Nuffnang Leaderboard

Thursday, 6 September 2012

Freak's Story; Freak's Camp Scene 7 =)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...

“Apa yang Farhan cuba cakap ni? Akak tak faham lah.” Kak Julia muka pelik. Abang Zarth dah rasa macam nak keluar aura membunuh.

            “Kakak suka Abang Zarth kan?”

            “FARHAN!!!”

 

 

 

SCENE 7

"Pulak? Ada pulak kau panggil aku macam tu?" Addy marah. Air oren yang masih berbaki dihabiskan. Cawan kosong dicapai. Dia bangun dari duduk. Yang lain hanya menanti di meja makan yang rasanya memang dah dicop dengan nama kumpulan mereka.

Addy menghampiri singki, cawan kotor dibasuh bersih. Setelah siap, dia menghampiri meja makan semula. Mukanya berkerut. Memang masalah bila ada orang buat permintaan luar alam macam tu! Addy ambil tempat duduk biasanya. Berhadapan Farhan. Di tengah-tengah; diapit oleh Dani dan Tajul.

“Boleh la erk?” Farhan menyoal, hampir merayu sebenarnya.

"Kau takde kerja ke? Kalau nama tu okey, aku no hal. Punyalah tak sedap nama tu!" Addy menjeling Farhan. Peliklah minah sorang ni! Dah la hari tu dia buat ala-ala Edward Cullen, membaca minda orang. Ni? Wahhh! Boleh gila aku!

"Tak sedap lagi kau kata? Kucai kan sedap! Nak pulak kalau goreng cucur. Campur tauge... Pergh.. Sedap! Dah tu, aku suka bubuh kucai masa masak maggi. Memang sedap gila! Sebab tu lah kau tak pernahnya tak suka makan makanan yang ada kucai, kan?" Farhan senyum.

"Kau loyar buruk dengan aku?" Addy menyoal dengan muka tak berperasaan. Ni dah ala-ala cold-hearted-unfeeling-creature dah ni.

"Tak... Rasanya baru lagi ni." Farhan menjawab teragak-agak.

Kucai mengalih pandangannya ke arah Tajul. Tajul pula memandang Dani dari arah belakang kepala Addy. Tajul dan Dani serentak gelak. Gamat dewan makan dengan tawa dia orang. Addy mula tak puas hati. Dia menggeleng kepalanya. Memang rasa nak hempuk orang ja sekarang ni!

“Aku pernah baca cerita Hlovate ni. Dalam novel dia tu ada seorang budak, nama dia Addy jugak. Tapi orang panggil dia Kucai sebab dia suka makan kucai. At least, dengan kehadiran kau ni, takde lah membuatkan aku kempunan nak panggil seorang Addy dengan nama Kucai. Please... Please, please, please...” Farhan berbicara panjang dengan muka menagih simpati. Fake! Farhan sedaya upaya buat muka kesian.

Ting! Mentol menyala. Dia menyambung lagi. "Addy, relaks. Cuba kau fikir balik. Kalau kita orang panggil kau Kucai, lepas program ni habis, kau lah orang yang paling kami ingat. Kira kau dapat extra credit lah ni. Kau macam segar dalam ingatan kita orang." Farhan menambah.

"Setiap kali kami nampak kucai dekat dalam pinggan kami dekat rumah, kami mesti ingat kau." Dani menambah dengan tawa yang masih tak putus. Tawa Dani dan Tajul gamat lagi. Eve dan Delaila turut ketawa.

"Aku sokong dengan nick yang kau bagi dekat dia. Aku dah lama cadang nak panggil nama tu, dari sekolah rendah lagi. Cuma aku takut nak buat suggestion. Dah kau tolong aku suarakan isi hati aku, aku orang pertama yang setuju dengan cadangan kau ni." Tajul menyatakan setuju dan yang lain hanya mengangguk dengan tawa yang masih tak putus.

“Voldemort! Kau memang!” Addy menggenggam penumbuk ke arah muka Tajul.

“Aku tak kisah. Aku Voldemort versi Tom Marvolo Riddle. Hensem punyeee...” Tajul ketawa satu-satu sambil buat muka bangga.

“Eve will be Princess Barbie coz dia memang look alike Barbie. Dani… Is Goku. Rambut dia cacak-cacak, macam Goku dalam Dragon Ball versi manusia tu jugak. Cute macho. Last but not least, Delaila is belong to Puteri Gunung Ledang sebab Delaila ni ayu sangat.” Farhan berhenti berbicara. Matanya memandang Addy. Yang lain tersengih dengan nick yang diberi oleh Farhan.

 "So, sekarang ni kau dah jadi Kucai?" Farhan menyoal.

Jawapan tidak terus diberi. Addy mengambil masa seketika untuk berfikir. Dia akhirnya bersetuju. "Okey. Aku okey dengan nick yang kau kasi aku. Tapi aku nak kasi kau nick jugak!" Addy tersengih ada makna.

"Apa?" Farhan soal. Jangan bagi yang pelik-pelik dah!

            "Aku kasi nama kau FREAK!" Addy senyum.

"Freak? Pelik?" soal Farhan dengan muka tak percaya. "Yup. Freaky-Si-Pelik. Kau kan pelik. So, agree?" Addy menyoal.

"Freaky? Freak?" Farhan menyoal. Fuyoo.. Ni betullah dapat nama 'pelik'. Addy mengangguk bagi menjawab soalan Farhan. "Okey ja. Sedap gak aku dengaq." Farhan senyum lebar dengan muka ceria.

Rahang mereka berlima terjatuh. Addy menggeleng. "Tak sia-sia aku panggil kau Freak. Memang freak pun kau ni." Addy mengeluh. Yang lain masih dengan muka tak percaya.

            Dan sekarang, Farhan dikenali dengan nama Freak, Addy pula dikenali dengan panggilan Kucai…

Tak ketinggalan, si Voldemort versi Tom Marvolo Riddle, Barbie yang rambut ombak tu, Goku rambut cacak-cacak and… Princess GL Delaila yang ayu. GL is equal to Gunung Ledang actually. Hehee…

            And tak disangka, nama panggilan itu tersebar dengan begitu cepat ke seluruh kem. Macam Influenza H1N1 ja rupanya. Huargh…


No comments: