Nuffnang Leaderboard

Thursday, 9 August 2012

Freak's Story; Freak's Camp Scene 5 Part(ii) =)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...




Wait… Farhan ada lagi satu soalan.” Dia menghentikan tawa itu serta-merta.

“Apa?” Serentak Abang Zarth dan Abang Iz menyoal. Huyoo! Asal aku rasa tak sedap hati je? Iz kedut dahinya melihat reaksi kosong Farhan.

“Abang Iz dengan Kak Armanda assistant abang tu ada apa-apa ke?” Farhan menyoal tak beriak. Abang Zarth dah gelak dengar soalan Farhan. “Ambik kau Iz. Jawab jangan tak jawab.” Abang Zarth tumbuk(tumbuk manja rr lebih kurang) bahu Abang Iz. Abang Iz buat muka pelik. Dia menggaru kepalanya yang memang tiba-tiba rasa gatal.


SCENE 5PART(ii)

“Farhan ni actually mind reader ke apa? Ke Conan Edogawa? Tak pun Horatio? Siasat habis latar belakang kita orang.” Abang Iz menyoal. Farhan jungkit bahu lagi, siap dengan bibir yang menandakan, ‘Entah’.

So?” Farhan angkat kening. Meminta jawapan dari Abang Iz.

Well… She is my fiancรฉe.” Abang Iz tersenyum kemudiannya. “Lastik Farhan kang baru tau.” Abang Iz malu sendiri.

Farhan memandang sekeliling. Yang lain tersenyum-senyum dengar jawapan Abang Iz. Tapi tak tau kenapa Addy tu masih kerut dahi macam ada masalah besar. Entah-entah dia ni…??? Err, biarlah...!

“Abang Zarth takde fiancรฉe?” Farhan menyoal. Opsss! Hey Farhan! Sejak bila kau jadi busy body ni? Farhan sempat buat aksi tutup mulut dengan tiga jari tangan kanannya, jari telunjuk, jari tengah, dengan jari manis. Tak tersangka mulut yang takde insurans malam ni sampai boleh tertanya pasal relationship orang. Ni dah lebih kot An? Mana pernah kau busy body sampai gaya macam ni!

“Hmm… Tunggu Farhan keluar dari kem ni, Abang Zarth hantar rombongan meminang.” Selamba Abang Zarth menjawab. Dia lalu bangun dari duduknya. Farhan dah jatuh rahang dengar jawapan dari Abang Zarth. “Abang balik bilik dulu. Iz, balik jom.” Abang Iz turut sama bangun setelah diajak oleh abang kembarnya itu.

“Assalamualaikum semua...” Abang Zarth dan Abang Iz dah berlalu lima tapak ke hadapan. “Farhan, nanti abang hantar rombongan jangan tolak pulak ye. Kesian abang frust seseorang dekat sini.” Zarth ketawa melihat reaksi Farhan yang dah macam patung Cendana. Zarth menggeleng kepalanya dalam tawa. Dia angkat tangan dekat yang lain. Tanda pamit. Tiga orang jejaka berbalas hormat.

Farhan masih kaku tak terkata apa. Abang Zarth ni memalukan aku ja! Itulah mulut! Takde insurans sangat! Tengok, kali ni, aku yang kena! Padan muka! Huaaa... Malu la macam ni!

“Melepas Addy! Abang Zarth masuk line lagi cepat.” Addy siku rusuk kanan Dani yang bersuara tadi. Dani tarik muka tahan sakit. Addy ni ann!

“Dani! Kau jangan nak merepek!” Farhan marah.

“Hey… Esok boleh outing kan? Pergi pekan jom!” Delaila bagi idea. At least dapat redakan keadaan yang agak tegang sekarang ni.

On…” Yang lain semua setuju. Farhan tersenyum semula.

“Okey. Sembang, sembang jugak. Kita tak Isyak lagi ni.” Addy melihat sekilas ke jam tangan di tangan kanannya. Pukul 9.30 malam.

“Kau kidal ke?” Farhan menyoal di bawah sedar. Opss! Tangan kanannya menutup lagi mulutnya. Empat orang yang lain dah gelak tengok aksi Farhan yang bagaikan budak lima tahun baru pecah rahsia orang lain.

“Yup. Kau baru perasan ke?” Addy cepat menjawab. Mukanya lebih kurang macam takde perasaan rr.

“Ha’ahh…” Pendek jawapan Farhan, siap angguk-angguk kepala lagi tu.

“Jom pergi surau jom.” Addy dah bangun dari duduknya.

“Jom! Baca Yassin, malam ni kan malam Jumaat.” Tajul bagi idea.

“Takkan nak tunggu malam Jumaat je kalau nak baca Yassin?” Addy menyoal, double-jerk. Siap dengan senyum sinis lagi!

At least paling kurang, memang satu minggu aku buat sekali apa.” Tajul cepat defend. Addy ni kan! Suka sungguh nak bagi aku rasa bersalah, kalah tanpa bertanding.

For sure kau buat, tak pernah tinggal walau sekali pun?” Addy menyengat lagi. Bibirnya mengukir sengih sinis yang lebih lebar dari tadi. “Hmm…???” Tajul garu kepala. Adoyai! Panjang je hmm dia tu.

“Dah-dah. Stop garu kepala kau macam tu. Dah macam rambut bangun tidur aku tengok.” Addy tepuk bahu Tajul. Dia ni kalau dah start pikir tu, memang nampak macam Einstein. Wah! Gaya aku pernah tengok Einstein tengah berfikir je!

“Kita orang masuk dulu.” Delaila mencelah. Girls semua melangkah ke dalam surau melalui pintu belakang, kemudian berwuduk.

Surau lengang. Takde orang. Mungkin semua Isyak dekat bilik je kot. Hari ni kan hari Khamis. Esok rest day. Semua tengah hibernasi tak cukup gua lah agaknya.

Girls, dah siap belum?” Tajul melaung dari sebelah sana tirai. Kawasan perempuan dan lelaki dipisahkan oleh tirai biru laut tu.

Done.” Farhan menjawab cepat. “Kejap, tak siap lagi ni.” Eve memotong. Tangannya ligat mengikat tali telekung di belakang kepala. “Dah.” Eve menjawab, tersenyum.

            “Addy, dia orang dekat belakang dah siap, boleh mula.” Dani memberitahu Addy. “Okey, kau iqamat.”

            “Allahu akbar Allahu akbar…”

No comments: