Nuffnang Leaderboard

Friday, 5 October 2012

Freak's Story Scene 10 =)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...



        


    "Voldemort, please. Bagi ni dekat Kucai. Tadi dia tak sempat makan." Freak menghulurkan sebungkus roti perisa coklat kepada Voldemort.

"Okey." Bungkusan roti bertukar tangan. "And, say sorry. I mean no harm. Really-really, sorry." Freak meminta agar Voldemort dan Goku menyampaikan kata maafnya pada Kucai. Masing-masing dah memalingkan badan. Girls ke sebelah kiri, guys ke sebelah kanan.
  


 



SCENE 10

Dalam dewan utama. Dewan Star. Ramai gila student. Kalau tak silap, dalam Malaysia ni, hanya 120 orang pelajar lepasan SPM yang terpilih masuk kem ni. Untung ke malang kalau menjadi 120 orang yang terpilih tu? Tempoh menghadiri kem ni, tiga bulan. Kem memang pilih pelajar yang tak terpilih untuk PLKN je. Ada lah tu kerjasama diorang dengan kerajaan. Ada elaun. Dalam tiga bulan, elaun yang kita orang akan terima lepas tempoh tiga bulan, RM500.00. Kira pergh jugaklah bagi aku yang memang tak merancang buat kerja sepanjang tunggu result ni.

            “Yang lain tak sampai lagi?” Kucai menyoal Freak yang bersandar di tiang pintu masuk dewan yang ke-tiga .

Freak menggeleng. Takut menyelubungi dirinya. One word to describe me right now, Awkward!

            “Hai Addy.” Chenta; budak kumpulan sembilan kalau tak silap menyapa Kucai. Bersama dengan Chenta ada Elle dan Mizh. Manusia yang memang kena blacklist dengan Freak dari first week stay dekat kem ni. Freak menggelarkan mereka bertiga dengan gelaran Chem. Memang umpama polypeptide-bond of element dia orang ni semuanya, tergedik! Kucai membalas senyuman tersebut. “Hai…” Kucai bersembang dengan dia orang.

            Freak hanya mendiamkan diri. Fikirannya kosong, atau lebih tepat lagi, buntu! Macam mana nak go on kalau dia dah marah macam ni? Macam mana nak survive dekat kem kalau ada orang masam muka dengan aku? Macam mana...?

            “Bye Freak…” Chenta melambai tangan pada Freak setelah lima minit bersembang dekat situ. Tapi matanya masih memandang Kucai.

Freak tersedar dek kata ‘selamat tinggal’ dari Chenta sebentar tadi. Gatalnya minah tu! Dahlah jalan pun dah ala-ala orang nak menari cha-cha-cha.

“Ouch!” Suara Chenta dari jauh kedengaran. Chenta tertendang bangku yang ada dekat tepi dinding dewan lah! Padan muka kau! Tergedik sangat! Freak mengukir senyum sinis dua saat sebelum... “Bie dengan Princess pergi mana?” Selamba tak berperasaan Kucai menyoal.

Senyumannya tadi dah hilang. “Toilet.” Pendek Freak jawab. “Girlish stuff... Kau tak join?” Kucai mendengus setelah menyoal lagi. Ada nada dingin dihujung suaranya. “Nope. Mana Goku dengan Voldemort?” Giliran Freak menyoal. Kucai buat tak tau. Sakitnya hati!

Dari jarak 10meter, kelihatan Goku, Voldemort, Bie and Princess on the way datang ke port dia orang dari pintu belakang dewan…

            Knowing something? Segala bagai bangku dan kerusi dalam dewan ni dah tak digunakan. Hanya fasilitator ja yang masih duduk atas kerusi. Influence dari Master of All. Semua nak join lepak atas lantai. And semua pun macam enjoy ja. Yang girlish-girlish(maksud aku tergedik-gedik) pun dah enjoy lepak atas lantai.

Tapi, Chem tak termasuk dalam senarai. Dia orang ni kuat sangat perangai tergedik-gedik sehinggakan aku malas nak melayan dia orang. Datang dekat group Master of All pun semata-mata nak jumpa Kucai, Voldemort and Goku. Bie dengan Chem memang pernah berkawan; agak rapat. Tapi tak lama, Bie cakap dia orang tu dah tergedik-tahap-melampau. Akhirnya, berlakulah peperangan-keluarkan-laser-dari-mata bila Chem datang dekat Master of All.

            Lagi satu hal yang aku tahu, info dari Goku dan Voldemort, bebudak tergedik yang kawan dengan aku semua dah kurang paras gedik. So, okey apa? Lagi pun, aku ni kan memang anti-budak gedik. Tapi aku tak boleh rr kalau ada orang sakit hati dengan aku… Macam Kucai ni. Aku rasa macam nak lari balik rumah!

            “Tolong ambil tempat dalam kumpulan. Cepat.” Suara yang memberi arahan itu berhenti seketika. Peserta kelihatan sedang ambil tempat atas lantai. Ikut port masing-masing macam biasa.

“Hari ni, kamu semua kena bersihkan kawasan kem. Fasilitator kamu akan dikenalkan hari ni. Dah lama tersiksa nak tahu yang mana satu fasilitator kamu, kan?” Cikgu Azim sedang berucap di atas pentas. Freak leka melayan perasaan.

            “Freak!” Bie menampar bahu Freak kuat. Muka Bie blushing. Dah dekat sepuluh kali aku panggil dia, boleh dia buat tak tau?

“Yup?” Freak yang terkejut pantas menyoal. “Ni, Kak Farina. Our faci.” Bie memperkenalkan Freak pada fasilitator kumpulan mereka.

“Oh. Sorry kak. Tak perasan.” Freak menarik senyum. Pahit je rasanya. Freak bangun untuk bersalam dengan kakak fasi-nya. “Its okey. Now, kita akan ke Taman Quad. Lokasi kita dekat sana. Cepat kita buat kerja, cepat habis.” Kak Farina senyum. Cantik.

            “Freak. Boleh tak kau buang muka masam kau tu. Aku penat lah tengok muka kau macam ni. Aku tengok Kucai, muncung je memanjang. Aku tengok kau, masam mencuka. Stress aku macam ni tau?” Bie membebel. Namun tangannya masih lagi ligat mencakar sampah. Freak banyak mendiamkan diri dari bercakap. Bebelan Bie hanya diabaikan. Dalam hatinya dah tak ada ruang untuk mengisi benda yang termasuk dalam kategori ‘masalah’.

“Arghh… Macam cakap dengan kayu je!” Bie mendengus.

            “Bie, help me?” suara Freak bernada merayu. “What honey?” Bie merenungnya. “Stop the nag. I’ve enough with the things name trouble.” Freak dah separuh merayu. “Okey. Fine…” Bie mengalah.

            “Done.” Kak Farina tersenyum puas. “Hmm… Good. Bagusnya kerja kamu semua. Akak suka.” Kak Farina tersenyum lagi. Tak penat ke senyum. Takkan nak ayat adik junior kot. Tahu lah dia orang ni hensem-hensem. Could you stop tersengih like that? An, tak baik tau! Senyum tu kan sedekah. Argh!!! Whatever!

            “Freak, let’s sit.” Kak Farina sudah duduk bersila di atas simen di pondok rehat. Tempat geng mereka selalu melepak. Bangku simen yang disediakan tak digunakan pada kali ini. Kawan-kawannya yang lain juga sudah siap bersila.

An! Kau malukan diri kau lagi! Pandangannya menangkap wajah Kucai yang merenung wajahnya penuh dengan…Dendam ke? Sakitnya hati Freak! Dia mengambil tempat di antara Princess dan Kak Farina. Oppsss... Lupa pulak! See, aku duduk antara Kak Farina dengan Princess. Kalau tengok balik, Princess duduk tepi Eve. See? Haa, diorang dah berbaik. Sejak bila? Entah, aku pun tak perasan.

            “Hmm.. So? Akak rasa macam group ni ada problem je, kenapa? Memang ada problem ke, akak je yang rasa macam tu?” Kak Farina menyoal. Yang lain mendiamkan diri. Freak dan Kucai sama-sama merenung ke arah luar pondok.

“Freak dan Kucai…” Kak Farina memanggil nama ‘popular’ mereka. Tersentap mereka berdua. Pandangan Freak dan Kucai bertembung. Pantas Kucai mengubah arah pandangannya. Freak sekali lagi terasa. Dia menundukkan pandangan, memandang simen pondok rehat itu. Sakitnya hati... =(

I see. Ada perang dingin dekat sini. Now, tell me. What?” Kak Farina dah masuk aura troubleshooter. Aku cukup tak minat dengan orang yang ala-ala si penyelesai masalah ni. Ngeri!

Nothing lah kak. Could we proceed with our next agenda?” Freak ingin keluar dari masalah tu. Dia nak selesaikan masalahnya sendiri. “Come on. Tell me. Akak pun pernah jadi ‘a teeneger’.” Tangan Kak Farina siap dengan tanda quote tu.

Apa? Ingat orang tengah bercinta ke? “Akak… Please…” Freak dah masuk fasa merayu lagi.

“Hmm… Akak macam tak percaya. Iron Lady tengah merayu dekat akak sebab benda kecil ni je.” Kak Farina double-jerk. “Akak…” Mata Freak mula berbicara pada fasilitator-nya itu.

“Okey, fine. Akak tak masuk campur. Cuma program kita lepas ni akak memerlukan kamu bercakap dengan group member kamu.” Matanya memerhati satu-satu muka juniornya itu. “Tak terkecuali walau seorang pun.” Pandangannya tajam bersilih ganti melihat Freak dan Kucai. “Not even one. Kalau salah seorang buat masalah, markah merit akan dipotong. Walaupun hanya seorang sahaja yang tak memberi kerjasama.” Tangannya mengangkat jari telunjuk tegak ke arah atas. Suaranya tegas. Mukanya jelas mempamirkan sikap seriusnya.


No comments: