Nuffnang Leaderboard

Thursday, 6 September 2012

Geng Kecik Cerita 4(ii) =)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


“Huarghhh... Dah cerah rr.” Ayie mengeliat. Aduh, sedapnya tidur. Pergh, dah siang. Boleh terjun laut, gerenti masyuk! Ayie yang hanya tidur di atas lantai berlapikkan selimut mengesot ke pintu. Pintu bilik di buka. Pandangan dilempar ke laut. Cantik. Lagi cantik yang di dalam laut. Para gadis... Para gadis? Lipat maut Ayie pandang semula empat gadis yang dilihat sedang bermandi-manda di dalam laut. “Kurang ajar betol diorang ni!”

Ayie bangun dari duduk. Pintu yang terbuka ditutup semula. Dia mendekati Amer yang tidur di atas sofa. “Mer... Bangun Mer...” Amer mengeliat. “Apa?” Dengan suara mengumam, Amirul menyoal.



CERITA EMPAT(ii)
 
“Budak pempuan dah terjun laut tak tunggu kita.” Ayie bersuara dengan perasaan geram, dah nak masuk kategori marah boleh bertukar jadi Hulk.

“Mana hang tau?” Amirul bangun dari baring dan duduk. Mata yang silau dek cahaya ditenyeh. Ngantuknya, nak tidur lagi. “Tadi aku skodeng depa?” Cepat Ayie menjawab.

“Apa? Skodeng?”  Nazrul terus bangun dari baring. Cepat ja dia kejutkan Irfand dari tidur. “Haa???” Mata yang pedih tadi automatik terbuka luas lepas dengar perkataan ‘skodeng’. Amer jatuh rahang. “Woi Fand! Bangun la!” Irfand bangun dalam keadaan terkejut. Sempat kepala Nazrul disekeh Irfand.

“Sapa skodeng sapa? Apasal tak ajak aku?” Amer yang tadi masih mengantuk terus segar. Dengan muka penuh bersemangat waja lagi tu! “Hotak hampa. Otak kuning!” Ayie sempat mengutuk Amer. Nazrul turut memaparkan riak yang sama seperti Amer. Cuma Irfand yang selamba. Tidak berminat dengan perbualan yang dimulakan oleh Ayie. Huh! Ayie? Kalau dia yang start cakap, mesti akan ada plan jahat yang akan menyusul nanti. Tak caya? Tengok jalah.

“Tadi aku bukak pintu, aku nampak depa dah mandi dah.” Ayie terangkan kepada kawan-kawannya. Tak boleh jadi ni! “Mana? Aku nak tengok gak...” Amer pantas ingin berjalan ke pintu bilik. Namun, seluarnya ditarik oleh Ayie. Ayie buat muka tak puas hati. “Woi... Jangan rr bukak pintu. Kita buat plan dulu.”

“Plan? Plan apa?” Nazrul pantas menyoal.
“Kita balas dendam..” Ayie tersenyum penuh makna.
“Revenge is sweet...” Amer pula tersengih. Niat nak marah Ayie tadi terus terbatal dengan sendirinya.

“Hurmm... Ye sangat lah tu. Bab kerja jahat ni, memang bagi dekat kau, gerenti berjaya flying colour.” Irfand dah buat muka bosan. “Huh. Tau takpa!” Ayie muka penuh bangga.

Irfand dah menggeleng-geleng kepala. Kan aku dah cakap? Ayie ni memang penuh dengan helah! Macam mana aku tau? Aku tau rr! Dah nak dekat sepuluh tahun kenal la!
*****


“Satu, dua, tiga... Wachhaaa!” Ayie melompat masuk dalam laut dengan aksi Ultraman. Inilah plan untuk kenakan budak perempuan. Alah... Plan kecik macam ni pun dah cukup nak buat depa marah. Just see.

“Mak hangg.....” Geng perempuan melatah, terkejut.
“Huahuahuaaa...” Ayie gelak berdekah-dekah.

“Kurang ajaq hang Ayie!” Syaz berjalan di dalam air ingin menghampiri Ayie. Tangan kanan dah dikepal, memang ada yang jadi mangsa penumbuk aku hari ni!

“Huh! Baru hang tau? Woi, janji kelmarin nak gerak kami, awat tak gerak?!” Ayie menyoal dengan muka tak puas hati. Ceyh! Janji? Janji taik kucing!

“Tak gerak hotak hang!Macam nak pecah pintu tu kami ketuk, hampa boleh pulak tak bangun. Lepas tu marah kami.” Syaz dah sampai depan Ayie. Cepat, penumbuk yang dikepal tadi melayang ke bahu Ayie. Ayie kerut muka sambil menggosok bahunya. Sakit... “Yaka hampa gerak kami?” Ayie menyoal dengan muka tahan sakit. Erk? Ke kelentong je ni?

“Betoi rr!!!” Farni dan Syaz serentak menjawab. Nurin dan Faema hanya chill. Sebab mereka berdua dah memang agak, nanti mesti geng laki buat plan konon-kononnya nak balas dendam. Padahal depa yang salah. Tidoq mati! Orang gerak pon boleh dia depa buat tak tau. The Mummy pon tak tidoq mati macam depa tu.

“Err... Sorry, tersalah...” Ayie menyoal dengan muka bersalah. Salah la pulak, erk? Dia menggaru kepalanya yang tak gatal.

“Wachhaaa!!!” Lagi dua orang lelaki melompat masuk ke dalam laut dengan excitednya. Yang tak excited, ofcoz la Irfand. Irfand ann tak minat sangat nak join plan jahat Ayie.

“Woi!!!” Lagi sekali geng perempuan menjerkah tiga lelaki yang baru melompat masuk tadi. Habis terpercik ayaq masuk mata, masuk hidung, dengan-dengan dalam mulut pun dah termasuk ni. Ciss! Masinnya! Nasib baik air laut ni air mutlak. Kalau air terjun yang masuk mulut tadi, sah aku saman depa dekat mahkamah! I see you all in the court! Budak perempuan mengelap muka masing-masing.

“Hahahaaa...” Amer dan Nazrul gelak tak ingat dunia.

*****

“Baby marah?” Amirul cuba mengusik Farni.
“Marah la...!” Suhu kemarahan Farni dah naik. Amer ni memang suka cari pasal!
“Alolo buchuk-buchuk ni...” Amirul menarik ponny hair Farni.
“Amer!” Bahu Amirul menjadi sasaran tamparan bertalu-talu Farni.


“Hahaa... Sedap ayang minum air laut?” Nazrul menyoal Syaz dengan mata terkelip-kelip, konon comel.
“Sedap? Nak rasa? Meh sini!” Syaz tarik baju t-shirt Nazrul, cedok air dengan tangan kanan, dan ingin menyuapkan air laut itu pada Nazrul.
“Ala ayang ni. Abang dah pernah rasa dah. Tu yang kasi ayang rasa jugak, sebab, sharing is caring. Kan?” Nazrul menyoal sarkastik.
“Boleh blah!” Syaz marah. Air laut ditumbuk geram.


“Sorry...” Irfand mintak sorry dengan muka bersalah. Terpaksa ikut plan Ayie. Plan jahat! Plan hitam! Plan Morgana! Plan Voldemort!

“Takpa... No hal...” Fahima tersenyum. Akal jahat terpampang di layar minda. Berani geng hang kenakan geng aku? Fahima mencedok air menggunakan kedua-dua tapak tangannya dan dicurah ke muka Irfand. Irfand cuba menutup mukanya dengan lengan kiri.

“Faema! Apa ni?” Irfand menyoal dengan suara merengus.
“Air masin...” Fahima menjawab sarkastik sambil ketawa. Sweetnya balas dendam. Smile... =D


*****

“Ni mesti kerja hang, kan?”
“Hahaa... Mana hang tau?”
“Kerja jahat, selalunya hang yang ajaq depa.”
“Yaka?”
“Tak payah nak buat-buat tak tau.”

“Hahaa... Aku baik la. Hang ja yang tak nampak kebaikan pada diri aku. Cuba hang selami diri aku yang sebenaq. Mesti hang akan tau jugak satu hari nanti, bahawasanya...”

“Kami rakyat Malaysia, akan sentiasa mematuhi Rukun Negara. Percaya kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan. Down.” Serentak dengan perkataan ‘down’, tangan Nurin yang diangkat berikrar tadi dijatuhkan.

“He-he-hee...” Ayie sengih meluat dengan perangai Nurin yang suka potong line dia nak bermadah depan Nurin.
*********************



“Sejuknya...” Amirul yang sedang mengorak langkah ke pesisir pantai menggigil dalam kesejukan. Rasa macam tersiksa la pulak nak berjalan ke darat yang sebenarnya tak jauh mana pun tu. Eyh? Pukul berapa erk? Serentak itu juga dia melihat jam di tangan kirinya. Err, pukul sembilan pagi baru. Memang sejuk rr berendam dari pukul 7.30 pagi tadi. Pandangan dibawa ke pasiran pantai. Ada Farni la. Heee... Mesti dia sejuk jugak, kan? Sah sehati sejiwa! Err, lapar la pulak perut ni.

No comments: