Nuffnang Leaderboard

Sunday, 29 July 2012

Geng Kecik Cerita 3 =)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...

New Character; new picture...



CERITA TIGA

Mereka berlapan duduk bertentangan menghadap pasangan biasa masing-masing. Farni menghadap Amirul, Fahima menghadap Irfand, Nurin menghadap Ayie dan Syaz menghadap Nazrul. Semua pun asyik mengacau air masing-masing dengan straw. Sepi.

“Dah dua bulan kita kerja sini ann?” Ayie menyoal, memecah kesunyian yang membelenggu geng mereka sedari tadi. Tujuh pasang mata memerhati Ayie yang masih memandang air milo di dalam gelas.

            “Yup. Dah dua bulan.” Fahima menjawab dengan muka tak beriak. Sempat rr kumpul duit, dua ribu setengah jugak rr masuk dengan OT semua. Duit minyak tak kira, abah dengan mama dah janji nak support duit minyak. Ayie rasanya duit minyak kongsi duit diorang berempat tu kot.

            “Hari terakhir kita kerja.” Nurin bersuara pula. Juga seperti Ayie, dia hanya memandang gelas air sewaktu berbicara.

            Terdengar keluhan dari mereka berlapan, serentak.

            Sepi lagi.

            Nazrul, Ayie, Irfand dan Amirul telah pun memulangkan kembali pakaian seragam mereka. Tu kira ikut perjanjian rr. Bila dah berhenti kerja, kena pulangkan balik barang-barang diorang. Sama la jugak dengan Syaz, Nurin, Fahima dan Farni.

            Semua muka monyok. Lepas ni dah tak boleh konvoi Satria Neo dua bijik pergi-balik kerja. Lumba kereta, kereta mana paling cepat masuk area taman. Selalunya kereta Fahima rr yang menang. Tengok driver rr. Fahima, siapa tak kenal? Pemandu perempuan yang paling loqlaq(maksudnya tu bawak kereta yang kekadang tak fikir pun had laju berapa, nasib baik 4 tahun bawak kereta, sekali pun tak pernah kena saman). Ayie pulak selalunya bagi ‘chance’ dekat budak perempuan.

            “Woi, jom cuti-cuti.” Amirul bagi cadangan. Tujuh orang lagi macam terpegun dengar cadangan tersebut.

            “Result keluar lagi dua minggu. Sempat gak rr kita pergi holiday. Seminggu ke, ann?” Irfand pula menyambung. Yang lagi tujuh orang sedang mencerna kata-kata Irfand. Nampak gaya memang boleh diterima akal.

            Fahima yang sedang berfikir kini bersuara, “Kita kaw-tim, bayar sama-sama. Amacam?”

            “Setuju.” Ayie.           
            “Aku okey je.” Nurin
“Berat sama dipikul,” Nazrul.
            “Ringan sama dijinjing.” Syaz memotong.
            “Power kot idea ni..?” Irfand.
            “Tengok rr sapa yang bagi idea.” Amirul tersengih bangga.

            “Boleh blah!” Tujuh suara bergabung memerli Amirul. Tawa menguasai geng mereka. Geng Kecik, mana boleh moody lama-lama. Kalau tak, tak geng rr!

*****

            “Woi, Fahima tanya nak ambik jalan mana ni?” Syaz menyoal orang yang disebelah sana. “Jap... Ayie, jalan mana?” Amirul menyoal Ayie yang sedang memandu Satria Neo hijau gelap miliknya itu.

            “Woi. Jalan baru. Jalan tu elok sikit. Takut nanti kereta buat hal kalau ikut jalan lama. Jalan tu teruk.” Amirul bercakap pada handphone Blackberry-nya. “Orait. Salam.” Syaz mematikan panggilan.

            “Amer cakap jalan baru.” Syaz memberitahu Fahima.

            “Amer?” Farni menyoal dirinya.

            “Haa la. Amer. Awat?” Syaz buat muka tak faham. Tak kan Farni pelik dengar aku sebut nama Amer kot?

            Fahima dah tersenyum-senyum. Hey Farni, rahsia hang dalam genggaman aku lah!

            “Tadi tu hang call Amer ka?” Farni menyoal perlahan. Tapi masih mampu didengari seluruh isi kereta.

Mereka tidak memasang radio. Mengganggu konsentrasi Fahima memandu. Situasi inilah yang akan terjadi setiap kali Fahima memandu ke destinasi yang tidak pernah dia pergi dalam keadaan dia drive kereta sendiri. Kena fokus!

Tadi abah cakap kalau nak pergi situ, ada dua jalan. Jalan baru dengan jalan lama. Sebab tu kena call Ayie untuk make sure aku ambil jalan betul kalau-kalau rr lost contact dengan kereta Ayie.

Dah la Ayie bawak kereta macam pelesit. Tak kan tak faham bila aku cakap, yang aku tak pernah drive kereta datang sini?! Fahima merungut dalam hati. Dah la nak gelap dah ni. Tu rr! Orang dah cakap, bertolak pagi-pagi. Geng laki tak mau dengaq! Tengok, kan dah gelap! Huargh!!!

“Ha... Aku call Amer. Ayie kan nak drive, so, aku tak call rr dia.” Syaz memberitahu kepada Farni. “Owh...” Farni hanya mengangguk-angguk kepalanya. Fahima masih tension dengan geng laki yang nak sangat bertolak petang-petang.

*****

            Di tepi pantai yang indah...
            Aku duduk seorang diri...
            Suasana, sepi...

            Teringat dikau diwaktu malam...
Wajahmu sering, ku terbayang...
Padamu, duhai sayang...

Radio kereta masih setia menyumbangkan alunan muzik dan suara penyanyi.

“Ayie. Slow rr sikit. Aku rasa kita dah macam main lut chak je dengan kereta Faema.” Irfand bersuara dengan muka risau. Kang diorang tak nampak kereta kita ambik corner, tersesat, macam mana? Patutnya, dua laki naik kereta ni, dua laki naik kereta sana. Baru rr safe sikit. Geng laki memang dah kira hafal jalan nak pergi sana. Geng perempuan tu pulak, sorang pun tak tahu jalan! Ish... Risaunya!

“Relaks rr bro. Ayie baru 100 la. Tak laju mana pun.” Nazrul menepuk bahu Irfand dengan senyumannya, cuba untuk tenangkan Irfand. Risau sungguhla buah hati dia sesat. Ayie yang sedang memandu tersengih. Pedal minyak ditekan lagi. Terkebelakang tubuh rakannya yang lagi tiga.

Meter diperhati. “Ayie. Hang nak bunuh kami ka apa?!” Amirul menyoal tak puas hati apabila melihat meter kereta menunjukkan 130. tangannya dah berpaut pada pemegang di bahagian atas kereta. Nazrul dan Irfand turut memaut pemegang tersebut. “Woi. Jalan biasa ni bro! Bukan highway!” Nazrul pula menyambung. Irfand hanya mendiamkan diri. Ayie ni kan! Memang saja nak bagi aku bertambah risau!!!

“Dark sky... Here we go!” Ayie memecut. 160km/j.

“Mak!!!” Amirul menjerit.
*****

No comments: