Thursday, 28 February 2013

Geng Kecik *Aku baru tulis malam nii* ^_^

Posted by Nina Zizan at 2/28/2013 12:47:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

*ini cover lama... cover baru xsempat cari gambar lagi*

 

“Yoo!” Dia menyapa seperti biasa.
            Yang ditegur hanya tersenyum...

            Fahima menongkat LC hitam merah miliknya.

Haikal telah pun menunggu Fahima sejak sepuluh minit yang lalu. Dia yang duduk bersahaja di atas LC putih hijaunya merenung ke wajah Fahima. Dalam tak sedar, bibir mengukir senyum. Sungguhlah, cinta tuu mampu buat orang normal masuk alam bawah sedarnya.

“Weyh! Yang hang senyum sorang-sorang tuu, kenapa?!” Fahima memarahi Haikal.

Haikal yang tersentap, tarik sengih sambil menggaru kepala yang tak gatal.

“Mana yang lain? Tak sampai lagi?” Fahima menyoal Haikal. Cermin sisi motornya yang sedikit senget dibetulkan.

“Entah? Tak sampai pun lagi...” Haikal menjawab pertanyaan dari Fahima.

Mereka berdua kini sedang melepak di tempat biasa mereka, di pintu air yang seriusly, pemandangan mata memang hanya dipenuhi dengan kehijauan sawah padi.

Tiga minit kemudian, ahli Geng Kecik mula tiba satu per satu... Dan pastinya, Ayie adalah orang yang terakhir sampai. Janji pukul 5.00 petang, 5.30 baru enjin 125nya kedengaran.

************************

Syaz menemani adik perempuan Amer yang berusia tujuh tahun itu. Dia kini sedang berada di pelantar kolam ikan milik datuk Amer.

Tidak jauh darinya, Amer dan Faeq sedang sibuk membetulkan kolam ikan yang sudah hampir patah titinya. Ingin diganti dengan kayu yang baru.

Syaz hanya memberi fokus pada adik Amer yang, boleh tahan buasnya. Ni kalau jatuh kaa...? Haishh... Dah la kolam ikan ni memang ada dekat tengah–tengah sungai. Kalau jatuh, memang naya!

Dan dua saat selepas itu, memang benar Julia, adik si Amer hampir terjatuh ke dalam sungai. Pantas Syaz menyambar tangan Julia. Jantungnya memang berdebar habis. Baru tadi tegur, tetiba terus jadi!

Syaz yang cuba meredakan degupan jantungnya perasan dengan kesunyian yang tiba-tiba melanda kolam ikan yang dari awal tadi bising dan bingit dengan suara hasil perbualan Amer dan Faeq.

Syaz menoleh wajahnya ke kiri sisi, dan matanya terpaut pada wajah Faeq yang nyata sedang tersenyum macho pada dirinya. Tersenyum? Macho? Oh no! Sepantas kilat Syaz memalingkan wajahnya dari terus menatap wajah Faeq. Oh no no no! Apasal hati aku rasa macam lain je? Tangan dibawa ke dada, nyata degupan jantungnya bertambah kencang.

Tanpa fikir, Syaz menarik tangan Julia untuk pulang ke darat semula. Dah tak mampu nak duduk sini lama-lama!

**********************************

“Nurin... Hang dengan Ayie laa ni macam mana?” Farni menyoal Nurin yang sedang menatap skrin handphonenya. Dua saat kemudian, dia menekan butang pada telefon itu, sedang membalas mesej. Seusai menekan butang ‘sent’, baru Nurin menjawab soalan Farni.

“Macam tuu jalah...” Selamba tanpa perasaan Nurin menjawab, namun senyum yang ditahan dari awal sudah tak mampu dibendung. Akhirnya, di hujung kata, senyum turut terukir di bibirnya.

Perasaan ingin tahu dalam diri Farni bertambah kuat... “Nurin... Cerita laa... Nak tau jugak...” Farni cuba memujuk Nurin.

“Hurmm...” Nurin berbelah bahagi. Nak cerita ke, tak nak?

“Alaa... Kami dua orang macam tuu jalah... Tak dak apa-apa perkembangan pun. Masih lagi berkawan... Tu jaa...” Nurin menjawab senyuman dan anggukan.

“Alaa... Tipu!” Farni yang merajuk memeluk tubuhnya. Tak best laa macam ni! Fahima dengan Haikal, Syaz dengan Faeq, Nurin dengan Ayie, aku?! Aku dengan sapa? Tak kan dengan Amer? Walaupun aku suka dia, walaupun aku minat dia dalam senyap, aku tak sanggup laa nak couple dengan budak playboy tuu! Sedihnya! Amer! Tolonglaa jadi lelaki yang setia....! Sedih-sedih-sedih!

*****************************

Amer duduk bersila sambil menongkat dagunya menggunakan kedua-dua belah tangan. Baru habis game futsal tadi. Team menang... Tapi... Tapi, aku ni haa yang tak menang!

“Amer? Bila hang nak ajak Farni couple?” Ayie menyoal. Lambat betul Amer ni nak ambil tindakan.

“Hari-hari aku ajak dia... Tapi dia tak pernah jawab soalan aku...” Amer kembali pada riak wajah muramnya. Apasal laa susah sangat Farni nak terima aku jadi pakwe dia? Apa tak cukup serius lagi ke aku ni?

“Yoo!” Haikal menegur. Ada Faeq bersamanya.
“Hampa smart-smart ni, nak pi mana?” Amer menyoal. Tangan yang menongkat dagu dijatuhkan. Matanya memandang Haikal dan Faeq yang sudah siap menukar kepada baju t-shirt bersih.

“Date laa woi, date!” Faeq menjawab, dengan senyum penuh makna. Haikal turut tersenyum.

Amer tarik muka masam lagi. “Nampaknya, aku dengan Ayie jalaa lepak kedai makan satgi...” Suara itu hampa kedengaran.

“Cop! Satgi aku nak pi rumah Nurin...”Pantas Ayie bersuara.

Amer kaku seketika. “Meluatnya!!!” Amer bangun dari duduk di atas lantai tadi, dan bergerak cepat ke motor LC hitam putihnya.

“Bro! Marah kaa?!” Ayie melaung.
“Diam! Pi laa dekat awek hampa! Sapa laa aku kan?!”

Starter LC ditekan, gear dimasukkan, dan dia pantas memulas minyak motornya.

Tiga sahabat yang memandang hanya mampu menggeleng kepala... Amer, Amer... =)


*******************************

Wednesday, 27 February 2013

17LIDI & SOLAT

Posted by Nina Zizan at 2/27/2013 12:39:00 am
Reactions: 
2 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)


Orait...
Ada entry sebelum ni, Nina ada cerita pasal Nina, adik n anak menakan dengar pak Nina cerita pasal 17Lidi nii...
Starter cerita dia masa makan malam, lepas Maghrib...
Time makan tuu, pak ada arahkan mr.Zarif*anak menakan 18tahun merangkap guitarist saya* yang berbunyi...

Pak: Satgi lepas makan, hang cari 17 lidi dekat wan...
Zarif: Awat wan?
Pak: Adalaa... Satgi hang cari...

So, dinner pun berlalu...
Sementara menanti Isyak masuk, Zarif dah pun berjaya mencari 17batang lidi seperti yang dipinta oleh ayah saya, Encik Azizan Bin Hassan...

Lepas jaa Zarif bagi lidi tuu dekat pak Nina, pak pun panggil saya*poyo x guna saya?*, adik dan lagi sorang anak menakan... Saya pon bergegas lari... *Memang dari tadi menunggu pak habez makan nasik dowh!!!*


Mukadimah pak lebih kurang, "Pak tunjuk ni sekali jaa... Ingat..."
Then, lidi atas lantai dicapai oleh pak, lalu disusun menjadi seperti gambar dibawah...


*Ini adalah gambaran manusia yang sempurna dari kepala hingga kakinya*

Pak: Hampa bangun pagi2, mula2 hampa semayang apa?
Kami ber4: Subuh
Pak: Semayang Subuh ada berapa rakaat?
Kami ber4: Dua...

Lalu pak menarik keluar dua lidi yang berada di atas.
*dua lidi dibuang, tanda meninggalkan solat Subuh yang punya dua rakaat*

Pak menyambung kata-katanya, "Andai kata hampa tinggalkan semayang Subuh hampa dengan sengaja, maka hilanglah anggota kepala hampa..."
 Kami berempat yang memerhati *dengan penuh kusyuk* dari tadi tergamam seketika.

Pak: Lepas semayang Subuh?
Kami ber4: Zohor...
Pak: Berapa?
Kami ber4: Empat...

Empat lagi lidi, anggota tangan pula dibuang kali ini....
*manusia tanpa kepala dan tangan*


Kemudian, Asar, yang juga berjumlah empat rakaat...
Maka, empat lidi yang mewakili anggota badan dibuang...
Yang tinggal di tengah bahagian atas itu ialah tulang belakang, anggota badan yang kuat...

*tanpa anggota badan, kecuali tulang belakang yang merupakan penyokong kuat tubuh badan*

Tiga lagi lidi ditarik keluar, mewakili Maghrib yang punya tiga rakaat...
Dan yang tinggal hanyalah sepasang kaki...

*anggota yang tertinggal ini mewakili solat Isyak...*

Pak: Dan kalau hampa memang saja2 tinggalkan semayang, hampa jadi macam lidi ni laa... Lidi tuu ada, tapi tak tau apa fungsi dia... Ni nak tunjukkan, yang semayang tuu laa yang akan membentuk hampa sebagai manusia yang sempurna sifat...
*ini HANYA lidi, tanpa sebarang makna*

 Dan actually, pak nak cerita yang 17 lidi tuu mewakili setiap sendi tubuh badan....
SEBAB

17 sendi tubuh+ 13 rukun solat
Jumlahnya 30, 30 adalah jumlah bilangan juzuk di dalam al-Quran
30 juzuk al-Quran itu terkandungnya di dalam al-Fatihah
Dan ___ ___ al-Fatihah itu terkandungnya di dalam Basmallah...

Yang mana 'Ba' itu pada bapa, rahman itu pada bapa,
rahim itu pada ibu, maka Alhamdullilah pada ibu yang menerima...
*sory, yang ___ tuu, x ingat apa dia...*


30 juzuk al-Quran itu terkandungnya di dalam al-Fatihah.
-->Sebab tuu alFatihah tuu wajib dibaca dalam setiap solat... Kalau xbaca surah lazim selepas alFatihah pun, memang dah sah, sebab membaca alFatihah tuu seumpama membaca satu al-Quran...

Yang mana 'Ba' itu pada bapa, rahman itu pada bapa,
rahim itu pada ibu, maka Alhamdullilah pada ibu yang menerima...
 Bismillahir-rahmanir-rahim... Alhamdulillahirabbil-a'lamin...
-->'Ba' huruf awal itu membawa maksud 'Benih Adam'- yang ada pada bapa, rahman pada bapa, rahim pada ibu, maksudnya, "Jatuhnya benih adam pada rahim ibu", maka Alhamdulillah pada ibu yang menerima... Dan akan terjadinya manusia... Bila manusia terjadi, maka jatuh hukum wajib dia menunaikan solat apabila baligh...

Lebih kurang macam tuu laa cerita dia... =)
Dan actually, pak ada huraikan lagi banyak pasai Basmallah tuu, tapi...
Memang panjang gilaa rr nak menaip!

Dan kata-kata pak yang terakhir memang menyentuh qalbu...
"Tok-nenek hampa laa yang cerita ni semua dekat wan... La ni, hampa, anak-cucu wan, wan dah cerita, tuu tanggungjawab wan... Lepas ni, giliran hampa pulak sampaikan dekat yang akan datang..... Selesai dah tanggungjawab wan cerita nii kat hampa..." Pak bangun dari duduk, dan berlalu masuk ke bilik... *kitorang sembang depan bilik pak jaa*

Dan aku yang dengaq kata-kata pak, hanya mampu merenung kosong ke hadapan, cuba mencerna kata-kata pak... Kata-kata pak memang simple, dan SENANG GILA nak faham...
Tapi, ayat tuu, memang 'berjalan dan meresap' ke dalam rr... Touching enough!

Mana yang baik tuu, kita sama2 rr jadikan renungan...
*sebab aku sendiri dalam proses mencari diri, so, nak ajak laa orang lain sama ann*

 Info yang aku taip mungkin ada salah, mohon maaf...
Wallahu a'lam...
=)
Night...
Assalamualaikum....

Tuesday, 26 February 2013

What To Say?

Posted by Nina Zizan at 2/26/2013 11:24:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

What to say?
Actually, what to say?

Ha-haa...
Currently, im asking myself 'What To Say?'
Or, you can just say it in correct way, 'What To Write?'

Pheww~
Actually, there is lot thing i want to write, i want to tell you guys...
*Again, even though i know there is no one*

I want to write about that '17 Lidi and Solat'...
But, that kind of writing gonna take quite a long time for me to done write it...
I have to manage the story from A to Z, according to its chronology...

Hurmmm... OK...
I try to write it tonight...
Byep! 

Seriusly... Give-Up!!!

Posted by Nina Zizan at 2/26/2013 06:38:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum...
Orait...
*Entry kali ni ditulis tika kepala aku berdenyut, sakit gilaa!*

Orait...
Actually, kes kali ni*bajet Conan* adalah berkenaan Adobe Photoshop...
Benda nii sebenarnya dari awal Nina ambil alih Compaq dari kakak, memang Nina mintak Adobe dari abang ipar Nina yang memang kerja dia berkait rapat dengan bidang editing gambar... *Photographer laa... Tak kan laa tak reti edit gambar pulak kan?*

Dulu2*nak bold laah, DULU-DULU*, Nina pernah laa belajar basic pasal editing ni dengan Abang Chaq*abang ipar sayalaa*, then kira macam lepas laa jugak...
Tapi, lepas dari tuu, Nina tinggalkan si Adobe sebab masa tersebut, memang takde masa nak meng-edit2 gambar nii...

Bila dah lama-lama, tibalah masa yang sesuai untuk edit cover manuskrip novel, try laa bukak Mister Adobe ni, tapi, bukak2 jee, macam...............................................

BLURR GILA!!!

Hahaa... Kiranya, dari saat tuu laa saya dah tak menjengok langsung si Adobe nii.. *around last year kot start meninggalkan Adobe untuk kali ke-2*
*Dah laa baru belajar setengah jalan, pastu lupa pulak... Memang tak laa kan saya nak pandai semula kan...*

 So...
Hidup berlalu seperti biasa...
Sehinggalah....
Ada sorang guest yang tiba di blog saya dan meninggalkan jejaknya di shoutmix dengan nickname 'imfieyzan'...
Disebabkan nama tuu 'boleh tahan menarik', so, saya klik laa namanya yang membawa saya ke laman blog beliau...

First impression bila tengok header blog, ada satu word yang ter-tulis 'artwork'...
So, 1st sentence dalam otak, "Orait, dia ni budak seni..."

Dan rupa-rupanya, blog Fieyzan ada buat tutorial Adobe Photoshop...
Huu~ Tiba2 minat nak belajar Adobe muncul... *tiba-tiba, okey?*
Jari cepat dilarikan di touchpad menekan ikon StartUp Menu, lalu jari pantas menaip 'Adobe', setelah keputusan dipaparkan, jari lagi sekali dilarikan di touchpad untuk meng-klik ikon kecil berwarna biru...
*Dengan penuh semangat, ok?!!!*

'Tutorial Me-Remove Background Gambar' dan diganti dengan background ala-ala model menjadi pilihan ofkoz...! *memang nak sangat2 belajar tutorial ni...*

Baca punya baca, belajar punya belajar, faham punya faham*dengan kerut di dahi, ok?*, DAN cuba punya cuba, sampai ke sudah aku tak berjaya!!!
Done takat me-remove sahaja, tapi tak reti macam mana nak insert si background yang di-ingini... >_< Huarghh! Tension!!!

Dan actually, lepas tengok artwork dia tuu lah yang membuatkan saya teringin nak try Adobe nii... Artword dia yang still terngiang-ngiang dalam otak aku ialah Helena...
Then artwork Avril+the Night Fairy pon best!

So, sesapa yang minat dengan Adobe ni, boleh laa menjengok blognya dekat link atas tuu...

SO, SERIUSLY, DENGAN KEPALA YANG PENING SEKARANG NI, SAYA DECLARE KALAH GILER DENGAN ADOBE =_=
Penat kowt?!

4 Fieyzan, teruskan dengan kerja seni anda! =)


*better aku fokus dengan seni ni jaa...* ",

Monday, 25 February 2013

Ceria tuu, penting, kan? ^_^

Posted by Nina Zizan at 2/25/2013 12:53:00 am
Reactions: 
2 Berbicara
Bismillahir-rahmanir-rahim...
Assalamualaikum...
Salam sejahtera aka selamat malam... ^_^
Merujuk pada jam di skrin laptop, 12:41 AM, 25-Feb-13...
Dah masuk hari Isnin dah...

Orait...
Baru2 ni*xdelabarusangat*, Nina ada tukar template blog...
Sebab, rasanya macam dah lama jaa asyik guna template tuu...
So, tukar mood! =)

Hee...
And you know what?
Cari punya cari, try punya try...
And lastly, akhirnya*duakatasatumakna*, template Pororo yang menjadi pilihan!
^_^ suwwitt tak saye? *owh!tolonglah!*

Okeyh...
Kenapa pilih template ni?
Sebab...
Rasanya blog memerlukan suasana yang ceria... =)
Huu...
So, ceria tak template ni? =P

Hurmm...
Try mencari template blog, susun2, edit2, dari pukul 10 tadi kot...?!
Dekat 2-3 jam gak laa kan meng-hapdate inche blog...

Info?
Tadi kan, mendengar kuliah pak tentang '17Lidi dan Sembahyang*semayang ja aku sebot*'
Nak tau cerita dia macam mana?
Hurm... *sambil mengangguk-angguk*
Next-next time jalah kalau nak tau...
Tapi, memang best! *ofcoz laa kan, pak kan my best storyteller since zaman childhood*

Lagi info?
Kalau tanya pasai manuskrip, memang dah dekat 2-3 minggu tak bukak langsung manuskrip...
*Sejak cuti Tahun Baru Cina haritu lagi, mood menulis memang tak pernah kunjung tiba*

Lagi?
 Lagi?
Hee....
Penat... =_=

Okey laa...
Sampai takat ni jalah dulu kot?
Done for today...
Salam...

*Mulakan dengan 'Bismillah', sudahi dengan 'Alhamdulillah'...*
Night... ^_^

Monday, 18 February 2013

Arash, Nazliyana- Part Berpisah*Be Mine, Sudi Tak?*

Posted by Nina Zizan at 2/18/2013 12:27:00 am
Reactions: 
2 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)




Namun Afiq hanya mendiamkan diri. Hati aku sakit, macam kena hiris dengan belati sekarang ni. Aku tersepit antara kasih sayang dan dendam. “Diam boleh tak?! Bising kau tahu?”

“Arash... I need him. Naz perlukan anak Naz... Please...” Nazliyana mendekatkan badannya ke badan Afiq, lantas mengusap pipi suaminya itu.

“Tadi Naz dah janji dengan Arash, kan? So please, pergi sekarang sebelum Arash cakap benda yang Naz tak nak dengar.” Afiq menutur tenang tanpa nada.

Airmata Nazliyana gugur lagi untuk yang kesekian kalinya. Kenapa jadi macam ni? Apa salah Naz? “Naz nak pergi mana lepas ni?”

“Pergi je mana-mana...”
“Naz takut sorang-sorang...”
“Takut? What? Takut? Huh! Nonsense...”

“Arash... I’ve never been alone. Please...” Selama ni, Naz tak pernah sorang-sorang Arash. Naz nak pergi mana lepas ni? Tak kan nak balik kampung? Nanti Naz nak cakap apa dekat mak, dekat pak, dekat keluarga Naz kalau diorang tanya macam-macam nanti?

Tangannya menolak badan Nazliyana dari terus melekap ke badannya. “What please?! Sekarang ni, aku nak minta tolong, dengan segala hormatnya, sila mencemar duli berambus dari sini. Tolonglah... I beg your mercy.” Afiq dengan sarkastik sinis ‘menghalau’ Nazliyana. Tapak tangan kanan dan kirinya bersatu, tanda memohon pada Nazliyana untuk segera meninggalkan rumah ini.

“Apa salah Naz?”

“Stop, berhenti! Kau tahu apa salah kau! So, blah sekarang!” Afiq tarik lengan Nazliyana, kasar. Nazliyana diheret ke pagar rumah.

“Arash... Sakitlah...” Nazliyana cuba mengikut rima langkah Afiq yang pantas. Afiq hanya memekakkan telinga dari terus mendengar rintihan Naz.

Nazliyana kerut dahi. Rasa sakit mula menyelubung diri. Sakit di perut, atau lebih tepat di dalam rahimnya makin ketara apabila tiba di luar pagar rumah, di sebelah teksi yang dari awal tadi lagi setia menunggu.

“Rash... Sakitnya...” Nazliyana menekan perutnya.

“Tak payah nak berlakon dengan aku lagi!” Afiq mengetuk cermin tingkap depan bahagian penumpang, “Kejap erk...” Dia menutur pada pemandu teksi itu.

“Masuk, dan tolong... Tolong jangan balik sini.” Afiq mengisyaratkan pada teksi, menyuruh Nazliyana agar masuk ke dalam.

“Rash... Naz sayang Arash. Naz nak hidup dengan Arash, dengan anak kita...” Nazliyana menutur, atau lebih tepat, merayu pada Afiq.

“Okey, tapi dalam mimpi kau je. Masuk...” Afiq membuka pintu belakang penumpang untuk Nazliyana.

Nazliyana memandang Afiq sayu. Sakit sangat. Sakit dalam perut aku tak sesakit yang aku rasa sekarang. How could him? Sanggupnya dia?

Nazliyana mula melangkah mendekati muka pintu teksi yang telah pun terbuka luas menantinya masuk ke dalam. Nazliyana memasukkan kaki kanan ke dalam kereta, namun mengeluarkan kakinya kembali dua saat kemudian.

Afiq melepas keluhan malas campur geram. Sampai bila nak siksa abang?! Tolong! Pergilah... Pergi... Makin lama Naz depan mata abang, abang akan makin benci dengan diri abang sendiri.

Tak disangka Afiq, Nazliyana tiba-tiba datang memeluknya. Hal itu berlaku dalam sekelip mata. Afiq terkebil-kebil dengan hal yang sedang berlaku.

“Naz sayang Arash! Jaga anak kita...” Dia ketawa kecil di akhir katanya, kemudian menyambung semula, “Tak payah pesan, kan? Sebab Arash akan jadi a very good papa. Papa yang terbaik untuk anak kita, kan? I know that for sure.” Nazliyana melepaskan pelukannya. Namun tangannya yang merangkul pinggang Afiq tetap tak dilepaskan. Nazliyana mendongak mukanya, dan memandang terus ke wajah Afiq lalu menyambung katanya lagi, “Arash... I love you so much!” Tubuh Afiq kemudian dipeluk erat. Untuk kali terakhir. Aku mungkin tak kan pernah peluk tubuh hangat ni lagi, mungkin?

Afiq terkedu, terkesima, dan terkaku. Aku tak boleh lawan perasaan aku kalau macam ni! Afiq akhirnya membalas pelukan Nazliyana. Jatuh air mata Naz tika itu. Naz tahu Arash sayang Naz. Cuma Naz tak tahu apa alasan Arash buat Naz macam ni.

Afiq mengeratkan lagi pelukannya. Enam tahun... Enam tahun abang tunggu Naz cakap ‘I Love You’ macam tu. Dengan penuh perasaan. Baru hari ni abang dapat dengar. Tapi, kenapa baru hari ni? Kenapa lepas sayang naikkan darah ayah, sampai ayah kena serangan jantung? Sehingga meragut nyawa ayah. Kenapa?!

Afiq menarik Nazliyana dari terus memeluknya. Kedua-dua tangannya mencengkam kuat bahu Nazliyana, kiri dan kanan. Pandangan dijatuhkan ke bawah. Perasaan mula berbaur. Afiq memejam matanya, mengumpul segala kudrat yang ada. “Naz... Go, now.. Please...” Tangannya melepas bahu Nazliyana dari terus dipegang.

Pandangan dibawa ke atas semula, dan matanya disapa dengan figura isterinya yang bertudung dan kelihatan lebih pucat dari biasa. “Jangan sampai aku dapat tahu kau spy kitorang! Kalau tak, nahas kau!” Afiq merentap tubuh Nazliyana, dan tubuh lemah itu dihumban masuk ke dalam teksi. Afiq memberi isyarat pada pemandu teksi itu, “Boleh jalan sekarang.”

Air mata yang ditahan jatuh jua disaat matanya menghantar pemergian wanita yang terlalu dicintai oleh hati. Tenang Afiq... InsyaALLAH, thing will be just all right. Semua benda lama-kelamaan akan jadi okey balik, kan? Just be strong Afiq! Tangan kirinya mengelap air mata yang jatuh. Afiq boleh hidup tanpa Naz!

Nazliyana hanya mampu menangis, menangis dan terus menangis. Pertanyaan oleh pemandu teksi yang menyoal ke mana harus dia menghantar Nazliyana langsung tidak dijawab. Naz nak balik! Naz nak Arash! Naz nak anak Naz! Naz, Naz nak bahagia!

“Pak cik, tolong hantar saya dekat JB, boleh?” Nazliyana memberitahu alamat destinasinya. Tangisan cuba dikawal. Aku kena pasrah. Andai itu takdirnya, walau pahit, harus ku telan jua. Ya ALLAH, bimbinglah langkah kakiku. Kuatkanlah kekuatan hatiku untuk hadapi semua dugaan-Mu ya ALLAH, ameen...

***********************

End @ 2312, 05022013 SELASA

Thursday, 14 February 2013

10 Cincin SYURGA

Posted by Nina Zizan at 2/14/2013 12:14:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)



Apabila Allah ingin memasukkan manusia ke dalam syurga, Allah memerintahkan malaikat membawa HADIAH..iaitu kain daripada syurga dan apabila penghuni syurga hendak melangkah masuk ke dalam syurga...

Malaikat berkata :
"Sesungguhnya..aku membawa hadiah daripada Allah, aku membawa KAIN yang wangi dan 10 CINCIN dari Allah.."

Apabila penghuni syurga mendapat kain yang wangi itu, mereka memakai kain itu..mereka memerhatikan 10 bentuk cincin yang diberikan Allah itu..

Setiap cincin ada TULISANNYA :
✿~ cincin 1 ditulis : BERBAHAGIALAH kamu, masuklah kamu ke dalam syurga
                             sedangkan kamu KEKAL di dalamnya..
✿~ cincin 2 ditulis : Kami HILANGKAN KESEDIHAN dan kebingungan kamu..
✿~ cincin 3 ditulis : Inilah SYURGA yang diwariskan pada kamu atas amalan ketika hidup dahulu..
✿~ cincin 4 ditulis : Kami kahwinkan kamu dengan BIDADARI yang cantik jelita..
✿~ cincin 5 ditulis : Syurga ini penuh dengan PELBAGAI KENIMATAN yang akan kamu dapat tanpa bersusah payah..
✿~ cincin 6 ditulis : Di dalam syurga kamu akan mendapat SEMUA PAHALA dan kenikmatan berkat amal kebajikan..
✿~ cincin 7 ditulis : Kamu TIDAK AKAN TUA selama-lamanya..
✿~ cincin 8 ditulis : Kamu akan menjadi orang yang AMAN dan TIDAK AKAN TAKUT selama-lamanya..
✿~ cincin 9 ditulis : Kamu akan bersama dengan NABI, PARA SAHABAT, para tabi'in, para syuhada', siddiqin, solihin..
✿~ cincin 10 ditulis: Kamu akan berada di sisi TUHAN yang memiliki ARASY yang Maha Mulia..

by : (iluvislam.com)



copy paste from this blog; Srikandi Sang Pencipta


Wednesday, 13 February 2013

New Template....

Posted by Nina Zizan at 2/13/2013 03:18:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Setelah sekian lama menggunakan template Dream House, baru hari ni tukar template baru...
Currently template, Natural Green....

Dah lupa kot macam mana nak tukar template tadi...
So, terpaksa lah meng-google semula cara2 nak tukar template blog...



Im just wondering, bila masanya aku bisa mencipta blog template sendiri?
Huu~ *Semua kareer aku nak rembat, nampak tak ke-ta-mak-kan di situ?*

Orang lain nak jadi blogger, saya pon nak... *tapi xberjaya pon*
Orang lain nak jadi Youtubers, saya pon nak... *dan keputusannya, hanya ada 3@4 kot vid dekat my channel*
Orang lain nak jadi Penggiter, saya pon nak... *tapi sampai hari ni tak pernah luang masa belajar lead@bass*
Orang lain nak jadi Nina, okey fine, aku memang dah 'Nina'... Hahaaa... *ok, tak lawak, tapi nak senyum jugak* =D

Done here lah kot...
Gonna publish lagi satu entry Be Mine, Sudi Tak?, and, done for today, tomorrow and whenever...
=)

Mininovel Encik Mimpi Hikayat 1*masih belum ada tajuk*

Posted by Nina Zizan at 2/13/2013 02:55:00 pm
Reactions: 
4 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)



BAB 1 aka PROLOG


             Nama guwa Fakhri... Guwa memang budak popular^dalam dunia guwa sendiri^ dan memang macho paras melampau. Mungkin sebab ke-macho-an guwa tuu lah yang membuatkan guwa ni popular*perasan lagi*.

            Walaupun nama dalam IC guwa Fakhri, tapi guwa terkenal dengan lagi satu nama ‘misteri’, iaitu, ‘Encik Mimpi’. Encik Mimpi ni nama pena*tetiba* guwa dalam dunia Youtube. Bukan guwa tak nak guna identiti guwa yang betul, tapi... Biarlah rahsia... ^Saje je guna tagline Siti Nurhaliza. Dia kan peminat setia guwa.^

Guwa adalah seorang lelaki biasa yang minat bermain muzika dan suka menyampaikan perasaan atau pendapat melalui seni muzik guwa sendiri. Guwa suka menulis lagu dan melalak berseorangan ditemani gitar akustik buruk guwa.Walaupun takde la hebat mana pon bergitar, tapi macho lah jugak. ^Dan hemmmsem.^

Boleh cakap semua manusia, tak kira laa lelaki ke, perempuan ke, yang untuk pertama kalinya mendengar suara Encik Mimpi^guwa laa tuu^, komfem2 akan TERjatuh hati dekat guwa. Korang nak caye ke tak, terpulang.Tapi, guwa rasa guwa memang dilahirkan untuk menjadi seorang seniman, mungkin? Impian guwa adalah untuk memelodikan lagu yang mampu melukis senyuman.

Hurmm, guwa rasa cukup laa setakat tuu dulu guwa intro diri...
Salam kasih berencah sayang, dari, GUWA...

****************************

Dengan segala kemachoan yang ada dalam diri, dia melangkah keluar dari rumah sewa bersama rakan serumah merangkap sekelasnya, Mister AG. *Tetiba ada admin EM, even ada rumours yang mengatakan admin ialah ‘Cik’ AG... Saya pun rasa 'Cik' jugak, tapi... Not in this story laa kot. Sorry jika AG marah, ini sekadar suka-suka...*

“Fakhri, macam mana kau boleh terfikir nak reveal diri kau yang sebenar?” AG menyoal dengan kerut di dahi. Bukan apa, tapi, tadi malam kan, tetiba si Fakhri tuu update dekat fan page Facebook dia, siap tanya peminat lagi apa pendapat diorang kalau ‘Encik Mimpi’ tunjukkan muka sebenar.

Fakhri hanya menjungkit kedua-dua bahunya satu saat dengan muka tanpa perisa, “Entah... Random, mungkin?

****************************




*Yooo! Ok, maafkan saya andai tak sopan... -_-' Orait... Entry kali ni cuma ala-ala teaser... Entah...
Mungkin entry ni jugak adalah bertujuan untuk dilaporkan bagi meminta pendapat EM sendiri... Adakah terlalu-over-terlalu???*

Yup, sebelum terlupa... Fakhri itu BUKAN nama sebenar... Rasa macam nak letak 'Harry' @ 'Hery', tapi dah macam Harry Potter laa pulak...
EM! Ada nak request nama tak? Maybe xnak nama Fakhri tuu...?
***Yang paling penting, jangan bayangkan Fakhri Shaarani please... Please, please, dan please!***
Kay... Till then...
Salam... =)

Akhirnya.... =)

Posted by Nina Zizan at 2/13/2013 12:39:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

AKHIRNYA!!!
Akhirnya, hari ni berjaya jugak saya meng-online di hadapan Compaq ini!!!

=)

*bukan best sangat, tapi feel nak menaip tuu jaa yang dah meningkat...*

Okey...
Nak update pasal life!

Life?
Sejak bercuti semester x semester sangat ni, agaklaa macam KOSONG.

Seriusly, memang nak kerja...
Nak duit...
Nak beli laptop baru...
Nak beli iPhone...
Nak beli giter akustik...
*xdak azam nak beli benda lain selain yang tiga tuu*

Hurmmm....

Lagi?
Sejak seminggu cuti raya cina nii, memang tak sentuh langsung be mine...
Still dalam mood bercuti...
=)

Pray for me guys...
Nak jugak cover novel saya terpampang dekat banner pesta buku...
*semalam pi pesta buku dekat station bas PB... kakak belanja satu novel...
Memandangkan xbanyak novel yang ada, akhirnya, pilih jugak novel
'Srikandi VS Arjuna'...
Reason novel tuu menjadi pilihan, sebab, nama-pena-blog Saadah*my friend* ialah Serikandi Szaza....
=D

Hahaa...
Till then...
Salam!
*Mintak2 laa Nur Farhani Husna Binti Azizan berjaya menghabiskan manuskrip Be Mine, Sudi Tak? dia.... Ameen...*

~~~TQ doakan saya... ;) Ameen.....
Assalamualaikum....

Monday, 11 February 2013

Be Mine, Sudi Tak? 5(ii)

Posted by Nina Zizan at 2/11/2013 01:52:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)




“Jom...”

Pantas Nazliyana mengikut Afiq dari belakang dengan senyum lebar.

*****

“Macam mana?” Afiq ambil tempat duduk atas sofa bersebelahan meja kerjanya suatu ketika dahulu. Sekarang dah tak buat kerja dekat sini. Meja ni hanya sebagai tempat aku simpan fail. Aku buat kerja dekat meja jepun atas lantai tu.

Mug yang berada di tangan dibawa ke mulut, air milo suam disedut perlahan. Matanya masih memerhati Nazliyana sambil menunggu jawapan dari isterinya itu.

Nazliyana hanya menggeleng. Muka monyok semacam jaa.

Aaarrr... Tak dapat. Tak dapat... Macam nak menangis, boleh tak? Nak...! Tapi...

“Alah... Sudah-sudah la tu. Tak dapat IPTA, masuk jelah IPTS.” Afiq memberi cadangan.

Nazliyana muncung bibir. “Naa... Orang nak masuk IPTA jugak...” Kalau IPTS, semua orang pun boleh masuk. Yang aku nak, IPTA. Kalau IPTA, barulah best!

Nazliyana menatap kembali skrin Compaq di atas meja itu.

‘Harap maaf. Permintaan anda tidak berjaya.’

“Arghhhh.....!!!”

Afiq yang tengah hirup air milo terus tersedak.

*****

“Hello, assalamualaikum Suhaila... Saya tak masuk office tiga hari, balik kampung isteri saya. Apa-apa meeting ke appointment ke, tolong tangguhkan dulu. Saya nak uruskan sijil berhenti sekolah dia.” Afiq bercakap pada setiausaha-nya melalui telefon bimbit.

*****

“Mak... Naz nak belajar dekat sini, boleh?” Dia menyoal. Boleh, boleh, boleh... Kan best kalau aku ada kuasa memukau. Mesti mak cakap...

“Tak boleh Naz. Naz dah kahwin. Tempat seorang isteri...”

“Dekat sisi suaminya...” Lemah Naz menyambung ayat itu. Dah agak dah. Tu ayat piawai drama tu.

“Tau pun...” Emaknya tersenyum.

*****

“Ohh-hoooo...” Serentak itu kedengaran suara-suara ketawa. Akmal tidak ambil pusing dengan perkara yang sedang berlaku. Rasanya dah lima tahun kot benda macam ni jadi. Dah lali. Alah bisa tegar biasa!

Gadis cantik berbaju merah jambu dan ber-skirt hitam muncul di sebelah Akmal. Mukanya muram. “Hai sayang... I miss you soooo much! Lama kan kita cuti semester?” Gadis itu menyoal dengan nada sedih.

Akmal buat tak layan. Ni trick. Kalau lima tahun berturut-turut dia nak guna trick yang sama, sungguhlah dia ni bukan budak seni. Dah lapok la!

“Ish!” Gadis itu menghentak-hentak kakinya tanda protes. “Nerdy! You nak cari pasal dengan I erk? Asal you tak buat muka terkejut beruk you tu?! Arrrr.....” Manda masih menghentak kakinya ke rumput hijau itu.

Akmal hanya memandang. Parah sungguh budak ni. Akmal menutup buku yang sedang dibacanya. Dia bangun dari duduk dan berlalu meninggalkan gadis tersebut.

“Dana! See! Dia tak pandang aku pun!” Manda protes.
“Chill Manda. Dia saja berlakon tu. Nak cover macho.”
“Tu bukan cover macho Dana sayang. Itu sedar diri!”

Mereka bertiga terdiam seketika. “Ha-ha-ha-ha-haaa...” Tawa menguasai mereka bertiga demi mendengarkan ayat terakhir dari Miera. Mata-mata di sekeliling yang memerhati mereka pelik langsung tidak dihiraukan.

Manda, Dana dan Miera. Geng hottt di kolej itu larut dalam tawa masing-masing.


Tuesday, 5 February 2013

MalaS

Posted by Nina Zizan at 2/05/2013 11:50:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara

Assalamualaikum...Hey! Goodday!=)

Actually, aku sangat malas, xde m0od dan malas semula untuk update bl0g 2 3 hari ny even bannnyak gìler benda yg nak ditulis kt sini...

0k, satu je benda nak share...
Be Mine, Sudi Tak? part 2, alhamdulillah, dah siap tadi...
Cuma, macam biasa nak kena d0uble dan triple check dulu laa sebelum bgerak ke BMST part 3 pulak...
Hujung part2 ny, NAz dan ARash akhirnya berpisah*kalau xdak k0nflik, xc0mplete laa pulak pl0t sesebuah pnceritaan tuu even aku ny manusia yg suka cerita sweet tanpa masalah, mcm n0vel Kafe Damia, hasil nukilan Moon Leeya Zafrina...*

S0, takat tuu dulu jalah erk...
Night, salam...
*astaghfirullah-hal-a'zhim.... Alhamdulillah....*
-trima kasih krana turut ber-istighfar bsama saya! Syukran!

Salam... :-)

Friday, 1 February 2013

Kenapa Telinga Sering Berdesing?

Posted by Nina Zizan at 2/01/2013 04:18:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara

Assalamualaikum...Hey! Goodday!=)

tadi dah g0ogle...
And jumpak bberapa bl0g.. Dan dlm bnyk2, nina rasa entry ny yg terbaik...

http://niswatussolikah.blogspot.com/2012/03/kenapa-telinga-berdesing.html?m=1

Dalam kitab al 'Azizi 'ala Jami'ish Shaghir
dikatakan, "Jika telinga salah seorang kalian
berdengung, hendaknya ia mengingat aku
(Rasulullah SAW) dan membaca shalawat
kepadaku serta mengucapkan Dzakarallahu man
dzakarani bikhayr (Allah menyebut yang
menyebutku dengan kebaikan). "
 

StreetsOf93Story Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez