Nuffnang Leaderboard

Tuesday, 14 August 2012

Be Mine, Sudi Tak? 3(i) =)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...




“Makan rr... Layan diri tau.” Nazliyana tersengih pada Amer yang sedang mencedok nasi. “I ingatkan you nak tolong layan I.” Amer membalas kata-kata Naz, siap tayang muka sedih.

“Brfff... Layan diri!” Nazliyana tarik muka bosan.
“Pemalas..!”

********************************************************

TIGA(3)


Nazliyana di atas katil, di posisi paling kanan katil, disebelahnya Eida, kemudian di ikuti Sharnie dan Syara. Di belakang pula, Shera yang ‘sibuk’ dengan handphonenya. Di atas lantai pula, Zarith dengan Sakura(jenama gitar, bukan kawan Naruto) di atas riba duduk menghadap Nazliyana. Zaharul di sebelah kanan Zarith dengan buku kulit tebal milik Nazliyana(diketuk-konon2 drum). Semua dah pakat-pakat excited nak bawa korus Cinta Teragung-Hazama. Now!

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

            Lead dari gitar Zarith ambil alih. Bilik pengantin penuh dengan penghuni. Siapa lagi kalau bukan anak-anak saudara Nazliyana sendiri. Jam dah menunjukkan pukul 11.45 minit malam. Badan actually dah letih tahap tera. Tapi, cuak punya pasal, dia sanggup lagi nak jamming dengan anak-anak saudaranya. Shera dan Sharnie turut menyertai kugiran tak rasmi mereka pada malam itu.

            Pengantin lelaki? Err, rasanya tengah sembang dekat luar kot? Padanlah tu. Dia tu kan dah umur 27, dah nak masuk fasa orang tua pada pendapat Naz. Mana sesuai nak join kami, kan?

Secebis perasaan yang ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

            Bilik itu kembali digegarkan oleh suara-suara mereka yang beriya-iya nak menyumbangkan suara masing-masing. Sampai part last, Nazliyana kembali mengambil alih sebagai lead singer dengan ditemani flucking dari gitar Zarith...

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

“Huuuuu....” Semua pakat-pakat bertepuk tangan sambil bersorak. Lagi satu lagu dah habis jamming malam ni. “Orait, next song.” Nazliyana memikirkan lagu yang sesuai untuk dinyanyikan. “Selamat Malam, Faizal Tahir?” Dia menyoal. Menunggu pendapat dari ahli jamming.

            “Cantik...”

Suara mereka serentak terhenti apabila pintu bilik dibuka dari luar. Err, nak jamming lagi... Nazliyana tarik muka polos, sedih.

“Orait. Selamat malam.” Zarith bangun dari duduk lalu mengucapkan ayat sebaris itu khas buat mak saudara segeng sekepala; Nazliyana. “Err, nak pi mana?” Naz bangun dari duduknya, berdiri dan cuba menghentikan niat Zarith untuk keluar dari bilik. Dia buat-buat tak faham. “Dey, dah malam ni. Dah nak dekat pukui 12 dah. Tu, pak uda nak tidoq. Lagi nak buat-buat tak paham?” Zarith menyoal.

“Alarh Zarith... Stay rr lagi... Please, please, please.” Naz buat muka Barbie, kelip-kelipkan matanya. “Tak dak, tak dak. Pak uda dah mengantuk. Lagi pun, mana boleh kacau line.” Zarith kemudian tersenyum pada Afiq. Afiq membalas senyuman itu dengan senyuman geng dan kening terangkat sebelah. Nazliyana buat muka masam. Gedik!

“Orait, selamat malam.” Zarith kembali mengucap. “Zarith, Zarith...” Naz kembali menghentikan langkah Zarith. “Apa lagi?” Zarith tanya, geram. “Jangan tinggal daku, owh Zarith, owhh geng-geng ku... Aku rindu selalu, saat kita nyanyi lagu.” Naz buat muka sedih. Dia nyanyi lagu Jangan Tinggal Daku-Tan Sri P.Ramlee punya lagu. Tapi lirik dah diubah mengikut keadaan dirinya, dah di-parody-kan. “Andai, hampa pergi. Aku, teman tiada. Meratap sunyi, hampa merana. Owh-owh-owh jangan, tinggal daku...” Tangin kiri Afiq garu kepala tengok Naz nyanyi. Apa kes ni? Macam lah aku ni pihak berkuasa yang nak heret dia masuk penjara.

“Mak uda... Kami semua, tak mau ganggu, hang dan jugak pak uda... Kami, respect hang, sebagai ahli geng yang dah kahwin.” Zarith menggunakan ryhthm lagu itu juga. “Selamat malam.” Guna dialek Alleycats pulak. Zarith memalingkan badan menghadap Afiq yang masih di muka pintu dengan senyuman hormat segaris. “Sorry kacau. Selamat tidur.” Zarith menutur sebelum pamit keluar dari Afiq.

Kemudian, diikuti pula oleh Zaharul, Shera dan Syara. “Selamat malam Uncle Hensem.” Sharnie mengucap sebelum keluar dari bilik. Tangan Eida ditarik. Tadi baru habis main lawan tarik ‘tali’ dengan mak uda. Apa lagi? Lawan tarik Eida lah! Ada ka patut mak uda tak kasi kami bawak keluar udangah? Yang pak uda pulak dah bersandar dekat pintu. Punya bosan dok tunggu kami semua habis bersurai.

“Hey! Jap, jap, jap...” Sharnie memalingkan semula badan menghadap isi bilik. “Mak uda... Selamat malam... He, he, he...” Sempat lagi dia senyum kejam. “Kakak, greatgoodnight. Moga-moga, semuanya akan berjalan dengan lancar.” Eida pula memberi ucapan.

“Eida!” Simultaneously bantal yang tadi berasa di atas katil melayang terkena Afiq yang berdiri di muka pintu dari awal tadi. “Oppss...” Nazliyana menekup mulut. Terbabas tu!

Dari luar, terdengar gelak sakan Eida dan Sharnie.

Afiq di muka pintu membongkokkan badan mengutip kembali bantal yang dibaling ke badannya tadi. Pintu bilik ditutup. Butang lock dari dalam ditekan. Dia berjalan menuju ke katil.

Automatik, badan Naz yang menghala ke pintu sebentar tadi beralih ke arah selatan. Nazliyana terkedu, macam dah kena sampuk dengan Sang Kelembai. Jantung mengepam oksigen yang dirasakan semakin berkurang di otak. Dia menelan air liur dengan segala kudrat yang ada. Hayyoo... Take action, make a move Naz! Tapi, nak buat apa?

“Nah...” Suara garau itu bersuara. Tangan kanannya menghulurkan bantal tadi kepada Naz. Naz menyambut tanpa melihat ke muka itu. Hatta tanpa ucapan terima kasih pun.

“Lain kali, kalau dah tangan bangku, jangan main baling-baling. Kan dah terkena referee. Nak kad merah?” Suara garau itu bertanya lagi. Suara garau? Bukan suara original. Suara garau dia yang sebenar sound lagi sedap. Sekarang ni suara garau dia, suara orang penat. Penat menyental periuk petang tadi. Hahaha... Tadi petang aku buli dia. Semua periuk dia yang tolong basuhkan. Aku buat apa? Hee... Rahsia. Tak boleh habaq. Tapi, sekarang ni.....

Meremang bulu roma Naz. Suara ni. Suara ni, aku, takut. Yes, dengaq memang la macam romantik. Tapi, tapi... Aku takut suara ni!

Afiq ambil tempat duduk di hadapan Nazliyana yang sedang duduk bersila di atas katilnya itu. Nazliyana tarik muncung dan kedutkan dahi serentak. Ish! Yang pi duduk depan-depan aku ni, apa hal? Kang aku tendang, free ja jatuh katil!

“Jangan fikir benda yang jahat je, boleh tak?” Afiq menyoal.

Nazliyana telan liur. Dia tahulah pulak.

Dalam hati, memang Afiq dah gelak tergolek terguling. Yang dia pi tarik muka masam macam aku ni harimau yang nak terkam dia, apasal? Macam la aku ni tak berhati perut sangat. Relaks...

            Naz dipandang terus tanpa henti sambil bibir mengukir sengih jahat.

            “Yang tengok orang macam tu apasal?” Nazliyana menghembus nafas berat. Meluatnya!

            “Yang pi buat muka macam tu, siapa suruh?” Afiq kembali menyoal. Nak kacau ke tak nak? Nak kacau? Dah ngantuk ni. Badan dah rasa sengal macam nak terputus 14. Badan sengal? Hee... What do you think? Err, macam best je. Tak ke?

            “Naz, urut badan Afiq kejap.” Seraya itu Afiq menyilangkan tangannya di bahagian pinggang. Tangan mencapai hujung baju lalu ditarik ke atas. Serentak itu...

            Pap!!!

            “Aduh!” Afiq mengaduh. “Apa ni?” Baju yang dah separuh dibuka terlurut ke bawah kembali.

            “Arash nak buat apa?” Tanya Nazliyana, marah. Mata dah bulat macam Teletubbies. Bantal yang dihulur oleh Afiq di awal tadi dah hilang entah ke mana selepas Nazliyana membaling bantal tersebut kepada Afiq. Berani nak buat aksi 18x dengan aku?! Aku karate kang!

            “Laa... Nak bukak baju la. Kan nak suruh Naz urut.” Afiq buat gaya tak paham benar dengan perangai Naz. “Dah, dah. Cukuplah kerutkan dahi tu. Dah macam nenek kebayan. Tadi Afiq nampak ada botol minyak panas dalam almari Naz. Pergi ambik sekarang, lepas tu urut badan Afiq.”

            Nazliyana kedutkan dahi. Hello... Ingat I ni tukang urut you ke? Kalau bergaji, I nak buat. Kalau tak...

            “Berhenti fikir, go, now...” Afiq mengeluarkan perintah mandatorinya. Nazliyana terbangun automatik.

            “Yeah, yeah, yeah.....” Sempat dia menyumpah dalam hati. Arash bongek!!!

            Afiq tersenyum melihat Naz berjalan dengan tangan kedua-dua belahnya digenggam penumbuk. Eleh, ingat aku takut? Ni Afiq Arash lah!

*****

2 comments:

Juann Fitri said...

Cun juga cerita ni ey? hohoi... segera la menyambung... teringin benar membacanya...
mood : sukacita ^___^

NiNa ZizaN said...

hahaa.. tq.. tapi ann, cerita ni agak mboringkan utk saya skarang.. Nak tulis cerpen mcm Juann,tapi xpandai.. =(