Nuffnang Leaderboard

Sunday, 29 July 2012

Freak's Story; Freak's Camp Scene 1 =)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


So, siapa yang in dalam plan ni?” Farhan menyoal. Dua saat selepas itu, empat tangan sudah sedia terangkat melainkan tangan… Dia! Perlahan-lahan tangan kirinya diangkat. “Count me in.” Lemah ayat itu dituturkan Addy dengan tangannya yang sudah diletakkan ke bawah kembali. MoU kumpulan pertama telah dimeterai.

            Senyum puas diukir di bibir Farhan. Aku happy..? No!!! Rindu mak! Rindu pak! Rindu rumah! Rindu bantal peluk! Rindu Compaq! Rindu-rindu-rindu!!!





SCENE 1

“Ni camp ke sekolah? Siap kena belajar Biology lagi ni. Hari ni hari Ahad lah! Nak rehat!!!” Dani tarik muka masam. “Plus aku ni student LK a.k.a. Lukisan Kejuruteraan. Apa kes kena belajar Bio ni?” Dia mengumam lagi. Langkah yang berderap terdengar kuat je. Well, bebudak lelaki kan dapat sponsor kasut ala-ala kasut pengawas tu. Kasut hitam kilat aku panggil!

Best lah... Teropong-teropong cell. Dia gerak-gerak lagi. Sempoi lah tu.” Farhan membidas kata-kata Dani. Dia tersengih.

“Kau best lah. Kau tu kan bakal ‘Doktor Farhan’. Aku ni? Mau aku tidur je dalam kelas tu.” Dani tarik muncung. Masih tak puas hati. Ada ke patut, masuk kem Suria, belajar Biologi? Peliknya! Nama kem Suria, ala-ala ‘Summer Camp’ dalam cerita Kuch Kuch Hota Hai. Cuba la belajar menari ke, menyanyi ke, happening la jugak! Ni? Bio? What the heck?

“Relaks rr beb. Lima kelas jalah. Two and half hour ja. Pastu, settle.” Farhan cuba relaks-kan Dani.

Fine. Tiga kelas dah lepas. Tinggal sejam je lagi aku dalam kelas tu. Chill Dani.” Dani menenangkan dirinya sendiri.

“Itu rr. Tapi ann... Esok aku, Addy dengan sapalagientah kena kemas lab Bio rr. Petang nanti last experiment, esok kemas lab? Asal tak kemas terus ja petang ni erk?” Farhan menyoal dirinya pelik. Ada kedut di dahi. Well, refleks ni. Inner action.

“Petang ni kan ada dancerobic. Mana sempat kalau kita kemas petang ni. Habis kelas petang ni, pukul lima. Terus balik bilik, mandi. Asar aku rasa dalam bilik je. Tak turun surau dah. Then tukar baju. 5.30 ada dancerobic dekat padang kem.” Addy bagi penjelasan. Farhan angguk kepala. Patutlah… Eheh! Budak ni memang punctual erk? Erkkk... 180 darjah against me. Dah macam nak lukis rajah dalam Add-Maths dah ni. Ada agaisnt lagi tu. Nasib baik takde gradient!

By the way, ada kelas apa erk lepas ni?” Farhan menyoal. Aku ni, bab-bab manage masa, memang fail lah!

Addy di bahagian belakang bukak jadual akademik. “Well. Minggu akademik satu minggu je. Minggu ni direct akademik. Kelas Bio almost done. Lepas kelas Bio kita akan ada kelas LK. Syabas bro.” Addy menepuk bahu Dani. Yang lain tersenyum.

“Puas?” Farhan juling mata dekat Dani. Dani berjalan di sebelah kirinya. Farhan diapit oleh Dani dan Dila. Di barisan belakang pula, dari kiri ada Tajul, Eve dan Addy.

“Kelas apa lagi kita kena attend erk?” Farhan menyoal. Addy kembali menatap jadual akademik.

“Akan ada kelas Sastera and... Fuhh! Ada kelas Kecantikan untuk girls and boys akan masuk Kulinari. Tapi Sastera ada dua, divided into Melayu and English. Three hours for Malay, another three hours for English. Kiranya kelas Sastera ada dua hari rr.” Lancar Addy menutur. Yang lain mengangguk. Eve dah senyum lebar. “Dulu aku teringin nak masuk kelas kecantikan tau. Tapi, takde chance. Dapat juga aku masuk kelas ni akhirnya. Bestnya.” Eve dah bertepuk tangan.

Farhan pusing kepala ke belakang dua saat, melihat Eve yang masih bertepuk tangan. Farhan tersenyum melihat Eve yang tersenyum lebar. Happy rr tu. Kepala dipusing ke hadapan semula, dan raut wajahnya berubah masam. Masa bila aku pandai make-up ni? Parah…
*****

“Wakakaa… Lawak gila kau Tajul. Dah macam tiang elektrik bergerak aku tengok.” Dani gelak. Addy di sebelah hanya tersenyum.
***

“Hakhak… Farhan, cuba tengok Tajul dekat depan sana.” Delaila mengajukan jari telunjuknya ke depan; bahagian peserta lelaki. Farhan dan Delaila ketawa serentak. “Kenapa?” Hasni; budak kumpulan tiga yang berdiri di tepi Farhan menyoal. Farhan meluruskan  jari telunjuknya menunjuk Tajul di depan. Hasni yang melihat Tajul turut ketawa. “Cengal betul. Sengal!” Hasni spontan.


No comments: