Nuffnang Leaderboard

Saturday, 29 December 2012

Be Mine, Sudi Tak? 5(i)

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)




Seddiyh la macam ni! Nanti dia buli aku. Habis, bila masa aku boleh buli dia balik?! Tak best! Nazliyana menarik tampat pemegang bagasinya, dan bagasi itu ditarik masuk ke dalam rumah besar dua tingkat itu. Nak beg lagi satu!


***************************


HONEYMOON


*****************************


            “Assalamualaina waa’la i’badillah hissholihin...” Nazliyana memberi salam panjang. Salam yang dikhaskan untuk rumah yang tidak berpenghuni. Afiq mengikutnya dari belakang. “Assalamualaikum.” Afiq pula memberi salam. “Waalaikummussalam.” Nazliyana menjawab salam Afiq.

Seterlihatnya keadaan dalam rumah Afiq, Nazliyana speechless seketika. Memang 100 percent, totally salah tanggapan awalnya! Aku ingat rumah dia ni macam rumah lelaki bujang yang lain. Aku ingatkan rumah dia, bila masuk je, terus berbau hapak. Then, baju dia mesti ada tercampak sana-sini. Tapi... Can you see this? Atau ayat popular John Cena, “Can you see me?”

            Rumah dia kemas!

            Ala-ala barat. Moden kontemporari. Warna hitam, putih, merah. Memang rr nampak tipikal. Tapi, aku tak caya yang aku akan duduk rumah yang macam ni! Yuhuu! Happy-nya!

            “Hai...? Diam je? Tertinggal suara dekat airport ke tadi?” Afiq menyoal Nazliyana. Pelik jugak. First time kot dia tengok Nazliyana diam terus, langsung tak cakap walau sepatah pun.

“Jom... Bilik kita dekat tingkat atas.” Afiq memberikan info pertama tentang rumah ini kepada Nazliyana.

Nazliyana hanya diam. Rumah dia ada dua tingkat. “Berapa jumlah bilik dalam rumah ni?” Itu soalan pertama yang disoal oleh Nazliyana bila mendengar perkataan ‘bilik’.

Afiq kerutkan dahi seketika. Berapa entah? “Dekat tingkat bawah ada dua bilik. Satu dekat tepi kanan tu, lagi satu dekat dengan dapur. Dekat tingkat atas ada tiga bilik. Master bedroom, bilik kita. Then ada lagi dua bilik tetamu.” Afiq menerangkan dengan kerut yang tak hilang dari wajah, nak ingat balik bilik-bilik yang disediakan dalam rumah ni.

“Owh...” Nazliyana mengangguk-angguk kepalanya. Dia menarik bagasi yang tidak lekang dari tangan sedari tadi. Di tangan Afiq pula ada dua bagasi. Satu bagasi miliknya dan satu lagi, dia tolong bawakan bagi pihak Nazliyana.

“Jom naik atas.” Afiq mengajak Nazliyana. Afiq berjalan menuju ke tangga. Mereka berdua menaiki anak-anak tangga tersebut, Afiq di hadapan, manakala Nazliyana mengikutnya dari belakang.

Habis menaiki anak tangga, Afiq belok ke kanan. Bilik utama betul-betul dekat sebelah kanan. Tombol pintu bilik dipulas. Pintu bilik ditolak luas ke dalam. “Come...” Afiq membukakan pintu bilik itu untuk Nazliyana. Nazliyana tersenyum. Alahai! Gentleman!

Nazliyana melangkah masuk ke dalam bilik Afiq. Bilik dia tak sempoi mana pun. Macam biasa. Tapi, tetap kemas. Warna dinding, putih. Then ada kind off biografi dekat dinding putih yang dibelakangi katil. Guna spray warna coklat. Serius, lawa!

Afiq menutup pintu sejurus Nazliyana melangkah masuk ke bilik. Bagasi diletakkan ke tepi. Kakinya melangkah ke arah pintu balkoni bilik. Langsir biru tua ditarik, membiarkan cahaya matahari menerobos masuk ke dalam bilik. Pintu kaca itu dilungsur ke kiri dan ke kanan. Angin menderu masuk. Ni yang best beli rumah atas bukit! Sejuk, nyaman, tenang.

Afiq melangkah keluar, ke balkoni bilik. Nazliyana turut mengekori langkah Afiq. Nak ikut!

Destinasi Afiq hanya satu seandainya dia melangkah keluar ke balkoni. Ke kerusi malas yang diperbuat dari kayu jati. Dia duduk bersandar ke kerusi itu dengan sebelah kaki dibiarkan diatas lantai, lagi sebelah dibawa naik ke atas kerusi, ditarik rapat membentuk sila.

Nazliyana yang baru tiba di balkoni menarik nafas dalam dengan kedua-dua tangannya didepakan. Wah, Best! Pemandangan yang menyapa retina Nazliyana membuatkan bibirnya automatik tersenyum. Senyumlah, agar alam turut tersenyum melihatmu. Subhanallah! Its so beautiful! Kalau malam, or maybe breaking dawn, gerenti lagi lawa, ann?!

“So, let say. Naz nak rest dulu ke, nak round rumah?” Afiq menyoal Nazliyana.

“Hurm?” Nazliyana menyoal semula. “Excuse me?”

“Abang tanya... Naz, nak take a nap dulu ke, nak pusing-pusing tengok rumah?” Sepatah-sepatah Afiq menyoal.

Nazliyana telan liur. Dia? Dia bahasakan diri dia apa? Abang? Dia? Dia cakap ‘abang’? Err... Dia demam ke? Dah sebulan kitorang kahwin tak pernah-pernahnya dia bahasakan diri dia abang, yang tetiba dia bahasakan diri dia ‘abang’, kenapa?

Haa! Entah-entah, hantu dalam rumah ni dah masuk dalam badan dia. Yelah... Cuba fikir balik, kan dia dah sebulan tak balik rumah ni. Mestilah dah ada ‘benda’ yang bertandang. Astaghfirullah hala’zhim... Macam mana ni?

“Hai! Abang tanya ni.” Afiq menyoal lagi. Kali ni, nada suara dia dinaikkan sedikit.

Nazliyana tarik kerut. “Hurmm... Arash okey ke, tak ni?” Tergagap-gagap dia menyoal. “Maksudnya?” Afiq pula yang tidak dapat menangkap maksud kata-kata Nazliyana.

“Hurmm... Naz tanya, Arash okey ke, tak? Sihat ke tak? Rasa macam nak demam ke, tak?” Nazliyana menyoal lagi. Soalan dia panjang, tapi maksud setiap soalan dia tu, sama je.

“I’m just fine. Asal? Pelik erk? ‘Abang’?” Afiq menyoal. Dah agak dah... Dia mesti pelik kalau aku tetiba bahasakan diri aku abang. Tapi... Argh! Whatever! Malas aku nak fikir!

“So, nak rehat dulu ke nak round rumah?” Afiq menyoal lagi.
“Hurmmm... Jom round rumah laa...”
“Orait.. Jom pergi backyard. Ada swimming pool dekat sana.”
“What?” Nazliyana jatuh rahang. Rumah aku ada kolam mandi? Wah!!! Kayalah aku kalau macam ni!

“Jom...”

Pantas Nazliyana mengikut Afiq dari belakang.


********************************



No comments: