Nuffnang Leaderboard

Tuesday, 13 May 2014

Be Mine, Sudi Tak? 14

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)




Jalan-jalan dekat mall. Kedai apa lagi hendak dituju kalau bukan Popular!

“Naz...”
“Apa?”
“Kenalkan aku dekat husband kau.”
“Dia busy la.”

“Tunjuk dekat aku gambar kahwin kau. Jangan cakap kau tak simpan gambar kahwin kau!”

“Tak ada. Sorry.” Nazliyana melangkah ke arah rak buku Pra-U. Nak cari buku Perniagaan.

“Naz... Cerita sikit tentang suami kau.” Macam dalam skema je soalan yang Iqa tanya.

Nazliyana menarik nafas dalam kemudian menghela. “Cik Iqa sayang... Nanti ada rezeki, kau mesti jumpa jugak dengan laki aku. Jangan risau. Chill. Dia tak kan lari punya.” Nazliyana mengeluarkan jawapan. Huh! Penat jugak hidup dalam persoalan rahsia ni.

Iqa kemudiannya hanya menerima permintaan Nazliyana sebentar tadi. Dia meminta diri untuk pergi ke rak novel.

Dalam sibuk dia membelek satu persatu novel, hatinya masih lagi ingin tahu mengenai suami Nazliyana. Aku tak rasa yang Naz ni kena kahwin paksa dengan mana-mana laki tua macam yang Dila selalu cakap. Sebab... Sebab instinct aku yang cakap macam tu. Sungguh, aku yakin dengan instinct aku. Naz tak kan kahwin dengan lelaki tua macam cerita versi Dila! Doesn’t make any sense!

*****

“Hello mak...”
“Hello... Assalamualaikum.” Puan Siti memberi salam.
“Hehe... Waalaikumussalam... Mak, Naz rindu mak...! Naz, Naz nak balik sana...” Setitis air mata jatuh menyelusuri pipinya. Sebak mula menular dalam dada.

*****
           
“Arash... Hujung minggu ni, dah start cuti hujung tahun. Naz nak balik kampung.” Nazliyana buat muka simpati. Takde lah gagal sangat sebenarnya.

“Hmm... Abang ingat nak balik rumah ibu dulu.”
“Berapa lama?”
“Dalam tiga empat hari. Lepas tu baru balik kampung.”

Nazliyana dah mengukir senyum.

“Duduk kampung berapa lama?”
“Abang tak boleh lama, nak kena masuk office. Time-time cuti, lagi lah office sibuk. Nak lancarkan macam-macam program.”
“Habis, Naz nak kena balik KL dengan Arash secepat mungkin lah erk?” Muka dah kembali sedih.

“Naz duduk jelah dekat kampung kalau Naz nak. Abang tak kisah.”
“Betul?” Muka tak percaya.

Afiq mengangguk mengiyakan soalan Nazliyana.

“Yee...! Sayang abang...” Nazliyana dah terlompat-lompat sambil tepuk tangan. Sebijik macam budak tadika! Dia kemudian memandang wajah Afiq yang diam tiba-tiba. Ada sengih kejam dekat bibir pak cik tu!

“Kenapa?” Nazliyana menyoal tak faham.

“Awak panggil saya...” Afiq menjawab. Tapi, ayat tu macam tergantung. Dan bibir tu, masih tak berhenti tersengih nakal!

“I call you?” Meminta agar ayat itu dihabiskan.
“Abang...?” Keningnya sebelah diangkat.

Nazliyana tarik muka tak percaya. Erk? Yeke? Jap, jap. Nak rewind balik...

Err...
Err...
A’ar lah...
Err...
Macam mana nak undur balik ni?

“Err... Tersilap.” Nazliyana memalingkan badan. Ingin masuk ke dalam bilik.

“Hey...” Tangan Afiq menarik tangannya. Tersentap Nazliyana. Dadanya rapat ke dada Afiq. Taa-kuut-nya!

“Arash...” Suaranya bergetar. Nazliyana dah bertukar jadi Nazliyana Penakut.

“Panggil abang sikit...” Suara garau itu menutur sambil tersengih.
“Tak nak!!!”



No comments: