Nuffnang Leaderboard

Tuesday, 18 September 2012

Be Mine, Sudi Tak? 3(iii) =)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...







“Macam mana ni?” Afiq menyoal dirinya sendiri. Dahinya berkerut. Tangannya pula sibuk membetulkan sampin di pinggang. Ish! Ni aku alarh pakai kompleks-kompleks ni. Susah yang amat! “Bro!” Aizan merangkul bahu Afiq dari belakang.






TIGA(iii)


Afiq terdorong ke depan dek sergahan Aizan. Cis! Nasib baik aku tak melatah tadi. “Pe bro-bro? Assalamualaikum.” Afiq tarik muka biasanya. Dah tau sangat, si Aizan kasanova tu, kalau tak bagi salam, memang tak sah! Aizan tarik muncung. Kena lagi dengan Afiq. “Hurm, waalaikumussalam...” Aizan menjawab ringkas. Mereka berdua diam seketika.

Majlis resepsi malam ini akan bermula pada pukul 8.30 malam bertempat di SunSuria hotel. Bayaran yang aku terpaksa keluarkan untuk majlis resepsi malam ni, semuanya berjumlah RM0.00. Kenapa jumlah dia macam tu? Sebabnya, hotel ni bapak aku yang punya. Means, bakal menjadi hak aku satu hari nanti, InsyaAllah. So, ayah yang sponsor majlis malam ni. Siap dengan pakej honeymoon ‘tipu-tipu’ 3hari2malam lagi dekat sini, okay?

Tapi, sekarang ni aku bukan bersiap untuk majlis resepsi malam ni. Gila ke bersiap pukul 9pagi untuk majlis pukul 9malam nanti? Orang gila pun belum tentu buat kerja gila macam tu.

Pakai segala baju Melayu ni sebab nak buat photoshoot. Permintaan Wani dengan Aizan. Well, diorang tu kan photographer perkahwinan tak rasmi. Free of charge pulak tu! Siap diorang pulak yang mintak nak adakan photoshoot ni.

Lokasi photoshoot pagi ni, di master bedroom. Lepas tu, diorang akan angkut kami keluar dari hotel ni, pergi somewhere-somewhere, kononnya nak ambil gambar nature background. Whateve, nak pulak bukan susah mana pun nak buat benda ni. Senyum, buat muka hensem, dalam kes aku, tak payah buat, sebab aku memang natural hensem, then snap picture. Lepas tu, siap! See? Senang je!

“Dude... Asal aku tengok kau pelik semacam je ni?” Aizan menyoal Afiq. Dia bersandar pada almari solek.

“Serius aku cakap, aku benci sampin!” Afiq tarik muka geram. Kang naya je aku baling sampin ni dekat luar balkoni!

“Sini aku tolong.” Aizan volunteer diri. Dia bangun dari sandarnya dan mula melangkah ke arah Afiq. Ish... Itu lah... Sebagai seorang lelaki, kita perlulah belajar memakai sampin dari kecik lagi. Nanti nak pakai masa kahwin, senang! Ni tak, bila aku ceramah pasal kahwin, Afiq cap aku gatal terlebih. See? Kan untung jadi kasanova setia macam aku ni.

“Sini...” Aizan menutur sepatah sambil menghulur tangannya ke sampin yang masih dipegang Afiq. Afiq dengan sepenuh hati memberikan kepercayaan kepada sepupunya iaitu, Aizan. Sampin beralih tangan.

“So... Macam mana dengan bini kau? Best?” Aizan menyoal dengan sengih nakal. Namun, senyumannya itu tidak dapat dilihat oleh Afiq kerana Aizan sedang membongkok membetulkan sampin Afiq.

Afiq tarik senyum segaris. Nazliyana? “Dia okey. So far, aku rasa aku boleh hidup dengan dia. Cuma...”

“Cuma?” Pantas Aizan menyoal. Kepalanya dipanggung melihat Afiq tiga saat sebelum dia menyambung melakukan kerja memakaikan sampin pada pengantin lelaki.

“Aku rasa dia macam langsung tak ready nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.”
“Sila jelaskan dengan lebih lanjut.”
“Entah, aku tak tau macam mana nak cerita dekat kau. Tapi, dari gaya dia, aku rasa dia TAK nak kahwin lagi. Kau pun tau ann, umur dia tahun ni baru 18 tahun kot. Muda siot. Muda 9tahun dari aku. She seems like, too childlish for me.”
“A-hah... Childlish? So, kau dengan dia dah spend a night together-together-together ke belum ni?”
“Owh shut up man. Don’t ask me that question. Sensetif!” Afiq tarik muka bosan seketika sebelum dia tersenyum sendiri.

“Okey. You’ve give me your best answer. I take it as not yet. Kesian kau, dah kahwin seminggu, still anak teruna mak. Nasib baik bukan aku yang kahwin dengan Naz. Kalau tak, dah lama aku balik KL, report dekat ibu yang bini aku tak nak layan aku.” Panjang komen yang diberi oleh Aizan kali ini.

“Aku tak nak paksa dia. Kan aku cakap tadi, she seems not ready yet, for a bigger responsible. Aku nak dia try chill dulu dengan status ‘isteri’ yang dia pegang sekarang ni. Aku nak dia comfort dulu dengan aku.”
“Lepas tu?” Pantas Aizan memotong. Badan yang membongkok tadi diluruskan. Kedua-dua tangannya bercekak pinggang.

“Lepas tu buat rr apa yang patut...” Afiq jerk keningnya dengan sengih bahasa orang lelaki. Huh! Orang lelaki je yang faham sengihan tu. Termasuk, orang perempuan yang boleh baca hati lelaki. Hanya manusia-manusia ini yang memahami bahasa tubuh tersebut.

“Okey rr bro. Kerja aku dah siap, aku blah dulu.” Aizan meminta diri. Kakinya mula melangkah, destinasi sekarang nak pergi jengok Nikon. Nak make sure semua benda dah setting. Bibirnya menarik sengih jahat. Tiga saat kemudian...

“Woi! Apa kau buat dekat sampin aku ni badut?!” Jeritan Afiq  gamat menguasai biliknya. Aizan lepas gelak kuat sambil mencepatkan langkahnya keluar dari bilik tersebut.
“Sorry dude. Aku tak ambil kursus pakaikan sampin dekat pengantin. Aku reti pakaikan dekat diri sendiri je.” Aizan melafas ayat tersebut dari luar bilik. “Bye!” Pintu bilik ditutup oleh Aizan dari luar.

Pintu bilik dibuka dari luar. Afiq menghala pandangannya pada pintu. Susuk tubuh Wani pula yang menyapa pandangan.

“Angah? What is that? Asal Zan gelak macam orang gila?” Wani yang sudah masuk ke bilik Afiq menyoal. Wani dari awal tadi lagi menemani Nazliyana di bilik sebelah, bilik yang menempatkan pengantin perempuan yang sedang ditacap.

Sekilas Wani melihat tubuh Angahnya itu dari atas ke bawah, pandangan Wani mula naik semula ke atas, ke pinggang Afiq. “Asal pelik sangat Angah pakai sampin?” Wani tergelak kecil. Dia berjalan mendekati Afiq.

“Sepupu Wani punya kerja la ni. Apa benda yang dia buat dekat sampin ni sampai jadi macam orang gila tepi jalan pakai.” Afiq merungut. Wani menggeleng kepala. “Sepupu Wani tu, bestfriend Angah, kan?” Wani menyoal dengan senyuman sindir.

“Yeah-yeah-yeah.” Afiq pamir muka bosan. Dia meleraikan ikatan ‘pelik’ sampin di pinggangnya. Sampin itu kemudian dibaling ke kerusi di hadapan meja solek. Memang tak la aku nak pakai sampin tu!

“Wani... Mana...” Nazliyana yang baru menolak pintu bilik Afiq terhenti kata-katanya apabila melihat Afiq yang segak dalam baju Melayu yang sedia tersarung di tubuhnya. Mak aih! Hensemlah pulak laki aku ni! Charming! Huaaa... Terpikat untuk kali ketiga.

Begitu juga Afiq. Dia bagaikan terkesima seketika memandang Nazliyana, lagi sekali dalam baju pengantin. Kali ni bukan baju kurung moden, tapi ala-ala baju jubah. Perfect. Baju background warna putih, then sulam warna pink. Quite good. Sesuailah dengan kulit putih dia tu. Well, kulit aku pun putih jugak. Tu yang hensem tu. Hahaa!

“Eherm-eherm? Nak privasi ke? Kalau nak, Wani keluar dari bilik Angah sekarang.” Wani tersengih mengusik.

Afiq hanya tersenyum mendengar usikan dari Wani. Wajah Nazliyana pula bertambah merah disaluti blusher semulajadinya, si RBC(red blood cell). Asyik-asyik kena usik! Penatlah macam ni!

Nazliyana melangkah masuk ke dalam bilik Afiq. “Wani... Mana jam tangan akak?” Nazliyana menyoal soalan yang tergantung seketika tadi. “No jam tangan, akak. Kita kan nak photoshoot kejap lagi.” Wani tidak menjawab soalan Nazliyana, sebaliknya menghampakan kakak iparnya itu.

Ting-tong...

Tiga pasang mata berpandangan sesama sendiri.

“Wani pergi tengok.” Wani mengangkat tangan kanannya separas dada. Setelah itu, dia keluar dari bilik Afiq meninggalkan Angahnya dan Nazliyana berdua-duaan.

No comments: