Nuffnang Leaderboard

Tuesday, 18 September 2012

Freak's Story; Freak's Camp Scene 8 =)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...




Dan sekarang, Farhan dikenali dengan nama Freak, Addy pula dikenali dengan panggilan Kucai…

Tak ketinggalan, si Voldemort versi Tom Marvolo Riddle, Barbie yang rambut ombak tu, Goku rambut cacak-cacak and… Princess GL Delaila yang ayu. GL is equal to Gunung Ledang actually. Hehee…

            And tak disangka, nama panggilan itu tersebar dengan begitu cepat ke seluruh kem. Macam Influenza H1N1 ja rupanya. Huargh…

 




SCENE 8

“Malam ni ada ceramah.” Goku si pembaca berita yang cepat dari berita menghebohkan pada ahli kem.
                                                                                                                                   
“Aku nak pi pulau dudoq…!”
            “Apa tu?”
            “Aku nak tidoq!”
            “ Jangan merapu!”

Wani, budak Kedah yang turut terpilih menjadi peserta kem berbalas cakap dengan Isma dengan mata yang dah nak tertutup.

            “Apasal tetiba ada ceramah…?”
            “Boring betul…”
            “Baru plan nak lepak…”
            “Potong line rr…”

            Macam-macam rungutan terdengar dari tempat duduk. Masing-masing muka jeruk. Ada ceramah je pun nak tarik muka ke? Tirai yang memisahkan ruangan solat perempuan dan lelaki diselak ke atas oleh Farhan. Eve dan Delaila turut membantu. Faezma, Nisah dan beberapa budak lain turut membantu Farhan. Nasib baik pernah jadi AJK surau dulu!

            “Apa tujuan kita hidup ya adik-adik peserta Kem Suria? Untuk apa kita hidup ni adik-adik?” Alemak! Ustaz Ashraf orang Kedah lah! Bangga ni! Surau sunyi tanpa jawapan.

“Untuk makan sahaja kah?” Ustaz jemputan, Ustaz Ashraf menyoal lagi. Cuba untuk mendapatkan perhatian dari adik-adik.

            “Tak…”
            “Habis tu, untuk tengok tv ja?” Menyoal lagi.
            “Tak…” Peserta menjawab rambang.
           
“Habis tu untuk apa?”
            “Untuk Allah…”
            “Buat baik…”
            “Beribadat…”
            “Solat…”
            Disana sini jawapan rambang pecah.

            “Tau pun. Cakap pasai sembahyang. Kita sembahyang  ni banyak faedah. Kalau tak, orang barat takkan kaji kenapa orang Islam dok sembahyang. Solat ni, dari segi luarannya adalah untuk kita abdikan diri pada Allah, menjauhkan diri kita dari keburukan dan mendekatkan diri kita pada kebaikan. Dalam al-Quran sendiri Allah banyak menyebut; sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran. Badan pun sihat! Dari segi dalaman pulak, solat tu dapat stabil kan emosi kita.” Peserta dalam surau diam.

Tak tau lah diam sebab khusyuk ke, sebab dah ‘syahid’ dalam majlis ilmu ni. Tapi, tengok macam dah ramai yang fly away ikut Awan Dania je. Yang still on pulak, nampak gayanya macam dok usha ustaz dekat depan tu ja, bukan dok dengar ceramah dia. Mentang-mentang dia cute!

            “Adik-adik mesti pernah putuih cinta, betui dak?”
            “Pernah…” Ramai yang menjawab.

            “Mesti la pernah, kan? Dah semua comei-comei. Pakat-pakat player lah noh? Tere bukan main. Kalah Safee Sali, betui dak?”

            “Mana ada…..”
            “Uishh… Tak dak ka? Sorry brother, tuduh tak sengaja. Tapi saya tak tuduh, sebenaqnya tadi tu saya tanya ja. Alhamdulillah lah, kamu semua ni setia-setia belaka.” Ketawa pecah dari para peserta.

            “Amboi. Kalau cerita bab bercinta ni, semua mata besaq. Tadi saya punya pulun cakap, kamu semua buat ala-ala Sleeping Beauty ja dalam surau ni.” Ketawa pecah lagi.

            “Okey geng. Berbalik pada asal kita, apa lagi kelebihan solat dari segi dalaman ni?”

“Tambah keyakinan diri…”
            “Untuk dapat ketenangan…”

            “Hmm… Betui-betui belaka jawapan kamu. InsyaAllah, nanti keputusan SPM keluaq, Pendidikan Agama Islam mesti sapu A1 bersih. Yang mana ambil Tasawwuf pun, gerenti boleh skor straight A’s punya! Insya-???”

            “Insya-Allah...” Peserta menyambut.
            “Insya-Allah...” Ustaz Ashraf mengulang.
            “Ameen…” Semua yang ada dalam suara mengameenkan doa.

“Bab doa pulak geng. Saya percaya member semua mesti pernah berdoa, kan?”
“Pernah…”

“Bagus… Saya tau, geng semua ni memang selalu berdoa. Tambah pulak time nak exam, time nak tunggu result exam keluaq. Punya tawaduq la berdoa. Berdoa tak berhenti. Nak pijak semut pun tak sampai hati. Punya berdoa, mintak-mintak paper esok senang nak jawab, result pulak lulus flying colour, betui dak?”

Ketawa meletus lagi. “Betul…”

“Member semua kena tau, doa ni wireless. Coverage dia luas. Lautan api yang merah membara, di langit biru yang luas terbentang, hutan tebal yang gelap, anywhere, anytime, signal bar sentiasa penuh. Berdoa ja. Ni, dok dalam surau ni, berdoa!” Ustaz Ashraf angkat lalu menadah tangannya ke langit, “Minta-minta la ustaz tu berenti cakap cepat. Perut dah lapaq ni… Berdoa! Sentiasa berdoa!” Gelak meletus lagi dari para peserta.

“Geng kena tau yang rezeki tu semua Allah yang pegang. Geng semua nak result elok, tu pun Allah yang tentukan. Pastikan yang doa tu tak putuih, jaga hubungan dengan ibu bapa, jaga hubungan dengan orang yang lebih tua, boleh dak?”

“Boleh…” Mengangguk.

“Lepas tu, sebelum habis berdoa, sertakan selawat dulu, baru ameen-kan doa. Saya selalu tengok dalam tv, well, saya pun kaki tv jugak.” Terpecah tawa peserta kem mendengar Ustaz Ashraf selamba rock mengaku kaki tv.

“Saya tengok dalam tv, lepas depa dah habis doa, terus ameen. Tak selawat dah. Lepas tu, saya lah yang dok tolong selawatkan doa orang dalam tv tu. Kesian dekat dia. Nanti doa tak termakbul, menangis pulak. Baik dak saya ni?”

“Baik…” Ketawa. Yang dah pegang perut punya dok gelak pun ada!

“Sebab apa kena selawat sebelum doa?”

“Supaya berkat…”
“Supaya senang dimakbulkan…”

“Betui! Sebab selawat tu umpama setem yang akan bawa doa kita teruih pada Allah. Macam roket. Cucuh ja api, dok bergegaq ni…” Siap dengan tangan buat action bergegar lagi! “Asap keluaq dah berkepul-kepul. Berlaku dah pencemaran udara!” Ustaz menepuk tangan kiri yang sedang menadah dengan belakang tangan kanan. Yang mendengar semua gelak. Ceyh!

“Takpa-takpa. Kita sambung. Asap dah keluaq banyak ni. Orang ramai semua pakat dok tengok. Nu, Soyuz nak berlepaih pi angkasa, bawa Dato’ Sheikh Muzaffar Syukur ni. Angkasawan negara! Tapi sebelum sampai luaq angkasa, kena melepasi awan dulu. Baru boleh keluaq dari bumi. Sebab tu minyak kena banyak. Kena ada system yang boleh buat roket tu thrust toward the sky straight to the point.” Surau gamat dengan tawa lagi.

“Dalam kes doa ni pulak, selawat tu la yang akan bawak doa kita melepasi langit. Kalau kita tak selawat sebelum ameen-kan doa, doa tu umpama tergantung dekat langit… Paham dak ni adik-adik?”

“Faham…”

Alright, kita sambung lagi…”


SCENE 9

“Hai Freak.” Fizra, budak kumpulan tiga menyapanya. “Hai.” Dibalas mesra dengan senyuman yang masih tak lekang dari bibirnya.

“Popular lah kau Farhan the Freak.” Princess Dila dan Biebie Eve yang mengapitnya tersenyum.

            Mana tak popular, kelmarin kan Freak dah knock down the ‘perasan guy’ dekat dewan besar. Merah tak terkata muka budak tu. Tapi bebudak yang ada dekat dewan besar tu jalah yang tau pasal kes ni. Yang takde dalam dewan time masa tu memang dah terlepas satu babak yang memang masuk dalam diari hidup aku. Huh! Tak pernah aku sound orang sampai macam tu sekali!

No comments: