Friday, 30 November 2012

CRUSH ;-) *kenyit mate sikit

Posted by Nina Zizan at 11/30/2012 11:19:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Pada suatu hari...
Sedang asyik sorang 'budak' tuu bermain Facebook, tiba-tiba dia bertanya kepada aku...

Dengan mukanya yang boleh tahan macho+hensem dan kachak --> "Crush tuu apa?"
Paztuu aku buat muka pathetic. Dalam hati --> "Hamende ntah? Dulu aku tau."
Lama jugak aku pikir... Cemana aku nak terangkan dekat dia erk?


Paztu aku cakap dkt budak tuu --> "Try search google translate."
 

Budak konon2nya hot tuu pun menekan butang 'Google Translate' yang memang dah di-bookmark kan dalam Mozilla Firefox saye tuu...

Paztu, Encik Google pon cakap, 'crush' tuu 'menghancurkan'...




Serentak, aku dan budak tuu muka blurr...

Ape kene mengene 'crush' bercinta dan menghancurkan?

Terus aku teringat --> "Haa!" Mentol menyala tepi kepala dengan senyuman 'D' yang sangat e-class...
"Crush tuu... Tau tak org slalu cerita kereta ni crush dgn krta depan dia?"
Budak tuu angguk dgn muka yang masih blurr...
 Aku pun sambung semula kata-kataku, "Senang cerita macam hang jmpak dgn sorang pempuan ni, kiranya ang ter-'crush ' dgn dia rr... Paztu hati hang pun TERJATUH dekat dia... So, hati hang pun crush... Tadi kan hati hang jatuh. Tuu yang crush tuu."
Paztu budak tuu pun senyum dgn muka poyo dia... Tak boleh blah... =D


Hahaa...
Sekian, terima kasih...
=D Salam

Malaysia-Laos 28/11/12 =D

Posted by Nina Zizan at 11/30/2012 10:59:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

 Orait... Kali ni entry pasal bola...
*bukan xdak topik nak cakap, cuma memang terasa nak update pasal nii...

1st sekali, nak cakap yang game diorang okey...
Maksudnya xde rr buang2 masa macam game dengan Singapore...
*serius, aku memang anti dengan saiful si pemain singa tuu...
Sekali den tak suka, memang selalunya susah untuk aden tukaq pandangan den tuu...

Yang paling KO, Safee buang terlalu BANYAK peluang untuk shoot semalam!
Tapi, kira okey rr... Dia shoot gak gol ann... =) terima kasih!

Xde apa pon nak komen.. *nak komen camna?Nina sendiri pon kaki bangku!

Tapi memang best rr bila menang..
4-1, okey?
BTW, TAHNIAH Harimau Muda...
Chaiyok2!
=)

Saturday, 24 November 2012

Be Mine, Sudi Tak? 4(ii)

Posted by Nina Zizan at 11/24/2012 05:39:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


Afiq menarik comforter menyelimuti sebahagian tubuhnya. “Goodnight, assalamualaikum.” Dia mengucap kata selamat tersebut sebelum menutup matanya. Terdengar humming dari Nazliyana, menjawab salam.

Afiq tersenyum. Ya ALLAH, kau lindungilah aku dan isteriku dalam lindungan-MU.

Mata Afiq sedikit demi sedikit mula tertutup. Dan akhirnya, dia memasuki alam di bawah sedar.

******************************


EMPAT(ii)


Kereta Mazda RX8 merah milik Afiq memasuki perkarangan rumah. Nazliyana telan liur setibanya kereta Mazda itu di porch kereta. Mak aih, rumah! Macam istana siyh! Tak pernah aku terbayang nak duduk rumah besar macam ni. Serius, aku tak nak tinggal dekat rumah size cenggini! Kenapa? Korang tanya kenapa? Hello, sapa yang nak kena kemas rumah besau ni?! Den tak nak eyh! “Ni rumah ibu?” Nazliyana menyoal polos. “Yes. Rumah ibu, rumah ayah, rumah saya...”

“Jom turun...” Afiq membuka seatbeltnya. Masterkey ditarik, dan pintu ditolak agar terbuka. Afiq melangkah kaki kanannya keluar dari kereta. Nazliyana hanya memandang perlakuan Afiq. Sekali lagi, air liur kelat ditelan.

Nazliyana menolak pintu kereta. Dia melangkah keluar dari kenderaan itu dengan lafas basmallah yang hanya mampu berkumandang di dalam hati dan gerak bibirnya sahaja. Suara entah hilang ke mana. Pintu kereta ditolak tutup.

“Ibu!!!”

Pantas, pandangan Nazliyana dan Afiq terhala ke arah pintu rumah. Wani kelihatan di muka pintu dengan senyuman lebarnya.

“Ibu! Menantu ibu dah sampai ni!!!” Wani melaung lagi sekali ke dalam rumah, cuba memanggil ibunya, Datin Wahidah. Afiq menggeleng kepala melihat adiknya yang excited kemain lagi kakak ipar dia jejak kaki kali pertama dekat rumah ni. Nazliyana pula hanya mampu tersenyum.

Bonet kereta dibuka, dua bagasi hak miliknya dan Nazliyana masing-masing dibawa keluar dan diletakkan ke bawah lantai simen porch. Handy luggage ditarik ke atas.

Wani menyarung sandal yang tersedia di depan pintu rumah. dia berlari-lari menghampiri Nazliyana.

“Akak! Miss you!” Tubuh Nazliyana dipeluk erat. Nazliyana tarik muka pelik. Aik? Bukan baru kelmarin ke kita dua jumpa? Alaa.. Masa tunggu family aku nak balik Kedah tu. Haa! Kan baru je jumpa kelmarin!

“Amboi! Miss kakak dia je? Angah dia?” Afiq menyoal pada bagasi di atas lantai. Wani yang mendengar terlepas tawa. “Alolo... Merajuk pulak dia. Yelah-yelah...” Wani melepaskan pegangannya pada lengan Nazliyana dan berjalan menghampiri Afiq.

“Miss Angah jugak!!!” Wani melompat ke atas, dia merangkul leher Afiq. Wani kini hanya berdiri di atas hujung jari ibu kakinya sahaja. Memang nampak sangat Afiq tu tinggi tak ingat langit, ann? Tiga saat kemudian, Wani melepaskan rangkulannya. Dia memandang muka Afiq, begitu juga Afiq. Kedua-dua mereka tersenyum sesama sendiri.

Nazliyana tarik sengih paksa. Apasal mesra sangat? Tapi, apasal aku macam jealous? Nazliyana... Kau jangan cakap yang kau cemburu tengok Arash mesra dengan adik kandung dia sendiri, boleh? Ish! Bongeklah! Nazliyana meraup mukanya. Tak sanggup dah nak kutuk diri sendiri.

“Afiq!” Suara perempuan melaung dari muka pintu rumah. Datin Wahidah dan Datuk Azhar tersenyum pada anak dan menantu mereka. “Kenapa tak masuk lagi ni?” Datin Wahidah menyoal.

“Sibuk nak catch-up ni...” Wani selamba menjawab.

Afiq dan Nazliyana segera mendekati ibu bapa mereka. Tidak ketinggalan, Wani juga mengikut.

“Catch-up apanya Wani? Merapu je dia tu. Naz, Afiq... Masuk rumah dulu, nanti dekat dalam sambung berbual balik. Ibu dengan ayah pun nak join jugak.” Datin Wahidah menyambung lagi sementara anak-anaknya sedang mengatur langkah menghampiri mereka berdua.

Sampai sahaja dihadapan kedua-dua ibu bapanya, Afiq mencapai tangan Datin Wahidah, tangan itu disalami dan dikucup tanda hormat. Setelah bangun dari membongkok badan; bersalam tadi, Afiq mencium pula pipi kanan dan pipi kiri ibunya. Wah-wah! Memang penyayang! Tengok suami siapa? Suami Nazliyana lah! Afiq kemudiannya beralih pula pada Datuk Azhar lalu menyalami lelaki itu.

Nazliyana mencapai tangan ibu mertuanya. Apa yang dilakukan oleh Afiq, turut dilakukan oleh Nazliyana. Sebijik sama! Tangan bapa mertuanya turut disalami lima saat kemudian.

“Jom, masuk dulu. Ibu nak pergi dapur kejap.” Datin Wahidah mempelawa mereka masuk. Dia kemudiannya terus berlalu ke dapur manakala suaminya berlalu masuk ke ruang tamu rumah setelah menyuruh anak-anaknya masuk ke rumah.

Wani menarik lengan Nazliyana sambil tersenyum. Baru sahaja mereka berdua ingin melangkah beriringan ke dalam rumah, satu suara telah menghalang langkah mereka.

“Tu... Beg tu siapa yang nak tolong bawak masuk?” Selamba Afiq menyoal. Nazliyana automatik terus tersengih segaris kepada Wani di sebelah kanannya. Terlupa la pulak. Nazliyana memusing tubuhnya 180 darjah ke belakang. Terlerai pautan tangan Wani di lengan Nazliyana.

“Hee... Lupa.” Nazliyana berjalan mengikuti Afiq dari belakang menuju ke arah bagasi mereka.

Sampai sahaja di kereta, Nazliyana mengerut dahi. “Rash... Lagi satu beg Naz mana?” Blurr Nazliyana menyoal Afiq. “Ada dalam bonet kereta.” Selamba pula Afiq menjawab.

Nazliyana tarik muka. “Laa... Awat tak bawak keluaq? Tak kan nak biaq jadi pekasam kot dalam keta tu?” Nazliyana dah mula tarik muncung.

“Cik Nazliyana Nadwah, kita...”
“Nazliyana Nadwah Azizan.” Tanpa perasaan Nazliyana membetulkan kata-kata Afiq. Afiq terhenti dari berbicara. Eleyh!
“Yelah-yelah. Wahai Cik Nazliyana Nadwah binti Azizan...”

“Aku nikahkan dikau wahai Muhamad Afiq Arash dengan adikku, Nazliyana Nadwah dengan mas kahwinnya 99 ringgit, tunai...” Selamba lagi Nazliyana memotong.

“Budak ni kan!” Cepat je tangan Afiq menarik telinga Nazliyana yang tersembunyi di sebalik tudung coklatnya.

“Auch! Arash! Sakitlah!” Nazliyana mengaduh. Tangannya memegang tangan Afiq. Meminta agar Afiq melepaskan telinganya dari terus dipulas. Capang kang telinga aku, ada jugak manusia hilang telinga lepas ni!

“Afiq! Kamu buat apa tu?” Datin Wahidah melaung lagi dari muka pintu. Patutlah lama sangat diorang ni dekat luar. Punyalah lama kita menunggu diorang, dok tengah berlawan rupanya.

“Ni... Menantu ibu ni loyar buruk sangat...” Afiq mengadu.
“Alarh... Orang main-main ja tadi.” Nazliyana merengek.

“Dah-dah-dah...” Wani yang baru tiba di kereta abangnya menarik tangan Afiq. Terungkai juga pulasan tangan gagah itu dari telinga Nazliyana. Huh! Gagahlah sangat? Nazliyana menarik muncung. Bongek! Mentang-mentang sekarang ni duduk rumah mak dia, dia buli aku! Aku balik Kedah kang!

“Tak payah fikir banyak-banyak. Bulan depan baru kita balik Kedah. Jom masuk.” Afiq menutur kata-kata itu sebelum berlalu meninggalkan Nazliyana. Wani pula dah berkepit dengan Afiq.

Seddiyh la macam ni! Nanti dia buli aku. Habis, bila masa aku boleh buli dia balik?! Tak best! Nazliyana menarik tampat pemegang bagasinya, dan bagasi itu ditarik masuk ke dalam rumah besar dua tingkat itu. Nak beg lagi satu!


******************************


*Sepatutnya lepas ni bab diorang honeymoon... tapi bab tuu sampai sekarang tak tulis2 pon lagii???*
Hee.... Anyway, tq for reading! =) 

Program Pra-Diploma Sains UiTM*PD007* (MDAB) Kampus Pulau Pinang

Posted by Nina Zizan at 11/24/2012 05:22:00 pm
Reactions: 
147 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


Allright...
Dah tengok tajok, kan?
Actually, entry kali ni Nina tulis sebab maybe akan ada bakal student program ni search tentang program nii.

Macam Nina dulu, search punya search, seriusly tak jumpak pun entry pasal 'Introduction To Pre- Diploma Science UiTM...

Maybe salah keyword kot time tuu.. maybe?

Okey... Intro...

Nina masuk program ni...
Seriusly satu sen pon tak keluar sama ada untuk bayar yuran kursus@kolej...
Semua free of charge...

Then...
Akan ada 6 kelas(subjek)...
Subjek Science ada 2...
Math pun ada 2...
Extra ada BEL dengan CTU...

Physics, Chemistry, Math I, Math II, BEL, CTU...

Physics Chemy macam biasa....
Ada kuliah, tutorial dengan experiments...
Experiment pulak bukan tiap2 minggu ada...
Selalunya 2minggu sekali...
Tapi serius, memang sangat gempak bila dapat buat experiment memandangkan dulu dekat sekolah jarang2 sekali baru buat experiment...
Dua2 subject nii, Nina dapat A-...
See? I got A- for Physics...
Ingat gi, dalam first kelas dengan Sir Zaki(Physics), Nina ada cakap "Saya tak suka Fizik nii sir... Susah..."
Paztu sir senyum ja and cakap, "Xpe, nanti saya sukakan awak dekat Fizik..."
Ha-Ha-Haa... Even Nina dapat A- for fizik ni, keTIDAKsukaan saye dekat fizik, rasanya memang tak kan hilang kot.....

Next, Math...
Yang ni memang kind of anti subject rr...
Dari sekolah rendah sampai rr tingkatan 3, math memang subjek kegemaran Nina...
Tapi bila naik form 4, start sakit pala, math pun terus jadi my enemy....
Math I and Math II...
Math I more to +Math rr...
Untuk dua2 subjek Math ni Nina dapat B...
Memang tak boleh blah laaa....



Then extra subjek...
CTU... CTU ni subjek Pendidikan Islam rr senang cakap...
Introduction tu apa2 tah... Panjang sangat, malas nak hafal...
Untuk subjek ni, takda gred, just Lulus jaa...
And lastly, BEL...
BEL ni kelas bahasa English...
And for this subj, I got A!
Hahaa... Bukan bangga, cuma sukaa...
Tapi, part acting dalam kelas ni TERsangatlah saya tak sukaa.... Serius, tak tipu....

Then, apa lagi yang korang nak tau tentang Pra-Sains?

Okey...
Pra-Sains ni terbahagi kepada tiga(3) jenis*senang faham ada 3 ni walaupun sebenaqnya ada 1 jaa...

1--> Pra-Sains Semester 1...
              Untuk semester ni, student mesti lulus SEMUA subjek dan dapat pointer 3 ke atas untuk LAYAK ke program Diploma... Sebelum korang ambek exam, nanti kena beli 'Pin Penerapan UiTM'.... Macam pin UPU tuu jugak rr... Then kena masuk student portal, and isi borang continuation study... So, sesapa yang lulus semua subjek, dapat pointer 3 ke atas, automatik akan dapat masuk Diploma....
Untuk masuk diploma pulak, ada dua jenis...

First Group; Memandangkan Semester Pertama Pra-Sains biasanya/popularnya dibuka bulan Jun... By the end of year student yang lulus Pra-Sains akan daftar Diploma dengan budak2 SPM untuk kemasukan kedua UiTM(around bulan 11@12)... ***Pra-Sains dibuka 2kali setahun macam kursus2 diploma yang laen jugak...***

Second Group: Lulus Semester Pertama, tapi kena daftar Diploma the next year on Jun...
Okey... Nina adalah salah sorang yang termasuk dalam student group nii...
Nina kena daftar next year sebab masa isi borang penerapan UiTM dulu, Nina ambek Diploma Teknologi Makmal Perubatan*MeLTech*(Sains Kesihatan)... Well, ini adalah disebabkan kursus2 Sains Kesihatan hanya dibuka sekali dalam setahun, iaitu bulan Jun... Sebab tuu kena register next year....

2--> Pra-Sains Semester 2...
           Bagi mana2 student yang tak memenuhi syarat untuk layak ke Diploma, diorang boleh go on dengan semester dua... Tapi dengan syarat pointer kena above 1.0@2.0.... Tak sure rr.... Tapi, isi penting yang nak gitau dekat sini, student yang tak lulus 1st sem, still ada peluang nak pebaik diri dalam sem ni... Sebab, Pra-Sains memang ada dua semester SAHAJA....

3--> Pra- Sains Semester 1...
           Bagi student pointer under 1.0 kot, diorang maybe tak boleh proceed dari Pra- Sains Sem 1 ke semester kedua.... So, nama student maybe akan digugurkan dari senarai nama student UiTM...

*************************************************************************

Mana2 student yang dapat tawaran untuk ke program ni*sebab tak layak ke diploma, just grab this chance!

*HINT* Kitorang dapat elaun RM300 sebulan.... =D
Dengan duit elaun tuu jugakla, Nina dapat beli harddisk WD Passport 1T...

*************************************************************************

***UPDATE 17/4/14-->
Right... Disebabkan sekarang nii dah ada beberapa perubahan yang dah dilakukan, so, rasanya saya nak kena update jugak2 entry nii...
Well...
1st, dulu, masa nina ambek Pra Dip Sains nii, nina ambek dekat Kampus Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang... Tapi, sekarang nii kampus untuk PD Sains dah ditukar ke Kampus Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang... See? Dan........... Kampus Bertam tuu ialah Kampus yang nina ambek diploma sekarang, Diploma Teknologi Makmal Perubatan...
Macam budak2 Diploma Sains Kesihatan*kitorang laa*, kitorang duduk kolej*asrama* dekat Kampus Permatang Pauh... Awal2 pukul 6.45am kitorang dah turun kolej, naek bas yang disediakan oleh UiTM, then pergi Bertam... Transport memang disediakan untuk student... Jangan risau, free of charge... Xde bayar2 tambang bagai... TAPI~!!! Kalau tertinggal bas, then ada exam kee apa2 yang penting dekat Bertam, carilah teksi kee, prebet kee, kee kalau rajin sangat, ambek lah bas luar pergi Bertam sinun... So, BANGUNLAH awal2...~! Bas paling lambat bertolak ke Bertam pukul 7.30 am... ^_^

And, perasan kan dekat atas nina xde sebut pasal subjek Biology???
Sebab, masa dekat Kampus Permatang Pauh, xde makmal and instrument2 untuk experiment untuk subjek Bio... Sebab tuu kitorang x belajar Biology... ^_^


=)
any question pasal program ni...
Boleh jaa tanya Nina terus...
Mana yang Nina tau, nina tolong...
Kalau tak tau, sorry laa erkk...
=)

WALAUBAGAIMANAPUN, nina lebih cadangkan korang contact dengan staff UiTM under program MDAB nii... Sebab diorang lebih arif tentang program nii... Dan, nina nak mintak sorry awal2 kalau apa yang nina tulis dekat atas tuu salah/tersilap... Harap maaf...

Salam!
Salam Maal Hijrah!
*late is better than never, right?
=)

*Sedikit info tentang MDAB, Pra Diploma Sains
*Pengenalan Untuk Subjek-subjek Pra-Diploma Sains UiTM PD007
*Pra-Diploma Sains*UiTM*, STPM?
*Surat Tawaran Diploma UiTM~

*BTW, kepada anda2 yang buat friend request dekat fb nina pasal nak tanya pra-dip nii, mohon hantar chat@msj@inbox nina dulu taw... sebab nina malas nak approve friend request yang nina xkenal... hahaa, sorry... thank u... ^_^

Saya Rasa Ann...

Posted by Nina Zizan at 11/24/2012 04:41:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...

Apa yang saya rasa?
Saya rasa saya nak start tulis entry fully dalam bahasa English...
Bukanlah semua entry akan dalam BI.
Maksudnya, akan ada entry yang memang menggunakan bahasa english sepenuhnya...

Reason?
Saja...
Nak pebaik bahasa English...
Tu jee...

Okey x?
Kira okey jalah erk... =)
Bila saya akan start buat entry macam tuu?
Herm...
Maybe this coming entry, BUT not too soon... maybe?

Okey rr...
Nak dengar cerita saya?

Sekarang ni dekat TV tengah pasang cerita "Marry Me! Mary"
 Cerita Korea...
Ambek daripada Ainizah si kanak-kanak ribena... =)

Baru tengok sampai episode 3...

Cerita yang dah habes tengok ialah; Zettai Karashi(Absolute Boyfriend)...
Cerita ni cerita Jepun...
Masked Rider Kabuto(Hiro Mizushima) ada berlakon...
Jadi 2nd hero....
Saya tak tau kenapa, tapi adeq saya sangat suka MR. Hiro tuu....

Then...
Running Man yang ada dekat saya pon dah habez tengok...
=( sangat sedih...
Nieza!!!!!! Nak running man lagi...
Boring rr xdak RM....

Cerita pasal Running Man...
Character2 dalam tuu....



1- Jae Suk
--> MC Yoo... Saya suka dia... Sebab dia sangat humour! =)
Lagi, dia SANGAT HENSEM!!! ^_^
at first tengok RM dulu, macam pelik laa jugak kenapa Ainizah suka JaeSuk..
Tapi bila dah lama2 dengan RM, baru laa tau~~~
5 bintang!

2- Suk Jin
--> Urgh... Speechless...
Tapi, bila tengok dia selamatkan Gwang Soo dalam episod berapa entah, masa tuu Han Ji Min kot guest, rasa macam, huu~~~ Seriusly? Setia kawan giler!
1.5 bintang... Tak mampu nak bagi lebih~~~

3- Gwang Soo
--> Mula2 kenal Running Man dulu, dia ni kira boleh rr tahan.. Sebab dia tinggi...
Hensem pun, kira okey rr... Time dia berlakon konon2 romantik, agaklaa melting~
Tapi bila dah tengok lama2, baru tau yang dia nii sangat lah helpless, pathetic dan yang paling penting pasal GSoo nii, memang Raja Pengkhianat!!!.... Aigoo(OMG)...
4.5 bintang! *sebab dia suka buat lawak gila2*

4- Ji Hyo
--> Sangat suka tengok dia dengan couple Gary! Hahaa... So suwiiittt...
Then dia dengan Joong Ki pon, ok jugak..
Tapi kalau dengan Gary, lagi best!
*tapi, xdelaa couple betol2*
Dia ni Ace..
Boleh cakap tererrr rr...
Nina suka tengok kalau JiHyo teammate dengan Jong Kook, power!
5 bintang!
*dan gosip yang ditabur oleh Gwang Soo tentang Ji Hyo adalah antara yang daebak!* =P

 5- Gary
--> Dah sebut Ji Hyo dekat atas, kena rr mention Mr. Tak Ada Perasaan nii.... Sangat suka tengok kesungguhan dia menyukai Ji Hyo.... Dan episode 18(Titanic) memang sangat sweet...
Gary ni salah sorang penyanyi dari LeeSsang... *LeeSsang ni kumpulan yang dianggotai oleh Gary dan lagi sorang kawan dia, Nina malas nak ambek tau* Gary ialah Tukang Rap-nya.
Suara dia time rap sedap!
Hurrmmm... Untuk Gary, 4.5 bintang!

 6- Ha-Ha
--> Character Doctor Gila.... =P Tapi ann, saya sangat admire dia...
Sebab? Sebabnya, sesapa yang couple dengan dia dalam Running Man, maksudnya sesapa yang dapat berpasangan dengan dia, mesti akan happy gila!
Dan saya hampir-kepada-memang-sangat-frust-tambah-kecewa bila dapat tahu dia kawen...
Poyo giler! =P
4.5 bintang jugak!
Sebab Ha-Ha and Gary kan that 'Kid'...
That 'Kid' mestilah dengan Commander!!!

7- Jong Kook
 --> Dan inilah hero RM untuk hampir setiap episode... Commander, SpartaKook, Tiger and WhatSoEver...
Sangat suka lagu loveable.... Loveable versi Ha-Ha pon, boleh tahan.... =P
Nak lagi kalau JK nyanyi Nero-Turbo dengan Ha-Haa..
Dengan dance diorang, memang the best ever!
5 bintang 4 my hero!
*acah jee~ aku xdelaa minat sangat JK*

8- Joong Ki and Lizzy
--> diorang ni pernah jadi member tetap RM...
Tapi tak lama...
--> Joong Ki is Flower Boy of RM...
Dia sangat caring, dan consider~
Contohnya, ada 1 time tuu, Yuri SNSD datang RM..
Dia kasi chance dekat GSoo together-gether dgn Yuri sebab dia tau GSoo suka Yuri..
See? Baik tak? Dah laa comel!
Untuk Jong Ki, 4.5 bintang jugak!
--> Untuk Lizzy, tak tau laa nak kasi brpa bintang?
Sebab nina tgk RM yang ada Lizzy macam Ep.18 tuu jee?
Sory, xley kasi bintang untuk Lizzy...

Orait... Dah la erk...
Macam dah banyak giler tulis hari ni~
Salam, goodnyte... =)

Monday, 5 November 2012

Video dan Lirik Lagu Hlovate =)

Posted by Nina Zizan at 11/05/2012 02:00:00 pm
Reactions: 
2 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...

Dah LAMAAA ann nina x update blog...
Hee... Actually kan, kampung nina ada pasang wifii...
Dan yang lebih untungnya ialah rumah nina dapat connect dengan wifii tuu...
 Untung, kan?! =D

Orait... Dah baca tajuk post kali ni ann?



Kalau kamu2 tengok dekat entry hlovate yang lepas, nina ada bagi link untuk ke file lagu dekat 4shared versi mp3...
Tapi, hari ni nina akan kasi link untuk ke VIDEO pulak...
Masih menggunakan audio file yang sama; nyanyian mr. Engku Azfa saya*saya tuu! =P


So, kalau ada sebarang komen, silalah komen... *gaya ya ya iyaa ja ada orang komen =P

ps--> nina baru perasan ada sorng guest yang mintak chord untuk lagu hlovate...

Sorry, nina xley kasi secepat mungkin...
Kena tunggu mr. azfa habez SPM dulu...
Sory jee.... BTW, this is my video...

Sekali lagi DITEGASKAN, bahawasanya lirik ini adalah hasil nukilan MISS/MR. HLOVATE, dan hak cipta terpelihara Jemari Seni Sdn Bhd....

Saiz vid ni around 20Mb... Ada x sesapa yang reti nak bagi saiz dia kecik, tapi quality tetap ok?
Kalau reti, tolong ajar please....

This is the lyric btw...

~HLOVATE~

You wonder
Is it an angel or yet
Maybe a sweet dream that you can’t forget
So close yet far-fetched
Causing you to float on the line
between reality and fantasy

Haunted the nightmares
Creates the ecstasy
Hlovate~ oh poisonous honey
Love and hate
Driving me crazy

The poison ivy of Venus
Killing with venom so sweet
You’re losing your head
Don’t want it yet it keep haunting
Losing yourself in the suffocating mist

The blind arrows of
Piercing cold ice and
warm melting heart
Tearing me apart



 

StreetsOf93Story Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez