Nuffnang Leaderboard

Tuesday, 2 October 2012

Geng Kecik Cerita 5(i) =)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...






“Mer... Kau ada apa-apa perasaan dak dekat Nurin?” Irfand menyoal gentleman. Hua... Inilah sifat Irfand yang telah membuatkan Fahima terjatuh hati!





CERITA 5(i)

“Nurin? Gila ka? Aku tak mau rr dia. Bukan taste aku. Hang bagi dekat Ayie takpa gak.” Amer menjawab. Siap dengan muka kerut-kerut lagi. Amer tidur di depan pintu chalet mereka. Kedua-dua kakinya terlunjur keluar dari pintu.

“Fahima pulak?” Irfand menyoal soalan yang sebenarnya dia tak nak tanya. Woi! Fahima hak milik aku! Jangan dia cakap dia suka Fahima dah! Irfand berbaring di atas katil bujang yang disediakan di dalam bilik tersebut.

“Faema? Woi, tu sahabat sehidup semati aku. Aku memang rr tak ley hidup tak dak dia, rasa macam tak lengkap hidup. Tapi, kalau hang bagi dia untuk dijadikan couple aku, memang aku buat mata juling kat hang.” Amer siap buat mata juling ke syiling chalet. Nazrul yang berbaring di katil queen size hanya mendiamkan diri sambil mendengar perbualan antara Amer dan Irfand. Memang topik terhangat di kalangan mereka yang mengetahui kebenaran. Huahuahuaa... Ayat! Misteri habis!

“Pahal pulak? Dia hot pe?” Irfand masih cuba shoot(menyoal). Nak tau jugak pendapat Amer tentang Faema. Lagipun, Amer kan BFF Faema. Sejak kecil lagi. Diorangkan jiran sebelah rumah. Kalau Amer hilang, mesti mak dia pergi cari dekat rumah Fahima. Kalau Fahima pulak hilang, mesti mak dia pergi cari dekat rumah Amer. Dah gaya belangkas je. Tapi, kira nasib baik rr diorang tak jatuh hati terhadap diri masing-masing. Kalau tak, mau melopong aku! Tak sanggup!

“Hot tak hot, selagi aku tak ‘kuch-kuch hota hai’ dengan dia, memang tak boleh kata apa rr.” Amer letak tangan atas dada dia. Di saat itu juga, gambaran wajah Farni terlayar di mata minda. Waaa... I miss you Farni.

“Erk? Habis tu, Farni? Ada dak ‘kuch-kuch hota hai’ hang?” Kali ni Irfand shoot Amer terus.

“Farni?” Amirul terus bangun lipat maut dari baring telentang dia memandang Irfand yang sedang berbaring di atas katil dengan bantal yang dilapik tiga. Saja nak bagi tinggi, boleh tengok reaksi Amer tiap kali dia jawab soalan.

“Haa... Hang jangan kata hang suka dekat Syaz pulak. Dia tu, aku punya.” Nazrul yang diam dari tadi bersuara juga akhirnya. Saja ja nak test reaksi Amer. Macamlah Nazrul tak tau, Amer tu memang suka Farni dari dulu lagi. Siap main intai-intai Farni lagi masa kecik-kecik dulu. Dia pi skodeng Farni dengan sapa? Dengan sapa lagi kalau bukan aku. Aik? Bukan akulah! Dengan Fahima! Kawan baik dia tu!

“Hee... Aku tak kacau Syaz hang. Jangan risau.” Amer cuba tenangkan hati Nazrul yang sebenarnya memang dah sedia tenang. Kemudian, Amer mengukir sengih 7juta watt. “Aku suka Farni... Aku tak tau pasai pa. Tapi, aku memang suka dia. Well, hang tau kan... Cinta itu sesuatu yang datang tanpa dijemput. Tau-tau ja, dia dah ada. Tiba-tiba ja, rasa sayang sangat dekat seseorang tu. Hang mesti rasa benda yang sama gak dekat Syaz, kan?” Amer siap menyoal Nazrul lagi.

“Well, ofcoz rr. Tetiba ja, rasa rindu dekat dia walaupun dia sebenaqnya ada ja depan mata aku. Huh! Memang cinta ni menyeksakan, ann?” Nazrul pula menyoal.

“Memang! Sweet pain. Sakit, tapi best.” Irfand menjawab. Dengan muka ala-ala Romeonya(sebab dalam hati tengah teringatkan Fahima), dia tersenyum. Bagaikan rasa sweet pain itu sedang menjalar ke segenap tubuhnya. Sakit! Tapi best! Serius, orang yang tengah dialmun cinta ja yang mampu faham perasaan ni.

“Cinta memang gila!” Amer menjawab, agak tension. Tension? Entah... Dah dia kedut dahi, tension la tu, kan?

“Woi, cinta tak gila. Orang yang bercinta tu ja gila. Bak sejarah India, Laila or Majnun. Majnun maksud dia, gila kan?” Nazrul menyoal dengan muka tak berapa pasti.

“A’haa... Aku tak tau pulak hang tau.” Irfand menyoal. Rasa macam pelik pulak bila Nazrul ni ada Pengetahuan Am yang memang selalu sangat dia tak de. Well, maybe lepas ambil STPM kot, dia dah terror bab-bab Pengajian Am ni.

“Aku ni pakar sejarah, hang tak tau ka?” Nazrul menjawab dengan muka bangga.

“Tak tau pon.” Irfand menjawab selamba.

“Memang tornadok Tok Kaduk rr hang ni.” Nazrul menjawab tidak puas hati. Ala... Apa salahnya berdrama sekali-sekala? Ingat budak perempuan ja ka yang reti dram-drama-drama ni? laki lagi terror la wei.

Irfand bangun dari katil. Bebelan Nazrul diabaikan. Tu Drama King namanya. Sesuai sangatla, dia Drama King, Syaz pulak Drama Queen. Seluar khaki yang dipakainya dibetulkan terlebih dahulu. Kemudian, dia berjalan menuju ke almari solek. Nak tengok cermin sebenarnya. Alamak! Dah gelap sikit rr! Huaaa! Tapi, its okey. Bukan selalu pun mandi laut ann, berjemur matahari.

Irfand meninggalkan cermin. “Woi. Aku blah.” Irfand memberitahu Amer dah Nazrul yang sedang bersembang. Irfand berjalan ke arah laut. Kengkawan yang lain dah tak mandi laut. Tengah buat istana pasir! Nak joinnn!

Di bilik pula...

“Mer... Kenapa tetiba aku sejuk rr?” Nazrul menyoal Amer tiba-tiba. Tetiba ja rasa macam sejuk seram, meremang bulu roma ni! Uish! Tak kan rr...? Cik Hann ada ka diwaktu siang begini?

“Sejuk?” Amer menyoal selamba. Dia yang dah bangun dari katil sebab nak pergi join geng yang lain main pasir terhenti langkah. Siap tengok Nazrul dengan muka kosongnya lagi.

“Haa... Aku rasa macam... Macam something rr... Urgh, bak kata orang, seram sejuk wok.” Nazrul mendapatkan selimut yang tercampak di bawah lantai, kemudian menyelimut tubuhnya. Sejuk! Macam ada dekat dalam Snow Walk i-City ja ni!

“Hang memang bodo...” Amer menjawab dengan muka tak berperasaan.

“Wei, bahasa jaga sikit.” Suhu Nazrul menaik. Ni nak marah ni. Yang suka sangat cap aku bodoh pasai pa tak tau?! Aku SPM 6A okey?! STPM ni ja tak tau lagi result.

“Biaq rr. Hang memang bodo.” Amirul keluar dari bilik setelah melafazkan ayat itu. Pintu bilik dibiarkan terbuka. Membazir!

Nazrul tak puas hati. Dia masih berfikir. Suka-suka hati dia ja kata aku bodoh? Terlebih insurans betul rr Amer tu! Hurmm... Tapi, napa dia cakap macam tu dekat aku. Dan di ketika itu juga, pandangannya terlihat ‘yang itu’. Nazrul kemudian menggaru kepalanya. Memey rr. Patut la Amirul kata aku bodo. Dah pasang aircond, mana tak sejuk?! Wahhh! Macam orang bongek ja! Jatuh saham aku di depan Amer!

Tetiba gegendang telinganya menerima bunyi seperti tikus terselit di celah meja. Pwettt.. Pwett...(jangan bayangkan macam orang tengah mengorat, bayangkan bunyi tikus.)

“Pulak dah. Bunyi apa pulak ni?” Matanya disapa pula oleh sesuatu berwarna putih yang sedang berterbangan dari cermin sebelah kiri bilik. “Pulak???” Dia menyoal kepada dirinya.

Nazrul berlari keluar dari bilik. Dah takde break. Memang nak pecut ja sekarang ni! Ada hantu! Sapa lagi yang sanggup nak tunggu kalau macam tu? Disaat itu juga, kakinya terpijak batu, hampir terjatuh. Kalut Nazrul cuba menstabilkan kembali badannya. Tak sempat badan stabil, kaki lebih cepat berlari lagi ke arah pantai.

“Woi, Rul lari pasai pa tu? Macam nampak hantu ja?” Nurin menyoal. “Hantu, siang-siang macam ni?” Farni pula menyoal tak percaya.

Nazrul berlari ke dalam laut, mendapatkan Syaz, orang yang paling dekat dengan pesisir pantai. Air pun takat paha ja. Lengan Syaz pantas dicapai. “Ayang... Orang nampak hantu tadi... Dia dok terbang dekat luaq tingkap.”

“Ish. Yang hang pegang tangan aku, kenapa?” Syaz menarik tangannya dari tangan Nazrul yang memaut lengan Syaz. Syaz tarik muka marah. “Cuba hang tengok betui-betui.” Syaz tunjuk ke arah bilik mereka.

Nazrul melihat ke arah yang ditunjuk Syaz, alemak! “Ayang!!!” Nazrul terus memeluk Syaz. Terkedu enam pasang mata yang memandang. Syaz terkedu tiga saat. Tanpa berlengah lagi, dia terus menolak dada Nazrul. Nazrul terjatuh dalam air. Air cetek menyelamatkan Nazrul dari lemas.

“Bongek rr hang! Cuba hang tengok!" Syaz menghalakan tangan kanannya pada chalet mereka.

No comments: