Nuffnang Leaderboard
Showing posts with label MelTech Student. Show all posts
Showing posts with label MelTech Student. Show all posts

Thursday, 17 November 2016

Clearance UITM PP (Permatang Pauh- Student Bertam)

Assalamualaikum!!! 
Good day~!

First of all.... Sigh~~~ Alhamdulillah... Lega...! Berjaya juga buat clearance UiTM!

Actually, sebelum pi buat clearance ni, macam2 yang saya terfikirkan... Macam2 juga yang saya takutkan... 😭😭😭 *Cuak tahap tak tau macam mana nak bagitahu...
Actually lagi, next week, Isnin- 21/11/2016 dah nak konvo... Hari ni, Khamis- 17/11/2016 baru berpeluang nak pi buat clearance...

Skip...

Nina pi UiTM kali nii dengan abang yang garang... Seriusly, Nina memang tau dia cepat naik angin kalau tunggu lama2... Bab kedua cuak, takut kena marah dengan dia sebab lambat 😭😭😭

Nina sampai dekat UiTM Penang, Permatang Pauh dalam pukul 1030... Mak, abang dengan Ikhwan(anak menakan a.k.a anak sedara) tunggu dalam kereta. Mak sebenaqnya nak ikut nina pi buat clearance ni. Tapi saya terpaksa menghentikan niat emak, "Emak tak payah laa ikut. Kami nak kena pusing merata. Semua blok nii kami kena pi," sambil tangan saya mengarahkan dekat Pejabat Kolej Kristal, Kolej Zamrud, Laman Perdana, dan Library tentunya. Lalu, emak pun terpaksa hentikan niatnya. *Bukan sengaja tak bagi ikut, tapi seriusly, MEMANG PENAT GILA!!!!! 🤕🤕🤕 Masih lenguh lagi kaki2 ini...

Turun kereta, destinasi pertama, pejabat HEA... Dekat bangunan BKBA... *Seingat saya, itu laa nama bangunannya, kalau salah, sorry... Minta dekat staff borang clearance, nanti dia orang bagitahu kena buat apa. Drama saya tadi...
Nina:  Assalamualaikum... Saya datang nak buat clearance.
Staff: Adik ambil borang kuning dekat belakang tuu.
Saya pun berlalu ambil borang clearance. Masalah muncul!!!
N: Saya student Bertam... So, saya kena buat dekat Bertam juga kaa macam mana?
S: Adik susah tak nak pi Bertam?
Saya tak menjawab terus, tapi rasanya muka memang direct jawab, "Susah!" Dan aku masih terfikir kalau2 abang aku beletiaq banyak2  🤒🤒🤒 Scary!!!

S: Tak pa lah. Adik buat jaa semua dekat sini...
Dalam hati aku, memang syukoq gila2!!! Satu hal settle... Tak payah pi Bertam ❤ Kemungkinan kena marah dengan abang dah kurang 30%...

**Part 1**
Masalah lagi!!! Kena dapatkan sign dari pegawai fakulti/jabatan... Kalau ikutkan, part 1 ni, sign&cop memang kena ambil dekat Bertam...
N: Yang sign fakulti jabatan nii nak ambil dekat mana?
S: Takpa... Saya tolong sign....
Lalu akak HEA pun sign... Dalam hati lagi sekali, Alhamdulillah!!!!! Aku sangat terhutang budi dan jasa dekat kak HEA yang baik hati!!!!! Walaupun saya tak tau nama kak, saya memang happy jaa bila nampak kak kat kaunter... Terima kasih!!! 💞
Selesai part 1... Tahniah~

**Nak buat clearance, tapi kad matrik @ kad pelajar hilang...**
Bab ketiga cuak... Ini pun salah satu masalah saya... Kalau boleh, confirmkan dulu dengan staff HEA, macam mana nak buat clearance UiTM kalau kad matrik hilang? Sebab saya tak tanya HEA awal2 masa ambil borang clearance tadi, lepas dh habis pusing UiTM dapat semua cop&sign, dah nak pulangkan borang clearance tuu, baru saya tahu actually kena report dekat bahagian keselamatan yang kad matrik hilang. So, saya terpaksa pergi lagi sekali ke bahagian keselamatan untuk report. After report, akan dapat 1 slip, bawa slip tuu ke HEA dengan borang clearance sekali... Okkey? 👌 Nasib saya kira baik juga lah, alhamdulillah... Sebab... Saya tak kena bayar apa2 untuk kad matrik yang hilang tuu. Kalau tak, kena denda RM30... Tapi sebab minggu depan dah nak konvo, so, tak jadilaa dendanya. Terima kasih!!!

**Part 2**
Library @ Perpustakaan...
Pi jaa kaunter library, dah boleh dapat cop...
Kalau ada denda kaa, nak pulangkan buku kaa, uruskan kredit kad matrik kaa, apa2 kaa, settle masa dapatkan sign cop.

**Part 3**
Bahagian Keselamatan...
Laman Perdana (kan nama bangunan yang ada mesin ATM tuu? Kalau salah, mohon betulkan...)Tingkat 1- Polis Bantuan...
*kalau ada masalah dengan kad matrik macam saya, jangan lupa settle masa dapatkan sign cop tuu.

**Part 4**
Pengurusan Kolej...
Sebab saya student Kristal, so saya ke pejabat Kristal laa... Tingkat 1- atas Dewan Makan Kristal...

**Part 5**
Hal Ehwal Pelajar...

        **5(i)**: Ko-kurikulum
         HEP. Laman Perdana. Tingkat 8, kiri...

        **5(ii)**: Tatatertib
         HEP. Laman Perdana. Tingkat 8, kanan...

        **5(iii)**: Unit Sukan
         BELAKANG Kolej Zamrud, Tingkat 1.
         Rasanya, inilah yang paling susah nak dapatkan sign cop nya... Unit Sukan sekarang dekat belakang Kolej Zamrud. Kalau korang tak tau, dan first time nak pergi Unit Sukan ni, ann... Dinasihatkan, jalan jaa sampai **PALING** belakang bangunan Kolej Zamrud tuu... Walaupun rasa cuak masuk kawasan kolej lelaki, walaupun cuak sebab rasa macam salah tempat, walaupun cuak sebab tempat macam terpencil, dan MENAKUTKAN, dimohon, redah jaa...! Saya punyalaa pusing kiri kanan Kolej Zamrud tuu, sebab nak pi belakang macam menakutkan sangat. Tapi, memang disitulah tempatnya. Oohhhh yaaaa.... Saya tak dapatkan sign cop dalam pejabat Unit Sukan, tapi dekat Stor Sukan. *Punyalaa aku bagi salam dekat pejabat, rupa2nya ada jaa diorang tampal notis "Untuk urusan clearance, dapatkan sign cop dekat Stor Sukan". 😷😷😷 Stor Sukan ada sebelah Unit Sukan tuu ja. Jumpa unit, jumpalah stornya.

**Part 6**
Kewangan... 
Laman Perdana. Tingkat 1- Bendahari.
*PERINGATAN: Selagi korang tak settle semua 5 dekat atas tuu, xpayah berangan nak dapatkan sign cop Kewangan... Settle semua 5 bahagian dekat atas dulu, baru boleh dapatkan sign cop Kewangan. 👌

**Part 7**
Kembali ke HEA...
S: Tahniah... Awak dah boleh konvo sekarang...
N: Terima kasih banyak2 kak... 😘😘😘

**Flow Perjalanan**
HEA >> Library >> Kolej Kristal >> Kolej Zamrud (Unit Sukan) >> HEP (Tatatertib & Kor) >> Keselamatan >> Kewangan >> HEA 👈👍👌

Tepat pukul 1200, saya berjaya selesaikan urusan clearance... Tengak jaa phone, abang ada missed call sekali, dengan hantaq 1 mesej "Xsudah lagi kaa?" yang baru sahaja diterima.
Aku tersenyum sambil berkata dalam hati, "Right On Time". 😁

Aku pun kembali ke kereta yang diparking dekat parking area Kristal... 👻 *Rasa macam nak tidoq terus sampai2 kereta tuu. Dahaga? Memang tak perlu ditanya. Macam nak pengsan pun ada* Aku bagitau dekat abang, dah xpayah pi Bertam, semua dah settle kat sini, dia terus senyum. Gegeh! "Xpayah pi dah?" Kemarahan abang tak berjaya ter-trigger. Tahniah Nina! 🤓

Kami pi dewan makan, tapi minum jaa... Mak beli sayur, bungkus... Kami makan kat rumah...

Tahniah Nina...~
Terima kasih Dayah n Najihah yang baaaanyaaak tolong pasai clearance...
Thanks Hani n Farhana yang sentiasa support...
Thanks Mie menjawab kemusykilan2...
Thanks kanak2...
Thanks abang tolong drive...
Thanks family yang banyak tolong doa urusan dipermudahkan...
Terima kasih mak, terima kasih pak... For being my parents...!

❤💕💞

Clearance, DONE!! KKEUT!!!

Ahad- Ambek jubah konvo + raptai.
Isnin- Konvo.

Wish me luck, doakan segala urusan dipermudahkan. *Masih cuak, takut kalau2 clearance last2 minute nii, masalah pula masa konvo nanti

Last but not least, thanks sudi baca entry panjang berjela ni. Assalamualaikum... Good day~! 😋✌

Attachment:

👆 Contoh borang clearance UiTM PP


👆 Borang clearance saya sebelum hantar HEA


👆 Slip report kehilangan kad matrik @ kad pelajar


Sunday, 19 April 2015

Latihan Industri / Practical Session

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Heyya...
Hati? Agaklaa berat, sakit dan pedih...
*hyper sangat kan ayat nii* =_=

Now, dekat Citin Hotel, Masjid Jamek, KL...

Last day sebelum masok dan mnetap di Prisma Perdana, Cheras, Selangor.

Seriusly... Sedddyhhh...

Malam nii kitorang serumah akan round table and disscussion.
Huarghhhh!!!!!!!!!!!!
I'm not ready for this...

Sangat berdoa dan berharap sepanjang praktikal nii, xdak masalah dan dipermudah, ameen...

Bab practical, insyaALLAH nanti akan diupdate...
*kalau ada masa, and rajin menaip*

Haigoooo...
=_=

dah laa...
anyyeong...

Saturday, 11 April 2015

Histiocyte / Histiocytes

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

"Histiocyte tu apa?"

Itulah keyword yang aku gunakan dekat google.

Setelah mencari2, dan terjumpak website yang membantu.

"Histiocytes adalah sebahagian drpd sistem pertahanan badan- sejenis sel.
Kerjanya macam PacMan dalam game- asyik menelan apa yang ada didepannya.
Sel ini kerjanya memusnahkan virus, bakteria dan juga protein berbahaya dalam badan. 
Sel ini sepatutnya ada di kulit dan saluran pernafasan sahaja.
Apabila ianya masuk dalam darah dan merebak ke seluruh badan, boleh mengakibatkan penyakit yang dipanggil Langerhan Cell Histocytosis (LCH)." retrieved 11/4/15 from Aku dan Kehidupanku: Aku dan Pesakit Hari Ini. Untuk info lebih tentang LCH pon boleh tengok dekat link itu~

Thursday, 12 February 2015

Study Virology

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

"Virology is the study of viruses and virus-like agents: their structure, classification and evolution, their ways to infect and exploit cells for virus reproduction, the diseases they cause, the techniques to isolate and culture them, and their use in research and therapy." Retrieved 12/2/2015 from News Medical, What is Virology, from http://www.news-medical.net/health/Virology-What-is-Virology.aspx

 Dalam bahasa senangnya, virology ialah subjek yang belajar tentang virus dan benda2 yang mempunyai sifat seperti 'virus' samada dari bentuknya, kelasnya dan juga cara ia berevolusi, cara mereka menjangkiti dan MEMPERGUNAKAN sel untuk mereka membiak,penyakit dan penyebab sakit itu wujud. Tak kurang jugak, teknik meng-isolate (mengasing/mendapatkan virus individu) dan cara meng-culture(membela) virus tersebut- dan juga kegunaan virus2 tersebut dalam bidang  penyelidikan dan rawatan terhadap virus itu sendiri.

*Mr. Google

Ms. Google

Yes!!! Untuk aku menterjemah ayat dari laman web yang aku dapat dekat atas tuu, kurang bermasalah bagi aku. *especially bila ada Google Translate yang banyak membantu.

Masalahnya sekarang ialah, aku ada 6lectures yang nak kena hadap/hadam, tapi aku LANGSUNG TAKDAK mood untuk berbuat demikian.
Serasanya lebih seronok menghadap HayDay di Redmi aku.... =_=


Introduce u to KSV
Dan, sepanjang aku cuba membaca virus ini, apa yang aku berjaya paham ialah...
"Karl Shafek Virus (KSV) adalah sejenis virus yang dah menjangkiti cell2 aku. Dia punya level of infection boleh dikatakan agak aggresive(acute), dan masalahnya virus KSV nii dah jadi some kind of chronic infection... Sebab KSV nii tahan lama laa jugak dalam cell2 hati aku..."
*sila muntah selepas membaca research statement Dr. Nina di atas. Retrieved from this very entry. =P

Kenapa aku suka dia? Yup, that is correct! Sebab, BUAT MASA SEKARANG, i am infected by KSVirus.

Done here. Nak makan, nak study*konon2nya*

Salam... Ciao...

Sunday, 8 February 2015

Cytology- Subjek Anti!!!

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Well3... Hari nii dah hari Ahad...
Besok Isnin....
Cyto, Microb n Hema menanti laa maksudnya....

For this week, 4th sem student of Meltech akan menghadapi 2 test- which is Cyto and Viro..
Viro? Viro? What???

Oh my...Ini adalah dua2 subjek alah....
SANGAT alah!

Besok-Isnin ada test1 Cyto... Jumaat pulak akan ada test1 Viro...
Next week pulak killer week! Penuh dengan Practical Test!!!

Dan besok ada test1 Cyto... Like what?
Cyto?


Normal Endometrial, i guess??? Mohon jangan percaya sangat, as I am not doing well with Cyto, yet? =P


This is rasanya adalah ACC- Adenocarcinoma (cancerous cell) which have to refer directly to gynaecology ASAP.
 
 See??? Aku sangat tak dak confident dalam Cyto... Bila aku tengok slide, bagi aku semua cell tuu macam sama jaa... Dah cemana aku nak bezakan depa??? :'( sangat2 nak naek hanginn

 Kalau subject2 laen, aku belajar dengan link-kan almost semua subjek tuu supaya aku boleh pusing2 ceritanya... Tapi, Cyto nii?? Dia macam stand alone jaa... Aku tak boleh nak ambek cerita dari other subjek untuk tambahkan/membantu kefahaman aku pasai Cyto nii... Sangat sadis! *jangan suruh aku link-kan Cyto dengan Histo. Time histo kitorang cuma belajar nak dapatkan slide jaa.. Tak belajar tengok2/interpret slide bagai.

Wish me luck. Konon2nya lepas type entry nii nak menghadap cyto pulak...
=_=

Assalamualaikum, have a nice day...
Anyyeong~


Sunday, 2 November 2014

CTU 221- HUKUM PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

 Just nak kongsikan assignment yang kitorang dah buat harituu...
Ada slide presentation... (markah present aku dalam 8.5/10 xsilap)
Yang assingment PDF pun ada jugak... (markah PDF nii dalam 8.5/10 jugak, KOT???)

Entah.. Yang markah tuu, sebenaqnya dah lupa..
File markah tuu dalam tab...
Tab pon dah rosak skrang, so, xboleh nak check balek...
Dan kemalasan jga...

Nii link2nya....

***Slide Presentation

*contoh slide
















***Salinan PDF

*cover PDF file





















Well, thats all!
Yang nak merujuk tuu, silalahhh...
Semoga bermanfaat dan boleh mampu korang sikit2! ^_^
Assalamualaikum~!