Nuffnang Leaderboard

Thursday, 23 May 2013

Be Mine, Sudi Tak? 11 Part(i)

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)




KISAH 11


“Naz...”

“Kenapa?” Nazliyana menyoal. Ni kawan baru dekat sini. Alyaa, Dila dan Iqa. So far, diorang ni memang okey. Kepala pun, lebih kurang macam satu pemikiran ja. Then, agak gila-gila. So, aku selesa dengan diorang. Nak pulak, diorang tak pernah kisah dengan status aku sebagai ‘isteri orang’. Itu la benda yang buat aku paling selesa. Tapi, diorang agak kepoh. Asyik-asyik nak jumpa Arash!

“Bila kau nak kenalkan suami kau dekat kitorang?” Iqa menyoal lagi. Nazliyana menjawab soalan itu dengan mengangkat bahunya, tanda tak tahu. “Suami kau okey tak?” Dila pula mengambil giliran untuk menyoal.

Kan aku dah cakap tadi. Kepoh tak diorang? See? Hari-hari diorang tanya aku soalan yang sama. Dah masuk dua minggu dah sekarang ni! Nasib baik la diorang ni bukan jenis yang terlalu memaksa. Kalau tak, dah lama melayang pergi Atlantik dek lempangan aku. “Okey ja. Dia jaga aku. Dia layan aku. Dia beli makanan untuk aku. Dia marah aku...” Ayat dekat belakang tu dah rupa macam humming ja. Antara nak keluar dengan tak terkeluar.

“Aku nak tanya kau satu soalan lagi.” Iqa bersuara lagi. Alyaa dengan Dila sibuk dengan roti bun yang dibeli dari kantin tadi. “Kau dengan suami kau...” Ayat Iqa berhenti. Teragak-agak dia untuk menyoal. “Aku dengan suami aku...?” Nazliyana mengulang ayat itu, memohon agar soalan tadi dihabiskan.

“Ish. Jangan buat-buat tak faham, boleh tak?” Iqa bersuara dengan nada bosan dan geram serentak. Kang aku cakap straight to the point baru kau tau! “Sungguh aku tak faham.” Nazliyana menjawab pula dengan muka blur. Ape jenis soalan yang dia tanya ni.

Mereka berempat tiba di berdekatan dengan tangga. Nak naik, tak boleh. Masa rehat mana boleh naik atas blok, apatah lagi duduk dalam kelas! Sama sekali dilarang!

Dua orang pengawas yang menjaga tangga tersebut tersenyum kepada mereka sekumpulan. Hello, ni senior. Ada mandat tau! Hahaa... *gelak kejam!

“Naz.....” Iqa memanggil lagi.
“Apa.....?”

“Engkau... Dengan suami engkau... Dah bersama ke belum? Jangan cakap kau tak faham maksud aku!” Nada suara Iqa naik satu oktaf dekat ayat terakhirnya. Nazliyana sedang diam, memikir. Maksudnya...?

“Owh...” Nazliyana baru tangkap maksud ayat Iqa tu. Ciss! Soalan tak bermoral betul. Tiga pasang mata yang lain dah memandang ke arah Nazliyana. Termasuklah dua orang pengawas tingkatan empat kalau tak silap tuu.

“Dah ke belum?” Dila pula menyoal dengan penuh minat. “Err... Tak. Gila ke? Aku kan belajaq lagi.” Nazliyana menjawab. Ada ke patut tanya soalan privasi macam tu? Tak patut!

“Sure tak pernah?” Alyaa pula ambil giliran menyoal. Siap dengan muka tak percaya lagi!

“Tak...” Pendek Nazliyana menjawab.

“Pernah tak, korang hampir-hampir melakukannya?” Iqa dengan muka penuh minat menyoal. Serius macam wartawan majalah hiburan aku tengok. “Tak... Tak... Tak.” Nazliyana tetap dengan jawapan ‘tak’ nya. Kepala digelengkan ke kanan, kiri, ke kanan seiring dengan jawapannya.

“Aku tak percaya lah!” Iqa membantah tiba-tiba. Nazliyana tarik muka pelik. “Korang tinggal satu rumah, satu bilik. Siap satu katil lagi! Tak kan tak pernah? Even hampir-hampir pun tak pernah?” Iqa menyoal lagi, tak percaya.

Kringgg...

Sesi perbualan mereka terganggu oleh deringan loceng tersebut yang menandakan waktu rehat, sudah berakhir.

“Loceng sudah berbunyi. Mari kita naik ke atas, masuk ke kelas.” Nazliyana melangkah terlebih dahulu meninggalkan rakan-rakannya.

Iqa, Alyaa dan Dila hanya terdiam di tapak perbualan mereka sebentar tadi. Statik, tak bergerak. “Rumah tangga dia tak happening la.” Iqa bersuara tanpa nada pada Alyaa dan Dila. Dua kepala yang mendengar itu mengangguk tanda setuju dengan kesimpulan yang dibuat oleh Iqa.

*****

“Huarghhh...!!!” Buku di tangan dihempas ke bawah. Tak faham! Pening kepala kalau macam ni! Dah elok-elok sihat, tak pasal-pasal pening nanti, tak boleh pi sekolah, macam mana?! Dah la SPM aku rosak sebab sakit kepala terlampau! Sakit! Jangan nak rosakkan STPM aku pulak!

“Ni tengah study ke nak makan orang ni?” Afiq yang sedang membelek fail kerja berpaling ke belakang; ke arah katil di mana Nazliyana sedang menyiapkan assignment pertamanya.

“Nak makan Arash rr ni!” Nazliyana bangun dari duduk di atas katil dan berjalan menuju kepada Afiq. “Yeah!!!” Leher Afiq dicapai dengan kedua-dua belah tangan dan ditarik kemudian ditolak ke belakang. Leher itu dicekik selama lima saat. Sedaya upaya Afiq cuba meleraikan tangan Nazliyana dari terus mencekik lehernya. Mati lemas aku kalau terus macam ni!

Nazliyana meleraikan tangannya dari leher lelaki itu.Tapak tangan kanan dibawa ke perut, “Err. Lapaq.” Polos Nazliyana menutur ayat tersebut. Dia kemudian berjalan menuju ke pintu bilik, ingin turun ke dapur.

“Nak pergi mana?” Afiq menyoal.
“Nak masak maggi.”

“Nak jugak!” Afiq pantas bangun dari meja jepun(meja kerjanya), lalu mengekori Nazliyana turun ke dapur.

Sampai di dapur...


No comments: