Nuffnang Leaderboard

Monday 13 May 2013

Surat Tawaran Diploma UiTM~

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Okkey...
Kali ni, kita kembali dengan entry baru, yang juga akan menceritakan tentang UiTM...
Masih lagi ada kena mengena dengan Pra-Diploma...
Tapi, kali ni akan lebih kepada PENERAPAN masuk ke diploma...

Orait...
Kalau ingat lagi laa kan, entry Nina yang pasal Kategori Student Pra-Diploma dalam satu entry tuu ada cerita tentang student yang lulus pra-dip ada 2 jenis...
1- Yang akan sambung diploma next sem(kemasukan november/disember)
2- Yang akan sambung diploma next year(kemasukan jun-julai)

Pelajar yang kategori ke-2 ialah---> para pelajar pra-diploma yang lulus sem 1, dan dia apply apa-apa course dalam Health Science*Sains Kesihatan*...
Perkara ni terjadi sebab, UiTM hanya buka kemasukan untuk pelajar ke kos Sains Kesihatan 1x dalam setahun...
Ok???
 

Surat yang saya tunggu dengan penuh sabar dari En. Radzi UiTM yang suaranya sangat macho~

 *mati aku kalau En Radzi UiTM baca entry ni~~~~!!!!*


Ini surat yang sama, dalam keadaan zoom. Nak bagi nampak tarikh post surat ni...

 Diorang post surat nii 26/11/12...
3 hari selepas surat ini dicetak...
Dan sampai dalam masa lebih kurang 3 minggu kot dekat rumah saya...
*sebab tuu dalam SABAR saya menunggu surat nii*



Ini cebisan surat masa saya isi 'Application Continuation Study' masa pra-dip dulu~ *saje je print*


Ini lahhh surat tawarannya! ^_^


see? tarikh surat ni dicetak pada 23/11/12


tawaran ke Program Diploma Bagi Kemasukan Sesi 1 2013/2014


Ni jadual masa pra-Dip dulu~ Terjumpak masa keluarkan surat tawaran dip~


******************
 Sebelum saya terima surat ni, actually berlakulah satu cerita dalam satu hari tuu~
Time ni tengah cuti sekolah hujung tahun... So, bercuti sakan laa kan....

Saya sedang menonton tv berdua dengan adik saya pada suatu petang yang boleh tahan panasnya...
Tiba-tiba, handphone saya melagukan lagu-hape-entah-yang-saya-sendiri-dah-lupa, menandakan ada satu panggilan masuk...
Bila saya tengok skrin phone, number yang terpapar ialah 03-_______.......

"03? Ni number KL?" Itu yang terlintas di fikiran saya...

So, nak tak nak, saya pun tekan laa jugak butang answer dekat Inche Ericsson~
Dan...

"Hello~~~" Sapa satu suara yang menggetarkan jiwa. *huahuahuaaaaa!*
Dan dengan suara yang hampir tidak keluar saya pun membalas hello-nya dengan, "Ye.........?" *hahaa... itu jaa aku jawab, memandangkan aku takda skill bercakap dalam talian... bestfriend aku pun aku tak call... kesian tikah.. sorry tikah, hang tau kan aku memang xdak topik bila cakap dalam phone~*

Kemudian, encik di seberang sana pun menyambung bicaranya yang terhenti, "Saya Radzi dari UiTM Shah Alam..."

Once aku dengar word UiTM, aku yang duduk depan tv tuu terus melarikan ke tempat yang lebih sunyi, mana lagi sasarannya kalau bukan, bilik, kan?
So, dalam lima enam langkah jee, aku dah pun sampai bilik...

*kalau cerita guna word 'aku' lagi feel laaa~*

Time tuu hati memang dah dup-dap-dup-dap!!!!!!
Serius! Tak tipu!
Dan, kamu tahu kan, time hati berdebar suara akan bertukar jadi macam something else~?
Seriusly... Itu terjadi sebab...
Err....

TAPI!!!!
Lepas tuu dia tanya aku, "Boleh saya cakap dengan _____"
Err, actually, aku dah lupa apa nama yang dia tanya?
Fikri kot?
Kot?
Tapi, yang pastinya dia tanya aku nama budak laki...

So, aku pun macam blurr jaa...
Sempat laa kelip-kelip mata dalam dua saat...

Paztu aku cakap, "Bukan... Saya Farhani..."
*Farhani ok? Nama formal time professional*

Lepas tuu dia tanya lagi, "Ni bukan ___?"
Aku jawab dengan tawa paksa, "Bukan~"
Lepas tuu dia cakap balik, "Owh~ Sorry lah yee... Assalamualaikum."
Aku pun dengan perasaan hampa membalas salamnya, "Waalaikumussalam..."

Lalu, aku pun kembali ke depan tv...
Adik aku dengan sengih kerang busuknya tanya aku, "Macam mana?"
Aku tayang sengih satu saat, "Dia salah telefon number." Ngok!

TAPI!!!
Dalam 30 saat kemudian...

Handphone aku lagi sekali berdering, dan number yang sama muncul...
So, aku melarikan diri, juga lagi sekali ke dalam bilik...
Adik aku yang boleh tahan gedik mengikut aku kali ini...

"Hello, assalamualaikum?" Kali ni aku bagi salam, memandangkan aku dah boleh agak siapakah gerangan di sebelah sana...
"Waalaikumussalam... Boleh saya bercakap dengan Nur Farhani Husna Binti Azizan?"

See??? Nama penuh dia tanya!
Hambek koo!
Hahaa...
Time ni aku tersenyum, sambil berdebar gila!!!!!!!

"Yee saye???" Konon-konon dialek KL! >_0

Lepas tuu dia gelak dowh~~~~! Macho~
Herrr... Ok, time tuu aku terkaku... Sambil sengih ofcourse....! =P

Lepas tuu dia cakap, "Sorry~ Saya salah baca nama tadi..."
Dan aku hanya tersenyum sambil balas, "Takpe~" Aku cuba control macho, padahal dalam hati berdebar gila! Bukan sebab suara dia sedap jaa, tapi MESTILAH sebab aku takut kena pi Pahang!!!


Time nii aku sangat takut kalau-kalau dia cakap, "Kamu ditawarkan ke Program Diploma Mikrobiologi..." atau "Kamu ditawarkan ke Program Diploma Teknologi Makanan..."
Sebab--> Dua-dua course tuu dekat negeri Pahang...!!!!!
Aku takut pi belajaq jauh2!!!!!!
Dalam hati time tuu, "Ya ALLAH, tolonglah teknologi makmal... Dekat Penang tuu ja..."

Then dia cakap, "Kamu dah tau kan yang kamu dapat Diploma Teknologi Makmal?"
Aku yang tengah muka takut time tuu terus termati terBLURR...
Dalam hati, "What?! Masa bila aku tau? Kan tadi hang call aku tapi cari orang lain?"
Dan mungkin sebab aku blurr sangat time tuu, aku TERtanya "APA?" tanpa sempat fikir.

Lepas tuu dia menjawab soalan aku dengan soalan, dan dengan suara yang kedengaran sangat tenang, "Kamu mintak Diploma Teknologi Makmal kan hari tuu?"

Aku jawab "Hurmmm...." sambil angguk kepala...
*Aku tak tau apa motif aku angguk kepala... dia tak nampak pon!*

Lepas tuu dia gelak dulu, then cakap, "Haa... Kamu dah dapat teknologi makmal tuu..."

Only after that otak aku boleh process that VERY SIMPLE WORDS...
Hahaa....

And, im just soo~~~
Aku tak tau laa cemana aku boleh TER>>>>>"Seriusly?" dengan nada yang penuh excited dan....
Terlompat???
=_= aigoo~ kalau aku ingat balek, memang macam pelek jaa~!

Paztu dia cakap, "Iye~~~"...

Dan...
Aku...
Tak perasaan laa pulak suara excited aku tadi tuu macam mana...??????????????????
Sebab...
Diaaa...
Cakap....

"Dah-dah... Tak nak nangis-nangis...."

Dan sungguh, aku speechless untuk tiga saat, dengan mata tak berkelip...
Masa bila aku nangeh?

Lepas tuu~
Aku tak pasti macam mana perbualan kitorang terhenti petang tuu~
Mungkin sebab aku blurr sangat, so, aku tak pasti apa yang berlaku?~

Yang aku ingat, dia cakap, "Nanti saya akan post-kan surat tawaran kamu..."

Hahaaa.... Itu lahhh cerita tragis aku sebelum terima surat tawaran diploma tuu...

^_^ tq kerana sudi buang masa korang baca cerita mengarut aku! >_<
sila berikan 5 bintang kepada kisah benar ini...
Dan Encik Radzi, terima kasih kerana salah baca nama yaa...
Itu namanya pengalaman, kenangan, yang InsyaALLAH, tak kan dilupakan...
Salam~

*BTW, kepada anda2 yang buat friend request dekat fb nina pasal nak tanya pra-dip nii, mohon hantar chat@msj@inbox nina dulu taw... sebab nina malas nak approve friend request yang nina xkenal... hahaa, sorry... thank u... ^_^

10 comments:

Juann Fitri said...

Haha~ Congratz!

fifi said...

haha lawak je pengalaman tu :D

Nina Zizan said...

@Juann Fitri hee~ tQ >_<

Nina Zizan said...

@miss fifi hahaa.. boleylaa~~~
*tapi suara sedap dia tuu masih blh diingati! =P*

fifi said...

@NiNa ZizaN haha ofcourse la sedapp when since dia bawak khabar gembira :D

Anonymous said...

comel je pengalaman u tue..buat2 dia pun muda lagi..jatuh hati pulak lpas nie..kekeke~

iamme said...

Ouhhh bestnye ...:-)

Unknown said...

Nak tanya. Course teknologi makmal yg akak dpt tu pilihan ke berapa masa apply?

Nina Zizan said...

@Nor Afifahpilihan pertama... =) sorry sangat reply lambat... =(

Anonymous said...

Salam nk tanya , sy bakal student PRA sains kemasukan November , sy keliru sbb PRA ni habis dlm bln April tahun depan , so sy kne tunggu lg satu next year ke utk mohon dip