Nuffnang Leaderboard

Friday, 5 October 2012

Be Mine Sudi Tak? 4

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...

 





Mereka berdua berjalan beriringan memasuki dewan. Sudah ramai tetamu yang tiba. Afiq berjalan di sisi kanan Nazliyana. Ieda dan Akmal dipilih untuk menjadi pengapit kali ni.








EMPAT

Akmal malam ni nampak lebih segak daripada biasa. Cuma, cermin mata dia tu memang mencacatkan penampilan dia. Bak kata Adnan Sempit, “Spoil!”. Atau bak kata Tumulak, “Argh punah!”

Kiri kanan sisi, mereka dilihat. Sepanjang perjalanan naik ke pelamin yang besar gedabak tu, jantung Nazliyana memang tak pernah bekerja secara normal. Asyik over-working je!

Malam ni, pakaian ala-ala barat. Sepasang tuxedo tersarung indah di susuk tubuh tinggi  Afiq. Manakala gaun pengantin berwarna putih pula sangat menyerikan wajah polos Nazliyana pada malam itu. Acara dimulai dengan bacaan doa dari abang Nazliyana sendiri(tok kadi masa hari pernikahan Nazliyana), Abang Alan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara merenjis dua mempelai tersebut dengan air mawar. Acara dimulakan dengan ibu dan ayah Afiq, kemudian emak dan bapa Nazliyana. Kemudian, diteruskan pula dengan sanak saudara dan sahabat handai mereka.

****************************


“Akak. Angah panggil akak.” Wani datang menerpa kepada Nazliyana yang sedang berbual dengan kawan-kawan perempuan Afiq. Hurm, yang lebih tepat, para pekerja Afiq di pejabat, Syarikat Sutera Company, milik bapa Afiq.

Wani kemudiannya menarik tangan kanan Nazliyana. Nazliyana minta pamit pada rakan-rakan Afiq semasa dirinya ditarik oleh Wani.

“Kenapa?” Sepatah Nazliyana menyoal Wani. “Angah nak kenalkan akak dekat kawan-kawan dia yang lain pulak.” Wani menjawab. Nazliyana mengangguk kepalanya.

Tak sampai lima puluh kaki menapak, Nazliyana sampai di kelompok para jejaka terhangat di pasaran. Shiuuu... Hensem-hensem kengkawan Afiq ni. Astaghfirullah... Naz, jagalah pandanganmu. Tapi, okey apa? Aku mengagumi ciptaan Dia yang indah ni. Subhanallah.

“Angah, I brought to you your bride.” Wani melafas ayat tersebut dengan penuh etika. Sebijik macam dalam movie la!

Nazliyana diserahkan pada Afiq. Afiq mencapai tangan kanan Nazliyana. Tapak tangan Nazliyana digenggamnya. Baru 15minit tak jumpa, aku dah rindu dia! Ini ke penangan cinta selepas kahwin?! Senyum di bibir Afiq masih belum mati. Matanya masih lagi melihat isterinya di sisi.

Nazliyana mengukir senyum pada rakan-rakan Afiq. Ish! Apasal Arash diam je ni? Tak kan tetiba hilang suara kot? Tak caya aku! Arash ni kan ada banyak idea nak malukan aku depan kengkawan dia.

Macam masa dia kenalkan aku dekat pekerja perempuan dia tadi, ada ke patut dia cakap, “Bini aku ni umur baru 18. Kenapa aku kahwin dengan budak lepasan SPM? Sebab aku nak anak banyak-banyak. Kalau aku kahwin dengan perempuan muda, aku ada banyak masa nak buat anak dengan dia nanti.”

Memang bara je hati aku masa dia buat lawak tak jadi dia tu! Tapi yang pasti, semua kawan perempuan dia tadi gelak bagai nak rak. Lawak sangat erk? Takpe, sekarang ni giliran aku. Tengoklah, sampai giliran korang nanti, baru korang tau apa yang aku rasa sekarang ni! Huaaa... Nak nangeh!

Then, sekarang ni, dia diam langsung tak bercakap pulak! Memang nak cari pasal rr Arash ni!

“Woi bro!” Salah seorang kawan Afiq menolak  bahu Afiq. Hampir dia terjatuh ke belakang. Nasib baik Nazliyana refleks terus tarik lengan Afiq.

“Yuhuu... Afiq got angle in gown suit!” Lagi sorang kawan Afiq pula berkata-kata. Kata-kata itu mengundang tawa mereka sekumpulan. Afiq hanya tersengih dek usikan kawan-kawannya.

“Right, aku kenalkan, ni orang rumah aku, Nazliyana. Naz, introduce to you, this is my friends. Yang ni...”

“Hai. Saya Lukman. Panggil Man je.” Kawan Afiq pantas memotong kata-kata Afiq lalu mengenalkan dirinya sendiri. Nazliyana tersenyum kecil melihat telatah rakan-rakan Afiq.

Kemudiannya, mereka satu persatu mengenalkan diri sendiri. Ada enam orang semuanya. Mula-mula tadi Lukman, lepas tu Muzz. Then Hafidz, Mirul, Ayin dan yang terakhir, Ajib. Diorang tu tengok je smart, tapi rupa-rupanya semua otak weng. Senget!

***********************

Nazliyana berdiri betul-betul di bahagian tengah menghadap katil. Kedua-dua tangannya didepakan ke kiri dan ke kanan. Gaya macam cerita Titanic je. Kemudian, dia membiarkan badannya jatuh melayang ke atas tilam king size yang empuk itu.“Penatnya!” Nazliyana bertutur sendiri. Penat, penat, penat! Sakit pinggang! Sakit badan! Sakit! Penat!

“Tolong bersopan sikit, boleh?” Suara Afiq menyapa gegendang telinga Nazliyana. Nazliyana mendengus terlebih dahulu. Penat! Badan dipusing 180 darjah. Pandangannya kini disapa oleh syiling bilik hotel yang berwarna putih. Huh! Rasa macam nak terbang dah ni. Dia menarik comforter yang tertindih di bawah badannya. Comforter itu kemudian ditarik menutupi dari hujung kaki sehingga ke dadanya.

“Naz, sana sikit. Orang nak tidur jugak ni.” Afiq menolak bahu Nazliyana perlahan ke arah kiri katil. Nazliyana memalingkan tubuhnya ke sebelah kiri. Dia kini tidur mengiring. Matanya dah sedia tertutup. Dah tak mampu nak bukak rasanya ni.

Tilam bergerak-ke atas dan ke bawah. Afiq sedang membetulkan posisi badannya bagi mendapatkan tidur yang sempurna. Lampu katil dipadamkan. Cahaya dari bilik mandi dah cukup untuk temani tidur malam mereka berdua.

Afiq menarik comforter menyelimuti sebahagian tubuhnya. “Goodnight, assalamualaikum.” Dia mengucap kata selamat tersebut sebelum menutup matanya. Terdengar humming dari Nazliyana, menjawab salam.

Afiq tersenyum. Ya ALLAH, kau lindungilah aku dan isteriku dalam lindungan-MU.

Mata Afiq sedikit demi sedikit mula tertutup. Dan akhirnya, dia memasuki alam di bawah sedar.


******************************

2 comments:

Juann Fitri said...

nice~~ getting interesting...

NiNa ZizaN said...

err.. Sy yg xperasan k0men ny dr thn lepas, atw sy reply, tp x appear? -_-