Nuffnang Leaderboard

Tuesday, 2 October 2012

Be Mine Sudi Tak? 3(iv)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...




 

Ting-tong...

Tiga pasang mata berpandangan sesama sendiri.

“Wani pergi tengok.” Wani mengangkat tangan kanannya separas dada. Setelah itu, dia keluar dari bilik Afiq meninggalkan Angahnya dan Nazliyana berdua-duaan.





TIGA (iv)


Afiq mendekati katil dan melabuhkan duduknya di pinggir katil. Setelah duduk, dia menepuk tilam di sebelah kirinya dan mengisyaratkan kepada Nazliyana agar duduk di sisinya. Dalam nak tak nak, Nazliyana tetap berjalan mendekati katil tersebut dan mengambil tempat di sisi kiri Afiq.

Afiq menongkat sikunya dilutut, tangan kirinya menongkat dagu seperti selalu. Pandangan dihala ke wajah Nazliyana yang terlalu jarang di tacap sebegitu rupa. Nazliyana seorang gadis yang terlalu simple. Nak keluar jejalan, memang tak payah tunggu dia bersiap lama-lama. Dalam lima minit, dia dah boleh ready. Just my type!

Nazliyana tidak senang hati diperhati tanpa henti oleh Afiq. “Arash! Stop looking at me like that.”

“Kenapa pulak?” Afiq menyoal dengan senyum.
“Rimaslah.”
“Laa... Asal nak rimas pulak? I do nothing kan?”
“Habis, tu yang dok tengok-tengok tu apa?”
“Tengok je... Bukan buat apa pun. No touching, no harm.”
“Ish...” Nazliyana tarik muka geram. Suka lawan cakap!

“Kakak!” Ieda menerpa masuk ke dalam bilik. Dibelakangnya ada Sharnie dan Wani bersama.

Nazliyana hanya menghadiahi adiknya dengan senyuman segaris. Ieda cepat ambek tempat duduk di sebelah kiri Nazliyana. Nazliyana kini duduk diapit oleh Afiq dan Ieda.

“Hai mak uda.” Sharnie menyapa Nazliyana. Nazliyana tersenyum mengangguk. “Hye Uncle Handsome.” Sharnie menyapa Afiq pula. Afiq tersenyum dengan panggilan Sharnie kepadanya. Hampir semua anak saudara Nazliyana yang berjumlah 18 orang itu(buat masa sekarang) memanggilnya ‘uncle’. Dan dia sendiri sebenarnya tak boleh bayangkan dipanggil ‘pak uda’. Tak pelik ke bunyinya tu? Err, pelik...

“Mak mana?” Ringkas Nazliyana menyoal Ieda. Dah dua hari ahli keluarga Nazliyana turun KL, stay dekat hotel ni, untuk majlis resepsi sebelah pihak lelaki. Nak tau berapa bilik family room yang ditempah, reserved untuk family Nazliyana? Tujuh bilik semuanya! Nasib baik dapat bapak plus emak mertua baik hati macam ni, ann?!

Aku sendiri pulak memang turun hotel ni terus, dah tak singgah rumah ibu ayah Afiq dulu. Afiq cakap, “Alarh. Nanti balik jugak rumah ibu tu kan.” Kesian ibu tunggu dari pagi sampai malam. Afiq pulak sesedap oren tak bagi tau dekat ibu dia yang kitorang tak jadi singgah rumah parents dia masa hari bertolak turun KL dulu. Kesian diorang satu family tunggu kehadiran kami satu family dari pagi sampai malam.

“Mak dok tengah sembang dengan mak Abang Afiq dekat lobby.” Ieda menjawab.

Sharnie dengan Wani ada dekat sudut hujung bilik, dok tengah belek Nikon Wani.

            “Abang Fiq...” Ieda memanggil Afiq. Afiq jerk kening kanannya, menyoal ‘Kenapa?’ tanpa suara.

            “Abang nak bawak kakak pi honeymoon dekat mana?”

            Bulat mata Nazliyana mendengar soalan dari adiknya kepada Afiq. Ciss! Aku sendiri tak pernah terfikir pasal honeymoon, dia pulak yang sibuk! Gedik!!!

“Angah! Nak pi mana?” Wani pula menyoal Afiq dengan wajah diterangi pengcahayaan agung.

Afiq tersenyum segaris. Tangan kiri Afiq meraih pinggang Nazliyana dari belakang, dan tangan kanannya pula menarik tubuh Nazliyana rapat ke dadanya. Nazliyana kini berada dalam pelukan Afiq. Pinggangnya dapat merasakan pelukan erat dari Afiq. Ni aku nak pengsan ni!

“Sayang nak honeymoon dekat mana?” Afiq menyoal romantik. Anak mata Afiq menangkap anak mata Naz. Nazliyana melarikan wajahnya dari terus ditatap Afiq.

Nazliyana telan liur mendengar suara Afiq yang dah macam Romeo pencuri hati kelas pertama. Serius, 1st class! Aku dah terasa macam nak terkoma sebulan sekarang ni!

“Uncle! Cepatlah gitau! Nak pi mana?” Sharnie pula provok.

Afiq mengangkat pandangannya melihat ke tiga wajah gadis yang beria-ia nak tau lokasi manakah yang menjadi pilihannya untuk berbulan madu bersama Nazliyana. Dia menarik senyum lagi.

Afiq menarik dagu Nazliyana agar mata mereka bertentangan semula. Nazliyana hanya mengikut. Macam dah tak dak kudrat nak lawan. “Gonna go to heaven.” Afiq menjawab dengan anak matanya tepat memanah anak mata Nazliyana. Nazliyana telan liur, terkedu!

“Huuu...” Wani, Ieda dan Sharnie serentak mengeluarkan bunyi tersebut. Tak tau la nak panggil apa benda ‘huu’ tu. Specchless. “Cliche...” Ieda sempat menyambung di belakang ‘huu’nya itu.

“Dude... Kau dah...” Aizan menolak pintu bilik Afiq dari luar. Kata-katanya terhenti apabila melihat Afiq dan Nazliyana saling bertentang mata, macam duduk dalam dunia diorang sendiri, then tambah pulak Wani, Ieda dan Sharnie tersengih-sengih.

“Did I miss something really pricefull?” Aizan menyoal dengan suara machonya.

Nazliyana tersentak mendengar soalan itu. Dia mula menggelabah. Pandangan ditundukkan, melihat kakinya sendiri. Ternampak pulak kaki Afiq. Meremang bulu roma Nazliyana dua saat. Pandangan dipusing ke sebelah kanan. Nampak kaki Ieda. Orait. Nampak kaki Ieda dah tak meremang bulu roma macam nampak kaki Arash tadi.

Ieda, Sharnie dan Wani dah mula ketawa sesama mereka. Afiq menarik senyum segaris kepada Aizan. Aizan jerk kening, tak faham. Lantak korang lah.

“Master bedroom dah ready. Jom photoshoot.” Aizan melafaz ayat yang disimpan dari tadi.

*****************************

            Mereka berdua berjalan beriringan memasuki dewan. Sudah ramai tetamu yang tiba. Afiq berjalan di sisi kanan Nazliyana. Ieda dan Akmal dipilih untuk menjadi pengapit kali ni.

No comments: