Nuffnang Leaderboard

Wednesday, 22 May 2013

Freak's Story Scene 16

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)




SCENE 16

Sebanyak RM350.00 telah diperuntukkan bagi setiap kumpulan.

Setiap kumpulan diminta menyenarai barangan yang anda perlukan untuk menjalani aktiviti-aktiviti yang akan diadakan.

Serahkan senarai barangan anda kepada fasilitator kumpulan masing-masing sebelum hari Rabu. Kelewatan anda untuk melakukannya hal yang demikian akan menjejaskan proses pembelian barangan. Sekiranya ada kumpulan yang menyerahkan senarai barang lambat, permintaan kumpulan tidak dapat dipenuhi secepat mungkin. Segala kegagalan adalah dari pihak kumpulan peserta sendiri.

Antara contoh aktiviti yang akan diadakan ialah:
-perkhemahan di padang kem
-perkhemahan di hutan/tepi pantai

Pihak kem tidak akan bertanggungjawab sekiranya kumpulan mengalami masalah tidak mencukupi barang untuk melakukan kerja-kerja semasa perkhemahan.

Khemah bagi setiap kumpulan telah disediakan; dua buah bagi setiap kumpulan(lelaki dan perempuan).

Jika pihak kem memaklumkan bahawa kem akan mengadakan aktiviti luar, segala keperluan peserta harus disediakan sendiri.

Contoh: Bantal, selimut.

Makanan tidak perlu disediakan kerana pihak kem akan menyediakan bahan makanan. Walau bagaimana pun, peserta boleh membawa makanan ringan sendiri jika mahu.

“Wow… Kem ni gila ke apa? Bajet untuk satu group, 350 ringgit. Group dekat sini ada 20. 350x20=7000. Gila!” Goku cepat menghitung. Dalam kepala otak dah terfikir nak beli macam-macam. Hehee… Macam best je kan dapat jadi first batch ni!

            “Sabarlah. Tak habis pun lagi aku baca surat ni.” Kucai yang membaca surat itu dari tadi memotong percakapan Goku. Mukanya kembali serius. Dia menyambung semula pembacaannya yang tergendala sebentar tadi. Matanya kembali menghadap notis pemberitahuan.

            Harap peserta maklum, anda semua diberi kelebihan ini kerana anda semua merupakan kumpulan pertama yang menyertai program ini. Walaubagaimanapun, segala aset ini adalah hak milik kem. Wang peruntukan bagi setiap kumpulan hanya untuk meneliti keperluan setiap kumpulan.

*Segala aset adalah hak milik pihak kem.
Pihak kem berharap agar setiap kumpulan akan memberikan kerjasama.

Sekian, terima kasih.

“Hari ni hari Ahad.” Kucai mencapai sehelai kertas kosong. Pen disisi kirinya juga digapai. Notis pemberitahuan tadi diserah pada Freak yang berada di sisi kanannya.

Now, say it. Aku nak tulis. Nanti kita check balik apa yang penting. Keperluan, bukan kehendak. Kalau bajet cukup, no hal.” Kucai memberi arahan. Teori pasal perniagaan dan keusahawanan dah terkeluar dari bibirnya. Nampak sangat anak businessman. Satu persatu senarai barang disebut oleh ahli kumpulan.

 “Gunting.”
“Pisau, takut ada hal kecemasan.”
“Pisau lipat pastikan ada sorang satu, sebab dalam senarai tu dia ada cakap berkhemah dalam hutan.”
“Perlukan around three basins. Saiz kecil pun dah cukup.”
“Agak-agak boleh tak kita mintak supply kayu api siap-siap?” Lima pasang mata dah menjeling tajam Goku yang baru habis menyoal. Nak kena lah dia ni! Tanya soalan luar alam bebenor eyh. Dah nama pun camping, maknanya kena cari sendiri lah. Kalau tak, baik tak payah camping!

Tangan kiri Kucai pantas menulis nama barang yang disebut oleh kawan-kawannya.

            “Gitar.” Lima kepala dah memanggung melihatnya. Dia tersenyum tak bersalah. What? Okey apa? “Boring lorh… Kucai kan boleh main gitar.” Selamba tak berperasaan dia menutur. Kucai dah cekak pinggang. Hehee. Anak businessman marah. Freak tersengih tak bersalah.

“Keperluan Cik Freak, bukan kehendak. Harap maklum.”

No comments: