Nuffnang Leaderboard

Sunday, 29 July 2012

Freak's Story; Freak's Camp Scene Opening Part(ii) =)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


            "Orait... Kami berlima dari satu sekolah. Memang dah kenal rr senang cakap. Nama aku Eveinna, dia Dani(permaidani), Addy, Tajul and sebelah kau tu, suruh dia kenalkan diri dia sendiri. Aku tak tau dan tak nak ambil tau pun." Eve memperkenalkan dirinya dan yang lain. Berhenti pada seorang budak perempuan yang ada dekat tepi sebelah kanan Farhan. Eve tarik muka masam, dan mengubah pandangannya ke sebelah kiri.

“Macam mana boleh tak tahu nama pulak ni? Cakap dari satu sekolah tadi?” Farhan menyoal pelik. Bukan ke?


OPENING PART(ii)

“Farhan, dia orang ni musuh sejak sekolah rendah. Tak payah ambik pusing.” Dani rambut Goku terlebih dahulu menyampuk.

Farhan mengangguk. Erk? Macam tu pulak? "So, nama kau?" Farhan menyoal gadis di sebelah kanannya itu. "Aku Delaila." Delaila menghulur tangan kanannya, Farhan menyambut huluran tangan itu, tersenyum dan mengangguk sekali, tanda hormat. Selesai berjabat tangan dengan Delaila. Selesai perkenalkan nama, kumpulan itu sepi untuk seminit.

            “Eve dan Delaila.” Farhan menyebut nama dua perempuan yang akan menjadi roomate dan groupmate-nya selama tiga bulan di sini. Pecah kesepian yang membelenggu kumpulan 1 tersebut.

Refleks, mereka berdua memandang wajah Farhan. Menanti apa yang akan dikatakan oleh budak perempuan itu.

Farhan menghela nafas terlebih dahulu. Macam mana nak cakap ni erk? Macam... ni lah. “Fikir balik. Kita stay dekat sini, tiga bulan. Kau orang rasa kau orang boleh tahan ke kalau tiga bulan, kau orang tidur dalam bilik yang sama, and hadap muka yang sama sepanjang masa? Three months okey? Bukan tiga hari.” Farhan mula nak berceramah(in the bracket, kerja sambilannya. Huehuehue...)

Eve dan Delaila hanya mendiamkan diri.

“Pernah dengar tak kata-kata ni..? Fake it, until you make it. Tak salah kalau berpura-pura sebab…benda yang kita buat selama tujuh hari berturut-turut akan menjadi habit kita secara naturally. So, conclusion aku adalah, tak salah kalau kau orang berpura-pura suka satu sama lain, sampailah lakonan kau orang dalam diam jadi satu realiti. For our group sake. Lupakanlah sengketa kau orang berabad lalu, cuba bukak buku baru. Kalau tak rela pun, just try. Maybe an act will make a relation perfect at the end. Impossible is nothing la. Jangan pernah kata ‘tak’ sebelum kita mencuba. Will you?” Farhan mengakhiri kata-katanya dengan soalan.

“Aku tak berani nak janji.” Eve terlebih dahulu menjawab. “Aku lagi lah!” Delaila memotong, siap tarik muncung. Sebenarnya, kalau Eve cakap okey tadi, aku pun nak jawab okey. Tapi, bila dah dia cakap, ‘No’, aku lagilah! Ego kena jaga!

“Tapi kau orang janji akan cuba, boleh?” Farhan menyoal lagi.

Anggukkan dari Eve dan Delaila menyenangkan hati Farhan.

“Aku nak tengok the worst enemy pair boleh berdamai atau tak dengan bantuan our DJ Cupid so-call, Farhan.” Tajul si rambut Nick Carter menyampuk. Yang lain mengangguk. 

            "Hmm... Okey. So, maknanya kita dah geng dah la ni erk?” Farhan bertanya sambil menggaru pelipisnya. Siap dengan muka tension nak ambil killing paper masa SPM!

“Kau ni, apahal gaya macam pikir masalah dunia je?” Tajul menyoal Farhan. Pelik jugak bila tengok muka minah ni macam ada masalah.

Muka Tajul di pandangnya. Bibir Farhan mengukir bentuk. Tapi, bukan senyum. Nak masuk kategori apa pun tak tahu lah. Smiling pun bukan, smirking pun bukan. Memang tak nampak gaya senyum pun!

            “Kau orang ni tak cool lah. Aku tak boleh lah duduk dengan orang yang serius-merius tahap Sirius Black ni.” Farhan mengakhiri kata-katanya dengan keluhan. Kepalanya digeleng-geleng. Tersiksa kot hidup aku kena survive dengan manusia-manusia hottt Jacob Black macam ni.

“Eceyh. Itu je? Kerek la kau ni.” Dani tersenyum sambil menggeleng pala. “Erk? Aku kerek? Actually, aku tak kisah pun.” Farhan membuang pandang ke arah sekeliling. Apasal budak rambut serabut banyak diam erk? Kalau Dani, Tajul, Eve dengan Dila adalah manusia hottt, maknanya budak Addy serabut tu, super hottt! Serius, tak boleh buat geng kalau macam ni!

“Kau agak-agak, apa yang akan jadi selama tiga bulan kita dekat sini?” Dani bertanya sambil  memandang satu-satu muka rakannya. Yang lain juga seperti Dani, saling memerhati. Semua mengeluh.

Jawapan yang diberikan oleh Eveinna, Delaila, Tajul dan Dani sendiri memang tak ubah maksud seperti ayat Addy ini, “Aku tak tahu. Aku rasa datang sini je dah macam bala. Orang dah habis major exam ni, kasi rr otak relax. Ni tak, nak kena ikut program yang ntahpapantah pulak. Boring, tak cool.”

Tapi senyuman yang terukir di bibir Farhan cukup untuk membuatkan mereka berlima yang lain pelik. Farhan kelihatan tersenyum macam budak kecik tengah tadah tangan untuk ambil gula-gula. Tapi, pandangannya tidak memerhati wajah Addy semasa Addy memberi jawapannya. Farhan hanya memandang lantai kayu dewan semasa mendengar jawapan dari para rakan. Itu adalah perkara biasa yang akan dilakukan oleh Farhan apabila ingin mencerna, memahami sesuatu yang dikatakan oleh orang lain.

“Kau pula Farhan?” Tajul menyoal Farhan yang tersenyum pada lantai.

Farhan mengangkat pandangannya dari lantai dan memerhati Tajul yang menyoalnya tadi. Dua saat sahaja. Dua saat kemudian, dia memandang langit cerah di luar dewan, tersenyum semula. “Bagi aku tak.” Farhan berbicara satu ayat. Muka tiga jejaka dihadapannya boleh dilihat. Kening yang diangkat Dani cukup untuk menzahirkan kata-kata hatinya yang bertanya, maksudnya?

            “Senang je. Bagi aku, masa tiga bulan dekat sini dah lebih dari emas kau orang tahu. Dalam masa tiga bulan, budak lepasan SPM macam kita boleh kumpul duit 3K tau kalau kerja kilang sekarang ni. So... macam fikiran kita sendiri, bebudak lain pun mesti fikir, stay dekat sini, boring.” Farhan berhenti berbicara seketika. Pandangannya menghala pada seluruh isi dewan. Kumpulan mereka berada di hujung sudut pintu keluar yang kedua dari belakang dewan. Mereka yang lagi berlima turut menebar pandangan ke isi dewan.

“And, sebab tu jugak lah, kalau boleh... as the group that hold number one, even we are the last group yang jumpa members group kita masing-masing, aku rasa kita dah diamanahkan untuk menjadi ‘peng-happening’ tempat ni. Kita kan pioneer untuk program Suria ni. So, what if we make a deal yang semua group members akan try the best untuk kurangkan level boring dalam diri kita and kalau boleh, dalam diri semua budak yang kena stay dekat sini? Amacam?” Farhan mengakhiri kata-katanya dengan soalan. Berharap benar dia akan mendapat sokongan dari ahli kumpulan yang lain.

“Eleh. Cakap je berabuk. Sekali dia yang tak buat apa yang dia cakap, macam mana?” Addy memandang ahli kumpulan yang lain.

“Aku no hal je kalau kau orang tak mahu, tapi aku rasa lagi baik kita cuba laksanakan plan ni. Sebab aku tak mau tengah-tengah program, semua dah jadi macam anak buah Hitler yang tersiksa jiwa.” Farhan memberikan pendapat. Wahhh! Aku rasa aura hitam dari budak serabut ni! Memang serabut la dia ni!!!

So, siapa yang in dalam plan ni?” Farhan menyoal. Dua saat selepas itu, empat tangan sudah sedia terangkat melainkan tangan… Dia! Perlahan-lahan tangan kirinya diangkat. “Count me in.” Lemah ayat itu dituturkan Addy dengan tangannya yang sudah diletakkan ke bawah kembali. MoU kumpulan pertama telah dimeterai.

            Senyum puas diukir di bibir Farhan. Aku happy..? No!!! Rindu mak! Rindu pak! Rindu rumah! Rindu bantal peluk! Rindu Compaq! Rindu-rindu-rindu!!!

No comments: