Nuffnang Leaderboard

Saturday, 29 December 2012

Freak/s Story Scene 11

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)




“Okey, fine. Akak tak masuk campur. Cuma program kita lepas ni akak memerlukan kamu bercakap dengan group member kamu.” Matanya memerhati satu-satu muka juniornya itu. “Tak terkecuali walau seorang pun.” Pandangannya tajam bersilih ganti melihat Freak dan Kucai. “Not even one. Kalau salah seorang buat masalah, markah merit akan dipotong. Walaupun hanya seorang sahaja yang tak memberi kerjasama.” Tangannya mengangkat jari telunjuk tegak ke arah atas. Suaranya tegas. Mukanya jelas mempamirkan sikap seriusnya.


SCENE 11

“Freak, sudahlah. He didn’t mean it. Freak…” Princess dan Bie memujuk Freak. Freak tak turun dinner. Roti pun dia tak makan. Dah lah lunch tadi pun makan sikit je. Sekadar isi perut yang tak di-isi dari pagi tadi. Minum petang? Tak turun dewan makan pun. Kejap lagi dah lah ada  LDK lagi. So, how? Mata Princess dan Bie bertemu. Berlaku perbualan telepati. Hasilnya hanya keluhan.

            Petang tadi…

“Freak. Kucai.” Kak Farina menegur. “Akak tengok macam tak ada perbualan je?” Farina merenung mereka berdua.

Kucai dah mula rasa macam nak pelangkung je fasi dia ni. Nasib baik perempuan! Bersyukurlah anda wahai para perempuan kerana telah dilahirnya sebagai perempuan. “Relaks rr kak. Dah yang terakhir kan? Kejap lagi kami start rr.” Selamba Kucai membalas. Ada senyuman di akhir kata-kata itu. Mau aku sembur je minah Freak ni. Aku marah dia lagi ni. Kalau aku bukak mulut, mau hangus budak ni kena fire dengan aku.

“So, boleh mula sekarang?” Kak Farina menyoal. Anggukan dari Kucai kelihatan memuaskan hati fasilitator mereka itu.

            Renungan ais dari mata Kucai cukup menggerunkan hati Freak. Pandang macam nak tembuskan badan aku je! Freak gentar.

            “Kau tahu kan sekarang ni kita kena luahkan perasaan dekat partner kita? Tak nak sembunyi-sembunyi dah kan?” Suara serak basah Kucai menyoal Freak, perlahan, macam tengah berbisik je gayanya. Freak mengangguk.

“So, kau dah ready nak kena fire dengan aku?” Dingin Kucai menyoal. Freak hanya kaku.

            “Kau tahu tak yang kau ni adalah manusia yang paling teruk yang pernah aku jumpa? Yang memang tak pernah fikirkan orang lain. Selfish! Aku rasa, si Voldemort dalam Harry Potter tu pun ada hati yang lagi suci dari kau. Kau ingat diri kau tu bagus. Tapi sorry, you are good for nothing pada pandangan aku. Kau adalah minah yang paling kerek, poyo yang pernah aku jumpa.” Kucai lancar meluahkan perasaannya. Nadanya makin lama makin naik. “Kau adalah perempuan yang paling murah pernah aku jumpak! Desperate girl! Hopeless!” Kucai dah berdiri. Jari telunjuknya betul-betul diajukan ke muka Freak.

Freak kaget. Dia menepis tangan Kucai. “I know! But you don’t have to yell at me!” Freak lantas berlari dari pondok itu. Kak Farina merupakan orang yang paling terkejut dengan scene yang baru sahaja berlansung tadi. Mak ai, teruknya bergaduh! Kalah laki bini gaduh!

Sampai sekarang Freak terperuk dekat atas katil…

“Bie, dah pukul 9.15 dah ni.” Princess memandang jam di tangan. Bie  menggaru kepala. Macam mana? Freak bangun dari katil. Nyata Bie dan Princess sama-sama terkejut. Freak memakai bedak serbuk, rambut paras bahunya diikat, lantas dia mengenakan tudung hitamnya. “Jom. Nanti merit group kena potong, aku yang kena. Jom…” Freak dah berlalu keluar bilik meninggalkan mereka berdua. “Tunggu…” Princess dan Bie serentak menjerit.

            “Freak, kau tak makan lagi? Boleh ke nak teruskan ni?” Bie concern. “Muka kau pucat Freak.” Princess menambah. Sampai di simpang tiga, Goku, Voldemort dan Kucai dah sedia menunggu.

“Ni lambat ni…”
            “Mesti nak bagi group kena de-merit.” Freak memotong kata-kata Kucai. Dia teruskan berjalan. Empat muka sekarang sedang memandang tajam ke arah Kucai. “What?” Kucai selamba tak berperasaan. Kakinya diatur menuju Dewan Star; dewan besar kem.



No comments: