Nuffnang Leaderboard

Sunday, 29 July 2012

Be Mine, Sudi Tak? 1(ii) =)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


“Kakak, ada kereta mai...” Eida menarik tangan Nazliyana menggunakan tangan kanan. Tangan kirinya pula menghala ke arah sebuah kereta Mazda sport, merah. Tapi... Takkan rombongan lelaki mai satu kereta ja? Mana kereta dari pihak perempuan yang pergi membantu tadi?

            Dalam kereta Mazda RX8 pula...

            “Apa bro? Bini kau tak nampak muka pun. Main sorok-sorok pulak.” Aizanky tarik muka masam. Aizanky yang bakal menjadi pengapit pengantin lelaki menoleh kepala ke belakang, cuba mencari wajah bakal isteri sepupunya itu. Hey! Best-man ni! Mandat aku besar hari ni.

            “Sabar je lah...” Afiq menggeleng dengan senyuman segaris di bibir.

            “Oit Akmal...!”

            Akmal merupakan adik kepada Afiq. Anak kedua dari empat beradik itu.

            “Apa?” Akmal menoleh ke tempat duduk belakang, menyoal Aizanky yang memanggilnya sebentar tadi. Dah duduk kerusi depan ni, memang susah la nak bersembang dengan orang-orang dekat belakang. Lenguh leher lah!

            “Kau pernah tengok Naz kan?” Aizanky menyoal curious. “Pernah. Sekali. Masa pergi majlis pertunangan dulu. Tapi tak sempat jumpa, ramai orang.” Akmal, yang lebih terkenal dengan nama jolokan ‘Mat Nerd’ menjawab sambil membetulkan cermin mata bulat miliknya itu. Syuk, pemandu kereta hanya diam. Dah penat sangat kot, kan sesat tadi.

            “Lawa tak?” Aizanky menyoal lagi.

            “Siapa?” Akmal menyoal dengan muka blurnya.

            Adeyhh... Susah betullah bercakap dengan mamat nerd yang tak kenal apakah ertinya ‘CiNtA’ ni... “Bakal bini Angah kau lah!”

            “Dia? Owh... Dia... Comel...” Akmal menjawab. Pandangan kembali dibawa ke hadapan. Tak suka betul cakap dengan Aizanky ni. Siapa yang tak kenal Aizanky? Mamat hensem. Tapi memang tak percaya, si Aizanky ni jenis setia pada yang satu. Loyal! Untung siapa yang dapat dia ni. Tapi, memilih bukan main! Tu yang susah sikit nak tengok dia lekat dengan mana-mana awek lama dari dua bulan. Aku bagitahu dia ni setia sebab dalam satu-satu masa, dia hanya ber’sayang-ayang’ dengan seorang wanita sahaja. Tu rr pasal aku cakap dia ni loyal.

            “Fiq, betul ke kau tak pernah tahu macam mana rupa dia?” Aizanky menyoal Afiq tak percaya. Tinggal lagi beberapa minit ja nak menikah ni, muka bakal bini dia pun dia tak tau? Adeyhh...

            “Kalau kau nak tengok sangat, turun rr. Tu, dia ada dekat je tu. Go for her.” Afiq tersengih mencabar. Siapa tak kenal Aizan? Mamat pantang dicabar ni!

            “Orait...” Aizanky menolak pintu kereta. Mamat hensem nak keluar dari kereta ni!

            Afiq tersengih... Pantang dicabar sungguh sepupu aku sorang ni. Afiq kemudian tersengih nakal. Ada plan, baik punya... “Mal...”

Dua minggu sebelum itu...

            “Akak, abang suruh ambil gambar akak.” Wani mengeluarkan Nikon dari beg sandangnya. “Err... Nak buat apa?” Nazliyana mengedutkan dahinya. Sungguh aku tak faham. “Angah pesan, tolong ambil gambar akak. Dia nak tengok. Dia cakap tak adil lah akak je dapat tengok gambar dia, dia tak dapat tengok gambar akak pun.” Wani menyambung lagi. Tangannya menarik keluar pelindung lensa kamera mahalnya itu. Kamera kesayangan! “Boleh, dengan syarat Angah kena belikan the latest Nikon tu. Amacam? Boleh?” Angah yang beli masa Angah mintak tolong ambilkan gambar Kak Naz. Dah alang-alang Angah mintak tolong, demand rr.

            Nazliyana kerut dahi. Masa bila aku tengok gambar dia? Tak teringin, dan tak terniat serta tak termampu aku nak tengok gambar  yang entah berapa keping tu. Sampul gambar tu pun still ada dekat mak. Aku memang tak sanggup nak bukak sampul gambar tu. Nazliyana menelan liur.

            “Akak, cepat lah pose. Nak ambil gambar ni. Posing seksi-seksi.” Wani dah bersedia dengan kamera yang sedia tergantung di lehernya. “Tak nak lah Wani.” Nazliyana memalingkan badan membelakangkan Wani. Owh please, aku tak nak! Aku cukup tak minat ambik-ambik gambaq ni!

            Akhirnya, Wani terpaksa mengalah bila bakal kakak iparnya itu mengugut untuk memutuskan pertunangan tersebut, yang hanya ada masa dua minggu sahaja lagi untuk menuju ke hari pernikahan merangkap hari persandingan Nazliyana dan Afiq.

            Kenapa Afiq mintak tolong Wani ambilkan gambar Nazliyana? Sebabnya, sampul surat yang ibu bagi dekat aku hari tu bukannya ada gambar bakal bini aku. Nak tau ada gambar apa? Ada gambar Goku, Gohan, Goten, Vegita dengan Trunk! Siapa diorang tu? Woit! Kartun cerita Dragon Ball lah! Aku baru bangun dengan muka marah, nak pergi report dekat ibu yang bakal menantu dia tu bagi gambar kartun dekat aku, sehelai kertas A4 bergaris terjatuh atas lantai. Aku pun tunduk rr ambil baca surat tu. Nak tau dia tulis apa? Dia tulis macam ni...

“Jangan pandai-pandai report dekat parents hang aku bagi gambaq tu. Kalau tak, siap hang! Siap apa? Siap! Memang hang hilang pengantin pempuan masa hari nikah nanti!!! Don’t dare me! I’ll absalutely do it! Yang benar, Your Destiny So-Called.” Panasnya hati aku masa baca surat tu!

            Kini...

            “Orait bro... Aku nak pergi dekat bakal bini kau ni...” Aizanky menutup pintu kereta lalu mengatur langkah mendekati Nazliyana. Sesampainya dia di situ...

            Senyuman terukir di bibir Aizanky...

            “Hye... Aizanky, kawan merangkap sepupu Afiq Arash.” Dia menghulur tangan pada Nazliyana. Nazliyana mengedutkan dahi seketika. Err... “Hye... Nazliyana. Panggil Naz je...” Nazliyana mengangkat tangan kanannya seketika, dan melambai pada Aizanky satu saat. Aizanky dilihat tersenyum dan mengangguk kepalanya. Dia faham lah kot yang aku tak nak ber-shake hand dengan dia.

            “Hye... I Aizanky. You alls yang lain nama apa?” Aizanky mengangkat kening sebelah. Tangan kanannya masih sedia terhulur ke hadapan, mana la tahu ann ada awek yang nak sambut tangan aku ni. Tapi, takkan kuno sangat diorang ni? Shake-hand je kot?

“Hye... Sharnie.” Sharnie menghulurkan tangan dan disambut oleh Aizanky mesra. Kedua-dua mereka saling tersenyum. Aduh! Ada hati yang tertambat.

            “Assalamualaikum....” Ada suara yang menyapa dari belakang tubuh badan Aizanky. Aizanky tersengih melihat kehadiran dia. Eleyh. Nak la pulak dia ikut aku. Ingatkan tadi dah tak nak ikut.

            Sharnie mencuri pandang pada kereta merah yang mencuri pandangannya sebentar tadi. Buntang matanya seketika melihat sesuatu yang baru terlayar di pandangan. Perghh! Pintu up la!

(pintu up... aku tak tau panggil pintu ni pintu apa. Anak sedara aku cakap, pintu up... hakhak)


(Mazda RX8)

            “Eherm.....” Dia yang baru tiba berdeham seketika.

            “Hye... Nama saya Afiq Arash.” Dia memperkenalkan dirinya tergagap-gagap. Takut, takut, takut! Kenapa aku?

Aizanky terus tergelak terbahak-bahak mendengar si dia yang baru tiba menjalankan proses perkenalkan diri. Kayu siot! Sejak bila insan bernama Afiq Arash kayu depan perempuan? Menjatuhkan maruah Afiq Arash betul! Haa... Lawak-lawak!

            Nazliyana mengerutkan dahi melihat Aizan yang masih belum reda tawanya. Woi! Slow down rr! Kawasan masjid ni! Hormatlah sikit! Nazliyana berpaling pula melihat lelaki yang baru tiba tadi. Apasal bakal laki aku ni nerd semacam? Skema! Cermin mata old-skol der! Err, hensem jugak. Macam cute je, kan? Okey apa daripada takde gigi dua? Bersyukur ni... Err... Boleh tak tipu diri sendiri walaupun untuk seketika cuma? Bersyukur... Paling kurang dia ada jugak gigi penuh. Siap shiny-shiny lagi tu! Hurmm...

            “Kakak... Awat bakal abang aku hodoh sangat? Suruh la dia buang cermin mata tu. Spoil rr! Sakit mata!” Eida berbisik pada Nazliyana sambil menjeling pada bakal abang iparnya itu. Spoil mood aku nak terima abang yang terakhir! “Hensem la tu... Cute apa...” Nazliyana kembali berbisik pada Eida. Even dia tak hensem, he still look cute for me actually. Kan? Yes! Afiq Arash sangat comel! Hee... I like I like! Rasa macam nak lompat bintang je ni! Tapi, dia skema. L

Sharnie dengan Shera dah siap tersengih-sengih tengok rupa bakal bapa saudara mereka. Bala! Kesian sungguh dekat mak saudara aku sorang ni! Ni bukan type mak uda lah. Mak uda punya taste macam Remy Ishak. Sekali yang datang macam Nobita ni apa ke hal? Nasib baik lah sepupu-sepapat yang lain tak turun meneman. Kalau tak, memang meletup rr. Mau depa tergelak tergolek terguling dekat sini! Nasib baik jugak Inche kroni mak uda, ahli ‘Kitorang-kan Geng’ iaitu Zarith dan Zaharul tidak dibenarkan turun meneman. Kalau tak, tak tau lah macam mana diorang punya reaksi bila tengok bakal bapak saudara diorang ni. Super duper double triple punya nerd ni! Hardcore Nerdy!

            “Awak sihat?” Dia yang bernama Afiq Arash menyoal pada jalan tar. Pandangannya masih jatuh ke satu tempat itu dari tadi. Macam tak berani je nak tengok para gadis di hadapan itu. Err, bukan macam. Memang dia takut pon!

“Err... Alhamdulillah, sihat. Awak sihat?” Nazliyana cuba mengawal perasaan yang bergolak di dada. Macam-macam ada! Nak gelak ada, nak nangih pon ada! Huaaa...

            Aizanky masih gelak. Perutnya dipegang dari tadi.

            “Aizan, what’s wrong with you?” Nazliyana menyoal dengan kerut di dahi. Huh! Spoil muka aku yang memang tak pernah bertacap tebal-tebal macam ni. Sungguh aku tak faham dengan dia yang bernama Aizanky. Harap muka hensem, tapi macam OTC ja. OTC? Err... Otak Tak Center.

            Aizanky menggeleng-geleng kepalanya. Parah sungguh kawan aku. Ada ke patut dia hantar Mat Nerd ni menyamar jadi dia? Memang buat lawak antarabangsa ni! Tujuh keturunan aku tak lupa. Hilang macho aku depan gadis-gadis jelita gelak tak tahu control. Ada aku kisah? Ni memang kira lawak terbaik tahun ni rr. Terbaekkk...

            “Kakak, kakak...” Eida menarik tangan Nazliyana.

Naz menyoal dengan mata dibesarkan satu saat. Apa lagi dia ni nak?! “Ada orang mai...” Nazliyana mengarah pandangan pada arah yang ditunjukkan oleh Eida.

Sesusuk tubuh tinggi lampai menyapa pandangan Nazliyana. Err... Hensem? Ke tak? Tapi, macam hensem je... Charming... Prince Charming...? Owh my godness! Macam muka hero novel dalam bayangan aku lah! Serius charming!

            “Ada yang makan asap tak?” Dia yang baru tiba menyoal Aizanky, kemudian tersenyum segaris melihat empat gadis di hadapannya.

“Bro, tak patut... Ni namanya sangatlah tak patut!” Aizanky menepuk bahu laki yang baru sampai tadi. Boleh lagi dia buat prank?

Nazliyana pelik. Dia ni pakai lagi smart dari pengantin lelaki, apasal? Nak over-shadow ke apa? Cop! Apasal aku baru perasan Afiq pakai Baju Melayu warna dark purple? Kalau ikut plan, warna light purple, kan? Wani pun pernah cakap Angah dia pakai baju... Baju... Baju Melayu kain songket warna light purple. Macam mamat yang baru sampai tu pakai. Tapi, kenapa Afiq pakai kain cotton je? Kenapa mamat over-shadow ni pakai Baju Melayu kain songket warna light purple? Entah-entah...

“Ada yang kena tipu la ni. Siapa?” Dia yang baru sampai bertanya pada Aizanky kemudian beralih pada empat orang perempuan di depan matanya. “Siapa yang kena tipu?” Matanya memandang seorang demi seorang. Dan pandangannya mati pada wajah yang menghentikan detak jantungnya buat beberapa saat sebentar tadi. Wajah polos yang dah percepatkan aliran darahnya. Macam kena heart attack. Err... Jantung-terhenti, tapi darah boleh pulak mengalir? Sound pelik je ayat aku tu! Aish...

“Kena tipu erk?” Dia yang baru tiba dengan baju songket itu menyoal Nazliyana. Tajam renungan mata yang dipancar dalam percubaan menilai Nazliyana dari sudut pandangannya sendiri.

Nazliyana terkejut. Err? Aku? Kena tipu? Masa bila? Tapi, aku rasa memang aku macam tertipu ja. “Err... Tak paham...” Nazliyana mengeleng kepala.

Dia yang baru tiba berbaju songket itu menggeleng kepala. “Siapa Afiq Arash?” Inche Baju Songket menyoal Nazliyana dengan jelingan statik.

Ni dah masuk kategori menjeling boleh tembus ke dasar hati ni! Nazliyana gugup. “Dia...” Nazliyana menjawab tergagap sambil meluruskan jari telunjuknya pada si Afiq berbaju melayu dark purple.

Serentak itu, Aizanky dan Inche Baju Songket ketawa. Sementara Afiq bercermin mata old-skol hanya menggeleng-geleng kepalanya memandang Nazliyana. Matanya seakan menghantar mesej, “Saya bukan Afiq Arash... Bukan...”

“Agak-agak best tak kena tipu?” Inche Baju Songket menyoal setelah tawanya reda. Kau prank aku, bagi gambar Dragon Ball, then siap dengan surat ugutan lagi, kau ingat aku suka sangat?! Nah! Ambik kau! Aku prank kau hari akad nikah kita. Ceyh! Ugut aku nak lari rumah konon! Harghh!!! Actually, aku masih marah dengan surat ugut dulu! Aku masih marah dengan pengutus surat tu! Siapa lagi kalau bukan pengantin depan aku ni?! Bakal bini aku ni rr!

Nazliyana masih tak faham. Siapa-Yang-Kena-Tipu-Ni? Dah tu, boleh pulak dia tanya best tak kena tipu? Woi! Mana ada manusia dalam dunia ni best kena tipu. Lain rr kalau aku ni vokalist M2M plus lyricist Mirror Mirror. Nak tau macam mana lirik lagu tu? Macam ni...

Mirror, mirror, hanging on the wall
You don't have to tell me
Who's the biggest fool of all
Mirror, mirror I wish you could lie to me
And bring my baby back
Bring my baby back to me

“Well, nak introduce formal ke?” Inche Baju Songket menyoal Aizanky, meminta pendapat. Aizanky mengangguk setuju.


(picture: credit to http://flowerqueen38.blogspot.com/ .. Cuma korang kena bayangkan ada tudung yang tersarung ke dalam baju, plus ada selendang tambahan dekat atas lapisan tudung first layer tadi.)

“My name Muhamad Afiq Arash Bin Azhar. Your future hubby.” Selamba badut Inche Baju Songket menuturkan ayat tersebut. “Again, repetation... Your-Future-HUSBAND.” Perkataan-perkataan itu diulang satu persatu. Nazliyana telan liur.

“Brfff...” Eida terkejut dengan ayat statement yang baru sahaja didengarinya. Matanya membulat. Macam tak percaya!

“Woi! Kurang ajar!” Aizanky mengelap mukanya yang dah macam dihujani hujan rintik yang keluar dari mulut Eida. Opss! Eida menekup mulut. Terpercik pulak enzim dekat Aizanky. Err, tak sengaja bro.

“Udangah!” Sharnie marah Eida. “Sorry Aizan.” Sharnie mengeluarkan tisu dari poket baju kurung modennya, lalu dihulur pada Aizanky. Aizanky menyambut huluran Sharnie tersebut. “Sorry, Eida memang loqlaq macam tu.” Sharnie buat muka bersalah, gaya macam dia ja yang buat salah.

Nazliyana dah telan air liur. Err? Dia ni? Bakal suami aku? Tapi, dia ni macam gatai ja... Err... Anybody, help me, boleh?

“Just about few minutes more. You, me... Wifey, hubby.” Afiq Arash sebenar menutur ayat itu dengan menjongket kedua-dua bahunya satu saat. Dia berpaling melangkah ke perkarangan masjid lalu di ikuti Aizanky dan Afiq Arash palsu. Habis, siapa Afiq baju melayu dark purple tu?

            “Naz...” Ibu saudara Nazliyana dan ibu Afiq menghampiri Nazliyana, Eida, Shera dan Sharnie. “Jom masuk. Semua dah sedia dekat dalam.” Nazliyana diiringi oleh ibu saudara dan bakal ibunya. Entah kapan keluarga-keluarga itu sampai pun, tak tahu lah. Tetiba ja tadi kereta yang ada dua biji dah ber-binary fusion menjadi enam biji.

            “Mak ndak, yang mana satu Arash?” Nazliyana menyoal ibu saudaranya. Kakinya masih belum melangkah, tidak berdaya dan tidak percaya.

“Yang dok senyum-senyum dekat Naz tu lah, lawa kan dia?” Puan Saleha membetulkan kedudukan tudung anak saudaranya itu yang kelihatan sedikit senget. “Yang pakai cermin mata ka yang tak pakai tu?” Nazliyana menyoal tanpa nada, dingin bersuara. “Yang pakai cermin mata tu adik dia, Akmal, bakal adik hang la jugak. Tapi, dia tua dari Naz. Bakal laki Naz yang dok sembang dengan Naz tadi tu lah. Jom lah, dah ramai dah yang masuk tu.” Nazliyana dipimpin oleh Puan Saleha masuk ke perkarangan masjid.

            Hati Nazliyana berdetak bukan kepalang. Langkahnya menapak masuk ke masjid. Jantungnya bekerja kuat mengepam darah. Sabar-Bertenang. Dari tadi hatinya dipujuk untuk bertenang.

            “Assalamualaikum...” Tok Imam memberi salam pada isi masjid...

(bersambung lagi...)

No comments: