, Farhan menyambut huluran tangan itu, tersenyum dan mengangguk sekali, tanda hormat. Selesai berjabat tangan dengan Delaila. Selesai perkenalkan nama, kumpulan itu sepi untuk seminit.

            “Eve dan Delaila.” Farhan menyebut nama dua perempuan yang akan menjadi roomate dan groupmate-nya selama tiga bulan di sini. Pecah kesepian yang membelenggu kumpulan 1 tersebut.

Refleks, mereka berdua memandang wajah Farhan. Menanti apa yang akan dikatakan oleh budak perempuan itu.

Farhan menghela nafas terlebih dahulu. Macam mana nak cakap ni erk? Macam... ni lah. “Fikir balik. Kita stay dekat sini, tiga bulan. Kau orang rasa kau orang boleh tahan ke kalau tiga bulan, kau orang tidur dalam bilik yang sama, and hadap muka yang sama sepanjang masa? Three months okey? Bukan tiga hari.” Farhan mula nak berceramah(in the bracket, kerja sambilannya. Huehuehue...)

Eve dan Delaila hanya mendiamkan diri.

“Pernah dengar tak kata-kata ni..? Fake it, until you make it. Tak salah kalau berpura-pura sebab…benda yang kita buat selama tujuh hari berturut-turut akan menjadi habit kita secara naturally. So, conclusion aku adalah, tak salah kalau kau orang berpura-pura suka satu sama lain, sampailah lakonan kau orang dalam diam jadi satu realiti. For our group sake. Lupakanlah sengketa kau orang berabad lalu, cuba bukak buku baru. Kalau tak rela pun, just try. Maybe an act will make a relation perfect at the end. Impossible is nothing la. Jangan pernah kata ‘tak’ sebelum kita mencuba. Will you?” Farhan mengakhiri kata-katanya dengan soalan.

“Aku tak berani nak janji.” Eve terlebih dahulu menjawab. “Aku lagi lah!” Delaila memotong, siap tarik muncung. Sebenarnya, kalau Eve cakap okey tadi, aku pun nak jawab okey. Tapi, bila dah dia cakap, ‘No’, aku lagilah! Ego kena jaga!

“Tapi kau orang janji akan cuba, boleh?” Farhan menyoal lagi.

Anggukkan dari Eve dan Delaila menyenangkan hati Farhan.

“Aku nak tengok the worst enemy pair boleh berdamai atau tak dengan bantuan our DJ Cupid so-call, Farhan.” Tajul si rambut Nick Carter menyampuk. Yang lain mengangguk. 

            "Hmm... Okey. So, maknanya kita dah geng dah la ni erk?” Farhan bertanya sambil menggaru pelipisnya. Siap dengan muka tension nak ambil killing paper masa SPM!

“Kau ni, apahal gaya macam pikir masalah dunia je?” Tajul menyoal Farhan. Pelik jugak bila tengok muka minah ni macam ada masalah.

Muka Tajul di pandangnya. Bibir Farhan mengukir bentuk. Tapi, bukan senyum. Nak masuk kategori apa pun tak tahu lah. Smiling pun bukan, smirking pun bukan. Memang tak nampak gaya senyum pun!

            “Kau orang ni tak cool lah. Aku tak boleh lah duduk dengan orang yang serius-merius tahap Sirius Black ni.” Farhan mengakhiri kata-katanya dengan keluhan. Kepalanya digeleng-geleng. Tersiksa kot hidup aku kena survive dengan manusia-manusia hottt Jacob Black macam ni.

“Eceyh. Itu je? Kerek la kau ni.” Dani tersenyum sambil menggeleng pala. “Erk? Aku kerek? Actually, aku tak kisah pun.” Farhan membuang pandang ke arah sekeliling. Apasal budak rambut serabut banyak diam erk? Kalau Dani, Tajul, Eve dengan Dila adalah manusia hottt, maknanya budak Addy serabut tu, super hottt! Serius, tak boleh buat geng kalau macam ni!

“Kau agak-agak, apa yang akan jadi selama tiga bulan kita dekat sini?” Dani bertanya sambil  memandang satu-satu muka rakannya. Yang lain juga seperti Dani, saling memerhati. Semua mengeluh.

Jawapan yang diberikan oleh Eveinna, Delaila, Tajul dan Dani sendiri memang tak ubah maksud seperti ayat Addy ini, “Aku tak tahu. Aku rasa datang sini je dah macam bala. Orang dah habis major exam ni, kasi rr otak relax. Ni tak, nak kena ikut program yang ntahpapantah pulak. Boring, tak cool.”

Tapi senyuman yang terukir di bibir Farhan cukup untuk membuatkan mereka berlima yang lain pelik. Farhan kelihatan tersenyum macam budak kecik tengah tadah tangan untuk ambil gula-gula. Tapi, pandangannya tidak memerhati wajah Addy semasa Addy memberi jawapannya. Farhan hanya memandang lantai kayu dewan semasa mendengar jawapan dari para rakan. Itu adalah perkara biasa yang akan dilakukan oleh Farhan apabila ingin mencerna, memahami sesuatu yang dikatakan oleh orang lain.

“Kau pula Farhan?” Tajul menyoal Farhan yang tersenyum pada lantai.

Farhan mengangkat pandangannya dari lantai dan memerhati Tajul yang menyoalnya tadi. Dua saat sahaja. Dua saat kemudian, dia memandang langit cerah di luar dewan, tersenyum semula. “Bagi aku tak.” Farhan berbicara satu ayat. Muka tiga jejaka dihadapannya boleh dilihat. Kening yang diangkat Dani cukup untuk menzahirkan kata-kata hatinya yang bertanya, maksudnya?

            “Senang je. Bagi aku, masa tiga bulan dekat sini dah lebih dari emas kau orang tahu. Dalam masa tiga bulan, budak lepasan SPM macam kita boleh kumpul duit 3K tau kalau kerja kilang sekarang ni. So... macam fikiran kita sendiri, bebudak lain pun mesti fikir, stay dekat sini, boring.” Farhan berhenti berbicara seketika. Pandangannya menghala pada seluruh isi dewan. Kumpulan mereka berada di hujung sudut pintu keluar yang kedua dari belakang dewan. Mereka yang lagi berlima turut menebar pandangan ke isi dewan.

“And, sebab tu jugak lah, kalau boleh... as the group that hold number one, even we are the last group yang jumpa members group kita masing-masing, aku rasa kita dah diamanahkan untuk menjadi ‘peng-happening’ tempat ni. Kita kan pioneer untuk program Suria ni. So, what if we make a deal yang semua group members akan try the best untuk kurangkan level boring dalam diri kita and kalau boleh, dalam diri semua budak yang kena stay dekat sini? Amacam?” Farhan mengakhiri kata-katanya dengan soalan. Berharap benar dia akan mendapat sokongan dari ahli kumpulan yang lain.

“Eleh. Cakap je berabuk. Sekali dia yang tak buat apa yang dia cakap, macam mana?” Addy memandang ahli kumpulan yang lain.

“Aku no hal je kalau kau orang tak mahu, tapi aku rasa lagi baik kita cuba laksanakan plan ni. Sebab aku tak mau tengah-tengah program, semua dah jadi macam anak buah Hitler yang tersiksa jiwa.” Farhan memberikan pendapat. Wahhh! Aku rasa aura hitam dari budak serabut ni! Memang serabut la dia ni!!!

So, siapa yang in dalam plan ni?” Farhan menyoal. Dua saat selepas itu, empat tangan sudah sedia terangkat melainkan tangan… Dia! Perlahan-lahan tangan kirinya diangkat. “Count me in.” Lemah ayat itu dituturkan Addy dengan tangannya yang sudah diletakkan ke bawah kembali. MoU kumpulan pertama telah dimeterai.

            Senyum puas diukir di bibir Farhan. Aku happy..? No!!! Rindu mak! Rindu pak! Rindu rumah! Rindu bantal peluk! Rindu Compaq! Rindu-rindu-rindu!!!

Geng Kecik Cerita 3 =)

Posted by Nina Zizan at 7/29/2012 06:37:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...

New Character; new picture...



CERITA TIGA

Mereka berlapan duduk bertentangan menghadap pasangan biasa masing-masing. Farni menghadap Amirul, Fahima menghadap Irfand, Nurin menghadap Ayie dan Syaz menghadap Nazrul. Semua pun asyik mengacau air masing-masing dengan straw. Sepi.

“Dah dua bulan kita kerja sini ann?” Ayie menyoal, memecah kesunyian yang membelenggu geng mereka sedari tadi. Tujuh pasang mata memerhati Ayie yang masih memandang air milo di dalam gelas.

            “Yup. Dah dua bulan.” Fahima menjawab dengan muka tak beriak. Sempat rr kumpul duit, dua ribu setengah jugak rr masuk dengan OT semua. Duit minyak tak kira, abah dengan mama dah janji nak support duit minyak. Ayie rasanya duit minyak kongsi duit diorang berempat tu kot.

            “Hari terakhir kita kerja.” Nurin bersuara pula. Juga seperti Ayie, dia hanya memandang gelas air sewaktu berbicara.

            Terdengar keluhan dari mereka berlapan, serentak.

            Sepi lagi.

            Nazrul, Ayie, Irfand dan Amirul telah pun memulangkan kembali pakaian seragam mereka. Tu kira ikut perjanjian rr. Bila dah berhenti kerja, kena pulangkan balik barang-barang diorang. Sama la jugak dengan Syaz, Nurin, Fahima dan Farni.

            Semua muka monyok. Lepas ni dah tak boleh konvoi Satria Neo dua bijik pergi-balik kerja. Lumba kereta, kereta mana paling cepat masuk area taman. Selalunya kereta Fahima rr yang menang. Tengok driver rr. Fahima, siapa tak kenal? Pemandu perempuan yang paling loqlaq(maksudnya tu bawak kereta yang kekadang tak fikir pun had laju berapa, nasib baik 4 tahun bawak kereta, sekali pun tak pernah kena saman). Ayie pulak selalunya bagi ‘chance’ dekat budak perempuan.

            “Woi, jom cuti-cuti.” Amirul bagi cadangan. Tujuh orang lagi macam terpegun dengar cadangan tersebut.

            “Result keluar lagi dua minggu. Sempat gak rr kita pergi holiday. Seminggu ke, ann?” Irfand pula menyambung. Yang lagi tujuh orang sedang mencerna kata-kata Irfand. Nampak gaya memang boleh diterima akal.

            Fahima yang sedang berfikir kini bersuara, “Kita kaw-tim, bayar sama-sama. Amacam?”

            “Setuju.” Ayie.           
            “Aku okey je.” Nurin
“Berat sama dipikul,” Nazrul.
            “Ringan sama dijinjing.” Syaz memotong.
            “Power kot idea ni..?” Irfand.
            “Tengok rr sapa yang bagi idea.” Amirul tersengih bangga.

            “Boleh blah!” Tujuh suara bergabung memerli Amirul. Tawa menguasai geng mereka. Geng Kecik, mana boleh moody lama-lama. Kalau tak, tak geng rr!

*****

            “Woi, Fahima tanya nak ambik jalan mana ni?” Syaz menyoal orang yang disebelah sana. “Jap... Ayie, jalan mana?” Amirul menyoal Ayie yang sedang memandu Satria Neo hijau gelap miliknya itu.

            “Woi. Jalan baru. Jalan tu elok sikit. Takut nanti kereta buat hal kalau ikut jalan lama. Jalan tu teruk.” Amirul bercakap pada handphone Blackberry-nya. “Orait. Salam.” Syaz mematikan panggilan.

            “Amer cakap jalan baru.” Syaz memberitahu Fahima.

            “Amer?” Farni menyoal dirinya.

            “Haa la. Amer. Awat?” Syaz buat muka tak faham. Tak kan Farni pelik dengar aku sebut nama Amer kot?

            Fahima dah tersenyum-senyum. Hey Farni, rahsia hang dalam genggaman aku lah!

            “Tadi tu hang call Amer ka?” Farni menyoal perlahan. Tapi masih mampu didengari seluruh isi kereta.

Mereka tidak memasang radio. Mengganggu konsentrasi Fahima memandu. Situasi inilah yang akan terjadi setiap kali Fahima memandu ke destinasi yang tidak pernah dia pergi dalam keadaan dia drive kereta sendiri. Kena fokus!

Tadi abah cakap kalau nak pergi situ, ada dua jalan. Jalan baru dengan jalan lama. Sebab tu kena call Ayie untuk make sure aku ambil jalan betul kalau-kalau rr lost contact dengan kereta Ayie.

Dah la Ayie bawak kereta macam pelesit. Tak kan tak faham bila aku cakap, yang aku tak pernah drive kereta datang sini?! Fahima merungut dalam hati. Dah la nak gelap dah ni. Tu rr! Orang dah cakap, bertolak pagi-pagi. Geng laki tak mau dengaq! Tengok, kan dah gelap! Huargh!!!

“Ha... Aku call Amer. Ayie kan nak drive, so, aku tak call rr dia.” Syaz memberitahu kepada Farni. “Owh...” Farni hanya mengangguk-angguk kepalanya. Fahima masih tension dengan geng laki yang nak sangat bertolak petang-petang.

*****

            Di tepi pantai yang indah...
            Aku duduk seorang diri...
            Suasana, sepi...

            Teringat dikau diwaktu malam...
Wajahmu sering, ku terbayang...
Padamu, duhai sayang...

Radio kereta masih setia menyumbangkan alunan muzik dan suara penyanyi.

“Ayie. Slow rr sikit. Aku rasa kita dah macam main lut chak je dengan kereta Faema.” Irfand bersuara dengan muka risau. Kang diorang tak nampak kereta kita ambik corner, tersesat, macam mana? Patutnya, dua laki naik kereta ni, dua laki naik kereta sana. Baru rr safe sikit. Geng laki memang dah kira hafal jalan nak pergi sana. Geng perempuan tu pulak, sorang pun tak tahu jalan! Ish... Risaunya!

“Relaks rr bro. Ayie baru 100 la. Tak laju mana pun.” Nazrul menepuk bahu Irfand dengan senyumannya, cuba untuk tenangkan Irfand. Risau sungguhla buah hati dia sesat. Ayie yang sedang memandu tersengih. Pedal minyak ditekan lagi. Terkebelakang tubuh rakannya yang lagi tiga.

Meter diperhati. “Ayie. Hang nak bunuh kami ka apa?!” Amirul menyoal tak puas hati apabila melihat meter kereta menunjukkan 130. tangannya dah berpaut pada pemegang di bahagian atas kereta. Nazrul dan Irfand turut memaut pemegang tersebut. “Woi. Jalan biasa ni bro! Bukan highway!” Nazrul pula menyambung. Irfand hanya mendiamkan diri. Ayie ni kan! Memang saja nak bagi aku bertambah risau!!!

“Dark sky... Here we go!” Ayie memecut. 160km/j.

“Mak!!!” Amirul menjerit.
*****

Be Mine, Sudi Tak? 1(ii) =)

Posted by Nina Zizan at 7/29/2012 06:32:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


“Kakak, ada kereta mai...” Eida menarik tangan Nazliyana menggunakan tangan kanan. Tangan kirinya pula menghala ke arah sebuah kereta Mazda sport, merah. Tapi... Takkan rombongan lelaki mai satu kereta ja? Mana kereta dari pihak perempuan yang pergi membantu tadi?

            Dalam kereta Mazda RX8 pula...

            “Apa bro? Bini kau tak nampak muka pun. Main sorok-sorok pulak.” Aizanky tarik muka masam. Aizanky yang bakal menjadi pengapit pengantin lelaki menoleh kepala ke belakang, cuba mencari wajah bakal isteri sepupunya itu. Hey! Best-man ni! Mandat aku besar hari ni.

            “Sabar je lah...” Afiq menggeleng dengan senyuman segaris di bibir.

            “Oit Akmal...!”

            Akmal merupakan adik kepada Afiq. Anak kedua dari empat beradik itu.

            “Apa?” Akmal menoleh ke tempat duduk belakang, menyoal Aizanky yang memanggilnya sebentar tadi. Dah duduk kerusi depan ni, memang susah la nak bersembang dengan orang-orang dekat belakang. Lenguh leher lah!

            “Kau pernah tengok Naz kan?” Aizanky menyoal curious. “Pernah. Sekali. Masa pergi majlis pertunangan dulu. Tapi tak sempat jumpa, ramai orang.” Akmal, yang lebih terkenal dengan nama jolokan ‘Mat Nerd’ menjawab sambil membetulkan cermin mata bulat miliknya itu. Syuk, pemandu kereta hanya diam. Dah penat sangat kot, kan sesat tadi.

            “Lawa tak?” Aizanky menyoal lagi.

            “Siapa?” Akmal menyoal dengan muka blurnya.

            Adeyhh... Susah betullah bercakap dengan mamat nerd yang tak kenal apakah ertinya ‘CiNtA’ ni... “Bakal bini Angah kau lah!”

            “Dia? Owh... Dia... Comel...” Akmal menjawab. Pandangan kembali dibawa ke hadapan. Tak suka betul cakap dengan Aizanky ni. Siapa yang tak kenal Aizanky? Mamat hensem. Tapi memang tak percaya, si Aizanky ni jenis setia pada yang satu. Loyal! Untung siapa yang dapat dia ni. Tapi, memilih bukan main! Tu yang susah sikit nak tengok dia lekat dengan mana-mana awek lama dari dua bulan. Aku bagitahu dia ni setia sebab dalam satu-satu masa, dia hanya ber’sayang-ayang’ dengan seorang wanita sahaja. Tu rr pasal aku cakap dia ni loyal.

            “Fiq, betul ke kau tak pernah tahu macam mana rupa dia?” Aizanky menyoal Afiq tak percaya. Tinggal lagi beberapa minit ja nak menikah ni, muka bakal bini dia pun dia tak tau? Adeyhh...

            “Kalau kau nak tengok sangat, turun rr. Tu, dia ada dekat je tu. Go for her.” Afiq tersengih mencabar. Siapa tak kenal Aizan? Mamat pantang dicabar ni!

            “Orait...” Aizanky menolak pintu kereta. Mamat hensem nak keluar dari kereta ni!

            Afiq tersengih... Pantang dicabar sungguh sepupu aku sorang ni. Afiq kemudian tersengih nakal. Ada plan, baik punya... “Mal...”

Dua minggu sebelum itu...

            “Akak, abang suruh ambil gambar akak.” Wani mengeluarkan Nikon dari beg sandangnya. “Err... Nak buat apa?” Nazliyana mengedutkan dahinya. Sungguh aku tak faham. “Angah pesan, tolong ambil gambar akak. Dia nak tengok. Dia cakap tak adil lah akak je dapat tengok gambar dia, dia tak dapat tengok gambar akak pun.” Wani menyambung lagi. Tangannya menarik keluar pelindung lensa kamera mahalnya itu. Kamera kesayangan! “Boleh, dengan syarat Angah kena belikan the latest Nikon tu. Amacam? Boleh?” Angah yang beli masa Angah mintak tolong ambilkan gambar Kak Naz. Dah alang-alang Angah mintak tolong, demand rr.

            Nazliyana kerut dahi. Masa bila aku tengok gambar dia? Tak teringin, dan tak terniat serta tak termampu aku nak tengok gambar  yang entah berapa keping tu. Sampul gambar tu pun still ada dekat mak. Aku memang tak sanggup nak bukak sampul gambar tu. Nazliyana menelan liur.

            “Akak, cepat lah pose. Nak ambil gambar ni. Posing seksi-seksi.” Wani dah bersedia dengan kamera yang sedia tergantung di lehernya. “Tak nak lah Wani.” Nazliyana memalingkan badan membelakangkan Wani. Owh please, aku tak nak! Aku cukup tak minat ambik-ambik gambaq ni!

            Akhirnya, Wani terpaksa mengalah bila bakal kakak iparnya itu mengugut untuk memutuskan pertunangan tersebut, yang hanya ada masa dua minggu sahaja lagi untuk menuju ke hari pernikahan merangkap hari persandingan Nazliyana dan Afiq.

            Kenapa Afiq mintak tolong Wani ambilkan gambar Nazliyana? Sebabnya, sampul surat yang ibu bagi dekat aku hari tu bukannya ada gambar bakal bini aku. Nak tau ada gambar apa? Ada gambar Goku, Gohan, Goten, Vegita dengan Trunk! Siapa diorang tu? Woit! Kartun cerita Dragon Ball lah! Aku baru bangun dengan muka marah, nak pergi report dekat ibu yang bakal menantu dia tu bagi gambar kartun dekat aku, sehelai kertas A4 bergaris terjatuh atas lantai. Aku pun tunduk rr ambil baca surat tu. Nak tau dia tulis apa? Dia tulis macam ni...

“Jangan pandai-pandai report dekat parents hang aku bagi gambaq tu. Kalau tak, siap hang! Siap apa? Siap! Memang hang hilang pengantin pempuan masa hari nikah nanti!!! Don’t dare me! I’ll absalutely do it! Yang benar, Your Destiny So-Called.” Panasnya hati aku masa baca surat tu!

            Kini...

            “Orait bro... Aku nak pergi dekat bakal bini kau ni...” Aizanky menutup pintu kereta lalu mengatur langkah mendekati Nazliyana. Sesampainya dia di situ...

            Senyuman terukir di bibir Aizanky...

            “Hye... Aizanky, kawan merangkap sepupu Afiq Arash.” Dia menghulur tangan pada Nazliyana. Nazliyana mengedutkan dahi seketika. Err... “Hye... Nazliyana. Panggil Naz je...” Nazliyana mengangkat tangan kanannya seketika, dan melambai pada Aizanky satu saat. Aizanky dilihat tersenyum dan mengangguk kepalanya. Dia faham lah kot yang aku tak nak ber-shake hand dengan dia.

            “Hye... I Aizanky. You alls yang lain nama apa?” Aizanky mengangkat kening sebelah. Tangan kanannya masih sedia terhulur ke hadapan, mana la tahu ann ada awek yang nak sambut tangan aku ni. Tapi, takkan kuno sangat diorang ni? Shake-hand je kot?

“Hye... Sharnie.” Sharnie menghulurkan tangan dan disambut oleh Aizanky mesra. Kedua-dua mereka saling tersenyum. Aduh! Ada hati yang tertambat.

            “Assalamualaikum....” Ada suara yang menyapa dari belakang tubuh badan Aizanky. Aizanky tersengih melihat kehadiran dia. Eleyh. Nak la pulak dia ikut aku. Ingatkan tadi dah tak nak ikut.

            Sharnie mencuri pandang pada kereta merah yang mencuri pandangannya sebentar tadi. Buntang matanya seketika melihat sesuatu yang baru terlayar di pandangan. Perghh! Pintu up la!

(pintu up... aku tak tau panggil pintu ni pintu apa. Anak sedara aku cakap, pintu up... hakhak)


(Mazda RX8)

            “Eherm.....” Dia yang baru tiba berdeham seketika.

            “Hye... Nama saya Afiq Arash.” Dia memperkenalkan dirinya tergagap-gagap. Takut, takut, takut! Kenapa aku?

Aizanky terus tergelak terbahak-bahak mendengar si dia yang baru tiba menjalankan proses perkenalkan diri. Kayu siot! Sejak bila insan bernama Afiq Arash kayu depan perempuan? Menjatuhkan maruah Afiq Arash betul! Haa... Lawak-lawak!

            Nazliyana mengerutkan dahi melihat Aizan yang masih belum reda tawanya. Woi! Slow down rr! Kawasan masjid ni! Hormatlah sikit! Nazliyana berpaling pula melihat lelaki yang baru tiba tadi. Apasal bakal laki aku ni nerd semacam? Skema! Cermin mata old-skol der! Err, hensem jugak. Macam cute je, kan? Okey apa daripada takde gigi dua? Bersyukur ni... Err... Boleh tak tipu diri sendiri walaupun untuk seketika cuma? Bersyukur... Paling kurang dia ada jugak gigi penuh. Siap shiny-shiny lagi tu! Hurmm...

            “Kakak... Awat bakal abang aku hodoh sangat? Suruh la dia buang cermin mata tu. Spoil rr! Sakit mata!” Eida berbisik pada Nazliyana sambil menjeling pada bakal abang iparnya itu. Spoil mood aku nak terima abang yang terakhir! “Hensem la tu... Cute apa...” Nazliyana kembali berbisik pada Eida. Even dia tak hensem, he still look cute for me actually. Kan? Yes! Afiq Arash sangat comel! Hee... I like I like! Rasa macam nak lompat bintang je ni! Tapi, dia skema. L

Sharnie dengan Shera dah siap tersengih-sengih tengok rupa bakal bapa saudara mereka. Bala! Kesian sungguh dekat mak saudara aku sorang ni! Ni bukan type mak uda lah. Mak uda punya taste macam Remy Ishak. Sekali yang datang macam Nobita ni apa ke hal? Nasib baik lah sepupu-sepapat yang lain tak turun meneman. Kalau tak, memang meletup rr. Mau depa tergelak tergolek terguling dekat sini! Nasib baik jugak Inche kroni mak uda, ahli ‘Kitorang-kan Geng’ iaitu Zarith dan Zaharul tidak dibenarkan turun meneman. Kalau tak, tak tau lah macam mana diorang punya reaksi bila tengok bakal bapak saudara diorang ni. Super duper double triple punya nerd ni! Hardcore Nerdy!

            “Awak sihat?” Dia yang bernama Afiq Arash menyoal pada jalan tar. Pandangannya masih jatuh ke satu tempat itu dari tadi. Macam tak berani je nak tengok para gadis di hadapan itu. Err, bukan macam. Memang dia takut pon!

“Err... Alhamdulillah, sihat. Awak sihat?” Nazliyana cuba mengawal perasaan yang bergolak di dada. Macam-macam ada! Nak gelak ada, nak nangih pon ada! Huaaa...

            Aizanky masih gelak. Perutnya dipegang dari tadi.

            “Aizan, what’s wrong with you?” Nazliyana menyoal dengan kerut di dahi. Huh! Spoil muka aku yang memang tak pernah bertacap tebal-tebal macam ni. Sungguh aku tak faham dengan dia yang bernama Aizanky. Harap muka hensem, tapi macam OTC ja. OTC? Err... Otak Tak Center.

            Aizanky menggeleng-geleng kepalanya. Parah sungguh kawan aku. Ada ke patut dia hantar Mat Nerd ni menyamar jadi dia? Memang buat lawak antarabangsa ni! Tujuh keturunan aku tak lupa. Hilang macho aku depan gadis-gadis jelita gelak tak tahu control. Ada aku kisah? Ni memang kira lawak terbaik tahun ni rr. Terbaekkk...

            “Kakak, kakak...” Eida menarik tangan Nazliyana.

Naz menyoal dengan mata dibesarkan satu saat. Apa lagi dia ni nak?! “Ada orang mai...” Nazliyana mengarah pandangan pada arah yang ditunjukkan oleh Eida.

Sesusuk tubuh tinggi lampai menyapa pandangan Nazliyana. Err... Hensem? Ke tak? Tapi, macam hensem je... Charming... Prince Charming...? Owh my godness! Macam muka hero novel dalam bayangan aku lah! Serius charming!

            “Ada yang makan asap tak?” Dia yang baru tiba menyoal Aizanky, kemudian tersenyum segaris melihat empat gadis di hadapannya.

“Bro, tak patut... Ni namanya sangatlah tak patut!” Aizanky menepuk bahu laki yang baru sampai tadi. Boleh lagi dia buat prank?

Nazliyana pelik. Dia ni pakai lagi smart dari pengantin lelaki, apasal? Nak over-shadow ke apa? Cop! Apasal aku baru perasan Afiq pakai Baju Melayu warna dark purple? Kalau ikut plan, warna light purple, kan? Wani pun pernah cakap Angah dia pakai baju... Baju... Baju Melayu kain songket warna light purple. Macam mamat yang baru sampai tu pakai. Tapi, kenapa Afiq pakai kain cotton je? Kenapa mamat over-shadow ni pakai Baju Melayu kain songket warna light purple? Entah-entah...

“Ada yang kena tipu la ni. Siapa?” Dia yang baru sampai bertanya pada Aizanky kemudian beralih pada empat orang perempuan di depan matanya. “Siapa yang kena tipu?” Matanya memandang seorang demi seorang. Dan pandangannya mati pada wajah yang menghentikan detak jantungnya buat beberapa saat sebentar tadi. Wajah polos yang dah percepatkan aliran darahnya. Macam kena heart attack. Err... Jantung-terhenti, tapi darah boleh pulak mengalir? Sound pelik je ayat aku tu! Aish...

“Kena tipu erk?” Dia yang baru tiba dengan baju songket itu menyoal Nazliyana. Tajam renungan mata yang dipancar dalam percubaan menilai Nazliyana dari sudut pandangannya sendiri.

Nazliyana terkejut. Err? Aku? Kena tipu? Masa bila? Tapi, aku rasa memang aku macam tertipu ja. “Err... Tak paham...” Nazliyana mengeleng kepala.

Dia yang baru tiba berbaju songket itu menggeleng kepala. “Siapa Afiq Arash?” Inche Baju Songket menyoal Nazliyana dengan jelingan statik.

Ni dah masuk kategori menjeling boleh tembus ke dasar hati ni! Nazliyana gugup. “Dia...” Nazliyana menjawab tergagap sambil meluruskan jari telunjuknya pada si Afiq berbaju melayu dark purple.

Serentak itu, Aizanky dan Inche Baju Songket ketawa. Sementara Afiq bercermin mata old-skol hanya menggeleng-geleng kepalanya memandang Nazliyana. Matanya seakan menghantar mesej, “Saya bukan Afiq Arash... Bukan...”

“Agak-agak best tak kena tipu?” Inche Baju Songket menyoal setelah tawanya reda. Kau prank aku, bagi gambar Dragon Ball, then siap dengan surat ugutan lagi, kau ingat aku suka sangat?! Nah! Ambik kau! Aku prank kau hari akad nikah kita. Ceyh! Ugut aku nak lari rumah konon! Harghh!!! Actually, aku masih marah dengan surat ugut dulu! Aku masih marah dengan pengutus surat tu! Siapa lagi kalau bukan pengantin depan aku ni?! Bakal bini aku ni rr!

Nazliyana masih tak faham. Siapa-Yang-Kena-Tipu-Ni? Dah tu, boleh pulak dia tanya best tak kena tipu? Woi! Mana ada manusia dalam dunia ni best kena tipu. Lain rr kalau aku ni vokalist M2M plus lyricist Mirror Mirror. Nak tau macam mana lirik lagu tu? Macam ni...

Mirror, mirror, hanging on the wall
You don't have to tell me
Who's the biggest fool of all
Mirror, mirror I wish you could lie to me
And bring my baby back
Bring my baby back to me

“Well, nak introduce formal ke?” Inche Baju Songket menyoal Aizanky, meminta pendapat. Aizanky mengangguk setuju.


(picture: credit to http://flowerqueen38.blogspot.com/ .. Cuma korang kena bayangkan ada tudung yang tersarung ke dalam baju, plus ada selendang tambahan dekat atas lapisan tudung first layer tadi.)

“My name Muhamad Afiq Arash Bin Azhar. Your future hubby.” Selamba badut Inche Baju Songket menuturkan ayat tersebut. “Again, repetation... Your-Future-HUSBAND.” Perkataan-perkataan itu diulang satu persatu. Nazliyana telan liur.

“Brfff...” Eida terkejut dengan ayat statement yang baru sahaja didengarinya. Matanya membulat. Macam tak percaya!

“Woi! Kurang ajar!” Aizanky mengelap mukanya yang dah macam dihujani hujan rintik yang keluar dari mulut Eida. Opss! Eida menekup mulut. Terpercik pulak enzim dekat Aizanky. Err, tak sengaja bro.

“Udangah!” Sharnie marah Eida. “Sorry Aizan.” Sharnie mengeluarkan tisu dari poket baju kurung modennya, lalu dihulur pada Aizanky. Aizanky menyambut huluran Sharnie tersebut. “Sorry, Eida memang loqlaq macam tu.” Sharnie buat muka bersalah, gaya macam dia ja yang buat salah.

Nazliyana dah telan air liur. Err? Dia ni? Bakal suami aku? Tapi, dia ni macam gatai ja... Err... Anybody, help me, boleh?

“Just about few minutes more. You, me... Wifey, hubby.” Afiq Arash sebenar menutur ayat itu dengan menjongket kedua-dua bahunya satu saat. Dia berpaling melangkah ke perkarangan masjid lalu di ikuti Aizanky dan Afiq Arash palsu. Habis, siapa Afiq baju melayu dark purple tu?

            “Naz...” Ibu saudara Nazliyana dan ibu Afiq menghampiri Nazliyana, Eida, Shera dan Sharnie. “Jom masuk. Semua dah sedia dekat dalam.” Nazliyana diiringi oleh ibu saudara dan bakal ibunya. Entah kapan keluarga-keluarga itu sampai pun, tak tahu lah. Tetiba ja tadi kereta yang ada dua biji dah ber-binary fusion menjadi enam biji.

            “Mak ndak, yang mana satu Arash?” Nazliyana menyoal ibu saudaranya. Kakinya masih belum melangkah, tidak berdaya dan tidak percaya.

“Yang dok senyum-senyum dekat Naz tu lah, lawa kan dia?” Puan Saleha membetulkan kedudukan tudung anak saudaranya itu yang kelihatan sedikit senget. “Yang pakai cermin mata ka yang tak pakai tu?” Nazliyana menyoal tanpa nada, dingin bersuara. “Yang pakai cermin mata tu adik dia, Akmal, bakal adik hang la jugak. Tapi, dia tua dari Naz. Bakal laki Naz yang dok sembang dengan Naz tadi tu lah. Jom lah, dah ramai dah yang masuk tu.” Nazliyana dipimpin oleh Puan Saleha masuk ke perkarangan masjid.

            Hati Nazliyana berdetak bukan kepalang. Langkahnya menapak masuk ke masjid. Jantungnya bekerja kuat mengepam darah. Sabar-Bertenang. Dari tadi hatinya dipujuk untuk bertenang.

            “Assalamualaikum...” Tok Imam memberi salam pada isi masjid...

(bersambung lagi...)

Cinta K²_Episode 1(the one&only)

Posted by Nina Zizan at 7/29/2012 06:22:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...

(this is a very long entry, sebabnya, Cinta K hanya akan ada episod ni jaa deka dalam blog selagi Freak's Story_ Camp tak siap dipublish dekat sini...) Selamat membaca and, N-Joy!


Tengku Khairil Hafizi+Saffiya Khairina

BAB 1
“Assalamualaikum. Good evening. Maafkan saya? Saya ada hal  sikit dengan awak. So, boleh ikut saya kejap.” Tanya seorang lelaki yang  baru sahaja tiba di hadapan Khairina dan Maria dengan motorsikal LC-nya yang berwarna hijau putih. Terkejut Maria melihat jejaka yang berkulit cerah itu. “Waalaikumussalam. Sorry, rasanya awak salah orang. Kitorang tak kenal awak.” Maria menjawab sambil memerhati Khairina.
            

Sambil menjungkit kening kanannya meniru gaya The Rock, Amirul berkata, “Cool senorita. Saya nak jumpa buah hati, intan payung saya yang sentiasa berkelipan umpana bintanf di waktu malam yang mengindahkan suasana dan menyuluh kubuntuan hatiku yang tertutup. By the way, Cik Khairina Saffiya tak kenal kanda kah?” Amirul menyoal Khairina.

Khairina berpaling memandang wajah Maria dengan muka tak berperasaan. Khairina masih diam membisu. Maria mesti teringat peristiwa hati tu.
Babak minggu lalu kembali terlayar di minda angan.
*****

“Ril, aku cabar kau dapatkan perempuan yang ada dekat depan kita ni,” Seorang pemuda meng’hangat’kan rakannya.

Dengan tidak sengaja, fail dan buku yang dipegang Khairina terjatuh. “Hish... Time ni lah yang dia nak jatuh pun.” Khairina mengomel kecil.

“Rina, Rina... Careless betul.” Maria yang bersama Khairina cuba mengacau emosi temannya yang keletihan tahap gaban itu sambil tangannya membantu Khairina mengutip kembali helaian-helaian kertas yang terjatuh tadi. Kesianlah minah sorang ni. Assignment sentiasa kena reject. Reason? Tak cukup bagus untuk someone yang bernama ‘Khairina’. Itu lah, siapa suruh kau jawab paper semedangnya pointer tak pernah kurang dari 3.5. Kan prof dah demand!
            
“Ek-ena... Setakat perempuan macam ni, bersepah kot aku boleh jumpak? Ni, ni, ni... Sekali petik, sepuluh mari...” Yang dicabar membalas kata-kata sang teman yang memberi cabaran.

Khairina  mula  jelek  dengan  lelaki  yang  berdiri  di  hadapannya  itu. Eleh!!! Macam la bagus sangat!

Si sombong itu menjeling sekilas pandang ke arah Khairina. Terkaku pandangannya seketika apabila terlihat muka yang merah umpama dicalit blusher itu. Sweet!

“Jangan  cakap  besarlah  Ril. Belum  cuba  belum  tahu.” Bidas rakannya yang  lain pula. Namun, kata-kata itu tidak bermakna, kerana yang dicabar itu kini berada dalam dunia angannya.

Iqbal menolak bahu Khairil, membangunkan Khairil dari angannya. Khairil kemudiannya menarik senyum segaris. “Orait. Aku  pergi  sekarang. Tapi korang jangan jealous lepas ni, sudah!” Khairil menambah perisa kata-katanya sebelum menghampiri Khairina. Khairil berjalan mendekati Khairina sambil membetulkan rambutnya.

“Hai... Meh sini I tolong.” Khairil menawarkan kudratnya untuk membantu Khairina mengutip beberapa buah buku yang terjatuh agak jauh dari Khairina. Senyuman galak dilemparkan kepada Khairina untuk menambat hati Khairina. Ternyata, senyuman itu benar-benar mampu meruntuhkan hati meluat Khairina padanya.

Namun! Satu kenyitan mata tiba-tiba dari Kharil telah mengembalikan Khairina ke realiti. Aku meluat budak ni! “Just thanks!” Khairina mencapai buku yang dihulur oleh Khairil, lantas menarik tangan Maria, mereka berdua mula mengorak langkah untuk meninggalkan tempat tersebut.

Player! Senang-senang je dia kenyit mata dia dekat aku? Mesti makwe dia ni boleh sakit jiwa, coz dapat pakwe yang gatal mengalahkan buluh. Kalau buluh perindu takpe jugak. Tak pun buluh buat lemang ke, ada rr jugak gunanya. Ni? Buluh gatal yang takde nilai. Hampeh siot!

“Baby…” Khairil memanggil lalu terus menarik tangan Khairina. Bagaikan ada kejutan elektrik, sekilat pantas(ayat Khairina sendiri yang tak ikut law tatabahasa) tangan Khairina melayang ke pipi Khairil.

Panggg!!!

Merah padam wajah Khairil yang putih. Rakan-rakan Kharil yang menyaksikan adegan itu hanya mampu berdiam seribu bahasa. Tak pernah ada perempuan yang tolak ajakan Khairil. Tambah pulak tampar pipi dia? Well, pecah rekod!!!

“Kau! Kau ingat kau ni siapa? Kau ingat kau ni cantik sangat? Tak teringin aku pegang tangan kau! Boleh blah!” Khairil meninggi suara. Serius! Jatuh maruah aku hari ni! Aku ingat benda ni! sampai bila-bila! Serius!

Woit! Tak pasal-pasal aku pulak yang kena marah ni apa hal?! Dah la dia yang pegang tangan aku. Tak tau ke haram! Lepas tu, marah aku pulak. Ada ke patut? Memang tak patut rr! Tak betul agaknya budak ni?!

“Dah  kau  tahu  aku  ni  bukan  siapa-siapa, dah kau tau aku ni bukannya Miss Universe, yang kau pegang tangan aku tadi tu, apa hal? Asal? Dah lupa? Pelupa bebenor kome ni yee... Well, dengan ini, aku mengesahkan yang kau ada amnesia. Better, kau balik rumah, rest... Kau faham?” Khairina menyoal sarkastik.

Dengan suara yang sinis, Khairil berkata, “Eleh... Aku tahu kau ni just nak jual mahal je. Woit, dah ramai perempuan yang aku jumpa macam kau ni. Mula-mula, marah-marah aku, maki-maki aku. Alih-alih, datang balik dekat aku then merayu-rayu mintak aku jadi pakwe diorang. Dan aku jugak tahu, bahawasanya engkau ni sangat-sangat suka bila aku pegang tangan kau, kan? Konon-konon macam aku ni dah tergila-gilakan kau, kan? Kau suka, kan? Kan? Kan? Mengaku je...”

Khairina menghelakan nafas berat. Haish, parah sungguh terjumpak dengan orang macam ni. Dah tu, sedap-sedap hati, sedap-sedap mulut dia pulak mengata aku?! “Awak, harap maaf, kerana tekaan awak sebentar tadi sememangnya tak benar. Sebab... Setakat orang macam AWAK ni, berlambak tau dekat kawasan rumah saya tu. Bagi saya, awak ni budak biasa yang takde kelebihan apa pun. So, please jangan perasan sangat. Meluat la...” Khairina bertambah sarkastik. Nak layan budak perasan bagus macam dia ni, satu je cara. Buat sarkastik sampai diorang meluat, then, The End.

Dengan pandangan tajam, Khairil tiba-tiba sahaja merentap tangan Khairina. “Ouch!! Sakitlah! Kenapa  dengan  kau  ni  hah?! Ish!” Khairina membentak dalam kesakitan. Sempat Khairina perhatikan Maria yang menjegil matanya sambil menggeleng kepala kepada Khairil. Ait? Dan lagi main bahasa isyarat? By the way, Maria dengan Khairil ni kenal ke, sampai boleh berbahasa isyarat sesama sendiri?

“Well, aku tahu kau suka bila aku pegang tangan  kau, walaupun secara kekerasan macam ni. Right?” Khairil menyoal dengan senyum sinis. Serius! Aku memang bengang dengan dia!

Apesal budak ni suka perasan? Perasan-overdose betullah. Mata Khairina sempat menjeling tangan Khairil yang memegang pergelangan tangannya. Mujurlah baju yang dipakai Khairina sekarang ni cukup panjang sampai ke hujung pergelangan tangannya. At least, takdelah berlaku persentuhan kulit dengan kulit. Kalau tak, mau ada yang kena backhand tadi. Aku sensetive-lah dengan sentuhan tak di undang ni!

Seminit berlalu. Khairil masih memandang wajah Khairina dengan senyum bangga hentahpapa. Namun, lima saat kemudian Khairil mengalih pandangan pada gengnya yang hanya memerhati dari tadi. Dia tersenyum pada gengnya itu. Pada saat itulah, Khairina membuat tindakan drastik, dia merentap tangannya dari genggaman Khairil. Terungkai genggaman itu.

At last! Lepas  jugak  tangan  aku. Hati Khairina  puas!! Khairina menolak dada Khairil dengan buku-buku yang berada di tangannya. Fail dan helaian kertas ada dengan Maria.

Khairil terkebelakang dan dia terjatuh. Khairina tergamam seketika. Tidak disangka lelaki itu akan terjatuh kerana tolakannya tadi biasa-biasa sahaja. Takde letak ultra-bolt pon. Urgh, maybe sebab jalan tu tak stabil kot? Namun Khairina tetap berpura tenang. Mana boleh tunjuk aku rasa bersalah atas tindakan aku.

Kawan-kawan Khairil yang dibelakang cepat menolong membangunkan Khairil dari duduknya.

“Ril, kau memang memalukan nama geng kita! Menjatuhkan air muka lelaki bersaham tinggi. Kata hero? Hero apa ni? Poyo je...” Kata-kata itu kemudiannya diiringi oleh gelak tawa mereka sekumpulan.

Khairina  mula  melangkah  bagi  meloloskan  dirinya  dari  situasi  yang  kacau  ini. Namun, tiba-tiba, ada suara pekikan yang ditujukan khas buatnya. Terhenti langkah kaki. “Hoi! Kau dengar ni! Aku akan pastikan kau jatuh ke dalam genggaman aku. Jangan kau berangan nak lari dari aku. Woi! Aku sentiasa dapat apa yang aku nak. KAU-AKAN-JADI-MILIK-AKU. Ingat! Kalau bukan sekarang pun, sampai masa nanti, engkau akan jadi milik aku jugak!”

Khairina tersenyum sinis. Dia meneruskan langkah yang terhenti tadi. Apa pun  kau  nak  buat, buatlah. Asalkan  kau  bahagia. Khairina menggeleng kepala malas.
*****

“Hai, berangan  la  pulak. Ish…” Lamunan Khairina terhenti dek teguran Amirul itu. “Rina nak keluar dengan Am tak ni? Penat-penat Am datang jemput Rina. Jomla,” rayunya. Khairina yang masih memikirkan pelawaan Amirul  itu masih membisu seribu kata. “Ala sayang. Jomla pergi jalan-jalan. Tu me manqué. I miss you so much. Please.” Pohon Amirul sambil memimikkan muka simpati. Sempat dia menyelitkan bahasa Spanish yang mengatakan dia merindui Khairina. Akhirnya, terpaksa jua Khairina menerima pelawaan Amirul itu. Tak sanggup rasanya melihat pemuda ini kecewa.

“Maria, aku pergi kejap erk? Petang nanti aku balik. Kau balik sorang, boleh  kan?” Soal Khairina kepada Maria meminta persetujuannya.

“Boleh! Kau pergilah. Tapi ingat, jangan balik lambat sangat.” Nasihat Maria kepada teman baiknya merangkap kawan sekuliah, kawan sebilik serumah itu. “Ok.” Khairina berlalu dan mencapai helmet KHI yang telah dibawa oleh Amirul.

“Kita nak pergi mana ni?” soal Amirul kepada Khairina. Khairina melambaikan tangannya dan lambaian itu dibalas oleh Maria. Maria menapak kakinya kearah rumah sewa mereka.

“Hai, dia yang ajak orang, tanya orang pulak. Emm, pergi je mana-mana. Orang ikuuuut je.” Khairina memimikkan muka manjanya kepada Amirul yang menoleh kearahnya. “Kalau macam tu, kita pergi ‘Staiway To Heaven’, nak?” soal Amirul bercanda. “Ceyh! Tak boleh blah!” Balas Khairina. Terlerai  gelak  tawa  mereka  berdua.
*****

“Affi nak makan?” soal Amirul kepada Khairina. Amirul lebih senang memanggil Khairina dengan nama ‘Affi’. Lebih kurang macam mana manja rr. Khairina hanya menggelengkan kepala. “Am tak makan lagi?” Soal Khairina kembali kepada Amirul kerana sejak sampai disini Amirul asyik menekan perutnya.

“Belum. Tadi tak sempat nak makan. Macam rr Am tak tau, kalau Affi dah jejak rumah, jangan harap rr nak keluar balik. Thats why, Am sanggup tahan perut semata-mata untuk jumpak Fi... I miss you sweety... Rasa macam tak lengkap je bila Fi jauh dari Am...” Amirul bertutur lalu mencubit pipi Khairina. “Am! Sakitlah! Tak nak kawan nanti baru tahu!”ugut Khairina pada Amirul.

“Alah! Sorrylah. Abang gurau je,” pujuk Amirul kepada Khairina. Muka Amirul yang childlish membuatkan Khairina tidak tega mengugutnya lebih-lebih. Dan muka itu jugak lah yang membahasakan dirinya ‘abang’. Macam tak percaya je. Rasanya, Khairina sendiri lebih matang darinya.

“Hurm... Kalau Am nak tahu…” Khairina mendekatkan bibirnya ke telinga Amirul dan menyambung kata-katanya tadi, “Saya main-main je tadi...” lalu terlerai tawa Khairina.

“Affi! Tak nak kawan dengan Affi nanti, baru tau!” Tiba giliran Amirul pula mengugut Khairina. Sembang dengan dia ni, asyik kena pangkah ja!

“Tak nak kawan sudah! Affi cari kawan baru! Padan muka siapa? Padan muka Am jugak,” Khairina mula mengatur langkah menuju ke sebuah kedai makan di tepi tasik itu lalu diikuti Amirul.

Khairina mengambil tempat di luar kedai makan. Duduk di sini pasti lebih enak dari didalam kedai. Dapat hirup udara segar. “Tadi Affi cakap tak nak makan? Dah ubah fikiran ke?” tanya Amirul pada Khairina  sambil tersengih. “Tak lah! Affi kesian tengok abang. Takut nanti buah hati Affi ni pengsan coz tak makan. Nanti Affi jugak yang susah,” kata Khairina lagi. “Sayang jugak ‘my sweet honey’ dekat abang ye?” tanyanya dengan senyuman yang terukir dibibir.

Tiba seorang pelayan di meja mereka.“Pesanan?” Soalnya kepada Amirul. “Woit Amirul! Kau buat apa dekat sini? Dating?! Aku report dekat Julie kau ni player!!” Kata pelayan itu sambil mengugut Amirul. Dia menoleh pandangan pada Khairina, kemudian tersenyum.

 “Tak de maknanya! Apasal? Kau jealous? Kau dengar sini aku nak buat satu pernyataan, jangan kaitkan aku dengan Julie lagi kerana sesungguhnya kitorang dah clash. Minah tu tak leh harap, cureng 24 jam.” Amirul berbicara kembali kepada lelaki tersebut. Muka malas, marah jelas terpempang di wajah itu.

“Okey! Desicion take! By the way, kalau nak tunjuk yang kau ni over-protective sekalipun, janganlah kedekut sangat. Kenalkanlah awek kau dekat aku.” Lagi sekali lelaki itu memandang Khairina berserta senyum dibibirnya.

“Kenalkan, ni Khairina. Makwe aku yang superb gorgeous. Kau jangan pandai-pandai nak kacau dia pulak!” Kata Amirul memberi amaran kepada lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menjungkit keningnya.

“Hai, Inderasyah. Nama you siapa?” Syah mengenalkan diri sambil menghulurkan tangannya kepada Khairina. Khairina menjungkit kedua-dua keningnya. Aik? Tanya lagi? Kan Amirul dah kenalkan tadi?

 “Khairina.” Jawab Khairina pendek sambil menganggukkan kepalanya dan tersenyum. Huluran tangan Inderasyah yang lebih dikenali sebagai Syah tidak bersambut. Syah yang memahami situasi tersebut menarik kembali huluran tangannya kemudian mengukir senyum manisnya kearah Khairina.

“Kau buat apa dekat sini?” Tanya Amirul kepada Syah sambil matanya masih tertancap di buku menu.
“Aku kerja dekat sini. Bukan macam kau! Budak control macho! Player cap kayu!” kata Syah kepada Amirul, kemudian memandang Khairina lagi.

Rimas Khairina dengan sikap Syah yang sering memandangnya, tajam. Apa kena dengan budak sorang ni. Tengok orang macam nak telan  je. Hati Khairina merungut.

“Dah lah kau ni! Berdiri dekat sini mengganggu jiwa orang je. Blah lah kau! And tolong panggil waitress dekat sini boleh? Boleh jugak aku buat kawan. Gantikan Julie tu.” Kata Amirul pada Syah sambil mengangkat double-jerk.
“Playboy tak sudah! Depan makwe kau pun boleh kau nak adjust orang lain untuk diri sendiri? Aish...” jawab Syah sambil menggeleng kepala dan berlalu pergi dari meja mereka tanpa mengambil sebarang pesanan.
Sedang Amirul membuat pilihan, terlayar di kotak minda Khairina tentang Amirul. Pasti tidak akan ada gadis yang bisa menolak Amirul kerana dia sememangnya seorang jejaka yang mempunyai pakej diri yang perfect. Tubuh tinggi lampai iras hero filem Korea, mata blue-ice yang memukau seiras dengan mata Khairina sendiri, mungkin disebabkan dia adalah kacukan Melayu-Belanda? Hidung yang mancung macam Hrithik Roshan. Seorang yang romantis yang kadang-kala bisa menggugat keimanan. Itulah jejaka yang diberi nama Amirul Imran.
“Affi!”Amirul sekali lagi menyedarkan Khairina dari dunia khayalannya. “Apa hal?” Soal Khairina dengan muka tidak bersalah. “Affi nak makan apa?” Soalan Khairina dijawab dengan soalan oleh Amirul. Amirul mengisyaratkan kepalanya ke sebelah kiri, ke arah seorang pelayan yang bersiap sedia dengan pen dan kertas di tangan.
“Fresh appel, tak nak makan. Thank you,” Khairina cepat menjawab lalu pelayan perempuan itu  berlalu dari meja mereka. Bila masa waiter tadi transform jadi waitress?
Err... Kenapa aku suka termenung sejak dua menjak ni? Sebab terlalu banyak study? Or maybe because of Khairil? Ah! Apa-apa jelah, asalkan bukan Khairil! Khairina  berperang dengan hatinya sendiri. Hentahpape betolla!
Makanan dan minuman yang dipesan tiba. “Makan tu slowlah sikit,” bicara Khairina pada Amirul memandangkan Amirul makan dengan gelojoh. Tiba-tiba Amirul tersedak. Khairina menghulurkan air fresh orange yang telah dipesan Amirul sebentar tadi sambil tertawa kerana tidak tahan melihat sikap Amirul  yang kebudak-budakkan itu.
“Itulah. Orang dah pesan tadi, jangan makan gelojoh. Inilah komplikasi sebab tak nak dengar nasihat yang baik.” Perli Khairina bersama tawa. “Affi ni asyik gelakkan abang je,” marah Amirul ke Khairina.
“Hai, mesra nampak,” sapa satu suara yang rasanya Khairina kenal pemilik suara itu. Tapi betul ke? Minta-minta bukan! Aku memang tak pernah suka bila tekaan aku salah. Tapi kali ni, aku sanggup kalah dengan DiRi akU SEnDIrI asalkan bukan budak tu yang tegur aku! Ya ALLAH, janganlah KAU pertemukan aku dengan dia tu. Sempat hati Khairina berdoa.


(continue, not soon after this break...)
 

StreetsOf93Story Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez