Monday, 26 March 2012

New Update(Diary Kind-Of)

Posted by Nina Zizan at 3/26/2012 01:18:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
salam...
Hurmmm...
Actually, aku update here x bermotif p0n.. Just terasa nak update sini..
Biar lama2, x berupdate p0n, xbez gak ann..
Seriusly, aku rindu nak update guna lappy.
Aku nak publish cerita2 aku.
Aku nak sent email dekat tikah, c0z aku nak dia jady 0rang first yg baca freak's st0ry versi update.
Aku nak tikah baca, aku dah kawenkan dengan jepun dalam cerita tuu...
:( seddeyhhhnya...!
Lagy? Again, nak inf0rm dekat sini, yang aku xkan b0leh update any entry bkenaan st0ry2 c0z m0dem br0adband aku dah r0sak. Tikus xgune mna ntah dah r0sakkan! Kay lah, smpy sini jee...
Salam, gudnyte, daa...
P/s: Bukan salah tikus bt0l2 p0n. Tapi..... (*biarlah rahsia...)

Friday, 23 March 2012

TEST SEMATA2.. H0PE BJAYA, AMEEN...

Posted by Nina Zizan at 3/23/2012 01:57:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
ini first p0st update bl0g guna email.
Knapa kna guna email?
C0z bb wat hal gile2.
M0dem bb aku tu dh r0sak mcm kena hempap dgn t-rex yg kmbali ke zaman m0den.
H0pe dkt bl0g ada p0st ny...
Ameen..............

Tuesday, 13 March 2012

Geng Kecik Cerita 2(ii) =)

Posted by Nina Zizan at 3/13/2012 07:44:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...




Ini Farni =)


Farni mengejar Fahima dari belakang.

            Alamatnya kena sound dengan supervisor lah lepas ni. Main aci kejar dalam kedai!
           
*****

            “Kak cik... Hang nampak dak mamat depan tu? Yang tengah teman mak dia makan kek uwh...” Syaz menyoal Nurin dengan muka excited. “Nampak. Kenapa?” Nurin pula menyoal. “Boleh tahan hensem jugak mamat tu ann.” Syaz menjawab dengan tawa.

“Hurm... Bolehlah. Tapi, mana boleh lawan Ayie. Dialah yang paling hensem bagi aku.” Nurin melekapkan kedua-dua belah tangannya ke dada. Sambil berangan muka Ayie yang macho tu.

            “Ceyh! Tak habis-habis dengan Ayie dia. Aku habaq kat dia yang hang suka dia. Baru padan muka!” Syaz mengugut. “Hang berani hang habaq!” Nurin marah. Tangan yang dah menggenggam penumbuk dikepal-kepal. Kemudian ditayangkan kepada Syaz. “Hang nak ni?” Nurin menyoal marah.

 “Hee... Aku main-main ja tadi. Tak kan lah aku nak bagi tau dia kot.” Syaz tersengih-sengih. Mau lebam pipi aku kena penumbuk Kak Cik kot. “Haa... Tau takut.” Nurin memusingkan badan ke belakang. Tangan membuka peti sejuk, lalu memasukkan kek yang baru tiba tadi dari pengedar.

            “Miss... Bil please.” Mamat hensem dekat depan tadi dah sedia berdiri di depan kaunter. Syaz terus excited buat muka comel. Kalut Syaz mencari kertas bil untuk meja nombor tiga. Dia membaca jumlah akhir pada bil tersebut. “Tiga puluh ringgit semuanya encik.” Syaz memberitahu pada lelaki hensem tersebut.

            Lelaki itu mengeluarkan not RM50 ringgit. Kemudian menyerahkan kepada Syaz.

            “Kak cik.” Syaz memanggil Nurin. Nurin berpaling ke arah Syaz. Dia kemudian mengangkat sedikit mukanya, menyoal kenapa Syaz memanggilnya sebentar tadi. Syaz mengibarkan not RM50 ringgit itu kepada Nurin.

            Nurin yang faham dengan tindakan Syaz mencapai duit tersebut. Hari ini, giliran Nurin menjaga mesin duit.

Nurin mendekati mesin duit dan dia menekan punat-punat pada mesin tersebut. Balance, RM20. Nurin menyerahkan baki duit tersebut kepada pelanggan. Lelaki tersebut menyambut duit bakinya kemudian tersenyum kepada Nurin. Nurin membalas senyuman tersebut. “Terima kasih. Datang lagi.” Syaz menutur dengan senyuman.

Lelaki tersebut senyum sambil mengangguk kepalanya. Dia berpaling ke belakang, tetapi dia berpaling ke kaunter kembali.

“Sweet smile.” Lelaki tersebut menutur pada Nurin. Dia kemudian berpaling dan keluar dari kedai tersebut.

. Syaz bercekak pinggang sambil memandang Nurin dengan muka tak puas hati. “Apasal aku yang sibuk mengorat dia, dia mengorat hang pulak?!”

*****

            Dia membSyazg masuk pop corn ke dalam mulut. Urgh... Bosannya! Aku nak tengok muka Fahima lah!!! Bila nak rest ni? Irfand memandang jam di tangan. Baru pukul sebelas. Malasnya! Aku bosan. Tolonglah aku. Dah naik kenyang aku telan pop corn ni. Ish, mana Nazrul haa? Apasal dari tadi tak dengar suara dia?

            Akibat tak senang hati kerana tidak nampak kelibat Nazrul, Irfand turun dari kaunter. “Chid, aku masuk belakang jap.” Irfand memberitahu Achid, rakan sekerjanya. Irfand kemudian berjalan menuju ke dapur. Nazrul...

            “Ish... Mana ada. Orang tak pernah ada makwe okey. Serius. Tak tipu.” Kemudian terdengar tawa beberapa orang gadis dan tawa Nazrul sendiri. “Ish... Nak tipu cukup pandai. Hensem macam ni, tak pernah couple? Memang tipu rr.” Ika tak percayakan Nazrul. Dua orang lagi, Fifi dan Wada juga menggeleng kepala tidak percaya.

            Irfand yang jauh 50 meter dari kelompok itu hanya mampu menggeleng kepala. Rul tengah jual minyak. Patut rr tak nampak dia dekat luar tadi.

            “Hai Irfand.” Fifi menegur. Irfand hanya tersenyum sambil mengangguk. Irfand ambil tempat duduk di sebelah Nazrul. Tiga gadis itu duduk di kerusi yang bertentangan mereka. “Fand, napa aku tengok kau ni diam je?” Fifi menyoal. Wada dan Ika muka menyokong soalan Fifi.

            “Huh... Dia ni memang poyo. Konon-konon diam. Tapi, sebenaqnya dalam geng kami, dia rr yang paling bising.” Nazrul perli Irfand. Irfand pantas menyiku rusuk Nazrul dengan muka “Jangan berani-berani hang nak malukan aku”.

            “Yeke? Cam tak leyh caya ja.” Fifi tak percaya. Aku tengok Irfand ni susah sungguh nak sembang dengan perempuan.

            “Tak rr. Aku okey-okey jelah.” Irfand bersuara. “Hurmm... Okeylah.” Fifi angkat bahu sesaat.

            “Woi. Pada-pada rr hampa ni. Tinggai kami dua orang ja dekat kaunter luaq tu. Tak cukup tangan rr der.” Achid masuk ke dapur dengan muka penat. Irfand dan Nazrul ketawa terbahak-bahak tengok kawan sekerja yang dah naik lunyai kerja dengan pop corn.

            “Woi. Gelak, gelak gak. Cepat rr sikit.” Achid cekak pinggang. “Yelah... Kami datang.” Irfand bangun dari duduknya.

            “Hey pop corn, hey pop corn, kami datang... Membantu Achid yang dalam kesusahan... Kami tak besar, dan kami tak kuat, Cuma kami berdua, memang budak tercomel.. Yeeahh pop corn!” Nazrul menyanyi guna irama lagu Wonderpets.

            “Adoi!” Nazrul mengaduh. Dia menggosok kepalanya.

            “Sakit rr bongok!” Nazrul marah Achid yang baru luku kepalanya tadi. “Hang jangan buat perangai tak cukup umoq hang depan aku.” Achid bagi amaran. “Eleh. Jelez rr tu orang comel dari dia.”

            Achid melulu ke arah Nazrul dengan tangan kanan siap nak meluku. “Eh, tak-tak-tak...” Cepat Nazrul lari ke arah kaunter, “Yes bro?” Nazrul menyoal pelanggan lelaki di depan kaunter. “Two mini bucket please.”

            “Orait!” Nazrul pantas mencapai bakul pop corn yang kecil, dua.
*****

(bersambung...) =P

Monday, 12 March 2012

Ini Video Yang dah di-upload dekat youtube.. =)

Posted by Nina Zizan at 3/12/2012 04:14:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...

Heee... Alhamdulillah... At last...
Aku reti jugak buat video..
Walaupun low quality, kira okey what?
=)
Aku create vid guna  Photo Story...

Ryte...
Aku akan kasi dua link tau kali ni...
Satu link lirik lagu yang ada dalam blog ni, (maybe rr korang nak copy ann),
then aku akan kasi link untuk ke youtube tu...

Ini link untuk ke lagu Engku- Tangisan Rindu...
http://streetsof93story.blogspot.com/2011/12/tangisan-rindu-new-song-from-us.html
http://youtu.be/PjvEG6KLokY

Ini pulak untuk lagu Lan- Suhaila
http://streetsof93story.blogspot.com/2012/03/lan-suhaila-lirik.html
http://youtu.be/SnGAH5VoWI4

Engku- Kau Pergi
http://streetsof93story.blogspot.com/2012/03/engku-kau-pergi-lirik.html
http://www.youtube.com/watch?v=BiuWqH2o200&feature=channel


Done...
There is disaster coming..
I have to say, bubbye... =|

Lan- Suhaila Lirik

Posted by Nina Zizan at 3/12/2012 04:11:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...



Suhaila
Dirimu tetap terpahat di jiwaku ini
Owh mengapa
Bayangmu sering berlegar di ingatanku ini

Hadirnya dirimu kedalam hidupku
Membawa cahaya yang terang benderang
Mengheret aku ke syurga cinta

Dirimu suci tulus dan ikhlas
Mencintaiku dengan sepenuh jiwamu

Kau hadir bagai bidadari yang ternama
Meredakan kebuntuan hati yang tertutup
Mengukir indahnya bersamamu

Suhaila dirimu tetap terpahat
Di dalam jiwaku
Owh... Owh Suhaila...

Dirimu suci tulus dan ikhlas
Menyintaiku dengan sepenuh jiwamu

*Lead music*

Kau hadir bagai bidadari yang ternama
Meredakan kebuntuan hati yang tertutup
Mengukir indahnya bersamamu

Suhaila dirimu tetap terpahat
Di dalam jiwaku
Owh... Owh Suhaila...

Dirimu suci tulus dan ikhlas
Menyintaiku dengan sepenuh jiwamu

Cinta ini kian dimamah kasihmu
Berjuta bintang harum
Engkau yang di langit
Mana, dimana
Cinta yang dulu

Engkau yang bersinar
Cuma seketika
Tiada... Terhalang
Awan yang mendung yang kelabu
Memisahmu
Hidup yang tak, dapat kau tepiskan
Dengan dunia yang menghalang
Owh dunia, dunia
Owh cinta, cintamu...

Berdoalah sayang
Semoga kita dipertemukan
Berdoalah sayang
Semoga kita dipertemukan
Berdoalah sayang
Semoga kita dipertemukan...

Engku- Kau Pergi lirik

Posted by Nina Zizan at 3/12/2012 04:00:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...



 Hancur hatiku
Jika dikenang masa lalu
Sandiwara cinta
Mencoret hitam hidupku

Tiada ku sangka
Engkaulah pendusta cinta
Diriku yang setia
Telah pun engkau persenda

Ku kenal engkau melalui nama
Ku mengingatimu melalui bayangan
Ku menyayangimu melalui kata hati
Ku mencintaimu melalui niat suci
Tapi kini engkau pergi
Tinggallah daku sendiri
Diulit malam dingin sepi

Damai kau sayang
Bersama si dia
Insan yang kau cinta
Moga kekal bahagia

~Instrumental Playing~

Ku kenal engkau melalui nama
Ku mengingatimu melalui bayangan
Ku menyayangimu melalui kata hati
Ku menyintaimu melalui niat suci
Tapi kini engkau pergi
Tinggallah daku sendiri
Diulit malam dingin sepi

~Lead Music~

Ku kenal engkau melalui nama
Ku mengingatimu melalui bayangan
Ku menyayangimu melalui kata hati
Ku menyintaimu melalui niat suci
Tapi kini engkau pergi
Tinggallah daku sendiri
Diulit malam dingin sepi

Diulit malam dingin sepi
Owh kasih
Engkau telah pergi

Freak's Story; Freak's Camp Scene Opening Part(i) =)

Posted by Nina Zizan at 3/12/2012 02:09:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...

 
Megat Addy Iskandarsyah+Farhan Nur Zarina

OPENING OF FREAK's STORY

Bismillahhir rahmanir rahim…’ menjadi pembuka kata seiring dengan langkah kakinya ke sini.

            "Peserta dari asrama puteri satu bergabung dengan peserta dari aspura satu. Dan begitu jugak bagi yang berikutnya. Senarai ahli bilik boleh tengok dekat bulletin board. Saya nak dalam masa sepuluh minit semua peserta berada dalam kumpulan masing-masing. Lepas dapat kumpulan, ambil tempat. Lepas tu kenal ahli kumpulan masing-masing. Sesi perkenalan ni merupakan sebahagian dari Latihan Dalam Kumpulan kamu. So, buat dengan elok-elok. Kelakuan kamu akan dipantau oleh fasilitator kamu. Fasi kamu dah tahu adik-adik dia orang. Cuma kamu je yang tak kenal lagi siapa fasi kamu. Kamu ada masa satu jam untuk berkenalan. Kamu boleh bergerak sekarang." Arahan tersebut dikeluarkan oleh ketua pegawai kem, Encik Azim(lebih tepatnya, Cikgu Azim).

            "Hello... Tak cool lah duduk atas bangku. Penat, tahu tak?" Budak perempuan bertudung hitam, berbaju t-shirt longsleeve hitam merah dan ber-track juga hitam merah itu bersuara. "Lepak atas lantai lagi best." Dia memberi cadangan kemudian mengangkat kening double-jerk.

Lima orang ahli kumpulannya yang lain memandangnya pelik. Mereka berlima menebar pandangan ke serata dewan tersebut. Semua macam dah dapat kumpulan. And semua pun tengah susun bangku membentuk bulatan. Rundingan meja bulat kan terbaik!

            "Asal pelik sangat idea kau tu? Kau tak nampak dia orang yang lain semua duduk atas bangku?" Budak lelaki rambut macam Goku dalam cerita Dragon Ball membantah cakap budak perempuan yang bertudung hitam itu.

Dua orang lagi budak perempuan tarik muka geli, namun masih tidak bersuara. Eyewww... Kalau tak duduk atas bangku, maknanya nak kena duduk atas lantai ni lah erk? Urgh... Paling kurang, lapiklah permaidani dulu ke? Permaidani? Macam nama orang tu je? Hahaa...

Budak perempuan bertudung hitam itu tersengih satu saat. "Itulah yang luar biasanya tentang group kita dari group lain. Lepak rr..." Budak perempuan itu membalas lagi. Mukanya yang ala-ala konfident tadi dah bertukar ke muka tak berperasaan. Sedang menanti keputusan dari ahli kumpulan yang lain. Setuju je lah!

            “Wait a minute. You mean, lepak atas lantai?” Budak perempuan berambut panjang berombak menyoal dengan muka kerut seribu. Budak perempuan bertudung mengangguk, “Yup.”

            Budak perempuan berambut ombak menyentuh bibir dan mengetuk-negtuk bibirnya, gaya seorang pemikir. “Okey jelah.” Budak perempuan ala-ala model itu bersetuju dengan cadangan dari budak perempuan bertudung.

            "Okey! Fine! Group kita lain, kan? Nanti kita kena boo, aku cari kau!" Budak lelaki dengan rambut gaya terpacak Nick Carter pula bersuara mengugut.

"Erk? Kalau dapat pujian?" Budak perempuan bertudung menyoal kembali. Hey... Ni An lah! Idea sentiasa, Terbaekkk...

"WHATEVER!" Budak lelaki.. Err.. Macam gaya rambut tak bersikat…??? membalas dan menolak bangku yang dibawanya sebentar tadi ke tepi. Kemudian, seorang demi seorang ahli kumpulan itu menindan bangku mereka di atas bangku budak lelaki rambut tak bersikat. Tiga puluh saat kemudian, mereka berenam serentak duduk bersila di atas lantai dewan utama itu.

            "Kan best..." Budak perempuan itu tersenyum. Dia melepas keluhan lega. Penatnya! Sakit pinggang aku! Empat jam tau naik kereta api nak datang KL dari Kedah! Dah tu, tak sempat aku rehat dekat station train, kena naik bas kem pulak untuk datang ke kem. Dekat sejam setengah jugak duduk dalam bas. Macam nak patah pinggang aku duduk atas bangku. Aku nak bersila pulak!

            Ternyata, aksi kumpulan mereka menarik perhatian kumpulan yang lain kerana hanya mereka yang melepak atas lantai. Berbeza dari mereka yang lain yang duduk atas bangku. Ada pandangan pelik yang dilemparkan. Tak kurang, ada juga yang tersengih-sengih sinis. Huh! Ado den kesah? Takdo pon!

            “Oit! Kau ni budak Melayu ke, Chinese?” Budak perempuan rambut lurus ala-ala Puteri Gunung Ledang menyoal si gadis bertudung.

“Melayu lah. Kenapa?”
“Mata kau sebelah macam bulat, sebelah lagi sepet.”

Yang lain gelak. Si gadis bertudung juling mata.

“Saya kacukan Chinese and Malay, that’s why mata saya macam ni.” Si gadis menjawab sarkastic. Lirik That’s Why-MLTR dah melayang berterbangan dalam otak. “Betul-betullah!” Puteri Gunung Ledang marah.

I am dead serius.” Si gadis bertudung hitam menjawab, masih sarkastik. “By the way, mata kau cute.” Puteri Gunung Ledang ketawa. Yang lain turut sama. Kecuali, budak serabut tu. Alaa... Budak macam rambut tak bersikat tu. Hah! Kan serabut dia tu!

            "Hey, tak sangka kau orang pun dapat masuk kem ni." Budak perempuan yang berambut ombak macam model menyampuk. Semua dah masuk aura politician, serius je tengok.

"Huh..! Kira bala lah ni. Dah lah sama-sama dapat masuk kem ni, dapat pulak satu group! Parah!" Budak lelaki rambut terpacak Nick Carter bersuara.

"Jap... Empat muka ni aku dah kenal. Yang aku tak tau, kau seorang je. Kau siapa hah?" Budak lelaki rambut Goku menyoal budak perempuan yang mencadangkan idea untuk duduk di atas lantai.

Budak perempuan bertudung itu menunjukkan jari telunjuk ke arah dirinya dua saat. Kemudian dia berdeham sebelum memperkenalkan dirinya. "Nama aku Farhan. Aku budak Kedah. Aku memang tak pernah sangka yang aku akan terpilih untuk program ni. And now, aku dekat Pahang menyertai the one and only kem Suria yang ada dekat dunia ni, for this time being lah. Tak tau rr pulak kalau-kalau in the future ada banyak kem Suria ni merata-rata tempat." Dia memperkenalkan dirinya selamba. "Kau orang pulak?" Giliran Farhan pula menyoal ahli kumpulannya.

            "Orait... Kami berlima dari satu sekolah. Memang dah kenal rr senang cakap. Nama aku Eveinna, dia Dani(permaidani), Addy, Tajul and sebelah kau tu, suruh dia kenalkan diri dia sendiri. Aku tak tau dan tak nak ambil tau pun." Eve memperkenalkan dirinya dan yang lain. Berhenti pada seorang budak perempuan yang ada dekat tepi sebelah kanan Farhan. Eve tarik muka masam, dan mengubah pandangannya ke sebelah kiri.

“Macam mana boleh tak tahu? Cakap dari satu sekolah tadi?” Farhan menyoal pelik. Bukan ke?
^^^^^^^^^^^^^^^

(bersambung...)
=) 

Cinta K² (Khairina+Khairil) Sinopsis

Posted by Nina Zizan at 3/12/2012 02:07:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...

Heheee... Ala2 thrill gitu.. Huahuahuaaa
Cinta K²? Ni cerita Khairil+Khairina tuu la...
Cemana dapat idea bagi tajuk tu?
Entah? Macam terlayang ja dekat kepala...
 =P

Ryte...
 Here we go...
=)


 
Sinopsis:

Masa telah menemukan 2 insan dalam situasi yang tidak menyenangkan. Pastinya pertemuan kali pertama penting untuk memberikan first impression yang positif. Malang kerana hal sebaliknya pula yang terjadi. Pelbagai rentetan peristiwa telah berlaku akibat pertemuan dua insan yang memiliki nama Saffiya Khairina Zuhairi dan Tengku Khairil Hafizi Tengku Zahari. Kehadiran Amirul Yusri menyenangkan lagi kerja Khairil Hafizi memburu cinta Khairina Saffiya. Namun, tanpa disedari, Amirul sering menyakiti hati Khairina, kerana Khairina berharap Amirul akan mempertahankannya dari Khairil.

Setelah tamat prep enam bulannya, Khairina telah melanjutkan pengajiannya ke luar negara. Dalam masa yang sama, pemergiannya itu adalah bagi menjauhkan diri dari lelaki yang dibenci, dalam masa yang sama telah mengetuk pintu hatinya. Namun takdir telah menyatakan bahawa dia hanya akan ke sana setelah memegang status sebagai seorang ‘Puan Khairina’.

Ady Shah Zulhelmi, merupakan pelindung Khairina semasa di luar negara. Khairina sememangnya sudah mengetahui isi hati Ady terhadap dirinya. Namun, Khairina hanya mengabaikan fakta itu kerana, seorang ‘Khairina’ tidak akan betah jika hal yang bernama ‘Cinta’ yang dibangkitkan dalam perbualan.

Pulang dari negara bersalji, Khairina harus menjalani hidup dengan ‘dia’ lagi yang menjadi punca mengapa dia tidak pulang ke Malaysia selama empat tahun berturut-turut sepanjang pengajiannya di tanah asing. “Aku dekat overseas, dia muncul. Spoil majlis grad aku! Now, aku dekat Malaysia pun dia ada! Argh! Ni nak marah ni! Komulunimbus punya manusia!”

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Bolehkah mereka hidup bersama? Sampai bila? “We never know what future hold on us.”
 ^^^^^^^^^^^^^^^^


Itu lah sinopsis cerita Cinta K²... =)

tq =D


Entry Freak's Story Fully Deleted... =)

Posted by Nina Zizan at 3/12/2012 12:20:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...

Kenapa aku delete semua entry pasal Freak's Story?
Sebabnya, aku dah edit balik cerita tu.
Kenapa aku edit?
Sebab aku bukak balik Micr Word aku, baca cerita tu,
and aku pening, tak faham apa benda yang aku tulis.
So, aku delete semua entry episode Freak's Story dekat blog ni.
Tapi...
Aku update balek.
Aku publish balek story tu dekat sini...
So, tunggu untuk update cerita tu erk... =]

Hermmm...
What if aku delete entry Khairil+Khairina sekali?
Sebab cerita tu sangat2 hampeh laa...
Aku baca pun jemu.
Bosan, boring.
Gaya bahasa sastera. Aku mengantuk baca cerita Khairil+Khairina aku tu.
So, dengan ini, keputusannya...

Entry Freak's Story dan Khairil+Khairina, DELETED!
=))

1~Freak's Story; Freak's Camp akan diupdate. =)
 
2~Cerita Geng Kecik; Kisah Cinta Geng Kita still on.
Aku tak kan delete... Aku akan terus update je.
So, Faema masih boleh tersenyum... =D

3~Be Mine, Sudi Tak? tu pulak still ontheway writing.

4~Farish+Nida? Dah berkurun aku tak sentuh cerita tu...
And, aku rasa aku tak pernah publish any entry tentang
story tu dekat sini....

5~Then, Hazman+Hani, aku start buat tahun lepas.
Pun terabai jugak nampak gayanya. Pun, aku tak publish sini...

6~Taufiq+Tish? Hee... Cerita tu pun gaya macam ter-abandon...
Nama Taufiq tu macam terlayang ja dekat kepala aku..
Maybe sebab nama Tish yang start dari 'T' ann? =P

 7~Zafril+Nurul? Cerita ni antara cerita paling aku suka nak baca
balek... Tapi, remember masa abang ipaq aku ambik Compaq
untuk install Win7, kan file aku hilang banyak.
So, cerita ni salah satu mangsanya rr.
Then, aku pun dah down sesesesangat nak continue cerita tu.
So, aku tinggalkan dulu...
Tu rr senarai cerita aku.
Hee... Harap banyak! Tapi satu pun tak dah the end lagi.
=P

8~Lastly, cerita Khairil+Khairina juga akan diupdate semula dengan new version.
Check it out...

 Ryte...
Right now...
Aku dah delete semua entry Freak's Story.
Now, nak delete Khairil+Khairina...
Then, aku akan update Freak's Story, bahagian Freak's Camp.
Khairil+Khairina sekali jugak rr maksudnya tu...
See u soon...
In next entry ofcoz..(*tu pun kalau line aku tak dc lagi..) =|
Kalau takde update malam ni, means line aku DisConnect lagi la tu -_-"

Salam...
Bubbye =)
 

StreetsOf93Story Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez