Nuffnang Leaderboard

Thursday, 9 August 2012

Geng Kecik Cerita 4(i) =)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


Meter diperhati. “Ayie. Hang nak bunuh kami ka apa?!” Amirul menyoal tak puas hati apabila melihat meter kereta menunjukkan 130. tangannya dah berpaut pada pemegang di bahagian atas kereta. Nazrul dan Irfand turut memaut pemegang tersebut. “Woi. Jalan biasa ni bro! Bukan highway!” Nazrul pula menyambung. Irfand hanya mendiamkan diri. Ayie ni kan! Memang saja nak bagi aku bertambah risau!!!

“Dark sky... Here we go!” Ayie memecut. 160km/j.

“Mak!!!” Amirul menjerit.
*****



CERITA EMPAT

            Kunci dicapai. “Thanks.” Perkataan yang sepatah itu dituturkan. Satu diambil untuk diri sendiri. Satu lagi dah bertukar tangan. Kunci bilik mereka. Chalet berkembar dua pintu yang telah ditempah minggu lepas kini diperhati dengan senyuman yang menarik dipinggir bibir.

            “Pergh... Ni kiri indah rupa dari khabar wok!” Amirul sengih. Memang puas hati rr! Kalau harga biasa, mau cecah seribu jugak rr harga dia ni untuk lima hari. Tapi disebabkan kami buat tempahan awal, dapat gak rr RM700 untuk lima hari.

            “Kami nak yang ni...” Syaz meluruskan telunjuk kepada chalet yang disebelah kanan mereka sekarang.

            Empat lelaki kini berpandangan. Aish...

            Nazrul menghulurkan kunci yang berada di tangannya. Kunci bertukar tangan. Dia menerima kunci chalet yang berada di sebelah kiri. Ada satu bilik je dalam setiap mini chalet tu. Kira okey rr sebab diorang ada sediakan tilam extra dekat bawah katil tu.

            Selesai meletakkan beg dalam chalet, membersihkan diri, kemudian menunaikan solat Maghrib, mereka berlapan keluar dari situ. Masing-masing membawa diri ke pantai. Dah pukul lapan suku. Gelap. Tapi bulan cerah malam ni. So sweet... Bestnya kalau ada couple ann.

            “12, 13, 14...”
            “Dua puluh, lima puluh, lapan puluh...”
            “Amer! Janganlah kacau!” Farni memarahi Amirul yang mengganggu kiraannya.

            “Ala... Garangnya...” Amirul buat-buat muka sedih.

            “Janganlah kacau. Orang tengah kira ni. Kan dah lupa dah!” Farni berpatah balik ke tangga chalet, dan mula membuat kiraan langkah dari awal.

            “Orang tunggu dia dekat pantai erk.” Amer melaung kepada Farni.

            “Okey.” Farni menjawab laungan Amirul. Kiraan masih dibuat. “18, 19, 20...”

*****

            “Woi. Jom mandi jom.” Ayie mengajak mereka untuk turun ke laut. Empat muka lelaki dah tersenyum penuh semangat. Empat wajah perempuan kedut dahi tak faham dengan geng lelaki. Nak mandi laut? Malam-malam macam ni? Hurgh... Gila ka?

            “Tak payah la... Kita mandi esok rr.” Nurin membantah. Tak mau rr mandi malam-malam.

“Err... Mana mau. Orang mai sini nak mandi laut, so, kenalah mandi.” Amer melawan semula, ingin menegakkan pilihan sahabat baiknya, Ayie.

“Laa... Kan gelap ni. Malam pulak tu. Entah ada apa-apa entah dalam laut malam-malam macam ni.” Syaz menyokong Nurin. Mesti lah cover geng, kan?

“Susah sungguh la orang pempuan ni!” Ayie nak marah. Adoi! Nasib baik pempuan, kalau tak...

“Safety first, keselamatan diutamakan.” Irfand mencelah.
“Ada paham?” Fahima pula menyambung.

“Yelah-yelah. Paham.” Amer dan Ayie mengalah.

“Esok pagi, hampa bangun jangan lupa gerak kami. Okey?” Ayie memberi arahan.

“Okey...” Para perempuan memberi kata setuju.

“Janji?!” Amer pula menyoal ingin mencari kepastian.
“Janji!” Serentak 4 suara perempuan memberi kepastian.

*****************

“Huarghhh... Dah cerah rr.” Ayie mengeliat. Aduh, sedapnya tidur. Pergh, dah siang. Boleh terjun laut, gerenti masyuk! Ayie yang hanya tidur di atas lantai berlapikkan selimut mengesot ke pintu. Pintu bilik di buka. Pandangan dilempar ke laut. Cantik. Lagi cantik yang di dalam laut. Para gadis... Para gadis? Lipat maut Ayie pandang semula empat gadis yang dilihat sedang bermandi-manda di dalam laut. “Kurang ajar betol diorang ni!”

Ayie bangun dari duduk. Pintu yang terbuka ditutup semula. Dia mendekati Amer yang tidur di atas sofa. “Mer... Bangun Mer...” Amer mengeliat. “Apa?” Dengan suara mengumam, Amirul menyoal.

No comments: