Nuffnang Leaderboard

Friday, 5 October 2012

Geng Kecik Cerita 5(ii)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


 
Nazrul melihat ke arah yang ditunjuk Syaz, alemak! “Ayang!!!” Nazrul terus memeluk Syaz. Terkedu enam pasang mata yang memandang. Syaz terkedu tiga saat. Tanpa berlengah lagi, dia terus menolak dada Nazrul. Nazrul terjatuh dalam air. Air cetek menyelamatkan Nazrul dari lemas.



 
            SCENE 5(ii)


“Bongek rr hang! Cuba hang tengok! Tu! Towel kami la!!! Bangang betui rr hang ni!!! Peluk-peluk aku apa? Hang ingat aku bini hang ka?” Syaz fire Nazrul. Muka Syaz memang dah blushing. Blush sebab tetiba kena peluk dengan lelaki, dan yang lagi teruk, di depan geng sendiri. Nanti kena bahan dengan depa, macam mana?! Huaaa...

Nazrul yang tak percaya dengan kata-kata Syaz, berpaling melihat semula ke arah bilik mereka. Benda putih tu. Matanya cuba lagi fokus ke arah pemandangan yang masih kabur. Mata sedang scan ‘benda putih’ itu. Hek-eleh... Towel lah! Hee... Ter-silap... Dia menggaru kepalanya. Nazrul bangun dari duduk dalam airnya itu. Basah baju hensem aku.

“Sorry TER-peluk tadi. Tak sengaja.” Kepala di garu lagi.

“Tak sengaja pala hotak hang!” Syaz merajuk, terus naik darat, masuk ke dalam bilik. Mood nak mandi laut dah terbantut dek orang sewel tadi.

“Bongek rr ang. Yang hang pi peluk anak dara orang tu, tak dak kerja ka?” Ayie sekeh kepala Nazrul. Memang keluar aura Pelindung kaum wanita la!

“Aku tak sengaja kot?” Nazrul menyoal. Mukanya berkerut menahan marah. Kena ketuk, tak sakit mana pun. Kena tuduh, tu memang sakit! “Kot ja?” Faema menyampuk, menyoal Nazrul. Siap dengan muka tak berperaan lagi tu! Saja ja...

“Okey! Aku memang tak sengaja. Tadi aku dengaq benda dekat dalam bilik, pastu ternampak pulak benda terbang dekat luaq, tu aku panik uwh. Kalau hampa pun mesti panik gak. Habis tu, tak kan hampa nak suruh aku mai dekat hampa, lepas tu pi lari dekat Irfand, peluk dia, ‘Irfand-Irfand... I nampak pocong tadi. I takut’. Nanti hampa kata aku dengan dia gay pulak.” Panjang Nazrul berleter. Dah aku cakap tak sengaja tu, maksudnya aku memang tak sengaja rr. Banyak cakap pulak budak-budak ni!

“Dah la... Tak yah rr kita pulak gaduh. Relaks... Syaz merajuk tak lama. Dia tengah marah. Tunggu dia cool satgi, lepas tu okey rr.” Nurin cuba meleraikan masalah. Macam lah tak kenal Syaz tu. Dia marah dengan orang, tak lama mana pun. Japgi okey rr tu. Tak caya? Well, lets see!

“Okey! Sekarang ni, aku nak tanya ada sapa-sapa bawak gitar tak?” Fahima menyoal sambil bercekak pinggang. Dah boring macam ni, apa lagi yang mampu menolong kalau bukan, muzik?!

“Aku...” Ayie cepat menjawab. Siap dengan muka excited lagi!

“Ayie... Pinjam.” Fahima meminta gitar Ayie untuk dipinjam. Nak main gitar ni! Dah cukup boring yang amat! “Gila ka? Air masin ni. Rosak kot gitar mahal aku tu nanti.” Ayie mimik muka sombong. Huh! Gitar kesayangan aku tu! Air masin, bahaya kot?! Hurmm... Bukan kot, memang bahaya untuk gitar aku.

“Weyh, Kapok ja pon.” Fahima tarik muka tak puas hati. Apasal kedekut sangat ni? Pada rr... Bukan Fender pun gitar kau tu Ayie woi! Kapok je, okey? Kapok!

“Kapok tak Kapok, gitar kesayangan aku uwh.” Ayie buat lagi muka tak berperasaan. Kutuk pulak! Tu pun teringin nak main gitar aku jugak?! Huh! Dalam mimpi!

“Pinjam rr. Aku main atas batu besaq tu. Tak kena ayaq laut aih.” Fahima memujuk Ayie lagi. Budak ni kan! Saja nak cabaq kesabaran aku lah!!! “Kena angin laut, tak boleh!” Ayie membidas cepat.

“Weyh! Tu kedekut yang amat tu.” Fahima pulak tarik muka dingin tak berperasaan. Pada rr. Kalau angin laut pun tak boleh kena, buat apa dia bawak gitar mai sini? “Nak gitar beli sendiri rr.” Ayie marah Fahima pulak. Minah ni pun satu. Nak kacau barang aku, apahal?

“Aku ada gitar rr mangkuk! Aku malas bawak datang sini ja.” Fahima lepas keluh berat. Aku bab pujuk memujuk, selalu C ja. Tapi, aku rasa kalau aku pujuk Ayie, aku memang failed lah! “Dasar anak dara pemalas.” Ayie masih ingin mengapikan perasaan Fahima.

“Kedekut... Mangkuk ayan rr hang Ayie...” Suara Fahima dah naik satu note. Ni aku nak baran ni! Tak kan dengan aku pun nak berkira? Cakap geng?! Geng pekebenda kalau macam ni?! Huargh!  “Nak pinjam gitar aku, lepas tu panggil aku ayan, macam tu ka nak pinjam barang orang?” Ayie bercekak pinggang, dan menyoal pada Irfand.

Irfand hanya jerk kening kanan. Tak nak masuk campur. Macam tak tau, kalau Ayie berbalas cakap dengan Fahima, jangan sesapa kacau. Kalau tak, koranglah yang akan jadi mangsanya!

“Okey lah. Encik Ayie, boleh saye pinjam gitar Kapok lapok awak tu kejap?” Fahima menyoal lagi. Tapak tangan kanan dan kiri dicantum, dibawa ke tengah dada, badan membongkok, matanya dikelip-kelip, nak memimikkan muka cute. Namun, sempat juga dia menyelitkan ayat sarkastiknya kepada Ayie.

“Hek-eleh... Pi rr ambik. Ada dekat tepi pintu ja.” Ayie mengalah. Huh! Buat penat ja gaduh dengan minah sorang tu. Dia mana reti nak kalah. Kerja nak menang ja!

“Orait...” Faema tersenyum. Dia mengatur langkah naik ke darat. Dua puluh saat kemudian, kaki dah nak menapak tangga untuk ke bilik para jejaka, namun terhenti seketika. Check Syaz dulu arh...

“Syaz?” Tangannya menolak pintu bilik. Ruang bilik di-scan. Itu dia! Dah nampak dah Syaz. Hurmm... Dia tengah buat apa tu erk? Ceyh!!! Tengah tengok kartun TV3. Barbie pulak tu? Tak boleh blah rr minah sorang ni! “Syaz, hang okey dak?” Fahima menyoal, ambil berat.

Syaz berpaling ke belakang. Dia kemudian tersenyum apabila pandangannya disapa oleh wajah Fahima. “Okey ja. Woit, Barbie and 12 Dancing Princess. Nak tengok?” Syaz mempelawa Fahima.

Fahima tarik muka geli. “Urgh... Hang tau kan aku tak layan cerita macam tu? Aku nak ambik gitar Ayie. Hang okey kan?” Fahima menyoal lagi sekali, ingin memastikan keadaan Syaz.

“Aku okey. Jangan risau.” Syaz cuba menyakinkan Fahima.

“Orait. Aku blah dulu.” Fahima menutup pintu kemudian melompat ke balkoni sebelah bilik lelaki. Pintu bilik yang memang tak bertutup tak payah ditolak lagi. Dia memaling muka ke sebelah kiri, got it!

Kapok warna Light Brown. Sedap bunyi gitar ni. Tangan Fahima cepat mencapai gitar itu yang tersandar di dinding bersebelahan pintu. Pintu bilik ditarik, ditutup. Bibirnya mengukir sengih.

            Jom jamming!

*****

No comments: