Nuffnang Leaderboard

Monday, 28 May 2018

#1 Haul Shopee (Pengalaman Beli Barang Guna Shopee)

Assalamualaikum... 😊

Good day... 👋


Hari ni, Nina nak share pengalaman Nina beli barang guna Shopee, dari penjual Shopee. Sebenarnya, pengalaman yang Nina nak kongsi kali ni, bukanlah pengalaman kali pertama Nina gunakan Shopee. Cuma, ini ialah pengalaman #1 yang Nina nak tulis di blog. Sebab, rasanya ini ialah antara belian Nina yang besar jumlah amount bayaran bank-in nya... 😅


Hee... Tengok dalam gambar, macam tak banyak mana pun kan belinya. Tapi masa Nina unbox haritu, terasa, banyaknya saya membeli kali ni. 😵 Tapi, alhamdulillah, nasib baik, barang-barang yang Nina beli tu, bukan 100% Nina yang punya... 😳😳😳


Macam yang Nina pernah tulis sebelum ni dalam entry ini 👈 , Nina kalau beli barang, selalunya akan ambil order dari family members sekali. So, alang-alang Nina nak beli barang, Nina bisnes lah kecil-kecilan. ✌️ 

Sebelum Nina kenalkan seller yang Nina beli barang dekat atas semua tu, sila buat akaun Shopee kamu dulu!!! Klik ini untuk buat akaun Shopee kamu, kalau belum ada, ya. 👌👍

Okkey. Sekarang baru boleh bagitahu. 😂 Nina beli barangan di atas, 👆 semua tuu sebenarnya dari seorang (satu) seller je. ekinyahyaglobalnetwork. Cepat!!! Follow seller tu!!!

1- Barang dia jual, semua murah-murah!!! Dan kualiti, ada beberapa product yang Nina beli dan guna untuk diri sendiri, seriusly, memang kualiti sangat okey! 👍👍
2- Antara benda yang Nina paling suka bila beli barang dari kedai ekinyahyaglobalnetwork ialah, ada sesetengah barang tuu, Nina boleh beli dengan HARGA BORONG, tapi kuantiti tak terlalu besar. Nina harap sangat, kalau seller TERBACA (bajet popular 😂) entry Nina ni, Nina mohon, janganlah batalkan project 'Harga Borong' kamu ni, sampai bebila. Nina seriously suka kedai kamu sebab service harga borong yang kamu tawarkan. 👍👍
3- Benda ni pun sangat penting sebenarnya, dan Nina sebenarnya tak adalah berharap sangat akan hal ni. Sebab kebanyakkan sellers- Nina memang tau, diorang sibuk. Tapi, alhamdulillah, seller dari ekinyahyaglobalnetwork ni, sangat baik, dan sangat responsive waktu berurusan dengan Nina. Terima kasih kamu!!!!! 😆





(P/s > Harga yang dipaparkan ialah harga pada hari Nina submit order ini. Perubahan harga mungkin telahpun berlaku semasa kamu membaca akan entry ini.) 👌✌️😊

Betul tak, harga barangan dari seller ni, semuanya memang terbaik?!! 👍👍

Benda penting yang Nina nak suruh kamu tengok ialah, "Payment Time" dan "Ship Time"...

1- Order Time (selepas kita kemukakan bukti pembayaran, slip bank-in kita contohnya, Shopee akan ambil masa dalam 1-3 hari untuk konfirmkan bayaran kita). Jadi, bahagian pertama ini, ialah dibawah seliaan pihak Shopee.

2- Payment Time (ini ialah selepas pihak Shopee dah konfirmkan bayaran kita). Waktu dah konfirm bayaran ni, Shopee akan hantar detail order belian kita kepada seller. Seller akan SAMA ADA reject order kita seandainya order kita tak mengikut arahan spesifik seller, ATAUPUN, seller akan mula sediakan barangan order kita untuk di jual/ di pos.

3- Ship Time (Tengok beza antara Payment Time dengan Ship Time, beza jauh ke tak? Kalau dekat, maksudnya seller tu memang buat kerja cepat!) Selalunya, Nina akan expect seller untuk ship out barang dalam 2 hari. Kalau dah masuk hari ke 3, tapi seller belum ship out barang, baru Nina akan Shopee Chat seller tersebut. Kebanyakkan kedai yang ada status "Shopee Mall", customers diorang memang tak dinafikan, ramai gila. Jadi, seller "Shopee Mall" ni, dah banyak kali Nina beli, tapi diorang selalu ship out barang lambat. Memang selalunya hari ke 3 diorang tak ship out barang pun lagi. Lepas dah tanya bila nak ship out, barulah diorang uruskan order kita. 🙁 SO, ekinyahyaglobalnetwork punya ship out ialah, hari ni Shopee confirm bayaran, esok dia dah ship out!!! Nina salute kerja yang sangat pantas dari seller ni, walaupun banyaklah juga barang yang Nina beli. 👮

4- Completed Time (Ini ialah, errrr.... Nina tak pasti ini waktu Shopee auto-update barang dah sampai, atau masa yang Nina sendiri klik "completed". 👉👈 Tapi, yang pasti, jarak antara "Ship Time" dengan "Completed Time", ini BUKAN LAGI dibawah urusan/jagaan seller!!!!! Nina kekadang rasa sedih lah juga, bila baca ramai customers yang comment penghantaran lambat, delivery below expectation bagai. Korang sebagai buyer (pembeli), kenalah pandai, kenalah faham, kerja seller (penjual) ialah sediakan barang, dan ship out order kamu. Bab penghantaran, ni ialah kerja courier (Poslaju/any service yang kamu pilih)... Mohon jangan salahkan seller kalau service courier/delivery kamu yang lambat). Kesian korang rate seller 1 2 3 bintang sebab penghantaran lambat, padahal seller dah post barang kamu cepat-cepat. 👌👍❤️💕💞 Semak dulu ship time seller bila. Seller post out barang lambat, atau courier kamu yang sebenarnya lambat. 👌

So, entry Nina kali ni hanya nak review service ekinyahyaglobalnetwork je... Entry nanti-nanti, Nina akan cuba review products yang Nina dah beli, dan dah cuba pakai pula. 👌👍

THANK YOU MEMBACA! 😉

Assalamualaikum... Good day! 👋

Friday, 25 May 2018

Thank God, Alhamdulillah... 😊

Assalamualaikum...

Hye2...

Di kemarin hari, saya ada buat post " separuh-jiwaku-pergi " yang menyedihkan saya. Iaitu, blog saya dalam keadaan berserabut, dan berserabut yang amat.

Nina cuba guna top 2 browser Nina, iaitu Chrome dan juga Firefox. Nina mencubalah dengan gigihnya nak mengedit html blog ni. Tapi malangnya, dua-dua browser tuu tak mampu nak hold-long-press untuk paste code yang Nina nak paste.

Rating Nina untuk Chrome 🌟🌟🌟/5 bintang... Alasannya, bila Nina klik mana-mana part yang Nina nak edit (nak delete coding dalam html), cursor web tuu tak tally dengan kedudukan typing bar. Contoh, ayat "blogging world ARE fun"... Nina tekan dekat 'E' are tu, tapi cursor paparkan typing bar Nina dekat 'N' blogging. Bila tekan je button delete keyboard, huruf 'E' are tuu yang deleted. So, sangat-sangat tak selesa nak edit html kalau benda macam tuu berlaku. Tapi, bila part nak edit "Layout" blog, Chrome agaklah bagus sebab load time-nya boleh tahan cepat.

Firefox pula, rating Nina masih 🌟🌟🌟/5 bintang...
Alasannya, cursor untuk edit html adalah tally dengan real position typing bar. So, selesa sikit nak mengedit html... Tapi, Firefox agak slow untuk load "Layout" page. Jadi, Nina terpaksa go back and forth (pergi patah balik) antara Chrome dengan Firefox untuk edit html (Firefox) dan edit layout (Chrome).

TETAPI, kedua-dua browser ni tak bagi Nina kelebihan long-press-untuk-paste. Jadi, Nina langsung tak ada accessibility untuk paste kode yang Nina nak guna dalam blog. Dan, dua-dua browser ni juga tak boleh nak gerakkan widget blog untuk ubah kedudukan widget.

Mencari, mengoogle, menanti sesiapa recommend app atau browser mana yang boleh 'paste' dekat html.... Semua tu Nina buat. Dan akhirnya, Nina buka folder yang tempatkan app phone untuk Nina go online. Ternampak pula CM Browser yang dah lama Nina install, tapi jarang-jarang Nina guna.



Dengan hati yang tak adalah berharap sangat, Nina on CM Browser, terus je ke laman edit html blog. Nina cuba tekan lama-lama (long-press), dan AKHIRNYA, option untuk 'PASTE' pop-up dekat skrin phone. Gembiranya Nina waktu tuu memang tahap dah nak cecah awan ☁️🌤️😊 Kkk... Hiperbola ⚽
Tapi itulah, Nina boleh rate CM Browser dengan 🌟🌟🌟🌟/5 bintang. Sebabnya ialah, CM boleh paste kode yang Nina nak, tapi, tak boleh nak 'SELECT' mana-mana part yang Nina nak pilih untuk delete. Yang ada cuma option 'SELECT ALL'... So, agaklah kecewa disitu. Tapi still, better dari Chrome dan Firefox. 👌👍 Tapi, CM ni pun masih je tak boleh nak ubah kedudukan widget blog. 👉👈

(P/s > Rating yang Nina bagi di sini ialah rating untuk "EDIT HTML BLOGSPOT" sahaja. Nina bukan rate untuk whole performance browsers bertiga ni. Arasseo? 👌)

Jadi, untuk sesiapa yang HARUS dan TERPAKSA edit html blog guna phone, Nina cadangkan, Nina recommend, gunalah CM Browser. CM bagi the best performance compared dengan top 2 browsers Nina. 😉

So, till then 😊
Thank you. Assalamualaikum...