Nuffnang Leaderboard

Wednesday, 8 August 2012

Teaser- Sejarah Cinta(lagu)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...

Setelah sekian lama tak update blog dengan kisah hidup, hari ni nak update sikit...
Tapi bukan story pasal hidup saya yang bergelar seorang 'Nina' rr...

Malam ni nak update teaser untuk lagu kitorang yang bertajuk 'SEJARAH CINTA'.
Macam biasa, kitorang tak mampu nak buat recording secara seriusnya, so, takde lah full song dari kitorang... Lumrah rr tu...  -_-



Right... Sini ada link video tu dekat youtube(baru upload ni!!!)...

Link video... (http://www.youtube.com/watch?v=75vt9Kg9Xww&feature=player_embedded)

And lirik dia ada dekat bawah sini...

Enjoy guys!


SEJARAH CINTA

Bila ku teringat kisah lama
Tersenyum, namun ada duka
Ku pasti engkau berbahagia

Mengapa aku yang merana?

Ku lepaskanmu, kerana hati meminta
Ku relakan
Bahagiaku bila, kau gembira
Bersamanya

Waktu mengubat luka, benar
Hanya mampu mengubat
Kerana kau sukar
Aku lupakan

Kisah kita, kisah cinta
Yang pertama sungguh indah
Walau tak lama,
Masih ada kenangan
Untuk kita, berdua

Sudahlah, ku pujukkan hati
Biar dia pergi
Bagai mimpi-mimpi
Hanya itu cara
Untuk kembali
Kembali ke realiti

Ini semuanya fantasi
Dengarlah bukan realiti
Dunia menikam jiwaku...



Done there! Got to Go!
Salam... =)

No comments: