Nuffnang Leaderboard

Thursday, 23 May 2013

Be Mine, Sudi Tak? 12 Part(i)

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)




KISAH 12


“Apa beza Tanah Melayu dengan Malaysia?” Cikgu Sejarah di depan menyoal. Seisi kelas diam. Tidak menjawab, hanya duduk berkutik. “Hah! Aku dah kata dah. Kamu semua ni memang tak tahu apa! Tak kan soalan senang macam tu pun tak tau? Belajar Sejarah dah lima tahun. Apa pun tak tau. Cepat, siapa boleh terangkan apa perbezaan antara Tanah Melayu dengan Malaysia?”

“Haziq...” Nazliyana menoleh kemudian memanggil Haziq yang duduk di belakangnya, perlahan. Wajah fokus Haziq pada buku rujukan ditatap. “Tau dak jawapan dia?” Nazliyana menyoal.

Selalunya, Haziq yang akan bagi jawapan macam yang cikgu mintak. Kiranya jawapan ikut skema rr.

“Kejap, tengah cari ni.” Haziq kembali menyelak buku Sejarah Malaysia di atas mejanya itu. Sekejap ke muka surat hadapan, sekejap-sekejap lagi ke belakang semula.

“Ada ka jawapan dalam buku tu?” Nazliyana menyoal pelik. Ada erk? Rasanya tu basic yang memang kena tau. Rasanya soalan macam tu memang tak masuk sillabus Form 6. Ni pengetahuan asas.

“Entah. Aku tengah cari rr ni. Tapi, tak jumpa pun.” Tangan Haziq sibuk menyelak buku. Nazliyana kembali menoleh ke hadapan.

“Alyaa Syahirah, apa beza Tanah Melayu dengan Malaysia?” Alyaa menjadi sasaran Cikgu Ali. Alyaa tersengih seketika kemudian menjawab, “Tanah Melayu ni dah lama. Malaysia ni baru lagi.”

“Okey... Terima kasih.” Cikgu Ali mengangguk-angguk mendengar jawapan yang diberi oleh Alyaa. Cikgu Ali beralih pula pada pelajar di sebelah Alyaa dan dia menyoal, “Dila Leni, apa beza Tanah Melayu dengan Malaysia?” Dila yang disoal sibuk membuka buku rujukan di atas meja. Mana ni? Apasal tak dak?

“Dila...?” Cikgu Ali menyoal lagi. Dila terus tutup buku di tangan. Hantam sajalah labu. “Errmm, Tanah Melayu ni dia tradisional sikit. Malaysia pulak moden sikit.” Dila memberi jawapan. Aci redah jelah!

Cikgu Ali tersenyum. “Tanah Melayu ni tradisional, Malaysia moden sikit, Satu Malaysia moden banyak-banyak. Takpe, terima kasih Dila.” Satu kelas gelak dengar Cikgu Ali mengulas jawapan Dila.

“Cepat, siapa boleh jawab apa beza Tanah Melayu dengan Malaysia? Ni asas ni. Kalau asas pun kamu semua tak lepas, macam mana nak jawab soalan yang lagi kompleks?” Cikgu Ali masih menanti pelajar yang boleh menjawab soalan mengikut jawapan dalam skema.

“Apa beza Tanah Melayu dengan Malaysia?” Cik Haziqah a.k.a Iqa di sebelah yang masih cuba mencari jawapan dalam buku, menyoal Nazliyana tanpa mengalihkan pandangannya dari buku tersebut. Nazliyana tidak terus menjawab, sebaliknya dia menoleh ke belakang lagi sekali. “Haziq, dapat dak?” Haziq menjawab soalan Nazliyana dengan gelengan kepala. “Tak dak rr.” Haziq melepaskan nafas berat di hujung ayatnya.

“Apa beza Tanah Melayu dengan Malaysia? Kita cuba tanya pelajar baru. Nama kamu siapa?” Pandangan Cikgu Ali terarah kepadanya sekarang. Nazliyana berdeham seketika membetulkan suara terlebih dahulu sebelum bangun dari duduknya. Dia menjadi tumpuan seisi kelas sekarang.

Sebenarnya, dah tiga minggu aku belajar dekat sini. Tapi, ni kelas pertama aku dengan Cikgu Ali. Sebelum ni Cikgu Hassan yang ajar kitorang, tapi dia dah pencen minggu lepas.

“Nama saya Nazliyana Nadwah binti Azizan. Panggil, Nazliyana.” Nazliyana menjawab. Darah gemuruh baru ingin menerpa dalam diri.

“Nazliyana?” Cikgu Ali menyoal. Nazliyana mengangguk, mengiyakan soalan itu.

“Kamu dari mana?”
“Kedah.”

“Kamulah pelajar yang dah kahwin tu?” Cikgu Ali menyoal. Nazliyana terkedu. Tak kan tanya soalan tu kot? Para pelajar sedang tersengih mendengar ‘soalan agak maut’ dari Cikgu Ali yang memang nampak sangat tak termasuk dalam sillabus Sejarah pun.

Nazliyana mengangguk, kemudian mengiyakan, “Ye saya...”

“Bagus. Jadikan Nazliyana sebagai contoh. Dah berkawan tu, jangan la kawan lama-lama. Kahwin ja terus. Senang cerita. Nak buat apa pun, buat lah. Dah tak salah. Takde siapa pun nak marah.” Cikgu Ali berceramah terlebih dahulu. Namun kata-katanya terhenti setelah satu suara sumbang mencelah.

“Cikgu. Dia bukan kahwin suka-sama-suka. Mak dia yang suruh dia kahwin.” Kata-kata Hazman itu kemudiannya disahut oleh hilai tawa rakan sekelas mereka yang lain. Merah muka Nazliyana menahan malu. Iqa, Dila dengan Alyaa dah pamir muka tak puas hati. Berani korang buli kawan kami?

“Hazman...” Cikgu Ali memanggil bekas pelajarnya dua tahun lalu. Cikgu Ali pernah mengajar Hazman masa Hazman Tingkatan Empat. Cikgu Ali ajar budak Form4 subjek Bahasa Inggeris.

“Ye cikgu.....?” Hazman membalas 6 harakat. Matanya memandang pada Nazliyana sepanjang dia menjawab sahutan Cikgu Ali. “Itu hak peribadi dia. Kita takde hak nak kacau hidup dia. Cukuplah kita tahu dia sudah pun berumah tangga. Yang lain-lain, dia akan urus sendiri. Faham?” Tegas Cikgu Ali peringatkan pelajarnya itu. “Fa...ham cik...gu.....” Panjang Hazman menjawab.

“Ke kamu yang minat dengan Nazliyana ya Hazman?”
“Herrr cikgu! Mana ada!”

“Baiklah. Nazliyana? Boleh awak jawab soalan saya tadi? Apa beza Tanah Melayu dengan Malaysia?” Cikgu Ali menyoal. Sekali lagi, Nazliyana menjadi tumpuan kelas.

Nazliyana menyedut oksigen ke dalam tubuh seketika, kemudian menghembus keluar gas karbon dioksida ke udara sebelum mula menjawab soalan Cikgu Ali. Dia sedang mengumpul segala kekuatan yang ada.

“Tanah Melayu ialah Semenanjung Malaysia yang dikenali pada hari ini. Yang membawa maksud Tanah Melayu ialah tanah yang bermula dari negeri Perlis sampai Johor. Itu Tanah Melayu.” Jeda sebentar. Nazliyana mengambil nafas seketika.

“Malaysia pulak merupakan negara kita di mana, Tanah Melayu telah pun bergabung dengan Sabah dan Sarawak. So, maknanya dekat sini, Tanah Melayu ialah, negara kita semasa dijajah sehinggalah kita bebas dari penjajah pada 31 Ogos 1957. Malaysia pula ialah negara kita apabila Tanah Melayu yang dah bebas dari penjajah, bergabung pula dengan Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.” Nazliyana berhenti memberi jawapan.

Senyap seketika kelas dengan jawapan Nazliyana. Cikgu Ali mengangguk-angguk kepalanya.

“Atau kalau nak lagi senang, hafal je lirik lagu ni.”

1511, kita jatuh, namun tak bererti untuk selamanya.
Runtuhnya, empayar agung, kerana, fizikalistik manusia.
57’, kita bangkit semula, cipta, perlembagaan negara.
Melayu, Cina juga India, berkompromi, untuk merdeka.
63’, penyatuan tanah, Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
Terbentuknya negara Malaysia,dihuni pelbagai, kaum&bangsa.

“Hafal ja lirik lagu tu. Nanti boleh explain setiap situasi yang disebut dalam lirik tu dengan lebih mudah. Senang je, kan?” Nazliyana cuba tersenyum nak tutup takut.

“Lirik lagu erk yang kamu baca tadi tu?” Cikgu Ali menyoal.
“Yes.” Ringkas Nazliyana menjawab dengan anggukan.

“Lagu siapa yang buat? Saya tak pernah dengar pun?”
“Lagu sa... Opss!” Nazliyana menutup mulutnya. Alemak! Dari awal aku cakap tuu lagu kaa?

Seisi kelas melihatnya pelik. Termasuklah gengnya sendiri. Lirik lagu? Lagu sa..? Tak kan dia nak cakap “Lagu saya,” pulak kot?

“Hurm... Lagu bukan siapa-siapa pun.” Nazliyana menggeleng-geleng kepalanya, cuba menegakkan benang yang basah. Memang dah terang tu lirik lagu hak milik dia, nak sembunyi macam mana lagi?

“Baiklah. Terima kasih Nazliyana. Awak boleh duduk. Dan...” Belum sempat Nazliyana duduk, Cikgu Ali menambah ‘dan’ pula. Tak jadi Nazliyana nak duduk. “Ye cikgu?”

“Nanti hujung bulan lapan, bolehlah persembahkan lagu kamu tu erk. All of us waiting for the song to be sing.” Cikgu Ali tersenyum.

Nazliyana balas senyuman cikgu teragak-agak sambil mengangkat baju kurung peach-nya ke atas, dan terus duduk di atas kerusi miliknya yang bersebelahan dengan kerusi Iqa.

“Terima kasih. Ada sesiapa lagi yang nak tambah jawapan lain?” Cikgu Ali menyoal kepada pelajarnya. Tiada reaksi. Cikgu kemudian tersenyum lagi sambil mengangguk-angguk. “Ya, betullah tu jawapan yang Nazliyana bagi tadi. Terima kasih Nazliyana.” Nazliyana tersenyum dan mengangguk pada cikgu Sejarahnya.

“Meluat aku. Budak Sejarah!” Iqa menjelir lidah pada Nazliyana. Nazliyana ni memang otak ensiklopedia ke apa?

Loceng rehat berbunyi.

“Esok saya nak jawapan daripada kamu semua. Apa kaedah ter-moden dalam aktiviti perlombongan.” Cikgu Ali mengulang kembali soalannya pada kelas. Kelas bersurai setelah Cikgu Ali keluar meninggalkan bilik kuliah mereka.

“Iqa, jawapan untuk soalan cikgu tu kapal korek tak silap aku. Rasanya ada dalam buku teks Sejarah Tingkatan Dua.” Nazliyana menutur pada Iqa. “Kenapa kau tak bagi tau dekat cikgu tadi? Kan senang. Tak payah orang lain nak balik rumah baca buku dah.” Iqa tarik muncung.

Nazliyana mengangkat bahu. Aku malas sebenarnya. Nanti orang cakap, aku suka conquer, lepas tu kena cop bajet lah, dan macam-macam lagi. Aku malas.

“Jom, kau nak makan tak hari ni?” Iqa menyoal Nazliyana.

Nazliyana kerut dahi seketika. Aku tak dak selera nak makan ni. Nazliyana kemudian hanya menggeleng kepala.

“Kita lepak perpustakaan lah. Jom...” Iqa mengajak. Selain daripada mereka berdua, ada lagi dua orang ahli geng yang ikut sama ke PSP. Siapa lagi kalau bukan Alyaa dan Dila? Ni kira geng diorang rr ni. Kalau ikut sejarah, dah lima tahun geng diorang tu hanya bertiga. Nazliyana yang memang susah nak mulakan percakapan dibasuh oleh mereka bertiga sampai Naz terus tak lalu nak cakap banyak-banyak. Tapi, diorang baik... Sejarah Nazliyana di-clorox oleh mereka bertiga? Err... Let it just be, a history.

No comments: