Nuffnang Leaderboard

Tuesday, 18 September 2012

Geng Kecik Cerita 4(iii) =)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


“Sejuknya...” Amirul yang sedang mengorak langkah ke pesisir pantai menggigil dalam kesejukan. Rasa macam tersiksa la pulak nak berjalan ke darat yang sebenarnya tak jauh mana pun tu. Eyh? Pukul berapa erk? Serentak itu juga dia melihat jam di tangan kirinya. Err, pukul sembilan pagi baru. Memang sejuk rr berendam dari pukul 7.30 pagi tadi. Pandangan dibawa ke pasiran pantai. Ada Farni la. Heee... Mesti dia sejuk jugak, kan? Sah sehati sejiwa! Err, lapar la pulak perut ni.


EMPAT(iii)


“Hai baby...” Amirul menegur Farni. Serentak itu juga, dia mengambil tempat duduk di sebelah Farni. “Don’t baby-baby me la...” Farni tarik muka cuak. Sebenarnya, dalam hati nervous yang amat! Mana taknya? Amer duduk dekat sangat dengan aku sekarang ni!

“Alarh... Baby sekali je kan... Mana ada sebut, ‘baby-baby’ pon...” Amir tarik muka tak puas hati. Yang tu pun nak marah ke? “Suka sungguh nak loyar dengan orang.” Farni menyoal, juga dengan nada tak puas hati. “Urgh... Tau kite ni ‘lawyer’, tak pa.” Amer jawab dengan muka selamba badak laut. “Malasnye layan!” Farni menjawab marah. Siap dengan dengusan lagi lepas habis dia sebut ayat tu. Muka memang tak payah tanya, memang masam dari cuka.

“Hurmm... Yelah-yelah. Farni...” Amirul mengalah. Panjang jee dia panggil Farni tadi. Siap dengan suara mengada-mengada sekali erk. “Apa?” Farni menyoal. Suaranya cuba distabilkan seperti biasa.

“Ada topup tak?” Amirul menyoal kepada laut dihadapannya. Kaki yang bersila tadi dah dilunjurkan lurus. Urgh... Lega. Dapat baring ni... Pergh! Mesti sedap. Nak pulak kalau Farni sudi nak jadikan paha dia bantal aku ann... Alamak! Romantik kot?!

“Topup? Nak buat apa?” Farni menyoal pelik. Mana datangnya soal topup ni? Tersalah channel soalan ke hape? “Nak topup la... Nak message, nak call makwe.” Amer menjawab dengan senyum segaris. Actually, saja je letak ‘makwe’ dekat belakang tu. Nak tengok, Farni jealous ke tak. Sebenarnya, bukan nak call ‘makwe’, tapi, nak call ‘mak wa’... Yes, mak wa... Tapi, dalam kes aku dengan Farni, maksudnya ‘mak kite’ la. Mak aku, kan bakal mak dia. Hahahaa...

“Nak contact ngan makwe dia, tapi mintak dekat orang. Kalau orang ni awek dia, takpe jugak nak mintak-mintak macam tu.” Farni jawab tak puas hati. Sedihnya!!! Amir dah ada awek. Dalam diam-diam pulak tu! Huarghhh... Nak lari balik rumah!

“Laa... Baby kan makwe bie... Tak kan lupe kot?” Amir menyoal Farni dengan muka tak percaya. Tapi, lepas tu, dia tersengih menggoda.

Terhenti sekejap jantung Farni. Wah! Macam nak kasi luruh jantung aku je ni! “Malas la nak layan dia macam ni.” Farni masuk ke laut semula, lalu menghampiri Fahima.


***********


            Fahima kelihatan sedang bercekak pinggang. Farni mendekati kawan baiknya itu.

“Amer tanya hang apa tadi?” Tanpa perasaan Fahima menyoal. Amer ni lambat sangat rr! Siput babun pun tak lambat macam dia ni!

“Dia tanya, aku ada topup tak?” Hampa Farni menjawab. Cubalah tanya aku ada pakwe ke, tak dak? Nak tak jadi makwe dia? Kalau Amer tanya macam tu, mesti best. Ni? Huaa... Sedihnya!

“Topup? Nak buat apa?” Fahima menyoal terkejut. Mengarut betullah Amer ni. Lambat! Lembab. Takkan lah nak mengorat awek pun, aku yang kena ajaq?

“Dia cakap nak call message awek dia.” Farni dah macam nak menangis. Amirul saja ja buat macam tu. Saja nak bagi aku frust! Nak balik rumah. Percutian ni dah macam ‘Its going down, down, down... My first love won’t be around’... Dah nak nyanyi lagu Justin Bieber dah ni.

“Habis, hang caya?” Fahima menyoal, ingin melihat reaksi Farni. “Dah dia sendiri yang cakap macam tu, caya rr.” Farni main-main air dengan kedua-dua belah tangannya. Kalau tetiba masuk mood nyanyi lagu, ‘Aku nak kahwin, dengan anak raja...’ boleh tak? Gaya hapahentah, dari lagu Justin Bieber masuk lagu Bawang Putih Bawang Merah? Kalau Faema tau, gerenti kena gelak ngan dia tujuh keturunan tak habis.

“Dia tu mana ada makwe. Caya rr cakap aku.” Fahima cuba memujuk Farni. Pulak? Amer ni... Nak main-main pun, apasal keluar topik ‘Saya Dah Berpunya’ ni? Alamatnya, frust rr Farni malam ni.

“Apasal pulak nak kena caya cakap hang?” Farni menyoal dengan muka baby face(maknanya muka innocent la tu).

“Woi! Aku ni BFF dia okey? Dia kalau apa-apa, mesti bagi tau aku.” Fahima cuba pertahankan diri. Tak caya? Repleys believe it or not, just believe it.

“Tak kan dia couple pon, kena bagitahu hang kot?” Farni dah mula down lagi sekali. Huaaa... Aku nak kahwin, dengan Amirul Yusri...

“Mesti rr! Wajib tu!” Fahima buat muka gaya orang kaya confident.

“Faema... Amer pon nak privacy. Mesti dia tak bagitahu hang kalau dia dah couple.” Farni memujuk hatinya yang lara.

“Aku tak caya! Meh aku pi tanya dia.” Fahima melangkah satu tapak. Farni tarik Fahima. Nasib baik tak terjatuh. Kalau tak, lemas tak berbayar je lah Fahima.

“Faema! Tak payah rr. Nanti dia cakap apa pulak.” Farni cuba menghalang. Muka dah blushing. Kalau Amer tau aku tergila-gilakan dia, mati la aku! Nanti dia cakap, aku ni spesis perigi mencari timba, huaa... Malu! “Habis tu?” Fahima menyoal tak puas hati. Uish! Susahnya dia ni! Orang nak tolong pun, tak mau!

“Faema... Janji dengan aku, hang tak kan bagitahu dia yang aku suka dia. Janji?” Farni meluruskan jari kelingking kepada Fahima, meminta Fahima berjanji dengannya. Ni rahsia dari kecik, okey? Dari kecik, Fahima yang pegang rahsia aku sukakan si Amer tu. Kalau tetiba Amer tau aku suka dia??? Huh! Tak ter-imagine aku!

“Laa... Apa salahnya aku bagitahu? Kot-kot dia pun suka hang.” Fahima abaikan jari Farni yang dihulur padanya. Ni bukan kot-kot, ini kenyataan!

“Tak payah. Nanti aku dah sedia, aku sendiri yang akan bagitahu dia.” Farni memujuk. Mungkin satu hari nanti. Mungkin jelah erk.

“Penat aku tunggu hampa nak terus terang.” Fahima hela keluh berat. Susahnya jadi orang yang dilamun cinta ni erk? Nak pulak suka dekat orang lembab siput babun macam Amer, memang terseksa!

“Hurmmm... Masa tak sesuai lagi.” Farni memujuk dirinya lagi. “Yelah tu. Tengah buang masa ada la.” Fahima tak puas hati dengan jawapan Farni. “Faema?” Farni memanggil sepatah.

“Apa?” Malas Faema menyoal semula. “Janji?” Farni menghulurkan lagi sekali jari kelingkingnya kepada Fahima. “Ye!” Jari kelingking Farni dicapai dengan jari kelingkingnya. Dan dua jari itu bersatu. Janji!

“Oit? Mana Amer? Kan dia duduk tepi pantai ja tadi?” Fahima yang baru memandang ke persisir pantai baru sedar Amirul yang sedang dibualkan oleh mereka berdua tiada di situ.

“A’haa la... Mana erk?” Farni pula menyoal kepada dirinya sendiri dengan muka blurr.

“Irfand!” Fahima melaung. Jarak dia dan Irfand lebih kurang lima meter sahaja. “Apa?” Irfand menyoal. Rambutnya yang basah, sebab baru habis menyelam memang nampak wawww... Hensemnyaaa....!

“Amer mana?” Fahima menyoal. Sebenarnya, dalam hati memang dah dag-dig-dug-degeduggedug...(ßhuahuahua... sempoi tak jantung Faaema?) =P

“Dia dengan Ayie pergi beli nasi bungkus. Kan kita tak breakfast lagi.” Selamba Irfand membalas. Dia berjalan mendekati Fahima. Dalam hati dah bernyanyi, ‘Aku rindu... Sayang kamu... Padamu, aku cinta, kepadamu, sayang kamu...’, lagu Black Mentor. Nazrul mengikuti langkah Irfand, ingin mendekati para cewek.

“Owh... Okey...” Fahima menjawab. Alemak! Irfand on the way nak mai sini lah! Ni yang nak nervous terlebih-lebih ni! Wah! I gotta do something untuk cover nervous.

“Nurin!” Kuat Fahima melaung nama Nurin yang baru habis lawan menyelam dengan Syaz.

“Apa?” Nurin menyoal. Rambutnya yang menutupi separuh mukanya dilurut kebelakang semula.

“Caring kot buah hati hang.” Fahima menambah dengan senyum mengusik.

“Ish! Merepek rr! Dengaq dekat dia, siap hang!” Nurin marah. Siap dengan jari telunjuk diluruskan, bagi amaran!

“Wo wo woo... Baru aku tau sekarang, Nurin suka Amer!” Nazrul menyampuk. Kemudian, dia ketawa besar. Macam orang sasau!

“Woi! Sape cakap Nurin suka Amer? Dia suka Ayie lah! Yang suka Amer, ni... Ni tepi aku ni, Farni...” Fahima menjawab selamba. Sesaat kemudian, terdiam terus mereka-mereka yang berada dalam air. Faema tarik muka takut. Alemak! Terlepas cakap la pulak.

“Farni...” Nazrul panggil, hampir kepada berbisik. Tapi masih mampu didengari oleh mereka sekumpulan. “Kau suka Amer ke?” Nazrul menyoal, masih seperti berbisik. Dua saat kemudian, bibir Nazrul menarik sengih mengusik.

“Tak lah. Faema!” Farni dah nak naik angin. Mukanya dah merah, blush!

“Nurin, kau suka Ayie?” Nazrul menyoal Nurin pula, masih dengan nada suara tadi. Cuma kali ini sengihannya makin melebar.

“Jangan tanya aku macam tu!” Keras Nurin bersuara. Ni aku nak hot ni! Fahima! Ni rahsia kita! Gurl Kecik. Bukan rahsia hak milik bersama dengan Boy Kecik sekali. Huargh! Aku rasa macam nak palangkung Faema lani jugak!!!

“Hahahaaa.. Huahuahua... Yuhuuu!” Nazrul ketawa macam orang gila. Siap tekan perutnya lagi.

“Yang hang happy sangat ni, kenapa?” Fahima menyoal. Dah tetiba jadi macam orang sasau, kena sampuk hantu laut ke? Ish... Nauzubillah....

“Aku ada bahan nak ugut depa nanti.” Nazrul menjawab tersekat-sekat kerana tawanya masih belum habis.

“Faema!!!” Nurin dan Farni serentak menjerit. Fahima tarik muka takut. Fahima berlari ke belakang Irfand dan menyorok di sebalik tubuh jejaka itu. Irfand hanya tersenyum pada Nurin. Kepalanya menggeleng kepada Nurin, matanya menghantar isyarat, ‘Tak payah la buli sayang aku erk?’. Nurin yang bagaikan mendapat mesej dari Irfand itu mematikan niatnya nak pelangkung Fahima. Nasib baik Irfand ada, kalau tak, aku gulai Fahima dalam air masin ni!


**********************************************


“Mer... Kau ada apa-apa perasaan dak dekat Nurin?” Irfand menyoal gentleman. Hua... Inilah sifat Irfand yang telah membuatkan Fahima terjatuh hati!

No comments: