Nuffnang Leaderboard

Tuesday, 14 August 2012

Freak's Story; Freak's Camp Scene 6 Part(ii) =)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...



“By the way, I like that amazingly good-looking and charming-mesmerizing eyes statement.” Abang Zarth memotong pantas, dengan senyuman kasanova kelas pertama dia tu. Huh! Menggugah keimanan! Kalau kewangian aroma bunga dalam lagu Inteam-Setanggi Syurga tak menggugah keteguhan keimanan, senyuman dia ni mesti dah terkeluar dari senarai.

“So, Abang Zarth ni abang kau lah erk, Addy?” Delaila menyoal tak percaya. Addy mengangguk teragak. “Jangan heboh pasal hal ni tau. Aku tak mau ada orang lain yang tau pasal hal ni. Malas rr.” Addy merungut. Yang lain mengangguk setuju.

            “Abang…” Farhan dah memanggil. Bala apa lagi ni? Zarth dah rasa takut. Kalau dia ni panggil aku ja, mesti nak cakap something yang unpredictable. What-is-it-my-dear-sister? Abang Zarth mengangguk. Sign untuk izinkan Farhan katakan ‘sesuatu’ itu.
                                    

SCENE 6 PART(ii)


“Budak perempuan dekat belakang abang tu dari tadi pandang abang.” Farhan juih bibir dekat belakang Abang Zarth. Zarth memalingkan muka menghadap ke arah yang dimaksudkan Farhan. Pandangannya disapa oleh seorang gadis bertudung ayu yang sedang berdiri, mungkin mencari tempat duduk kosong. Kerana meja yang lain kelihatannya sudah penuh. Zarth melemparkan senyum pada gadis bertudung yang juga sedang melihatnya tika itu. Mereka berdua berbalas senyum seketika.

            Zarth berpaling semula ke meja. Siapa? Tak kenal pun..? Zarth bertanya pada dirinya.

“Akak tu ada some ‘deep feeling’ toward you lah bro.” Farhan cakap selamba.

“Farhan. Stop talking nonsense thing, boleh?” Abang Zarth macam nak naik angin.

Told you. I’m a mind reader. Nonsense tak nonsense, whateve! Farhan nak makan.” Farhan mencapai ayam goreng di dalam pinggannya yang masih belum disentuh dari tadi. Bismillah…

“Kesian dekat dia kan. Tempat dah penuh ja gayanya. Nak makan dekat mana pulak budak perempuan tu.” Abang Zarth bersuara. Ada nada simpati di hujung ayat tu. Penuh dengan sense of humour betullah Mr. Ninja ni. Matanya melirik pada perempuan yang dikatakan oleh Farhan tadi.

“Zarith kan?” Opocot mak kau! Farhan melatah dalam hati. Tetiba ja ada orang datang menegur dekat meja kami ni.  Apekehal? Tak boleh tegur lepas orang habis makan ke? Kacau line! Alemak! Budak perempuan tadi lah!

            “Ye. Saya Zarith. Awak siapa ye?” Abang Zarth bertanya ragu-ragu. “Hmm… Julia. Ex-UMP. Students Physical Science.” Dia menjawab juga ragu-ragu. Abang Zarth kerutkan dahi. Memerah otak untuk mengingati sesuatu.

            “Julia Amira ke?” Abang Zarth macam dah dapat memori balik. Budak perempuan tu tersenyum lantas mengangguk kepala. “Owh… Patut lah dari tadi tengok Zarth. By the way, join lah kitorang.” Abang Zarth yang ala-ala gentleman tu mempelawa seorang budak perempuan yang dikenali dengan nama Julia untuk join kami.

“Boleh ke?” Dia yang dikenali sebagai Julia menyoal.

Sure do. Duduklah. Tapi dekat hujung sana ja yang kosong.” Abang Zarth menghala ibu jarinya dekat tempat kosong di sebelah kanan Farhan. Actually, bukan kanan sangat. Tempat terakhir yang akan menghadap Abang Zarth sebenarnya. Kak Julia mengambil duduk dan makan. Mereka bersembang beramai-ramai kecuali Farhan yang sedang fokus makan.

            Farhan settle makan. Hehee… Kalau lapar, macam F1 ja aku makan, kan?

“Cepat kau habis makan. Kalau tak, macam semut makan je aku tengok.” Dani menegur.

Farhan tersengih malas sesaat. Look, aku dah cakap. Mesti akan ada yang tegur aku. “Aku laparlah.” Farhan pantas menjawab.

Masa terus berlalu. Semua dah siap makan ja nampaknya melainkan… Tajul! Hantu KFC mengikut apa yang diberitahu oleh Addy dan Dani.

“Kak Julia…” Farhan memanggil Julia.

“Apa?” Kak Julia menanti kata-kata dari Farhan.

“Memang lah perempuan ni umpama perigi. Tapi, sekarang ni dunia dah maju. Memang lah istilah perigi mencari timba is not a good word to describe ourselves. Tapi rasanya tak salah kalau kita speak out the truth about our feeling. Kalau kita bagi tahu orang tu tentang perasaan kita, kita mungkin akan sakitkan hati kita bila orang tu tak approve kita. Tapi, kalau kita tak bagitahu ‘orang lain’ tentang perasaan kita, kita mungkin akan sakitkan hati dia jugak. Mana rr tau orang tu pun rasa yang sama macam kita rasa ann?” Panjang lebar Farhan berceloteh. Kerja sambilan lah katakan. Dah sebati dengan diri.

“Apa yang Farhan cuba cakap ni? Akak tak faham lah.” Kak Julia muka pelik. Abang Zarth dah rasa macam nak keluar aura membunuh.

            “Kakak suka Abang Zarth kan?”

            “FARHAN!!!”

No comments: