Nuffnang Leaderboard

Thursday, 6 September 2012

Be Mine, Sudi Tak? 3(ii) =)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


Nazliyana kedutkan dahi. Hello... Ingat I ni tukang urut you ke? Kalau bergaji, I nak buat. Kalau tak...

            “Berhenti fikir, go, now...” Afiq mengeluarkan perintah mandatorinya. Nazliyana terbangun automatik.

            “Yeah, yeah, yeah.....” Sempat dia menyumpah dalam hati. Arash bongek!!!

            Afiq tersenyum melihat Naz berjalan dengan tangan kedua-dua belahnya digenggam penumbuk. Eleh, ingat aku takut? Ni Afiq Arash lah!

*****

TIGA(ii)


Nazliyana menyarung sandal ke kakinya.

“Kakak! Cepatlah! Hang ni lembab macam siput, tau dak?” Ieda memarahi kakaknya. Nazliyana tarik muka marah. “Hang diamlah!”

“Naz, pintu rumah dah kunci dah?” Puan Siti menyoal Nazliyana di muka pintu rumah. Nazliyana menyeluk tangannya ke dalam poket baju kurung biru laut yang tersarung di tubuhnya tika ini. “Sat, baru nak kunci ni.” Keychain ‘Kuala Lumpur’ dibawa keluar. Bersama-sama dengan keychain itu tergantung anak-anak kunci. Kunci rumah dipilih, dan pintu rumah dikunci. Selesai memastikan pintu rumah berkunci, keychain dimasukkan semula ke dalam poket. Nazliyana memaling tubuh ke arah halaman rumah.

Enam buah kereta menyapa pandangan Nazliyana. Hurgh! Serabut halaman rumah! Sikit punyalah banyak kereta. Ada kereta Perdana- Abang En, kereta Grand Livina- Kak Mah, then kereta Spectra- Kak Na, kereta Saga- Kak Ilah, kereta Satria- Abang Man, dan yang terakhir, kereta Mazda- Arash.

“Kakak!!!” Ida melaung lagi sekali.
“Yes! I’m coming.” Nazliyana membuka langkah berlari-lari anak menuju kereta Mazda RX8 milik insan yang bernama Muhamad Afiq Arash. “Bising la hang ni!” Nazliyana memarahi Ieda yang berada di dalam kereta setelah dia tiba di pintu kereta Afiq.

“Naz, kami gerak dulu ni.” Kak Zie, isteri Abang En melaung kepada Naz. “Orait.” Pendek Nazliyana menjawab. Tiba-tiba, pintu penumpang sebelah pemandu terbuka dengan sendiri. Nazliyana tarik muka pelik. Masa bila aku bukak pintu ni?

“Come in.” Suara Afiq dari dalam kedengaran memberi arahan kepada Nazliyana. Nazliyana tarik muka bosan dua saat. Dia yang bukak rupanya. Penat aku pikiaq! Pintu kereta ditarik luas, Nazliyana meloloskan diri ke dalam kereta, serentak tangan kirinya menarik tutup pintu kereta tersebut. Pandangan menghala ke hadapan, satu demi satu kereta meninggalkan kawasan halaman rumah.

Afiq disebelah meraup wajahnya terlebih dahulu. Tangan kemudian dibawa ke hadapan sebelah kiri, mencapai sunglasses yang sedia tergantung di dalam kereta itu. Afiq membersihkan cermin matanya.

“Cepatlah sikit! Nanti kena tinggai, tak tau nak ikut jalan mana.” Nazliyana memarahi Afiq yang sedang melihat ke dalam cermin pandang belakang, membetulkan anak rambutnya. Afiq buat tak dengar. Sunglasses dia tadi diletakkan dekat cermin meter kereta.

“Kakak, hang nak risau apa? Kan Sharnie ada dengan kita. Dia ni ‘pakar Geografi’. Mana ada hal.” Ieda buka mulut. Sharnie disebelah Ieda dah tersenyum. “Betui tu! Apa gunanya ada saya kalau tak membantu? Tak payah dok risau sangatlah.” Sharnie pula meyokong Ieda. Ieda dan Sharnie dibelakang slap hi-5.

Nazliyana tarik muka bosan lagi. Ceyh! Pekena aku la tu. Mentang-mentang aku tak hafal jalan. What? Apa kena-mengena subjek Geografi dalam hal ni? Actually, kalau perkataan ‘Geografi’ yang muncul dalam perbualan Nazliyana ataupun Ieda, tu maksudnya mengenai jalan. Jalan? Maksudnya lagi, the way you should follow to reach your destiny.

Nazliyana memang tak hafal jalan walaupun tempat tu dia dah pergi hampir 20 kali. Sebabnya? Sebabnya, Nazliyana hanya akan memejam mata, tidur-tidur ayam sepanjang perjalanan, untuk mengelakkan dia dari pening dan akhirnya termuntah. Nazliyana jenis manusia yang suka mabuk perjalanan. Duduk dalam kereta 5 minit, sampai depan kampung tu pun selalunya dia dah start pening. Sebab itulah, dia susah menghafal jalan.

Ayat yang sangat sinonim dan sering didengari dari Nazliyana ialah, “Kalau hang tinggai aku dekat tengah-tengah tempat ni, sah aku tak reti balik rumah.” Lepas tu dia akan tarik muka sedih.

“Lagipun, saya tahu yang mak-mak menakan saya memang failed Geografi.” Sharnie menambah ayatnya. Ieda yang tersenyum, terus mati senyumnya. Ceyh!

“Hang kutuk aku erk?!” Ieda memarahi Sharnie. Sharnie gelak tak kisah langsung. Ieda? Marah aku? Ceyh! Small matter ja tu.

“Girls, ready... Kita nak gerak dah ni.” Afiq menarik tali pinggang keselamatan kemudian memasangnya. Mata Afiq singgah pada Nazliyana di sebelah yang sedang memerhatikannya. Sebaik sahaja anak mata mereka berdua bertemu, Nazliyana melarikan pandangannya ke hadapan. Jantung tiba-tiba berdegup cepat ni pasai pa?!

“Do you need my hand?” Afiq menyoal Nazliyana.
“Huh?” Nazliyana tarik muka pelik. Masih memandang ke hadapan. Apa pelik sangat ayat dia? Aku kan dah ada tangan sendiri.

Afiq tanpa sebarang amaran terlebih dahulu mendekatkan tubuhnya ke tubuh Nazliyana. Tangan kanannya melingkari pinggang Nazliyana ke belakang.

Ieda dan Sharnie di belakang dah mula berhenti beraksi sesama sendiri. Fiewww... Dapat tengok aksi pengantin baru beramah mesra live!

“What? What are you trying to do?” Tergagap-gagap Nazliyana menyoal Afiq dengan dada yang berombak. Jantung aku nak lompat keluar!!!

Afiq tarik sengih nakal. “I-try-to...” Afiq menjawab lambat-lambat. Sengih nakal langsung tak lekang dari bibirnya.

“What?” Nazliyana menyoal dengan dengusan. Dengusan takut!

Afiq tidak menjawab soalan Nazliyana sebaliknya mendekatkan wajahnya ke wajah Nazliyana. Nazliyana refleks, terus memejam matanya. Ya ALLAH! Tolonglah aku!

Afiq menghembus nafas dari mulutnya ke wajah Nazliyana. Sempat Nazliyana mengeliat kegelian.

“Hey...” Afiq memanggil Nazliyana. Hampir kepada berbisik. Terus Nazliyana membuka matanya. “Huh?” Blur Nazliyana menyoal. Afiq mendekatkan mukanya ke wajah Nazliyana lagi. Terkejut, Nazliyana memejamkan matanya kembali. Tanpa dia sedari, tangannya sempat menarik kolar t-shirt yang dipakai Afiq, membuatkan tubuh Afiq terus terdorong ke hadapan, dan terus bibir Afiq menyapa pipi kiri Nazliyana. Terkejut dengan ciuman Afiq, mata Nazliyana terus terbuka luas. Wajah blur Ieda dan Sharnie menyapa pandangan Nazliyana. Alemak! Malunya!

Tiga saat kemudian, Nazliyana menolak badan Afiq perlahan bagi menjauhkan tubuh itu dari tubuhnya sendiri.

“Sorry. Actually, I’m just try to reach this just now.” Afiq yang juga terkedu menunjukkan tali seatbelt yang dicapainya dari belakang tubuh Nazliyana sebentar tadi. Tak sangka, jadi benda lain pulak. Lain yang di-plan, lain pulak yang jadi. Aku nak main-main je tadi.

“Owh, okey.” Nazliyana mencapai tali seatbelt yang dihulurkan oleh Afiq. Dia memasang seatbelt itu sejurus kemudian. Afiq membetulkan duduknya. Rambutnya sekali lagi dibetulkan.

Muzik intro lagu Creed- Six Feet From the Edge(One Last Breath) berlagu tiba-tiba. Tiga pasang mata terarah kepada Nazliyana. Nazliyana menelan liur terlebih dahulu. Tangan kanan mencapai Sony Ericsson di dalam poket. Nama K.Ilah terpamir di skrin handphonenya. Alemak! Pantas Nazliyana menekan punat kiri keypad handphone. Handhone dibawa ke telinga.

“Assalamualaikum.” Nazliyana memberi salam terlebih dahulu.
“Waalaikumussalam. Ni, hampa ada dekat mana? Kami dah lama sampai, awat hampa tak sampai-sampai lagi?” Kak Ilah menyoal straight to the point.
“Err... Ada problem tadi. Kami nak gerak dah la ni.”
“Ya ALLAH! Baru nak gerak? Dari tadi hampa buat apa?”
“Tak buat apa. Ala, tunggu la sat. Tunggu erk?”
“Ha lah. Cepat sikit, nak pi rumah Mak Ndak pulak lepaih ni.”
“Okey, salam.”
“Waalaikumussalam.”

“Jom, depa dah sampai rumah Cu Teh dah.” Nazliyana bercakap pada isi kereta. Memang dah tau dari awal, rumah first yang dia orang akan pergi hari ni ialah rumah Cu.
“Orait.” Ieda dan Sharnie serentak menjawab, excited terlebih.

“Apasal cepat sangat diorang sampai?” Afiq menyoal Nazliyana, blur je muka dia. Apasal cepat sangat dah boleh sampai?
“Rumah Tok Su dekat ja. Naik kereta, 10minit pun dah boleh sampai. Naik motor, 5minit ja.” Sharnie menjawab bagi pihak Nazliyana.

“Yey... Aku boleh jumpa ‘Pacai is Mine’.” Ieda bersorak kemudiannya. Muka Nazliyana berubah. Dia memusing badan ke belakang, dan lengan Ieda menjadi sasaran cubitannya. Ieda mengaduh kesakitan.

“Woi! Hang kan dah kahwin, Abang Sham bagilah dekat aku.” Ieda memarahi Nazliyana. Dia menggosok lengannya, bekas cubitan Nazliyana.

“Shut up! Pacai is mine!” Marah Nazliyana lagi.

“Wait, wait... Kita nak gerak dah kan? So, sila bertenang.” Afiq menjawab. Kaki kiri dah menekan pedal break, tangan kiri pula dah menarik gear masuk ke gear ‘D’, brek tangan dibawa turun, brek kaki dilepaskan sedikit demi sedikit, dan kereta mula meluncur.

Nazliyana tarik muka tak puas hati. Tak kira, Abang Sham aku yang punya! Huaaa... Seddiyhnya!

Destinasi lawatan pengantin baru yang pertama, rumah Cu Teh. Then, rumah Mak Ndak, lepas tu terus ke rumah Pak Njang. Balik dari rumah Pak Njang, boleh singgah rumah Mak Nen. Huargh! Sibuknya hari ni!

***************************


“Macam mana ni?” Afiq menyoal dirinya sendiri. Dahinya berkerut. Tangannya pula sibuk membetulkan sampin di pinggang. Ish! Ni aku alarh pakai kompleks-kompleks ni. Susah yang amat! “Bro!” Aizan merangkul bahu Afiq dari belakang.


No comments: