Sunday, 31 March 2013

Pra-Diploma Sains*UiTM*, STPM?

Posted by Nina Zizan at 3/31/2013 12:01:00 am
Reactions: 
15 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Okkey...
Entry kali ni akan cakap pasal tajuk di atas...

Musim keputusan SPM dah tiba untuk yang kesekian kalinya...
So... Ramai student akan mula search tentang program2 yang ditawarkan bagi para lepasan SPM...

First option lepas SPM, mestilah Diploma atau Matrik...
Matriks untuk para pelajar yang keputusan periksa diorang memang antara yang tergempak laa kan...
Diploma pulak, tuu memang laluan normal untuk para lepasan SPM...

Tapi, tak kurang, ramai jugak student yang keputusannya hanya cukup2 makan jee, *aku laa salah sorang daripadanya kan*....
STPM selalunya menjadi salah satu pilihan bagi pelajar yang keputusan periksanya cukup2 macam saya nii...
Tapi, selain dari STPM, actually UiTM ada tawarkan program Pra-Diploma...
Pra-Diploma ni, senang faham dia macam Pra-Sekolah sebelum masuk darjah satu rr..
Kita Pra-Diploma sebelum masok Diploma... *haha! aku gelak sendiri dgn perumpamaan x cukup akal yang aku bagi*

Okkey...
Untuk student yang result biasa-biasa TAPI masih punya azam, keinginan untuk belajar, boleh laa pilih antara STPM dengan Pra-Diploma nii...

Ada yang tanya, STPM atau Pra-Diploma yang susah...

Well, kalau tanya yang mana susah, memang laa dua-dua susah...

Tapi, bagi Nina sebagai salah sorang pelajar Pra-Diploma, Nina akan cakap yang STPM adalah lebih susah...

Sebab...
Sebabnya Nina tak ambek STPM...

Tapi, berdasarkan apa yang Nina dah pernah lalui, *Nina sempat masuk Lower Six untuk 2@3 bulan*, subjek2 STPM memang 'agak boleh membunuh rr'...

STPM akan ada 4 subjek wajib yang kita kena ambil TAK termasuk MUET...
Ni subjek yang common rr...
-Bahasa Melayu
-Sejarah
-Pengajian Perniagaan
-Pengajian AM*wajib untuk pelajar STPM kemanusiaan*

Kalau nak tau senarai subjek untuk stpm, boleh lawat this page, http://prauniversiti5.blogspot.com/2010/12/sukatan-pelajaran-stpm.html. Tapi, subjek2 yang disediakan tergantung pada pihak sekolah jugak rr... Tanya sekolah sendiri, untuk STPM sekolah ada subjek apa...

Actually, dalam empat subjek STPM Kemanusiaan, Pengajian AM tuu lah masalah besarnya...
Pengajian AM ni kira macam LESEN untuk kita apply Degree after STPM..
Kalau Pengajian AM kantoi*kena dapat gred untuk PA paling kurang C+*, even tiga lagi subjek kita A+++, memang tetap TAK BOLEH apply Degree... Ramai student STPM kantoi dekat part Pengajian Am nii rr...


Then, kalau cakap Pra-Diploma tuu susah sebab semua subjek dalam Bahasa Inggeris, err, itu agak laa.................... *tak tau nak cakap apa*

Sebab, masa STPM tetap kena belajar Bahasa Inggeris, *MUET* sebagai persiapan untuk Degree nanti...

Walaupun 'semua subjek dalam BI', tapi, lecturer tak kan guna sepenuhnya BI, sebab diorang sendiri faham student melayu memang agak laa kurang BI... Dan berdasarkan pengalaman saya*SAYA*, lecturer2 saya banyak terjemah balik BI2 sekalian dalam BM supaya student faham... Dan kita boleh jaa jawab exam guna BM, sama macam masa SPM dulu...
KECUALI, dalam kelas BEL*kelas bahasa Inggeris*, lecturer x terjemah semula dalam BM >_<

Tapi, menyesal sebab tak teruskan STPM dulu still ada, sebab sekarang kawan2 saya dah boleh apply for Degree, tapi sekarang saya baru nak masok Diploma =(

STPM, SAVE MASA....
Pra-Diploma, save tempat dalam U...
Semua pilihan, terpulang pada anda sendiri~

Assalamualaikum....
Night!

STPM kaa, PD kaa, buku tetap kena jadi kawan >_<

*Sedikit info tentang MDAB, Pra Diploma Sains
*Pengenalan Untuk Subjek-subjek Pra-Diploma Sains UiTM PD007
*Program Pra-Diploma Sains UiTM*PD007* (MDAB) Kampus Pulau Pinang
* Surat Tawaran Diploma UiTM~
Ini entry pasal kelebihan  STPM~

*BTW, kepada anda2 yang buat friend request dekat fb nina pasal nak tanya pra-dip nii, mohon hantar chat@msj@inbox nina dulu taw... sebab nina malas nak approve friend request yang nina xkenal... hahaa, sorry... thank u... ^_^

Thursday, 21 March 2013

Editing Process

Posted by Nina Zizan at 3/21/2013 04:10:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Allright...
Hello...
Im here, once again...
wanna change my blog's template...
It seems like a bit weigh...
 

Tuesday, 19 March 2013

Freak's Story Scene 15(iii)

Posted by Nina Zizan at 3/19/2013 04:11:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)


SCENE 15 PART(iii)


"Yang mereka nampak adalah wujud diri mereka sendiri. Means, mereka nampak diri mereka sendiri! Burung-burung pun saling bertanya, Aik! Macam mana aku boleh ada dekat sini dah? Mereka seolah-olah ada dekat depan cermin yang memantulkan imej diri mereka balik. Ada satu suara lembut yang menjawab soalan tadi yang bercakap, Mahligai Simurgh ibarat cermin, siapapun yang sampai dekat mahligai ni, takkan melihat wujud selain wujud diri sendiri. Perjumpaan ini di luar angan dan fikirmu, dan juga tak dapat dilukiskan dengan kata-kata, namun hanya dapat dirasakan dengan rasa. Oleh itu, engkau harus keluar dari dalam dirimu sehingga engkau menjadi seorang insan yang baik. Dan akhirnya… dia orang faham akan hakikat diri... Itu lah kisah musyawwarah burung.” Freak mengakhiri ceritanya dengan senyum.

“Penat aku cerita.” Dia mengeluh dan geleng kepala.

“Freak, sambung cerita pasal lagu tu, boleh?” Kucai buat permintaan.

Mata Freak membulat dengar soalan Kucai. Mummy! Penat!

“Tak… Aku teringin nak tahu maksud lagu M.Nasir yang memang susah nak bagi aku faham. Boleh erk?” Kucai meminta, seolah-oleh sedang memujuk kekasih hati.

Freak telan liur. Mata! Mata bersinar macam Shin Chan tengah mengorat. Ala-ala memukau lah pulak Kucai ni! Hurmm... Dah orang mintak tolong ni, kena tolong jugak lah, erk? Freak mengangguk.

Butang play di walkman ditekan. Lagu Tanya Sama Itu Hudhud bersambung lagi.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Pause!

“Sang Agjolo ni ialah gelaran untuk orang yang laksanakan hukuman mati. Contoh, macam orang yang bukakan lantai waktu jalankan hukumam gantung dekat seseorang, kita panggil dia Algojo rr. Dalam lagu ni M.Nasir ambil algojo untuk dizahirkan sebagai malaikat yang ambil nyawa, Malaikat Izrail a.s.” Freak berhenti seketika.

Macam mana nak cakap erk? “M.Nasir membayangkan lirik ni macam… Bila malaikat maut datang nak ambil nyawa kau, boleh tak kau cakap dekat dia, nanti dulu. Aku nak taubat dulu. Lebih kurang macam tu lah lirik ni.” Kucai dan mereka yang lain yang masih setia mendengar, mengangguk.
Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Pause.

“Okey. Lihat dunia dari mata burung atau dari dalam tempurung, yang mana satu engkau pilih. Lirik ni common, kalau kita tengok dunia dari mata burung, satu dunia kita boleh tengok. Just imagine ja lirik ni, memang boleh faham rr. Then lirik, dalam kalut ada peraturan. Maksudnya, lirik ni kembali ke zaman pemerintahan Rasulullah SAW dekat Madinah. Piagam Madinah; piagam bertulis pertama yang dicipta di dunia. Kita bukak kitab Sejarah pulak ye.” Freak cuba bercanda. Dia tersengih. Begitu juga dengan yang lagi enam.

“Piagam Madinah dicipta supaya kekalutan antara orang Islam dan orang bukan Islam dapat dielakkan. Sistem perundangan yang cukup complete yang dibuat oleh Nabi Muhamad SAW digubah dari macam-macam aspek yang membuatkan ramai orang tak puas hati. Dari situlah wujudnya lirik peraturan mencipta kekalutan yang nak jelaskan tentang hidup kita sekarang. Dimana pulak kau berdiri? Disini! Dunia yang penuh kekalutan.” Freak berhenti seketika. Dia melihat rakan-rakannya yang terangguk-angguk sedang mencerna apa yang diceritakan olehnya tadi. Good listener betullah diorang ni! Tiga puluh saat kemudian, dia menyambung semula.

Play.


Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

Pause.

“Okey. Kat sini dia sambung dari kisah Malaikat Izrail tadi. Kan aku cakap tadi, boleh tak kita nak minta dekat malaikat supaya jangan ambil nyawa kita lagi supaya kita boleh bertaubat. Then lirik tu sambung dengan rangkap yang ni. Bagi kesempatan akhir ini untuk menyatakan kalimah sebenar, ‘La ilaha illallah, Muhammadar rasulullah.’ ” Freak tersenyum.

Yang lain mengangguk dengan senyuman. “Means, boleh tak kau nak minta dekat malaikat jangan ambil nyawa kau lagi, cause kau nak mengucap, kau nak bertaubat waktu tu? Memang tak boleh lah. Sebab Allah dah cakap yang maut takkan lambat atau tercepat even satu saat.”

Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari…

Stop.

Freak gelak. “Apasal kau gelak?” Harry Potter menyampuk. Freak menggeleng, namun masih dalam tawanya.

“Harap maaf. Lirik ni aku tak dapat nak sahih kan betul ke tak. Sebab dalam cerita P.Ramlee, cerita Sarjan Hassan tak silap, Apek ada cakap ‘Lang bosilang, Kui bosikui’. Tapi tu aku agak sebab dialek cina dia kot.” Freak sambung ketawa. Siap pegang perut lagi!

“Kau apasal? Kena sampuk?” Kucai pula mencelah dengan kerut di muka. Takkan lah lepas cerita pasal Manthiq ni terus kena sawan kot?

Freak memandang Kucai. “Maksud lirik tu ialah, manusia pun bukan manusia, hantu pun bukan hantu. Maksudnya Kucai lah tu.” Freak kenakan Kucai.

“Aku luku kau!” Kucai pantas membalas. Semua ketawa.

Kucai sendiri akhirnya turut ketawa. Kureng betul minah ni. Bab bahan orang, kasi je dekat dia. Gerenti berjaya flying colour!

Done. Tu lah kisah -Tanya Sama Itu Hud-hud.” Freak tersenyum puas dalam kepenatan.

Sunday, 17 March 2013

Freak's Story Scene 15(i) & 15(ii)

Posted by Nina Zizan at 3/17/2013 10:00:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)


SCENE 15 PART(i)

“Hoi… Double-Trouble-Triple dating ke?” Terdengar suara sumbang menjerit menegur mereka dari jauh. Mereka mencari punca suara itu. “Wallah! Budak tu kot?!” Goku spontan bersuara.

            “Huhh! Harry Potter.” Freak bersuara. Dia menarik muka meluat. “Harry Potter?” Voldemort angkat kening, pelik. Sejak bila dalam kem ni ada musuh aku, Harry Potter? Kenapa pulak aku tak pernah tahu tentang kewujudannya? Ni pelik ni.

“Aku kenal budak tu for the very first time masa aku pergi library. Aku dengar yang dia nak guna Veritaserum dekat seorang lagi budak ni. Dia cakap budak tu curi jersey limited edition dia. Ada ke patut? Sejak tu aku panggil budak tiang tu Harry Potter.” Freak menjelaskan. Siap nak guna potion yang bila someone minum akan speak out all the truth tu lagi. Gaya ye ye iye je dalam dunia ni ada si Veritaserum tu.

“Budak tiang?” Bie menyoal. Dia ketawa. Sungguh la si Freak ni pelik. Lain dari yang lain. Maknanya, ayat yang si Freak ni cakap memang betullah, erk? Ayat apa? Ayat ni, “Aku ni perempuan. Sama la macam engkau, macam perempuan-perempuan yang lain. Cuma... Aku ni bukan that typical girl?” Maknanya, dia ni bukan macam perempuan-perempuan lain yang kita orang kenal rr.

“Kau apasal? Betul apa? Dia tu kan tinggi tak ingat langit.” Freak defend. Bie mengangguk mengalah. Kira okeylah tu. Hurmm... Kenapa aku cakap Freak ni not that typical girl? See? Kalau si Hairi yang hensem siot tu pun, dia boleh panggil dengan nama ‘budak tiang’, maknanya memang lah tak sama dengan perempuan-perempuan lain.

Para perempuan, para gadis la terutamanya gerenti takkan panggil Hairi yang super hensem tu dengan gelaran pelik-pelik. Hairi? Dia tinggi. Lebih kurang macam tinggi Addy. Tinggi melayut la maknanya tu. Dada bidang. Senang cakap, Hairi ni ada badan ala-ala model lelaki dekat majalah fashion tu lah.

            “Tambah pulak masa dia cakap aku ni makwe dia, lagilah aku anti budak tu.” Freak dah tarik muka bosan. Bila dah masuk bab mengimbau kenangan ni, memang aku geram! Sesangat! Huaaa... Aku rasa macam nak cepuk budak tu cukup-cukup macam aku cepuk Khairul. Siapa Khairul? Nanti-nanti korang tau lah. Jangan tanya aku sekarang, aku tengah marah ni!

 “Dia mengaku kau ni makwe dia?” Bie menyoal terkejut. Matanya membulat. Serius, macam tak percaya! Ingat senang ke si Hairi tu nak mengaku someone sebagai makwe dia? No! Susah okey?! Cemana aku tau? Hurghh!

“Kau ingat tak Freak fire seorang budak dekat dewan makan? Freak fire si Hairi tu lah.” Voldemort pantas menjawab. Freak dah jeling Voldemort nak kasi tembus. Voldemort cebik bibir, takut. Alemak! Terlepas pulak! Voldemort tepuk dahi. “Sorry Freak. Aku terlupa...” Voldemort memandang Freak bersilih ganti dengan Bie dan Princess. Voldemort kerut dahi. Itulah, siapa suruh korang dua jadi hantu tandas… Kan dah terlepas antara scene yang menarik dalam kem ni! Tetiba pulak, aku yang rasa macam nak kena jalani hukuman mandatori mati gantung tak bertali dengan Freak sebab TER-baik hati cerita dekat korang pasal hal ni! Huaa... Tolong! Aku tak bersalah!

“Kau kenal ke budak tu?” Freak menyoal Goku yang tengah tarik muka, marah plus meluat, kot? Goku tarik muka bukan dekat geng diorang kay...

“Dia budak terakhir dari sekolah kami yang terpilih masuk program ni. Memang Lucky Draw rr dia tak geng dengan kita. Hidung tinggi. Sombong tak kenal tempat. Dah rr player. Boleh kata semua yang sebaya and junior kami pernah couple dengan dia. Tak silap aku Bie dengan Princess pun pernah sangkut dengan dia.” Goku cerita panjang. Muka meluat masih tak hilang dari wajah.

Freak terkejut gila. Bie dengan Princess pernah sangkut dengan budak rambut landak ni? Tengok muka dia pun dah kenal. Memang dasar muka player. Sudah terang lagi bersuluh…! Freak memandang Bie dan Princess untuk mendapatkan kepastian. Anggukan dari mereka berdua dah cukup untuk menzahirkan ‘yes’.

“Dia antara couple aku yang unforgettable. Romantic.” Bie defend budak tiang tu.

Freak buat tak tahu ja. Romantik tak romantik, kalau dah cakap dekat aku dia tu player, jangan harap aku nak layan. Berkawan pun belum tentu aku sudi. Aku bukan sombong. Tapi, kita kenalah berhati-hati dalam memilih kawan, kan? So, itulah yang aku lakukan sekarang.

“Hye… Macam pasangan burung yang sedang memadu kasih je kau orang ni.” Harry Potter tetiba menegur tak malu. Dia duduk dekat atas para pondok rehat tersebut. Mean, tepi aku? Freak dah tak sedap hati. Masa bila pulak budak ni dapat lesen duduk sebelah aku? Pergi lah duduk tepi Bie. Kan tempat tu kosong lagi! Nak kena backhand ni!

“Yup. Burung. Tapi bukan ‘dating burung’. But... ‘musyawwarah burung’. Ada paham?” Freak bangun dari para pondok yang didudukinya. Dia mengambil tempat kosong di para gazebo hujung sekali, dekat dengan Princess. Jauh sikit daripada Harry Potter tu. Seram lah oit! Sekali dia bagi aku Veritaserum, habis aku pecah rahsia aku pernah ‘terbaca’ diari Kucai masa dia tertinggal dekat lab Bio. Herghh! Cewwah! Dengan-dengan aku ter-drag dalam kes Veritaserum tu, apekehal?!

“Musyawwarah burung? What the hell is that?” Harry Potter menyoal. Siap tayang muka ala-ala geli.


SCENE 15 PART(ii)


Huh! Nasib baik dia ni Harry Potter. Kalau Edward Cullen dalam movie Twilight? Sah-sah dia dah baca minda aku. Lagi seram!

“Musyawwarah bermaksud perjumpaan atau perbincangan dalam bahasa Melayu.Musyawwarah tu bahasa Arab actually. Musyawwarah burung pulak ialah, ‘Manthiqut Thair’. ‘Mantiqut Thair’ ni merupakan karya sastera penyair sufi terkenal iaitu Faridu Din Attar yang mengisahkan tentang kisah sufistik. Karya yang masih melegenda sampai saat ini mengisahkan tentang perjalanan burung-burung menuju istana Simurgh sebagai metafora bagi para salikin atau pejalan rohaniah dalam berjalan menuju Tuhannya.” Freak bercakap senafas. Yang lain dah kerut dahi ja nampaknya.

Mean?” Serentak soalan itu dikeluarkan oleh enam orang sahabat yang mendengar buah bicara Freak tadi. Wait! Harry Potter tu nak dikira sahabat ke tak erk? Eyh.. Biar ja lah. Tak baik fikir buruk-buruk, kan?

            “Hmm… Pernah dengar lagu M.Nasir? Tajuk lagu dia Tanya Sama Itu Hud-hud. Lepas tu ada lagu M.Nasir jugak tajuk dia Di Balik Cermin Mimpi. Kisah yang sama rr kalau tak silap.” Freak menyoal. Yang lain kerut dahi.

Kucai menjawab cool, “Pernah. Aku cuba nak faham lirik dia. Tapi, entah rr… Lagu M.Nasir yang dia tulis plus dia sendiri nyanyi memang jarang aku layan. Tak faham giler.” Kucai menggeleng kepala. Blurr je dengar lagu-lagu dia nyanyi.

            Freak mengeluarkan walkman dari poket seluarnya. “Kau bawak phone erk Freak?” Bie dah membulat mata. “No lah. Ni mini-compo aku.” Freak tersenyum. Mini-compo dah bentuk ala-ala cute cellphone. Ramai kot yang salah anggap ni phone aku. Freak menarik keluar earphone yang terpasang pada mini-compo nya itu. “Aku bukak lagu tu bagi sesiapa yang tak pernah dengar.” Freak play lagu M.Nasir-Tanya Sama Itu Hud-hud.


Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

            Butang pause ditekan. Dia jerk kening kanannya satu saat, kemudian tersenyum. “Okey. Dalam al-Quran ada dinyatakan, manusia nanti akan terpecah kepada 73 golongan. Hanya satu golongan yang terselamat dan berjaya sampai ke syurga. Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah umatku (dalam hal atau perkara agamanya) sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Musa (a.s) berpandukan Kitab Taurat) dan Nesrani (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Isa (a.s) berpandukan Kitab Injil) dalam agama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (golongan sahaja) masuk Syurga.’ Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu mereka yang mengikut jalanku (yakni, as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yakni, ‘Khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin’) (iaitu, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali)...’ Okey. Yang aku cakap tadi tu hadith riwayat at-Termidzi. Get it? Intipatinya, dia nak bagitahu yang dalam 73 golongan tu, hanya ada satu golongan yang akan berjaya di akhirat kelak.” Freak menerang panjang lebar.

Yang lain mengangguk kepala tanda dah dapat cerna apa yang Freak katakan. Freak menekan butang play, menyambung lagu M.Nasir yang di-pause sebentar tadi.


Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh


            Pause. “Ni lah cerita musyawwarah burung. Dikisahkan, segala burung di dunia, yang dikenal atau tidak dikenal, datang berkumpul. Mereka wondering, siapa raja mereka? Takkan kerajaan burung takde raja kot? Burung Hudhud pun cakap yang... dia orang ada raja sejati yang tinggal jauh... di balik gunung-gunung Qaf. Ribuan daratan dan lautan terbentang sepanjang perjalanan menuju tempatnya. Nama raja diorang, Simurgh. Ada banyak versi gak rr cerita ni. ada versi cakap nama raja diorang Muraq, ada jugak yang panggil Simurgh. Tapi, intipati atau faktanya tetap benda yang sama” Freak berhenti, ambil nafas. Enam wajah kusyuk mendengar cerita dari si storyteller itu.

“Lepas tu, ada cerita yang cakap sehelai bulu Simurgh terjatuh dan menggegarkan dunia. Semua orang teringin nak tengok sendiri wajah Simurgh yang selalu diceritakan tu. Hudhud cerita lagi yang mereka harus bersatu, saling bekerjasama dan tidak boleh saling mendahului sepanjang perjalanan. So, para pendengar ni semua dah excited. Tapi... Hudhud mention yang perjalanan dia orang nanti akan sarat dengan penderitaan, kepedihan dan kesengsaraan. Apa lagi, yang dok excited tadi terus down rr.” Freak berhenti. Dia menggaru pelipisnya seketika, nak mengingati kembali cerita ‘Manthiqut Thair’ itu.

“Ramai yang bagi alasan tak nak join pengembaraan tu. Tapi burung Hudhud handle dia orang ni guna akal. Dia cakap, kenapa kamu semua harus berlindung di balik dalil-dalil nafsumu, sehingga semangat kamu semua yang sudah membara tadi menjadi padam? Padahal kamu semua tahu bahawa perjalanan menuju istana Simurgh adalah perjalanan suci, kenapa harus takut dan bimbang dengan prasangka yang ada pada dirimu?” Freak jerk. Yang lain khusyuk mendengar.

Then, ada yang tanya macam mana kita nak sampai ke tempat Maharaja Simurgh yang jauh dan susah tu? Hudhud jawab, dengan bekal semangat yang tinggi, kemahuan yang kuat, dan tabah menghadapi segala rintangan. Perlu diketahui bahawa Maharaja Simurgh sudah jelas dan dekat, laksana matahari dengan cahayanya." Freak tersenyum. Tangannya dah gaya-gaya penyair ja bila sebut ayat ‘laksana matahari dan cahayanya’ tadi.

"Lepas tu memang semua bersemangat balik rr nak teruskan perlananan. Hudhud dilantik jadi leader. Setelah perjalanan cukup lama menembus lorong-lorong waktu, para pengikut mula gelisah. Ada yang mengumam dalam hati, perjalanan dah lama, dah jauh pun, tapi kenapa tak sampai-sampai? Lepas tu ada yang dah start malas and penat untuk sambung perjalanan. Sebahagian dari kawanan burung ni putuskan untuk tak melanjutkan perjalanan. Dia orang buat keputusan untuk stop setakat tu ja.” Freak berhenti lagi. Dia lepaskan keluhan penat. Okey Freak, sambung!

Yang still berstamina and bersemangat, go on. Tiba-tiba rintangan datang lagi, angin kencang menerpa mereka sehingga membuatkan bulu-bulu indah yang dibanggakan dulu berguguran. Kegagahan burung-burung yang kuat pun mulai pudar. Kedudukan dan pangkat yang tinggi sudah tak difikirkan lagi. Macam-macam penyakit mula menyerang mereka, kian lengkaplah penderitaan yang dirasakan. Badan mereka kurus kering, penyakit datang silih berganti membuat mereka makin tidak berdaya. Semua kelebihan dia orang yang dulu disandang dan dibanggakan, sekarang tanggal tanpa sisa, dia orang pasrah dalam ketidakberdayaan. At last, hanya 30 yang sampai ke tempat yang teramat mulia dimana Simurgh membangun mahligainya.” Freak berhenti ambil nafas.

“Tapi keadaan dia orang memang nampak so poor lah, nampak kedut-kedut kepenatan dekat wajah mereka. Bahkan, bulu dekat badan mereka pun semua gugur! Tak tertinggal hatta seurat pun! Sampai dekat depan gerbang istana, mereka take a rest kejap. Then, datang penjaga istana menghampiri mereka and tanya, apa tujuan kamu semua bersusah-payah datang ke istana Simurgh? Mereka pun cakap yang mereka datang nak jumpa Maharaja Simurgh.” Freak perhati muka kawan-kawan dia. Semua khusyuk dengar macam tengah dengar pengisytiharan ‘esok raya!’ ja gayanya. Tapi muka dia orang yang bagaikan turut merasakan kesakitan para burung tersebut memang salute habis lah!

“Tanpa diduga, mereka terdengar suara sayup-sayup menyapa mereka dari dalam istana bercakap, ‘Salaamun qaulam min rabbir rahiim’, sembari persila mereka masuk ke dalam. Mereka pun masuk bersama-sama. Satu demi satu yang berjumlah ribuan kelambu yang merupakan hijab dibuka.” Freak pamir muka gaya si pencerita. Ala, macam dalam tv rr. Pencerita kan kena tunjuk macam-macam reaksi muka.

“Mata mereka terbeliak memandang keindahan yang amat mempesona, keindahan yang tak pernah dibayangkan sebelum ni, keindahan yang tak boleh dilukiskan dengan kata-kata. Bila semua hijab dah terbuka, guess apa yang mereka nampak?" Freak ala-ala pengacara rancangan kuiz. Dia double-jerk dengan tersengih kambing.

Yang lain dah tarik muka. "Sambunglah cepat!" Princess manampar tangan Freak. Freak ketawa. Yang lain dah macam nak pelangkung si Freak ni.
                           

Saturday, 16 March 2013

Freak's Story Scene 12& Scene 13& Scene 14

Posted by Nina Zizan at 3/16/2013 11:39:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)


SCENE 12

Time to breakfast!” Bie mengambil sudu dan garpu dalam pinggan. Princess juga melakukan perkara yang sama. “Freak, makan lah dulu.” Princess memujuk. “It’s okey. Kau orang makan lah dulu. Aku tunggu dia orang.” Freak menolak. Semalaman tidurnya tidak lena. Asyik terfikirkan salahnya terhadap Kucai semalam. Hal kecik macam tu pun nak sentap? Silk-hearted!

            “Assalamualaikum…” Voldemort menyapa. Macam biasa, dengan senyum terlebih gulanya. Kucai menarik tangan Goku. Nasib baik pinggan mee goreng Goku tak jatuh. “Kau duduk situ.” Kucai menolak Goku ke tempat duduk biasanya. Kucai kini duduk menghadap Bie yang berada di sisi kanan Freak, dan bukan dihadapannya seperti biasa. Marah giler ke budak ni?

            “Kucai…” Freak membuka mukadimah.
            “Not even a word.” Perlahan, tapi tegas! Tangan kanan Kucai dinaikkan, tanda ‘cukup’!

Freak terasa. Dia mencapai sudu di pinggannya. Mee goreng perlahan disuapkan ke mulut. Pedas. Macam sikap Kucai dekat dia! Sakit! Nak balik...

SCENE 13

“Okey. Dari start program ni akak tengok group kamu suka lepak dekat sini. Betul tak?” Kak Farina menyoal. Kesemua mereka mengangguk. “Kenapa pilih tempat ni?” Farina menyoal lagi.

“Sebab tempat ni cool.” Bie terlebih dahulu. Seperti biasa, senyumannya terlebih gula. “Okey. Setiap seorang pilih sebab kenapa pilih tempat ni untuk lepak.” Kak Farina memberi arahan.

Best, tak bising, sejuk mata memandang cause pokok bunga banyak, tak ramai yang lepak dekat sini. Tu semua jawapan dari juniornya.

Dia kini menanti jawapan dari Freak. “Sebab kat sini boleh cipta memori.”

Kak Farina kelihatan pelik dengan jawapan Freak. “Means?” Ada kerutan di dahi Kak Farina.

Freak menarik dah melepaskan nafasnya. Pantang jawapan aku, mesti nak tanya meaning lah segala bagai. “Sebab… Hey! Yang kau orang pandang aku macam alien mata tiga, apasal?” Freak tidak selesa dipandang kosong yang mencerun oleh ahli kumpulannya yang lain.

“Hish… Kalut ja. Cakap cepat!” Goku membantah Freak. Minah ni, kalau bagi jawapan, tak pernahnya kalau tak pelik dari yang lain.

“Sebab gazebo dekat taman bunga kan banyak dekat luar sana. Samalah jugak dengan dewan makan. Memang banyak dekat luar. Cuma structure dengan susunan meja atau kerusi dekat dewan makan tu mesti akan berbeza. Mean…” Freak melepaskan keluhan. Aku ni memang fail lah kalau nak suruh aku bagi alasan spontan ni.

 “Taman bunga, pondok rehat dekat luar sana banyak. And kebanyakan taman bunga memang ada benda yang sama. Pondok rehat, pokok bunga. So, bila dah keluar dari kem ni nanti, waktu jalan-jalan dekat luar sana, memori waktu kami staying dekat kem akan sentiasa segar dalam ingatan. Dekat sini kami mula break the ice between group members, dekat sini kami fire member masing-masing, dekat sini kami kenal kawan-kawan, dan yang lebih penting...” Kata-katanya terhenti seketika.

Enam wajah kelihatan kusyuk, sedang menunggu Freak menghabiskan ayatnya. Freak menarik nafas dalam, dan menghela sebelum menyambung ayatnya yang tergantung sebentar tadi, “Dekat sini Freak kenal lagi sikit tentang diri Freak sendiri. Which is orang tak suka dan Freak kena ubah attitude Freak.” Semuanya diluahkan dengan matanya memandang ke arah wajah teman-temannya dan ayat terakhir tadi, matanya berhenti tepat di wajah Kucai.

“Kucai, I’m sorry.” Matanya yang mula berkaca separuh merayu kepada Kucai. Kucai hanya kaku.

Kak Farina mula merasakan ‘aura’ dari juniornya dua orang tu. Mencegah lagi baik dari mengubati! Dia orang ni mesti dihentikan awal-awal. “Freak. It’s a good answer. Unik. Akak suka.” Kak Farina menamatkan peperangan telepati yang berlaku antara Kucai dan Freak sebentar tadi.

Freak mengeluh. Sensitif paras melampau lah Kucai ni!

“Soalan akak yang seterusnya…” Kak Farina membelek kertas yang sentiasa melekat dekat tangannya itu. “Apa perasaan kamu semua dua minggu dekat sini?” Dia memandang wajah junior-juniornya. “Bie dulu lah. Round macam tadi jugak.”

Bie dah bersedia nak memberi jawapannya. Ehermmm…

“Bie rasa best sangat. Dulu, masa kakak sepupu Bie tengah tunggu result SPM dia keluar, dia dah macam orang takde hala tuju. So, Bie tak nak lah jadi macam dia. Lagi… dekat sini Bie dapat kawan baru. Especially Freak. Dia cool. Freak, please know something…” Bie berhenti dan menarik nafas. Nafasnya dihela, kemudian dia menyambung. “Nanti aku jalan-jalan dekat taman bunga, aku mesti akan teringatkan kau.” Ada senyuman di akhir bicaranya.

Yang lain turut tersenyum. “Aku sokong!” Voldemort menyampuk. Tangan kanannya diangkat. Tiga tangan lagi juga terawang di udara dua saat kemudian. Kucai? Tak tahu, dan tak nak ambik tahu. Dia jaga urusan dia and aku akan mind my own business. Fullstop!

Kak Farina tersenyum melihat juniornya itu. Macam ni baru best. Tapi, kes Kucai ni apa cerita yang sebenarnya hah???

 

SCENE 14

Lady, ada orang nak jumpa dekat Taman Quad. Now. Urgent. Bye.” Ada seorang budak laki dari aspura lima kot datang sampaikan pesanan tu. Kecoh je tengok. Lari pun lintang-pukang. Tapi, siapa erk? Taman Quad? Sekarang? Tapi aku seorang je ni? Urgent? Pulak dah…

            Ada seorang je budak laki dekat pondok tu. Tapi siapa? Dah lah duduk membelakangkan aku! Mean, ‘ada orang nak jumpa’ tu, lelaki. Takkan nak jumpa kot? Dia ni, tak bawak escort langsung-langsung ke? Aku low betullah kalau hal berdua ni. Berdua ni actually serabut ja!

            Budak tu pakai sweater? Di tengah petang cenggini? Boleh lah.. “Yes?” Freak bertanya sepatah. Muka budak tu dipaling menghadap Freak.

Freak kaget. Alemak!!! Macam ada batu gua yang terhempap atas kepala. Kelu lidahnya untuk bertanya, bisu bibirnya tak terkata apa. Parah!

            “Hmm.. Duduklah.”

Freak telan liur. Dia pelawa aku duduk? Okey. Aku duduk. Freak mengambil tempat di bangku simen yang bertentangan dengan budak tu. Matanya hanya memandang lantai simen.

            “Sorry. I’ve been emotional. Too much…” Mukanya merah mengaku kesalahan. Dah cukup kena fire dengan Goku and Voldemort semalam baru nak rasa bersalah. Terasa dah terhantuk baru terngadah. Malu!

            “Woi Kucai! Kau tak patut sembur Freak macam tu. Kalau ye pun kau marah dia, ingatlah! Dia tu perempuan, kau tau tak? Kalau parents dia tahu kau kasi leleh anak dara dia orang, mau kau kena kejar dengan parang aku rasa. Two wrongs, do not make a right. Kan tu salah satu prinsip kau. Sendiri mau ingat rr!”

            “It’s okey. Aku memang tak patut acting macam tu. Buat macam rumah sendiri je.” Freak memandang sekeliling taman.

No. Kucai mintak sorry.” Dia bertegas lagi. “Told you. Aku tak kisah. And thanks for wake me up from my obnoxious act.” Freak tak boleh tengok muka Kucai. Ada ketakutan dalam diri dia untuk memandang muka Prince Charming bak kata-kata girls lain. Tapi dia ni memang hensem. No doubt for that, fact.

            “Hey, say I’ve been forgiven for that silly-lilly stupid attitude.” Kucai meminta. “Yeah, forgiven.” Cepat Freak menjawab. “Then, give me your sweet-cute smile.” Kucai senyum.

Mak ai! Luruh jantung aku! Freak tersenyum ragu-ragu. “Okey. I’ve done here. Leganya…” Kucai melepas nafas lega. “Jom balik asrama.” Kucai dah pun bangun.

            Mereka berjalan beriringan ke asrama. Ada mata yang memandang curiga, tak kurang ada yang cemburu melihat mereka berdua. Sampai di simpang tiga…

            “Okey. Hal kita dah settle. So, sekarang dah boleh happy go lucky macam dulu-dulu. Once again, Kucai minta sorry.” Kucai mengeluarkan kedua-dua tangannya yang disarung ke dalam poket sweater dari mula berjalan tadi. “It’s alright, it’s okay …” Freak menjawab.

Kucai ketawa tiba-tiba. Kerutan di dahi Freak dah cukup untuk menzahirkan ‘kenapa’ yang bersarang dalam kepala otaknya. “Ashley Tisdale- It’s Alright It’s Okay, rightio?” Kucai masih ketawa. Freak pula yang menyambung tawa itu. “Tau ke? Ingat tak tau.” Freak menghabiskan sisa tawanya.

            Dalam kepala, bait-bait lirik Ashley Tisdale- It’s Alright It’s Okay dah menari-nari ditiup angin. Dalam hati, Freak dah tersenyum bak pepatah senyum sampai ke telinga.
*****


“Tengoklah! Aku akan pastikan dia takkan dekat dengan Addy lagi!” Ada hati yang tak puas di Kem Suria melihat adegan sebentar tadi.

Friday, 8 March 2013

Akira Shukri- Kembali Lirik&Chord

Posted by Nina Zizan at 3/08/2013 01:04:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)
 Orait... Dalam banyak2 lagi Akira*aku xreti panggil dia 'Shuk'*, lagu Kembali paling best!
Do enjoy! ^_^


kord verse-Am Dm E Am/Am Dm F E
kord chorus-E Am Dm C F E

 
1st verse
Oh kekasih..ku pohon kau kembali
Tiada apa lagi yang ku pinta darimu
Oh kekasih..maafkanlah diriku
Kernaku telah melukakan hatimu

Kembalilah jangan pula kau lupa
Kisah cinta antara kita berdua
Aku masih menyayangi dirimu
Aku juga masih mencintai dirimu

Chorus
Jikaku teringat kamu akan ku termenung jauh
Engkau yang ku cinta..engkaulah yang ku sayang..
Kembalilah..kekasihku..
Hanya engkau dihatiku diriku akan merana
Jika kau tiada di dalam hidupku..
Kembalilah..kekasihku..

2nd verse
Oh kekasih..ku pohon kau kembali
Tiada apa lagi ku pinta darimu
Oh kekasih..maafkanlah diriku
Aku juga masih mencintai dirimu
Oh kekasih..benarkah sebenarnya
Tiada ruang dihatimu buat diriku
Oh kekasih..maafkanlah diriku
Ku ingin kembali berada disisimu..


Tuesday, 5 March 2013

Line Maxis Yang Berpenyakit =_=

Posted by Nina Zizan at 3/05/2013 11:02:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Actually, its been awhile sejak line maxis yang saya guna demam kinda...
Tak tau rr dekat area rumah saya je yang bermasalah, atau orang lain pon terlibat sama dengan line yang lembab giler nii!!!

Sebenarnya lagi...
Nina nak download video2 Akira Shukri...
*Dan yang paling2 nak download, Gilakan Dia!!!*

Line wifi yang ada hanya mampu nak surf internet, xboleh download video...
=(

Ada banyak lagi video nak download...
Video Number One For Me- Encik Mimpi lagi....

Huarghh!!! Maxis!!!
Kang aku stop guna kau kang?!!!!!
 

StreetsOf93Story Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez