Nuffnang Leaderboard
Showing posts with label Nina's Life. Show all posts
Showing posts with label Nina's Life. Show all posts

Thursday, 17 November 2016

Clearance UITM PP (Permatang Pauh- Student Bertam)

Assalamualaikum!!! 
Good day~!

First of all.... Sigh~~~ Alhamdulillah... Lega...! Berjaya juga buat clearance UiTM!

Actually, sebelum pi buat clearance ni, macam2 yang saya terfikirkan... Macam2 juga yang saya takutkan... 😭😭😭 *Cuak tahap tak tau macam mana nak bagitahu...
Actually lagi, next week, Isnin- 21/11/2016 dah nak konvo... Hari ni, Khamis- 17/11/2016 baru berpeluang nak pi buat clearance...

Skip...

Nina pi UiTM kali nii dengan abang yang garang... Seriusly, Nina memang tau dia cepat naik angin kalau tunggu lama2... Bab kedua cuak, takut kena marah dengan dia sebab lambat 😭😭😭

Nina sampai dekat UiTM Penang, Permatang Pauh dalam pukul 1030... Mak, abang dengan Ikhwan(anak menakan a.k.a anak sedara) tunggu dalam kereta. Mak sebenaqnya nak ikut nina pi buat clearance ni. Tapi saya terpaksa menghentikan niat emak, "Emak tak payah laa ikut. Kami nak kena pusing merata. Semua blok nii kami kena pi," sambil tangan saya mengarahkan dekat Pejabat Kolej Kristal, Kolej Zamrud, Laman Perdana, dan Library tentunya. Lalu, emak pun terpaksa hentikan niatnya. *Bukan sengaja tak bagi ikut, tapi seriusly, MEMANG PENAT GILA!!!!! 🤕🤕🤕 Masih lenguh lagi kaki2 ini...

Turun kereta, destinasi pertama, pejabat HEA... Dekat bangunan BKBA... *Seingat saya, itu laa nama bangunannya, kalau salah, sorry... Minta dekat staff borang clearance, nanti dia orang bagitahu kena buat apa. Drama saya tadi...
Nina:  Assalamualaikum... Saya datang nak buat clearance.
Staff: Adik ambil borang kuning dekat belakang tuu.
Saya pun berlalu ambil borang clearance. Masalah muncul!!!
N: Saya student Bertam... So, saya kena buat dekat Bertam juga kaa macam mana?
S: Adik susah tak nak pi Bertam?
Saya tak menjawab terus, tapi rasanya muka memang direct jawab, "Susah!" Dan aku masih terfikir kalau2 abang aku beletiaq banyak2  🤒🤒🤒 Scary!!!

S: Tak pa lah. Adik buat jaa semua dekat sini...
Dalam hati aku, memang syukoq gila2!!! Satu hal settle... Tak payah pi Bertam ❤ Kemungkinan kena marah dengan abang dah kurang 30%...

**Part 1**
Masalah lagi!!! Kena dapatkan sign dari pegawai fakulti/jabatan... Kalau ikutkan, part 1 ni, sign&cop memang kena ambil dekat Bertam...
N: Yang sign fakulti jabatan nii nak ambil dekat mana?
S: Takpa... Saya tolong sign....
Lalu akak HEA pun sign... Dalam hati lagi sekali, Alhamdulillah!!!!! Aku sangat terhutang budi dan jasa dekat kak HEA yang baik hati!!!!! Walaupun saya tak tau nama kak, saya memang happy jaa bila nampak kak kat kaunter... Terima kasih!!! 💞
Selesai part 1... Tahniah~

**Nak buat clearance, tapi kad matrik @ kad pelajar hilang...**
Bab ketiga cuak... Ini pun salah satu masalah saya... Kalau boleh, confirmkan dulu dengan staff HEA, macam mana nak buat clearance UiTM kalau kad matrik hilang? Sebab saya tak tanya HEA awal2 masa ambil borang clearance tadi, lepas dh habis pusing UiTM dapat semua cop&sign, dah nak pulangkan borang clearance tuu, baru saya tahu actually kena report dekat bahagian keselamatan yang kad matrik hilang. So, saya terpaksa pergi lagi sekali ke bahagian keselamatan untuk report. After report, akan dapat 1 slip, bawa slip tuu ke HEA dengan borang clearance sekali... Okkey? 👌 Nasib saya kira baik juga lah, alhamdulillah... Sebab... Saya tak kena bayar apa2 untuk kad matrik yang hilang tuu. Kalau tak, kena denda RM30... Tapi sebab minggu depan dah nak konvo, so, tak jadilaa dendanya. Terima kasih!!!

**Part 2**
Library @ Perpustakaan...
Pi jaa kaunter library, dah boleh dapat cop...
Kalau ada denda kaa, nak pulangkan buku kaa, uruskan kredit kad matrik kaa, apa2 kaa, settle masa dapatkan sign cop.

**Part 3**
Bahagian Keselamatan...
Laman Perdana (kan nama bangunan yang ada mesin ATM tuu? Kalau salah, mohon betulkan...)Tingkat 1- Polis Bantuan...
*kalau ada masalah dengan kad matrik macam saya, jangan lupa settle masa dapatkan sign cop tuu.

**Part 4**
Pengurusan Kolej...
Sebab saya student Kristal, so saya ke pejabat Kristal laa... Tingkat 1- atas Dewan Makan Kristal...

**Part 5**
Hal Ehwal Pelajar...

        **5(i)**: Ko-kurikulum
         HEP. Laman Perdana. Tingkat 8, kiri...

        **5(ii)**: Tatatertib
         HEP. Laman Perdana. Tingkat 8, kanan...

        **5(iii)**: Unit Sukan
         BELAKANG Kolej Zamrud, Tingkat 1.
         Rasanya, inilah yang paling susah nak dapatkan sign cop nya... Unit Sukan sekarang dekat belakang Kolej Zamrud. Kalau korang tak tau, dan first time nak pergi Unit Sukan ni, ann... Dinasihatkan, jalan jaa sampai **PALING** belakang bangunan Kolej Zamrud tuu... Walaupun rasa cuak masuk kawasan kolej lelaki, walaupun cuak sebab rasa macam salah tempat, walaupun cuak sebab tempat macam terpencil, dan MENAKUTKAN, dimohon, redah jaa...! Saya punyalaa pusing kiri kanan Kolej Zamrud tuu, sebab nak pi belakang macam menakutkan sangat. Tapi, memang disitulah tempatnya. Oohhhh yaaaa.... Saya tak dapatkan sign cop dalam pejabat Unit Sukan, tapi dekat Stor Sukan. *Punyalaa aku bagi salam dekat pejabat, rupa2nya ada jaa diorang tampal notis "Untuk urusan clearance, dapatkan sign cop dekat Stor Sukan". 😷😷😷 Stor Sukan ada sebelah Unit Sukan tuu ja. Jumpa unit, jumpalah stornya.

**Part 6**
Kewangan... 
Laman Perdana. Tingkat 1- Bendahari.
*PERINGATAN: Selagi korang tak settle semua 5 dekat atas tuu, xpayah berangan nak dapatkan sign cop Kewangan... Settle semua 5 bahagian dekat atas dulu, baru boleh dapatkan sign cop Kewangan. 👌

**Part 7**
Kembali ke HEA...
S: Tahniah... Awak dah boleh konvo sekarang...
N: Terima kasih banyak2 kak... 😘😘😘

**Flow Perjalanan**
HEA >> Library >> Kolej Kristal >> Kolej Zamrud (Unit Sukan) >> HEP (Tatatertib & Kor) >> Keselamatan >> Kewangan >> HEA 👈👍👌

Tepat pukul 1200, saya berjaya selesaikan urusan clearance... Tengak jaa phone, abang ada missed call sekali, dengan hantaq 1 mesej "Xsudah lagi kaa?" yang baru sahaja diterima.
Aku tersenyum sambil berkata dalam hati, "Right On Time". 😁

Aku pun kembali ke kereta yang diparking dekat parking area Kristal... 👻 *Rasa macam nak tidoq terus sampai2 kereta tuu. Dahaga? Memang tak perlu ditanya. Macam nak pengsan pun ada* Aku bagitau dekat abang, dah xpayah pi Bertam, semua dah settle kat sini, dia terus senyum. Gegeh! "Xpayah pi dah?" Kemarahan abang tak berjaya ter-trigger. Tahniah Nina! 🤓

Kami pi dewan makan, tapi minum jaa... Mak beli sayur, bungkus... Kami makan kat rumah...

Tahniah Nina...~
Terima kasih Dayah n Najihah yang baaaanyaaak tolong pasai clearance...
Thanks Hani n Farhana yang sentiasa support...
Thanks Mie menjawab kemusykilan2...
Thanks kanak2...
Thanks abang tolong drive...
Thanks family yang banyak tolong doa urusan dipermudahkan...
Terima kasih mak, terima kasih pak... For being my parents...!

❤💕💞

Clearance, DONE!! KKEUT!!!

Ahad- Ambek jubah konvo + raptai.
Isnin- Konvo.

Wish me luck, doakan segala urusan dipermudahkan. *Masih cuak, takut kalau2 clearance last2 minute nii, masalah pula masa konvo nanti

Last but not least, thanks sudi baca entry panjang berjela ni. Assalamualaikum... Good day~! 😋✌

Attachment:

👆 Contoh borang clearance UiTM PP


👆 Borang clearance saya sebelum hantar HEA


👆 Slip report kehilangan kad matrik @ kad pelajar


Sunday, 2 August 2015

Praktikal Meltechian- Setengah Jalan Lagi

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Tak adalaa goodday sangat sebenarnya...
 Hmm.... Aku masih dalam kesedihan...
Rituu balek raya seminggu...
Seminggu??? Setelah tiga bulan tak balek rumah!
Seriusly! Sangat tak cukop masa yang diberi... ='(

So... Merujuk tajuk di atas... Dah setengah jalan kitorang di perantauan...
Half way-to-go... ='((

1- Microbiology
 

 Dekat Microb... Alhamdulillah... Seronok... =) Nak sebut satu2 nama staff memang tak laa... Ramai benau...
Dari Media Preparation, Myco, Bacte, Immuno dan Viro...
Hmm... Tak terkira laa banyaknya...
Tapi, yang pasti, Kak Azim adalah staff faveret aku dekat Microb...
Sebab dia sllu cakap, "Alaa... Buat je macam rumah sendiri..."
Jadi, kitorang pon ke Cool Room dengan happy dan bangganya masuk bilik 2'C tuu untuk bershopping segala jenis agar yang diperlukan... ^_^ Bahagia... Bahagia ddalam bilik sejuk itu... Ala2 ddok dekat Korea jaa...


2- Chemical Pathology

Next lab, Chempath... Chempath nii dah hampir ke fully automation... So, tak banyak sangat benda yang kitorang boleh hands on... Dekat sini, yang kitorang perform pon, UPT(urine pregnancy test), Urine Dipstick tuu, and ESR(erythrocyte sedimentation rate)... Tuu pun kitorang setakat masokkan benda2 yang ada tuu dalam mesin, mesin yang keluarkan result...


 3- Cytology

Sampai pula ke Cytology lab... Dekat Cyto hampir semua benda kitorang hands-on... Dari receive specimen sampailaa ke mounting... Kecuali cell block jaa... Kitorang sekadar observe, sebab tak banyak sample request nak buat cell block tuu... Staff dekat cyto rasanya mmang boleh dikira dengan jari... Semuanya baik2 dan ramah2 belaka... Terubatlaa jugak rindu dekat family... Cyto lab last kitorang sebelum balek raya... N kitorang dapat duit raya dari Inche Amin dan Kak Wati!!! Jyeah... Bahagia....



 4- Parasite

Dekat Parasite, kitorang attach seminggu jaa... So, sempat laa jugak bermain2 dengan stool positive parasite... Gambar sebelah tuu, Ascaris lumbricoides... Si gemuk panjang kanan itu betina, manakala di kecil ekor bengkok itu jantan...





5- Histology


Kitorang baru attach dekat sini seminggu... Dua section aku dah masok... Microtome, n sekarang dekat Haematoxylin & Eosin section(pewarnaan)... Dan bak kata Pegawai Sains yang ramah serta baek hati, Puan Azlin, lab histo boleh tahan boring laa... Bukan sebab apa, cuma kami2 budak2 praktikal xboleh hands-on benda2... Risky kan... Takpaa... Kitorang faham tentang hal nii... =)






Dah laa... Aku dah ngantok... Lapaq....
Annyeong... Assalamualaikum...

Saya Belajar Menulis Korea

Assalamualaikum...Hey! Goodday!=)

Hyeee..... 
Saya belajar mengenal, menulis dan membaca tulisan Korea. Cikgunya, Cikgu Ain!!!
Berjayakah saya? >_^

Sunday, 19 April 2015

Latihan Industri / Practical Session

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Heyya...
Hati? Agaklaa berat, sakit dan pedih...
*hyper sangat kan ayat nii* =_=

Now, dekat Citin Hotel, Masjid Jamek, KL...

Last day sebelum masok dan mnetap di Prisma Perdana, Cheras, Selangor.

Seriusly... Sedddyhhh...

Malam nii kitorang serumah akan round table and disscussion.
Huarghhhh!!!!!!!!!!!!
I'm not ready for this...

Sangat berdoa dan berharap sepanjang praktikal nii, xdak masalah dan dipermudah, ameen...

Bab practical, insyaALLAH nanti akan diupdate...
*kalau ada masa, and rajin menaip*

Haigoooo...
=_=

dah laa...
anyyeong...

Thursday, 12 February 2015

Study Virology

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

"Virology is the study of viruses and virus-like agents: their structure, classification and evolution, their ways to infect and exploit cells for virus reproduction, the diseases they cause, the techniques to isolate and culture them, and their use in research and therapy." Retrieved 12/2/2015 from News Medical, What is Virology, from http://www.news-medical.net/health/Virology-What-is-Virology.aspx

 Dalam bahasa senangnya, virology ialah subjek yang belajar tentang virus dan benda2 yang mempunyai sifat seperti 'virus' samada dari bentuknya, kelasnya dan juga cara ia berevolusi, cara mereka menjangkiti dan MEMPERGUNAKAN sel untuk mereka membiak,penyakit dan penyebab sakit itu wujud. Tak kurang jugak, teknik meng-isolate (mengasing/mendapatkan virus individu) dan cara meng-culture(membela) virus tersebut- dan juga kegunaan virus2 tersebut dalam bidang  penyelidikan dan rawatan terhadap virus itu sendiri.

*Mr. Google

Ms. Google

Yes!!! Untuk aku menterjemah ayat dari laman web yang aku dapat dekat atas tuu, kurang bermasalah bagi aku. *especially bila ada Google Translate yang banyak membantu.

Masalahnya sekarang ialah, aku ada 6lectures yang nak kena hadap/hadam, tapi aku LANGSUNG TAKDAK mood untuk berbuat demikian.
Serasanya lebih seronok menghadap HayDay di Redmi aku.... =_=


Introduce u to KSV
Dan, sepanjang aku cuba membaca virus ini, apa yang aku berjaya paham ialah...
"Karl Shafek Virus (KSV) adalah sejenis virus yang dah menjangkiti cell2 aku. Dia punya level of infection boleh dikatakan agak aggresive(acute), dan masalahnya virus KSV nii dah jadi some kind of chronic infection... Sebab KSV nii tahan lama laa jugak dalam cell2 hati aku..."
*sila muntah selepas membaca research statement Dr. Nina di atas. Retrieved from this very entry. =P

Kenapa aku suka dia? Yup, that is correct! Sebab, BUAT MASA SEKARANG, i am infected by KSVirus.

Done here. Nak makan, nak study*konon2nya*

Salam... Ciao...

Sunday, 8 February 2015

Cytology- Subjek Anti!!!

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Well3... Hari nii dah hari Ahad...
Besok Isnin....
Cyto, Microb n Hema menanti laa maksudnya....

For this week, 4th sem student of Meltech akan menghadapi 2 test- which is Cyto and Viro..
Viro? Viro? What???

Oh my...Ini adalah dua2 subjek alah....
SANGAT alah!

Besok-Isnin ada test1 Cyto... Jumaat pulak akan ada test1 Viro...
Next week pulak killer week! Penuh dengan Practical Test!!!

Dan besok ada test1 Cyto... Like what?
Cyto?


Normal Endometrial, i guess??? Mohon jangan percaya sangat, as I am not doing well with Cyto, yet? =P


This is rasanya adalah ACC- Adenocarcinoma (cancerous cell) which have to refer directly to gynaecology ASAP.
 
 See??? Aku sangat tak dak confident dalam Cyto... Bila aku tengok slide, bagi aku semua cell tuu macam sama jaa... Dah cemana aku nak bezakan depa??? :'( sangat2 nak naek hanginn

 Kalau subject2 laen, aku belajar dengan link-kan almost semua subjek tuu supaya aku boleh pusing2 ceritanya... Tapi, Cyto nii?? Dia macam stand alone jaa... Aku tak boleh nak ambek cerita dari other subjek untuk tambahkan/membantu kefahaman aku pasai Cyto nii... Sangat sadis! *jangan suruh aku link-kan Cyto dengan Histo. Time histo kitorang cuma belajar nak dapatkan slide jaa.. Tak belajar tengok2/interpret slide bagai.

Wish me luck. Konon2nya lepas type entry nii nak menghadap cyto pulak...
=_=

Assalamualaikum, have a nice day...
Anyyeong~


Sunday, 2 November 2014

CTU 221- HUKUM PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

 Just nak kongsikan assignment yang kitorang dah buat harituu...
Ada slide presentation... (markah present aku dalam 8.5/10 xsilap)
Yang assingment PDF pun ada jugak... (markah PDF nii dalam 8.5/10 jugak, KOT???)

Entah.. Yang markah tuu, sebenaqnya dah lupa..
File markah tuu dalam tab...
Tab pon dah rosak skrang, so, xboleh nak check balek...
Dan kemalasan jga...

Nii link2nya....

***Slide Presentation

*contoh slide
















***Salinan PDF

*cover PDF file





















Well, thats all!
Yang nak merujuk tuu, silalahhh...
Semoga bermanfaat dan boleh mampu korang sikit2! ^_^
Assalamualaikum~!

Sunday, 26 January 2014

LDK 4 KI,, Latihan Dalam Kumpulan untuk Kemahiran Insaniah

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Heyya..
Orait...
Kali nii nak tulis pasal Latihan Dalam Kumpulan a.k.a LDK...
LDK nii adalah salah satu part under program Kemahiran Insaniah(KI)...
Dan program KI nii, tak sure laa hanya UiTM yang ada atau U laen pon ada jugak..
Setahu saye, UiTM yang ada program KI nii..

Actually, kitorang memang tak tau pon apa misi dan visi KI nii..
Tapi berdasarkan aktiviti2 yang dilakukan, dalam bahasa mudahnya, KI nii adalah suatu program ingin melatih 'Soft Skill' students...

Well, tau tak yang 'Skill' seseorang itu terbahagi kepada dua jenis,, iaitu;
1- Hard Skill
2- Soft Skill

~Hard Skill seseorang dinilai dari pencapaian akademiknya...  Means, segala sijil, diploma, degree, master, pHD yang someone dapat, itu adalah BUKTI yang seseorang tuu ada hard skill...
Dan seseorang akan dipanggil interview untuk sesuatu jawatan*besar/tak* apabila diorang sah2 ada BUKTI hard skill nii... Means, kalau dapat interview, itu bermaksud, dari segi hard skill, korang memang dah sah2 layak untuk jawatan kosong tersebut.

~Soft Skill pula ialah kemampuan berkomunikasi seseorang tersebut. Dan 'interview' diadakan sebelum mengambil seseorang bekerja adalah untuk menguji soft skill nya.. Soft skill nii lah yang akan menentukan berjaya/gagal seseorang tersebut dalam interviewnya..

Contohnya ada 2 orang yang pergi interview untuk jawatan yang sama, tapi tempat kosong yang ditawarkan hanya satu....
 -Calon A- 4.00 CGPA
 -Calon B- 3.49 CGPA
So, jangan pelek kalau calon B yang berjaya mendapat kerja dalam interview tersebut...
Ini berkemungkinan tinggi calon B punya soft skill yang lebih baek dari calon A walaupun dah terbukti yang calon A punya hard skill yang tak dapat dinafikan, adalah antara yang terbaek.

Dan program LDK nii nak memupuk soft skill dalam diri seseorang dengan melibatkan diri dalam aktiviti2 LDK nii...
Actually, LDK adalah sangat best- KALAU ada kawan yang korang kenal.
Dan LDK adalah sangat membosankan- KALAU xdak langsung kawan korang dalam kumpulan/ahli kumpulan korang adalah kerek secara melampaunya.

Macam aku...
Dalam LDK kelmarin, (26/1/2014) aku adalah satu-satunya wakil dari kos Teknologi Makmal Perubatan... The one and only!!! Bayangkanlah~ =_=

Then, fasi kami bagi kebenaran buat kumpulan sendiri.. dalam 36 orang kami tuu, pilihlahh sapa2 yang nak, bentok jadi 4 kumpulan kecik... then, disebabkan aku memang xkenal sorang pon dalam kumpulan tuu, so aku ikot jalah kumpulan yang memang semua budak perempuan...

LDK ada dari dari Semester 1 lagi...
Untuk Sem 1 nii, korang akan menjalani Modul 1..
*tapi sy xfaham kenapa kitorang student Sem 2 menjalani Modul 3 LDK kelmarin*
Sampai Sem berapa LDK nii ada, jangan ditanya...!
Sebab kitorang pon still confius actually....
Tempoh habiskan diploma antara satu kos dengan course yang lain tempoh belajar kan tak sama...
Ada yang 6 sem... Macam Diploma Teknologi Makmal Perubatan, 4 Sem jaa dekat UiTM...
5th sem practical dekat hospital...

Tentatif program LDK nii lebih kurang macam dekat bawah;

8.30-10.00 pagi = Ceramah Modul 3(modul ikut sem masing2.. tapi kitorang sem 2, modul 3)

10.00-11.00 pagi= Rehat
11.00-1.00 t/h = LDK
1.00-2.00 ptg= Rehat

2.00-6.00 ptg= Sambungan LDK

Tapi flow nii actually ikot keadaan jugak rr...
Yang ceramah awal tuu, sepatotnya habez pkol 10.00 am...
Tapi kelmarin pkol 10.40am baru habez ceramah...
So, kitorang straight pergi kelas masing2 ikot kumpulan...
*senarai nama akan keluar dekat laman UiTM kampus masing2- lebih kurand dalam seminggu sebelum LDK nii diadakan..
So, refer jaa dalam senarai tuu. And tempat ceramah/kelas LDK pon akan ada dalam list tu jugak*
Then pkol 11-1 ada LDK first...
Rehat kejap... Macam group kitorang, fasi suruh sambong kelas balek pkol 2.15pm.... =)
Tapi ada jaa kelas yang start balek pkol 2.00/2.30 pm...

Then yang pkol 6.00pm baru balek tuu, tuu pon tpulang kepada fasi group masing2..
Kalau yang baek+cool tuu, dia bagi jaa balek sblom pkol 6...
*dan para student akan HAPPY SANGAT5 kalau dalam fasi macam nii... ^_^
n jyeah... untuk pngetahuan, fasi nii bukanlah fasi dari kalangan senior kita kaa bagai...
Fasi adalah dari kalangan para lecturer yee... ;)

Hmm... Aktiviti apa yang buat dalam LDK nii?
Well, aktiviti adalah tak sama untuk setiap kumpulan...
Dan depend on our Module...
Secara generalnya, benda yang dibuat ialah, apa2 tajok diberi, so, group kena tulis dekat kertas mahjong mnggunakan marker pen yang telah disediakan oleh fasi anda...
Lepas dah siap tulis, macam biasa, kena present dekat depan..
Ha-ha-haa   =P
Kelmarin kitorang kena buat 2 presentation...
Then ada group laen maen game, Rimba= "1, 2, Rimba, 4, 5, Rimba..."

Dan lepas jaa balek dari LDK...
Korang akan rasakan satu kepenatan yang amat sangat...!!!
Iaitu, penat BORING.....~!!!
Hahaa...! =P
*well, depend macam mana perasaan korang dengan LDK tuu laa
kalau happening, xpenat laa ann

Ryte...
Till then..
Jaa~!
Salam ^_^

Monday, 13 May 2013

Surat Tawaran Diploma UiTM~

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Okkey...
Kali ni, kita kembali dengan entry baru, yang juga akan menceritakan tentang UiTM...
Masih lagi ada kena mengena dengan Pra-Diploma...
Tapi, kali ni akan lebih kepada PENERAPAN masuk ke diploma...

Orait...
Kalau ingat lagi laa kan, entry Nina yang pasal Kategori Student Pra-Diploma dalam satu entry tuu ada cerita tentang student yang lulus pra-dip ada 2 jenis...
1- Yang akan sambung diploma next sem(kemasukan november/disember)
2- Yang akan sambung diploma next year(kemasukan jun-julai)

Pelajar yang kategori ke-2 ialah---> para pelajar pra-diploma yang lulus sem 1, dan dia apply apa-apa course dalam Health Science*Sains Kesihatan*...
Perkara ni terjadi sebab, UiTM hanya buka kemasukan untuk pelajar ke kos Sains Kesihatan 1x dalam setahun...
Ok???
 

Surat yang saya tunggu dengan penuh sabar dari En. Radzi UiTM yang suaranya sangat macho~

 *mati aku kalau En Radzi UiTM baca entry ni~~~~!!!!*


Ini surat yang sama, dalam keadaan zoom. Nak bagi nampak tarikh post surat ni...

 Diorang post surat nii 26/11/12...
3 hari selepas surat ini dicetak...
Dan sampai dalam masa lebih kurang 3 minggu kot dekat rumah saya...
*sebab tuu dalam SABAR saya menunggu surat nii*



Ini cebisan surat masa saya isi 'Application Continuation Study' masa pra-dip dulu~ *saje je print*


Ini lahhh surat tawarannya! ^_^


see? tarikh surat ni dicetak pada 23/11/12


tawaran ke Program Diploma Bagi Kemasukan Sesi 1 2013/2014


Ni jadual masa pra-Dip dulu~ Terjumpak masa keluarkan surat tawaran dip~


******************
 Sebelum saya terima surat ni, actually berlakulah satu cerita dalam satu hari tuu~
Time ni tengah cuti sekolah hujung tahun... So, bercuti sakan laa kan....

Saya sedang menonton tv berdua dengan adik saya pada suatu petang yang boleh tahan panasnya...
Tiba-tiba, handphone saya melagukan lagu-hape-entah-yang-saya-sendiri-dah-lupa, menandakan ada satu panggilan masuk...
Bila saya tengok skrin phone, number yang terpapar ialah 03-_______.......

"03? Ni number KL?" Itu yang terlintas di fikiran saya...

So, nak tak nak, saya pun tekan laa jugak butang answer dekat Inche Ericsson~
Dan...

"Hello~~~" Sapa satu suara yang menggetarkan jiwa. *huahuahuaaaaa!*
Dan dengan suara yang hampir tidak keluar saya pun membalas hello-nya dengan, "Ye.........?" *hahaa... itu jaa aku jawab, memandangkan aku takda skill bercakap dalam talian... bestfriend aku pun aku tak call... kesian tikah.. sorry tikah, hang tau kan aku memang xdak topik bila cakap dalam phone~*

Kemudian, encik di seberang sana pun menyambung bicaranya yang terhenti, "Saya Radzi dari UiTM Shah Alam..."

Once aku dengar word UiTM, aku yang duduk depan tv tuu terus melarikan ke tempat yang lebih sunyi, mana lagi sasarannya kalau bukan, bilik, kan?
So, dalam lima enam langkah jee, aku dah pun sampai bilik...

*kalau cerita guna word 'aku' lagi feel laaa~*

Time tuu hati memang dah dup-dap-dup-dap!!!!!!
Serius! Tak tipu!
Dan, kamu tahu kan, time hati berdebar suara akan bertukar jadi macam something else~?
Seriusly... Itu terjadi sebab...
Err....

TAPI!!!!
Lepas tuu dia tanya aku, "Boleh saya cakap dengan _____"
Err, actually, aku dah lupa apa nama yang dia tanya?
Fikri kot?
Kot?
Tapi, yang pastinya dia tanya aku nama budak laki...

So, aku pun macam blurr jaa...
Sempat laa kelip-kelip mata dalam dua saat...

Paztu aku cakap, "Bukan... Saya Farhani..."
*Farhani ok? Nama formal time professional*

Lepas tuu dia tanya lagi, "Ni bukan ___?"
Aku jawab dengan tawa paksa, "Bukan~"
Lepas tuu dia cakap balik, "Owh~ Sorry lah yee... Assalamualaikum."
Aku pun dengan perasaan hampa membalas salamnya, "Waalaikumussalam..."

Lalu, aku pun kembali ke depan tv...
Adik aku dengan sengih kerang busuknya tanya aku, "Macam mana?"
Aku tayang sengih satu saat, "Dia salah telefon number." Ngok!

TAPI!!!
Dalam 30 saat kemudian...

Handphone aku lagi sekali berdering, dan number yang sama muncul...
So, aku melarikan diri, juga lagi sekali ke dalam bilik...
Adik aku yang boleh tahan gedik mengikut aku kali ini...

"Hello, assalamualaikum?" Kali ni aku bagi salam, memandangkan aku dah boleh agak siapakah gerangan di sebelah sana...
"Waalaikumussalam... Boleh saya bercakap dengan Nur Farhani Husna Binti Azizan?"

See??? Nama penuh dia tanya!
Hambek koo!
Hahaa...
Time ni aku tersenyum, sambil berdebar gila!!!!!!!

"Yee saye???" Konon-konon dialek KL! >_0

Lepas tuu dia gelak dowh~~~~! Macho~
Herrr... Ok, time tuu aku terkaku... Sambil sengih ofcourse....! =P

Lepas tuu dia cakap, "Sorry~ Saya salah baca nama tadi..."
Dan aku hanya tersenyum sambil balas, "Takpe~" Aku cuba control macho, padahal dalam hati berdebar gila! Bukan sebab suara dia sedap jaa, tapi MESTILAH sebab aku takut kena pi Pahang!!!


Time nii aku sangat takut kalau-kalau dia cakap, "Kamu ditawarkan ke Program Diploma Mikrobiologi..." atau "Kamu ditawarkan ke Program Diploma Teknologi Makanan..."
Sebab--> Dua-dua course tuu dekat negeri Pahang...!!!!!
Aku takut pi belajaq jauh2!!!!!!
Dalam hati time tuu, "Ya ALLAH, tolonglah teknologi makmal... Dekat Penang tuu ja..."

Then dia cakap, "Kamu dah tau kan yang kamu dapat Diploma Teknologi Makmal?"
Aku yang tengah muka takut time tuu terus termati terBLURR...
Dalam hati, "What?! Masa bila aku tau? Kan tadi hang call aku tapi cari orang lain?"
Dan mungkin sebab aku blurr sangat time tuu, aku TERtanya "APA?" tanpa sempat fikir.

Lepas tuu dia menjawab soalan aku dengan soalan, dan dengan suara yang kedengaran sangat tenang, "Kamu mintak Diploma Teknologi Makmal kan hari tuu?"

Aku jawab "Hurmmm...." sambil angguk kepala...
*Aku tak tau apa motif aku angguk kepala... dia tak nampak pon!*

Lepas tuu dia gelak dulu, then cakap, "Haa... Kamu dah dapat teknologi makmal tuu..."

Only after that otak aku boleh process that VERY SIMPLE WORDS...
Hahaa....

And, im just soo~~~
Aku tak tau laa cemana aku boleh TER>>>>>"Seriusly?" dengan nada yang penuh excited dan....
Terlompat???
=_= aigoo~ kalau aku ingat balek, memang macam pelek jaa~!

Paztu dia cakap, "Iye~~~"...

Dan...
Aku...
Tak perasaan laa pulak suara excited aku tadi tuu macam mana...??????????????????
Sebab...
Diaaa...
Cakap....

"Dah-dah... Tak nak nangis-nangis...."

Dan sungguh, aku speechless untuk tiga saat, dengan mata tak berkelip...
Masa bila aku nangeh?

Lepas tuu~
Aku tak pasti macam mana perbualan kitorang terhenti petang tuu~
Mungkin sebab aku blurr sangat, so, aku tak pasti apa yang berlaku?~

Yang aku ingat, dia cakap, "Nanti saya akan post-kan surat tawaran kamu..."

Hahaaa.... Itu lahhh cerita tragis aku sebelum terima surat tawaran diploma tuu...

^_^ tq kerana sudi buang masa korang baca cerita mengarut aku! >_<
sila berikan 5 bintang kepada kisah benar ini...
Dan Encik Radzi, terima kasih kerana salah baca nama yaa...
Itu namanya pengalaman, kenangan, yang InsyaALLAH, tak kan dilupakan...
Salam~

*BTW, kepada anda2 yang buat friend request dekat fb nina pasal nak tanya pra-dip nii, mohon hantar chat@msj@inbox nina dulu taw... sebab nina malas nak approve friend request yang nina xkenal... hahaa, sorry... thank u... ^_^

Thursday, 2 May 2013

Pengenalan Untuk Subjek-subjek Pra-Diploma Sains UiTM PD007

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Hey dude! Kembali ber-blog...
*sorry, saya MEMANG kasar... tapi... aku bukan tomboy!!!!!*

 Okkey...
Malam ni, entry akan berkaitan tentang 'belajar'...
Nina malas nak merapu panjang2, so, kita direct terus ye?

************************************

Subjek untuk Pra-Diploma Sains UiTM PD007, di kampus Pulau Pinang...
*Fizik
*Kimia
*Math I
*Math II
*CTU
*BEL




Okey... Itulah enam(6) subjek yang pelajar Pra-Dip Sains Sem 1 akan belajar...
Once dah daftar masuk kampus, pelajar dikehendaki untuk membeli buku teks...
*abaikan bahasa baku saya*

BUKU2 TEKS

See? Itulah buku2 teks yang perlu kita beli... Buku Chemy, Phy, Math I&II boleh direct beli dari Jabatan Sains Gunaan*dekat dalam dewan utama*... Dont worry... Bila korang dah daftar masuk UiTM, sah2 akan tau dekat mana JSG tuu...
Basic English untuk BEL pula boleh beli dekat Kedai Buku UiTM...
Manakala, Pembangunan Insan untuk subjek CTU boleh beli dari ustazah...
ATAU, korang boleh jee beli dari bekas pelajar Pra-Dip yang ada buku2 nii...
BUKU LATIHAN
Itu lah ketebalan buku latihan BEL kite yee...
Okey...
JANGAN terkejut! Memang laa tebal...
Nak jadi student yang baik, kan?
Hahaa... Again, jangan terkejut, jangan mengeluh...
Sebab aden tipu joo! =P
Nipis je Latihan BEL
Tentang buku latihan tuu, korang boleh guna apa sahaja buku yang korang nak...
Disebabkan Nina jenis yang suka menconteng kertas A4, Nina buat dalam kertas A4 kosong/bergaris.
 So, buku latihan, terpulang dekat kita...
Sebab, lecturer tak kan cakap 'Okey... Hari ni hantar buku latihan...'
Nope... Takde...
Kecuali... Kalau lecturer cakap, 'Orait... Hari ni hantar worksheet kamu...'
*HAHAA... TIME TUU MEMANG GELABAH, sebab KERJA TAK SIAP!!!!!'
Tapi, dalam 6 lecturer, ada 2@3 orang lecturer jee yang selalu minta tengok kerja kita...
Yang lain selalu tak mintak pon...
Okey?

Selain Final Paper dalam Final Exam, kita akan menJALANI proses Experiment, QUIZ, Exam, Presentation, Acting, Speaking dalam mengejar Carried Mark sebanyak mungkin...
Bila carried mark kita tinggi, so, dah tak tension2 nak pulun Final Paper...
Orait?

**********************************

Sekarang, kita tengok detail2 yang tak berapa detail tentang subjek2 pulak...

 1- PHYSICS


Syllabus untuk Phy
 Okey? Nampak?
Semua tuu kita dah belajar masa Form 4@Form 5, kan???
Kan???
And yeah...
Chapter 7: Optics and Waves tuu, waves kita belajar... Tapi Optic dah dihapuskan dalam syllabus exam... ^_^ dan FORTUNATELY, masa paper final hari tuu, ada tajuk optics... SO.... Report dekat pengawas periksa, dan kitorang dapat laa markah free!!! Untung x? Untung x? >_<

2- CHEMISTRY


Ini Pulak Syllabus untuk Chemy

*tapi, ni bukan full chapter tau... ada lagi beberapa bab dekat belakang page*


Text Book, Tutorial Book, Laboratory Manual


 Okkey... Sekarang kita tengok tiga buku ni pulak, yee...
Buku teks, dah tau~
Buku tutorial...
Dan Lab Man...

Ini contoh soalan dalam buku tutor
 Dalam buku tutorial tuu, akan ada soalan2 macam ni laa...
So, kita kena jawab soalan2 ni dalam worksheet kita sendiri...
Setiap kali lepas kita dah habis belajar satu bab, PANDAI2 sendiri lah buat latihan...
Jangan tunggu lecturer suruh... Kalau tak~~~
Aigoo2... Agak sendiri laahhh yeeeee.......


Contoh helaian dalam Lab manual
Okkeyy... Lab Manual...
Dalam satu2 lab man mungkin akan ada 6@7@8 experiment...
Tapi bukanlah SEMUA experiment tuu akan dijalankan...
Sebab, experiment secara common-nya akan dibuat 2 minggu sekali...
Dan jumlah kesemua experiment yang akan dibuat 3@4, kalau tak silap... Lupa dah laa~
Lab manual boleh dibeli secara individu, atau lagi senang suruh jee ketua KELAS korang tolong belikan dari Lab...
Dalam setiap makmal, akan ada pembantu2 makmal...
Korang boleh beli manual dan LAB COAT*baju doctor warna putih tuu* dari para pembantu makmal... Baju doctor tuu, kalau korang dah ada yang kakak@abang@siapa2 punya, tak payah rr beli...



Ini muka depan lab report yang kena hantar bila dah siap tuu...

Contoh2 soalan yang perlu dijawab dalam Lab Report

Mind Map

Untuk subjek Chemy, Mind Map untuk SEMUA CHAPTER adalah satu KERJA KURSUS...
So, bila nama pun dah kerja kursus ann, maknanya wajib dibuat laa~...
Sorry, mind map yang ada ni lakaran kasar Nina...
Yang mind map betul dah hantar dekat lecturer dan tak dikembalikan semula sebab lecturer kitorang cuti bersalin sebelum study week mula...

3- MATH I

Antara syllabus, SAJA jaa nak tunjuk DIFFERENTIATION tuu =P

Latihan macam biasa rr...
Soalan ada dalam buku teks, dalam tutorial book, kita jawab dalam paper kita...

4- MATH II

Syllabus MATH II

Pon sama jaa macam math I...

5- CTU


Sikit je kan syllabus?


 Untuk CTU...
CTU adalah extra subject yang sebenarnya tak termasuk dalam kiraan pointer kita...
Cuma, ia adalah subjek WAJIB kita masuk kelas....
Walaupun tak termasuk dalam pointer, tapi ada jugak kerja kursus yang kita kena buat...
Antara kerja kursusnya ialah Slide Presentation ikut tajuk yang kita pilih@dapat...
Macam Nina dapat tajuk ilmu...
So....~~~
Buat powerpoint, then kena present dalam kelas...


My Team

Farah and Syahirah!!!!!!!! <3 both of them! ^_^


Contoh slide

6- BEL


Antara syllabus

 Hello~
Ada yang cakap takut dengan kelas BEL???
Sebab Bahasa Inggeris?
Susah??

Kalau korang nak tau laa kan... SebenarBENARnya kan...
Kelas BEL niiii lahh kelas 'RELEASE TENSION' kitorang...
Kalau korang jejak kaki korang masuk kelas BEL dengan 1000 keMARAHan*atas sebab2@orang2 tertentu*, tapi bila korang langkah keluar dari kelas BEL tuu, semua masalah tuu akan hilang...
Tak caya? Rasanya Amer boleh jadi saksi kot???
Tapi, masalah tuu akan muncul balik bila korang sampai kolej... =P


Objective, Principle

 Ni tugasan pertama masa masuk kelas BEL...
Lecturer akan suruh korang tengok balik objektif korang bila korang malas...
Pernah laa 2@3 kali diingatkan tentang objektif2 nii...
Almaklumlaa, kitorang kan kurang rajin~ -_-


Dear Diary~
Ini tugas harian untuk kelas BEL...
Korang diminta tulis ala2 diary, dalam BI ofcoz...
Aku buat!!!
Tapi, selalunya tak buat pon.. Aigoo~

Ada dekat aku dowh kertas ni! Hahaa!

Ini aktiviti kitorang yang pertama dalam kumpulan...
Kena buat spelling...
Dan aku ingat gi, Shauqi dok guna Corby dia! Ingat???
Well, untuk kelas BEL memang wajib ada kumpulan...
Sebab, kan nak jadi pelakon?!
P/s--> Ada tugasan lakonan tau dalam kelas BEL...
Hahaa... Annoying gila!
Kalau nak tau pasai lakonon tuu...
*saya malas nak tulis! next time je!*


DAEBAK!!!

Actually, kertas yang dekat atas tuu...
Aktiviti dalam kelas BEL rr...
Bukan aktiviti berkumpulan, tapi satu kelas terlibat...
Kalau tengok paper tuu pon, memang dah boleh tau writer dia ramai, ann...
Ini tugasan, sambung cerita...
Memang terbaek rr!
Time ni aku rasa macam nak gila jadi pengarah cerita yang pelek gila! =P
TAPI, benda PELEK tuu laa yang TERBAEK actually, kan??? ^_^
Dan aku tak tau kenapa dalam cerita tuu, Shahrill sangat popular...?


Note from our beLOVEd miss, err... Madam Noorli ^_^

Ini article yang aku kena jadi pembaca berita dulu -_-

Dan yang terakhir sekali, korang kena jawab soalan online untuk BEL...
Yang tentang online ni pon, saya malas nak taip!!!

***********************

***UPDATE 17/4/14-->
Right... Disebabkan sekarang nii dah ada beberapa perubahan yang dah dilakukan, so, rasanya saya nak kena update jugak2 entry nii...
Well...
1st, dulu, masa nina ambek Pra Dip Sains nii, nina ambek dekat Kampus Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang... Tapi, sekarang nii kampus untuk PD Sains dah ditukar ke Kampus Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang... See? Dan........... Kampus Bertam tuu ialah Kampus yang nina ambek diploma sekarang, Diploma Teknologi Makmal Perubatan...

Macam budak2 Diploma Sains Kesihatan*kitorang laa*, kitorang duduk kolej*asrama* dekat Kampus Permatang Pauh... Awal2 pukul 6.45am kitorang dah turun kolej, naek bas yang disediakan oleh UiTM, then pergi Bertam... Transport memang disediakan untuk student... Jangan risau, free of charge... Xde bayar2 tambang bagai... TAPI~!!! Kalau tertinggal bas, then ada exam kee apa2 yang penting dekat Bertam, carilah teksi kee, prebet kee, kee kalau rajin sangat, ambek lah bas luar pergi Bertam sinun... So, BANGUNLAH awal2...~! Bas paling lambat bertolak ke Bertam pukul 7.30 am... ^_^

And, perasan kan dekat atas nina xde sebut pasal subjek Biology???
Sebab, masa dekat Kampus Permatang Pauh, xde makmal and instrument2 untuk experiment untuk subjek Bio... Sebab tuu kitorang x belajar Biology... Dan memang sampai sekarang pon, even dah pindah ke kampus Bertam, subjek Bio untuk student pra-dip sains pulau pinang still tak ada...

******************************************************************************

Okkey! Done...
Itu laahh subject2 yang korang akan belajar *sekali lagi lepas SPM/dah macam ulangkaji jaa actually* kalau korang ambil Pra-Dip Sains...

Tapi, apa2 pon, nina lebih cadangkan korang try contact dengan staff UiTM under program MDAB nii... Sebab diorang lebih arif... Dan, nina nak mintak sorry awal2 kalau apa yang nina tulis dekat atas tuu salah/tersilap... Harap maaf...

Done right here....
Anything, boleh cari nina dekat facebook, cari jaa Nina Zizan...
Kay?
Salam... Goodluck!
^_^

*Sedikit info tentang MDAB, Pra Diploma Sains
*Program Pra-Diploma Sains UiTM*PD007* (MDAB) Kampus Pulau Pinang
*Pra-Diploma Sains*UiTM*, STPM?
*Surat Tawaran Diploma UiTM~

*BTW, kepada anda2 yang buat friend request dekat fb nina pasal nak tanya pra-dip nii, mohon hantar chat@msj@inbox nina dulu taw... sebab nina malas nak approve friend request yang nina xkenal... hahaa, sorry... thank u... ^_^


Saturday, 24 November 2012

Program Pra-Diploma Sains UiTM*PD007* (MDAB) Kampus Pulau Pinang

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


Allright...
Dah tengok tajok, kan?
Actually, entry kali ni Nina tulis sebab maybe akan ada bakal student program ni search tentang program nii.

Macam Nina dulu, search punya search, seriusly tak jumpak pun entry pasal 'Introduction To Pre- Diploma Science UiTM...

Maybe salah keyword kot time tuu.. maybe?

Okey... Intro...

Nina masuk program ni...
Seriusly satu sen pon tak keluar sama ada untuk bayar yuran kursus@kolej...
Semua free of charge...

Then...
Akan ada 6 kelas(subjek)...
Subjek Science ada 2...
Math pun ada 2...
Extra ada BEL dengan CTU...

Physics, Chemistry, Math I, Math II, BEL, CTU...

Physics Chemy macam biasa....
Ada kuliah, tutorial dengan experiments...
Experiment pulak bukan tiap2 minggu ada...
Selalunya 2minggu sekali...
Tapi serius, memang sangat gempak bila dapat buat experiment memandangkan dulu dekat sekolah jarang2 sekali baru buat experiment...
Dua2 subject nii, Nina dapat A-...
See? I got A- for Physics...
Ingat gi, dalam first kelas dengan Sir Zaki(Physics), Nina ada cakap "Saya tak suka Fizik nii sir... Susah..."
Paztu sir senyum ja and cakap, "Xpe, nanti saya sukakan awak dekat Fizik..."
Ha-Ha-Haa... Even Nina dapat A- for fizik ni, keTIDAKsukaan saye dekat fizik, rasanya memang tak kan hilang kot.....

Next, Math...
Yang ni memang kind of anti subject rr...
Dari sekolah rendah sampai rr tingkatan 3, math memang subjek kegemaran Nina...
Tapi bila naik form 4, start sakit pala, math pun terus jadi my enemy....
Math I and Math II...
Math I more to +Math rr...
Untuk dua2 subjek Math ni Nina dapat B...
Memang tak boleh blah laaa....



Then extra subjek...
CTU... CTU ni subjek Pendidikan Islam rr senang cakap...
Introduction tu apa2 tah... Panjang sangat, malas nak hafal...
Untuk subjek ni, takda gred, just Lulus jaa...
And lastly, BEL...
BEL ni kelas bahasa English...
And for this subj, I got A!
Hahaa... Bukan bangga, cuma sukaa...
Tapi, part acting dalam kelas ni TERsangatlah saya tak sukaa.... Serius, tak tipu....

Then, apa lagi yang korang nak tau tentang Pra-Sains?

Okey...
Pra-Sains ni terbahagi kepada tiga(3) jenis*senang faham ada 3 ni walaupun sebenaqnya ada 1 jaa...

1--> Pra-Sains Semester 1...
              Untuk semester ni, student mesti lulus SEMUA subjek dan dapat pointer 3 ke atas untuk LAYAK ke program Diploma... Sebelum korang ambek exam, nanti kena beli 'Pin Penerapan UiTM'.... Macam pin UPU tuu jugak rr... Then kena masuk student portal, and isi borang continuation study... So, sesapa yang lulus semua subjek, dapat pointer 3 ke atas, automatik akan dapat masuk Diploma....
Untuk masuk diploma pulak, ada dua jenis...

First Group; Memandangkan Semester Pertama Pra-Sains biasanya/popularnya dibuka bulan Jun... By the end of year student yang lulus Pra-Sains akan daftar Diploma dengan budak2 SPM untuk kemasukan kedua UiTM(around bulan 11@12)... ***Pra-Sains dibuka 2kali setahun macam kursus2 diploma yang laen jugak...***

Second Group: Lulus Semester Pertama, tapi kena daftar Diploma the next year on Jun...
Okey... Nina adalah salah sorang yang termasuk dalam student group nii...
Nina kena daftar next year sebab masa isi borang penerapan UiTM dulu, Nina ambek Diploma Teknologi Makmal Perubatan*MeLTech*(Sains Kesihatan)... Well, ini adalah disebabkan kursus2 Sains Kesihatan hanya dibuka sekali dalam setahun, iaitu bulan Jun... Sebab tuu kena register next year....

2--> Pra-Sains Semester 2...
           Bagi mana2 student yang tak memenuhi syarat untuk layak ke Diploma, diorang boleh go on dengan semester dua... Tapi dengan syarat pointer kena above 1.0@2.0.... Tak sure rr.... Tapi, isi penting yang nak gitau dekat sini, student yang tak lulus 1st sem, still ada peluang nak pebaik diri dalam sem ni... Sebab, Pra-Sains memang ada dua semester SAHAJA....

3--> Pra- Sains Semester 1...
           Bagi student pointer under 1.0 kot, diorang maybe tak boleh proceed dari Pra- Sains Sem 1 ke semester kedua.... So, nama student maybe akan digugurkan dari senarai nama student UiTM...

*************************************************************************

Mana2 student yang dapat tawaran untuk ke program ni*sebab tak layak ke diploma, just grab this chance!

*HINT* Kitorang dapat elaun RM300 sebulan.... =D
Dengan duit elaun tuu jugakla, Nina dapat beli harddisk WD Passport 1T...

*************************************************************************

***UPDATE 17/4/14-->
Right... Disebabkan sekarang nii dah ada beberapa perubahan yang dah dilakukan, so, rasanya saya nak kena update jugak2 entry nii...
Well...
1st, dulu, masa nina ambek Pra Dip Sains nii, nina ambek dekat Kampus Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang... Tapi, sekarang nii kampus untuk PD Sains dah ditukar ke Kampus Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang... See? Dan........... Kampus Bertam tuu ialah Kampus yang nina ambek diploma sekarang, Diploma Teknologi Makmal Perubatan...
Macam budak2 Diploma Sains Kesihatan*kitorang laa*, kitorang duduk kolej*asrama* dekat Kampus Permatang Pauh... Awal2 pukul 6.45am kitorang dah turun kolej, naek bas yang disediakan oleh UiTM, then pergi Bertam... Transport memang disediakan untuk student... Jangan risau, free of charge... Xde bayar2 tambang bagai... TAPI~!!! Kalau tertinggal bas, then ada exam kee apa2 yang penting dekat Bertam, carilah teksi kee, prebet kee, kee kalau rajin sangat, ambek lah bas luar pergi Bertam sinun... So, BANGUNLAH awal2...~! Bas paling lambat bertolak ke Bertam pukul 7.30 am... ^_^

And, perasan kan dekat atas nina xde sebut pasal subjek Biology???
Sebab, masa dekat Kampus Permatang Pauh, xde makmal and instrument2 untuk experiment untuk subjek Bio... Sebab tuu kitorang x belajar Biology... ^_^


=)
any question pasal program ni...
Boleh jaa tanya Nina terus...
Mana yang Nina tau, nina tolong...
Kalau tak tau, sorry laa erkk...
=)

WALAUBAGAIMANAPUN, nina lebih cadangkan korang contact dengan staff UiTM under program MDAB nii... Sebab diorang lebih arif tentang program nii... Dan, nina nak mintak sorry awal2 kalau apa yang nina tulis dekat atas tuu salah/tersilap... Harap maaf...

Salam!
Salam Maal Hijrah!
*late is better than never, right?
=)

*Sedikit info tentang MDAB, Pra Diploma Sains
*Pengenalan Untuk Subjek-subjek Pra-Diploma Sains UiTM PD007
*Pra-Diploma Sains*UiTM*, STPM?
*Surat Tawaran Diploma UiTM~

*BTW, kepada anda2 yang buat friend request dekat fb nina pasal nak tanya pra-dip nii, mohon hantar chat@msj@inbox nina dulu taw... sebab nina malas nak approve friend request yang nina xkenal... hahaa, sorry... thank u... ^_^

Monday, 5 November 2012

Video dan Lirik Lagu Hlovate =)

eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...

Dah LAMAAA ann nina x update blog...
Hee... Actually kan, kampung nina ada pasang wifii...
Dan yang lebih untungnya ialah rumah nina dapat connect dengan wifii tuu...
 Untung, kan?! =D

Orait... Dah baca tajuk post kali ni ann?



Kalau kamu2 tengok dekat entry hlovate yang lepas, nina ada bagi link untuk ke file lagu dekat 4shared versi mp3...
Tapi, hari ni nina akan kasi link untuk ke VIDEO pulak...
Masih menggunakan audio file yang sama; nyanyian mr. Engku Azfa saya*saya tuu! =P


So, kalau ada sebarang komen, silalah komen... *gaya ya ya iyaa ja ada orang komen =P

ps--> nina baru perasan ada sorng guest yang mintak chord untuk lagu hlovate...

Sorry, nina xley kasi secepat mungkin...
Kena tunggu mr. azfa habez SPM dulu...
Sory jee.... BTW, this is my video...

Sekali lagi DITEGASKAN, bahawasanya lirik ini adalah hasil nukilan MISS/MR. HLOVATE, dan hak cipta terpelihara Jemari Seni Sdn Bhd....

Saiz vid ni around 20Mb... Ada x sesapa yang reti nak bagi saiz dia kecik, tapi quality tetap ok?
Kalau reti, tolong ajar please....

This is the lyric btw...

~HLOVATE~

You wonder
Is it an angel or yet
Maybe a sweet dream that you can’t forget
So close yet far-fetched
Causing you to float on the line
between reality and fantasy

Haunted the nightmares
Creates the ecstasy
Hlovate~ oh poisonous honey
Love and hate
Driving me crazy

The poison ivy of Venus
Killing with venom so sweet
You’re losing your head
Don’t want it yet it keep haunting
Losing yourself in the suffocating mist

The blind arrows of
Piercing cold ice and
warm melting heart
Tearing me apart