Thursday, 23 May 2013

about GK*geng kecik*

Posted by Nina Zizan at 5/23/2013 05:56:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Orait~~~
Actually, hari ni i've publish quite a lots entry bout story~
BMST dah update~
Freaks pon~
CUMA, GK jaa yang tak mampu nak update~
Sebab, nama Hero dah bertukar~
A few character dah pon ditukar nama yang Nina sendiri dah lupa character mana actually~

Okkey, Done With that story~~~

Be Mine, Sudi Tak? 13

Posted by Nina Zizan at 5/23/2013 05:05:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)




KISAH 13


“Oit... Jangan nak gatai-gatai sangat.” Nazliyana meleraikan pelukan Afiq pada pinggangnya. Afiq menggaru kepala yang tidak gatal sambil melihat Nazliyana berjalan kembali ke sisi katil. Dia kemudiannya turut mengekori jejak isterinya itu. Perbualannya dengan Aizan kembali terimbau.

“Woi der. Tak gempak siot rumah tangga kau.” Aizan masih ketawa.

Tak guna punya mamat! Marah Afiq dalam hati dengan muka masamnya.

Aizan masih dengan tawanya.

“Kau nak ni?!” Afiq dah sua penumbuknya betul-betul di depan muka Aizan. “Okey, relaks.” Aizan cuba berhenti dari ketawa.

Afiq meraup mukanya, lalu melepaskan lelah. Lelah, lelah rindu orang yang tinggal satu rumah. The worst way to miss someone is to be sitting right beside them knowing you can't have them. Sedih!

“Encik Afiq Arash!!!” Nazliyana menjerit betul-betul di telinga kiri Afiq. Afiq tersedar dari lamunan.

“Apa?” Tanpa perasaan Afiq menyoal. Afiq membetulkan sandarnya di kepala katil. Kedua-dua kaki dibiarkan melunjur.

“Dok pikiaq apa?” Nazliyana menjawab soalan Afiq dengan pertanyaan. Kaki yang berlunjur tadi ditarik, dia duduk bersila di sisi kiri Afiq. Badannya juga disandar ke kepala katil setelah dia mendirikan bantal terlebih dahulu di belakang badannya tadi. Penat! Mana taknya? Kan dah setengah tahun tak sekolah, tiba-tiba ja kena jadi pelajar sekolah balik. Badan kena kejutan tak habis lagi ni!

“Takde apa. By the way, boleh tak kurangkan dialek Kedah tu. Terseksa abang dengar.”

Nazliyana tarik muncung mendengar permintaan Afiq. “Mana boleh. Kedah pantang kalah, okey?” Jari ibu tangan kirinya masih menekan punat ‘decrease’ di controller. Controller? Bilik Arash ni special sikit. Untuk benda-benda elektrik dalam bilik dia, contohnya macam lampu, air-cond, televisyen, semuanya gunakan controller yang sama. Sekarang ni, aku tengah menurunkan suhu bilik. Nak 10 darjah selsius je! Hahaa...!

“Bangga sangatlah dengan Kedah dia tu?” Afiq menyoal. Nazliyana juih bibir, malas nak menjawab.

Sepuluh saat kemudian, hanya sunyi yang menemani mereka berdua. Secara tiba-tiba, Afiq menjatuhkan kepalanya ke atas bahu kanan Nazliyana tanpa sebarang amaran. Terkedu Nazliyana dua saat. “Arash... Apa ni?” Nazliyana menggoyang-goyangkan bahu kanannya. Tangan kiri Nazliyana pula dibawa ke atas, kepala Afiq ditolak perlahan, berharap Afiq mengangkat semula kepala dari terus direbahkan ke bahunya.

“Shusshh. Freeze.” Tangan kanan Afiq memeluk pinggang Nazliyana dari hadapan. Tangan kirinya pula melingkari pinggang Nazliyana dari belakang. Tangan Nazliyana yang dibawa ke udara untuk menolak kepala Afiq tadi terjatuh ke atas lingkaran tangan Afiq. Pa-nas nya tangan dia. “Arash...” Nazliyana dah guna suara nak menangis. Aku resah gelisah ni! Tolonglah jangan buat macam ni!

“Shusshh...” Perlahan Afiq mengeluarkan bunyi. Tiga minit Nazliyana duduk membeku. Akhirnya, pautan tangan Afiq di pinggangnya makin longgar. Tangan Nazliyana yang diletakkan di atas tangan Afiq tadi bergeser kulit semasa Afiq menarik tangannya. Bahu to rest on pun dah rasa makin ringan. Kepala Afiq yang bersandar di bahunya dirasakan sedang terangkat perlahan-lahan.

“Night.” Satu kucupan hinggap di pipi kanan Nazliyana. Bagaikan terkena renjatan elektrik, badan Nazliyana yang baru ingin digerakkan kerana rasa lenguh tadi, kini kembali membeku seperti sebelumnya. Matanya mencuri pandang ke arah Afiq. Afiq menarik kaki kanannya rapat ke peha manakala kaki kiri masih berlunjur, dia kemudiannya mengibas tempat tidurnya sendiri menggunakan tuala kecil yang sentiasa tersangkut di kepala katil.

Nazliyana mengubah pandangan ke hadapan. Makin lama aku hidup dengan dia, aku rasa Arash tu macam ada kuasa memukau je, kan? Korang tak rasa macam tu ke? Aku rasa! Cuba tengok pakaian dia masa dekat rumah, santai habis! Aku kalau tengok laki santai, memang aku rasa diorang tu hemmsem habis! Seluar 3-quarters pants, then, pakai baju tanpa lengan, nampak ketul sikit-sikit dekat tangan dia tuu. Auww! Seksi!

Lima saat kemudian, Afiq mula merebahkan kepalanya ke atas bantal, berbaring. Nazliyana pula masih diam membeku. Afiq tarik senyum segaris. Tak kan terkesima sampai macam tu sekali? Afiq tersengih nakal.

Tangan kirinya dibawa ke udara, lengan kanan Nazliyana direntap tiba-tiba. “Auch!” Nazliyana mengaduh dek sakit yang menjalar di lengannya disebabkan ditarik Afiq secara mengejut barusan tadi. Orang dok tengah berfikir, sekali kena rentap, memang terkejut gila laa! Err... Aku tidur atas apa ni? Asal rasa lain?

“Tidur.” Afiq menutur perkataan yang satu itu.

Lagi sekali, Afiq membawa tangan kanannya ke udara, dan tapak tangannya itu singgah ke dahi Naz, lalu dibawa turun meluruti wajah Nazliyana. Macam cerita Kaho Naa Pyar Hai tuu. Refleks, mata Nazliyana tertutup. Tangan kanan Afiq dibawa terus ke bawah, melingkari pinggang Nazliyana yang sedang berbaring berlapikkan lengan kirinya “Sweet dream.” Serentak itu, dahi Nazliyana menerima ciuman dari Afiq.

Afiq mencapai controller yang berada di genggaman tangan kiri Nazliyana. Lampu di-switch off.

Nazliyana terkedu lagi. Apa yang aku rasa ni?! Aku tak tau nak cakap apa! Ni baru betul speechless! Arghhhhh!!! Arash boleh buatkan aku jadi gila kalau asyik fikir pasal dia. Help me please!

*****

“Okey ke tak ni?” Afiq menyoal Nazliyana untuk kali kelima pada pagi itu.

Be Mine, Sudi Tak? 12 Part(ii)

Posted by Nina Zizan at 5/23/2013 05:05:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)




“Kita lepak perpustakaan lah. Jom...” Iqa mengajak. Selain daripada mereka berdua, ada lagi dua orang ahli geng yang ikut sama ke PSP. Siapa lagi kalau bukan Alyaa dan Dila? Ni kira geng diorang rr ni. Kalau ikut sejarah, dah lima tahun geng diorang tu hanya bertiga. Nazliyana yang memang susah nak mulakan percakapan dibasuh oleh mereka bertiga sampai Naz terus tak lalu nak cakap banyak-banyak. Tapi, diorang baik... Sejarah Nazliyana di-clorox oleh mereka bertiga? Err... Let it just be, a history.

************

“Kita duduk area belakang arh... Senang sikit nak sembang.” Iqa memberi idea. Kakinya yang hanya berstoking hitam kini cepat melangkah ke arah meja paling hujung dalam perpustakaan. Hehe, port boleh buat bising namanya ni. Terbaekkk!

Masing-masing bukak buku. Nak siapkan homework yang belum bersentuh, nak buat ulangkaji untuk subjek lepas waktu rehat.

“Korang buat apa?” Nazliyana menyoal Farah dan Minna yang kelihatannya sibuk membelek sesuatu di sebalik beg pink Farah. “Ni untuk presentation Sejarah minggu depan.” Farah menjawab bagi pihak mereka berdua. Nazliyana angkat kening sebelah mendengar jawapan Farah. Dia berjalan menuju kepada Farah.

“Bawa netbook eyy...” Nazliyana senyum melihat Farah. “Bukan suatu kesalahan sebenarnya.” Nazliyana menarik bangku lalu duduk di sebelah Farah. “Banyak page ka korang buat ni?”

“Tak banyak sangat. Tapi tu rr, masa nak present tu yang masalah. Dah la tak suka orang ramai tengok.” Farah tarik muncung.

Nazliyana mengangguk mengiyakan. Yup, bab kena present tu yang tak berapa nak bersemangat. Rasa down ja. Aku ni dah la tak dak keyakinan diri nak cakap depan orang ramai. Masa present, memang aku nampak cool. Tapi, cuba tengok lepas aku habis buat presentation. Menggeletar kaki tangan aku! Punya pelik. Lepas habis buat, baru takut!

Satu persatu fakta mengenai Adat Temenggung dan Adat Perpatih muncul di skrin netbook. Dan akhirnya, slide ‘Sekian, Terima Kasih’ muncul di skrin. “Okey tak?” Farah minta pendapat setelah selesai menayangkan slide demi slide powerpoint tersebut hingga ke akhirnya.

“Okey ja.” Nazliyana komen yang sesungguhnya. Lagipun, ni kan presentation pertama dalam tahun ni. Rasanya, kalau terkurang sikit tu, cikgu tak kan kisah sangat. “Okey...”

“Naz...” Iqa memanggil namanya. Sebaik sahaja pandangan Nazliyana diangkat dari skrin netbook Farah, matanya membulat tanpa disuruh. Refleks action! Apa yang dia buat dekat sini?

“Hai budak sombong.” Ketua kuliah Enam Rendah itu menyapanya dengan kurang adab. “Ada apa?” Tanpa basa-basi, Nazliyana terus menyoal straight to the point.

“A tambah B is equal to Aman Bahagia. N campur H sama dengan Nampak Hancus.” Hazman melafas ayat yang tidak dapat dicerna.

Nazliyana mengerutkan dahi. Apa benda pulak mamat ‘Can Not Go’ ni merepek? Siap dengan equation merepek dia lagi!

Ternyata yang lain juga pelik dengan kata-kata Hazman tersebut. “Kau tengah merepek apa Hazman?” Iqa menyoal dengan kedut di dahi. Hazman tersenyum segaris padanya.

“Budak sombong...” Hazman memanggil lagi.

Nazliyana mengangkat pandangannya dari fail MUET di atas meja, malas. Namun matanya tetap juga terarah ke muka Hazman. “Whassup?” Nazliyana menyoal tanpa nada. Hazman tarik bangku kemudian duduk betul-betul menghadap Nazliyana.

Lagi sekali sekumpulan gadis itu pelik dengan sikap Hazman. Szaza, Adila, Suhada dan Saidatul berpandangan sesama sendiri. Tak pernah-pernahnya diorang tengok Inche Arsenal yang sorang tu kacau perempuan lebih-lebih macam ni. Dah la kacau isteri orang pulak tuu!

“A, B... Addin, Benz... Aman, Bahagia...” Dia mengungkap kata berpasangan itu bernada. Nazliyana cuba mencerna. Err, ni kan pasal novel Hlovate? Okey...

“N, H... Nazliyana, Hazman... Nampak Hancus...” Hazman kemudian tersenyum sambil double-jerk. “Amacam? Sempoi?” Hazman menyoal lagi dengan sengih kambingnya itu.

Muka Nazliyana berubah dari riak pelik sebentar tadi kepada muka tak berperisa. “Nonsense.” Membazir masa aku seminit!

“Okey, fine!” Hazman bersuara tak puas hati. “Aku nak hantar novel kau.” Novel aA+bB dibawa keluar dari begnya, kemudian diletakkan betul-betul di hadapan Nazliyana. “Tertinggal petang Jumaat lepas dekat atas meja aku. Tak silap aku Iqa yang baca masa tu. Sorry tak pulangkan secepat mungkin. And, thank you, sebab aku dah habis baca novel tu.”

Nazliyana telan liur. Hazman mula menapak langkahnya.

Iqa dah kecut perut. Alemak! Aku betul-betul lupa! Ingatkan ada hilang dekat rumah. Nampak sangat lah membazir tenaga aku bertungkus-lumus dekat rumah cari novel Naz, tapi tak jumpa-jumpa.

“Budak sombong, jangan sombong sangat. By the way, you are so much welcome.” Hazman bercakap tanpa menolehkan badan mahupun mukanya menghadap Nazliyana.

Perasaan bersalah bertandang dalam dada. Err, thanks Hazman.


Be Mine, Sudi Tak? 12 Part(i)

Posted by Nina Zizan at 5/23/2013 05:05:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)




KISAH 12


“Apa beza Tanah Melayu dengan Malaysia?” Cikgu Sejarah di depan menyoal. Seisi kelas diam. Tidak menjawab, hanya duduk berkutik. “Hah! Aku dah kata dah. Kamu semua ni memang tak tahu apa! Tak kan soalan senang macam tu pun tak tau? Belajar Sejarah dah lima tahun. Apa pun tak tau. Cepat, siapa boleh terangkan apa perbezaan antara Tanah Melayu dengan Malaysia?”

“Haziq...” Nazliyana menoleh kemudian memanggil Haziq yang duduk di belakangnya, perlahan. Wajah fokus Haziq pada buku rujukan ditatap. “Tau dak jawapan dia?” Nazliyana menyoal.

Selalunya, Haziq yang akan bagi jawapan macam yang cikgu mintak. Kiranya jawapan ikut skema rr.

“Kejap, tengah cari ni.” Haziq kembali menyelak buku Sejarah Malaysia di atas mejanya itu. Sekejap ke muka surat hadapan, sekejap-sekejap lagi ke belakang semula.

“Ada ka jawapan dalam buku tu?” Nazliyana menyoal pelik. Ada erk? Rasanya tu basic yang memang kena tau. Rasanya soalan macam tu memang tak masuk sillabus Form 6. Ni pengetahuan asas.

“Entah. Aku tengah cari rr ni. Tapi, tak jumpa pun.” Tangan Haziq sibuk menyelak buku. Nazliyana kembali menoleh ke hadapan.

“Alyaa Syahirah, apa beza Tanah Melayu dengan Malaysia?” Alyaa menjadi sasaran Cikgu Ali. Alyaa tersengih seketika kemudian menjawab, “Tanah Melayu ni dah lama. Malaysia ni baru lagi.”

“Okey... Terima kasih.” Cikgu Ali mengangguk-angguk mendengar jawapan yang diberi oleh Alyaa. Cikgu Ali beralih pula pada pelajar di sebelah Alyaa dan dia menyoal, “Dila Leni, apa beza Tanah Melayu dengan Malaysia?” Dila yang disoal sibuk membuka buku rujukan di atas meja. Mana ni? Apasal tak dak?

“Dila...?” Cikgu Ali menyoal lagi. Dila terus tutup buku di tangan. Hantam sajalah labu. “Errmm, Tanah Melayu ni dia tradisional sikit. Malaysia pulak moden sikit.” Dila memberi jawapan. Aci redah jelah!

Cikgu Ali tersenyum. “Tanah Melayu ni tradisional, Malaysia moden sikit, Satu Malaysia moden banyak-banyak. Takpe, terima kasih Dila.” Satu kelas gelak dengar Cikgu Ali mengulas jawapan Dila.

“Cepat, siapa boleh jawab apa beza Tanah Melayu dengan Malaysia? Ni asas ni. Kalau asas pun kamu semua tak lepas, macam mana nak jawab soalan yang lagi kompleks?” Cikgu Ali masih menanti pelajar yang boleh menjawab soalan mengikut jawapan dalam skema.

“Apa beza Tanah Melayu dengan Malaysia?” Cik Haziqah a.k.a Iqa di sebelah yang masih cuba mencari jawapan dalam buku, menyoal Nazliyana tanpa mengalihkan pandangannya dari buku tersebut. Nazliyana tidak terus menjawab, sebaliknya dia menoleh ke belakang lagi sekali. “Haziq, dapat dak?” Haziq menjawab soalan Nazliyana dengan gelengan kepala. “Tak dak rr.” Haziq melepaskan nafas berat di hujung ayatnya.

“Apa beza Tanah Melayu dengan Malaysia? Kita cuba tanya pelajar baru. Nama kamu siapa?” Pandangan Cikgu Ali terarah kepadanya sekarang. Nazliyana berdeham seketika membetulkan suara terlebih dahulu sebelum bangun dari duduknya. Dia menjadi tumpuan seisi kelas sekarang.

Sebenarnya, dah tiga minggu aku belajar dekat sini. Tapi, ni kelas pertama aku dengan Cikgu Ali. Sebelum ni Cikgu Hassan yang ajar kitorang, tapi dia dah pencen minggu lepas.

“Nama saya Nazliyana Nadwah binti Azizan. Panggil, Nazliyana.” Nazliyana menjawab. Darah gemuruh baru ingin menerpa dalam diri.

“Nazliyana?” Cikgu Ali menyoal. Nazliyana mengangguk, mengiyakan soalan itu.

“Kamu dari mana?”
“Kedah.”

“Kamulah pelajar yang dah kahwin tu?” Cikgu Ali menyoal. Nazliyana terkedu. Tak kan tanya soalan tu kot? Para pelajar sedang tersengih mendengar ‘soalan agak maut’ dari Cikgu Ali yang memang nampak sangat tak termasuk dalam sillabus Sejarah pun.

Nazliyana mengangguk, kemudian mengiyakan, “Ye saya...”

“Bagus. Jadikan Nazliyana sebagai contoh. Dah berkawan tu, jangan la kawan lama-lama. Kahwin ja terus. Senang cerita. Nak buat apa pun, buat lah. Dah tak salah. Takde siapa pun nak marah.” Cikgu Ali berceramah terlebih dahulu. Namun kata-katanya terhenti setelah satu suara sumbang mencelah.

“Cikgu. Dia bukan kahwin suka-sama-suka. Mak dia yang suruh dia kahwin.” Kata-kata Hazman itu kemudiannya disahut oleh hilai tawa rakan sekelas mereka yang lain. Merah muka Nazliyana menahan malu. Iqa, Dila dengan Alyaa dah pamir muka tak puas hati. Berani korang buli kawan kami?

“Hazman...” Cikgu Ali memanggil bekas pelajarnya dua tahun lalu. Cikgu Ali pernah mengajar Hazman masa Hazman Tingkatan Empat. Cikgu Ali ajar budak Form4 subjek Bahasa Inggeris.

“Ye cikgu.....?” Hazman membalas 6 harakat. Matanya memandang pada Nazliyana sepanjang dia menjawab sahutan Cikgu Ali. “Itu hak peribadi dia. Kita takde hak nak kacau hidup dia. Cukuplah kita tahu dia sudah pun berumah tangga. Yang lain-lain, dia akan urus sendiri. Faham?” Tegas Cikgu Ali peringatkan pelajarnya itu. “Fa...ham cik...gu.....” Panjang Hazman menjawab.

“Ke kamu yang minat dengan Nazliyana ya Hazman?”
“Herrr cikgu! Mana ada!”

“Baiklah. Nazliyana? Boleh awak jawab soalan saya tadi? Apa beza Tanah Melayu dengan Malaysia?” Cikgu Ali menyoal. Sekali lagi, Nazliyana menjadi tumpuan kelas.

Nazliyana menyedut oksigen ke dalam tubuh seketika, kemudian menghembus keluar gas karbon dioksida ke udara sebelum mula menjawab soalan Cikgu Ali. Dia sedang mengumpul segala kekuatan yang ada.

“Tanah Melayu ialah Semenanjung Malaysia yang dikenali pada hari ini. Yang membawa maksud Tanah Melayu ialah tanah yang bermula dari negeri Perlis sampai Johor. Itu Tanah Melayu.” Jeda sebentar. Nazliyana mengambil nafas seketika.

“Malaysia pulak merupakan negara kita di mana, Tanah Melayu telah pun bergabung dengan Sabah dan Sarawak. So, maknanya dekat sini, Tanah Melayu ialah, negara kita semasa dijajah sehinggalah kita bebas dari penjajah pada 31 Ogos 1957. Malaysia pula ialah negara kita apabila Tanah Melayu yang dah bebas dari penjajah, bergabung pula dengan Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.” Nazliyana berhenti memberi jawapan.

Senyap seketika kelas dengan jawapan Nazliyana. Cikgu Ali mengangguk-angguk kepalanya.

“Atau kalau nak lagi senang, hafal je lirik lagu ni.”

1511, kita jatuh, namun tak bererti untuk selamanya.
Runtuhnya, empayar agung, kerana, fizikalistik manusia.
57’, kita bangkit semula, cipta, perlembagaan negara.
Melayu, Cina juga India, berkompromi, untuk merdeka.
63’, penyatuan tanah, Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
Terbentuknya negara Malaysia,dihuni pelbagai, kaum&bangsa.

“Hafal ja lirik lagu tu. Nanti boleh explain setiap situasi yang disebut dalam lirik tu dengan lebih mudah. Senang je, kan?” Nazliyana cuba tersenyum nak tutup takut.

“Lirik lagu erk yang kamu baca tadi tu?” Cikgu Ali menyoal.
“Yes.” Ringkas Nazliyana menjawab dengan anggukan.

“Lagu siapa yang buat? Saya tak pernah dengar pun?”
“Lagu sa... Opss!” Nazliyana menutup mulutnya. Alemak! Dari awal aku cakap tuu lagu kaa?

Seisi kelas melihatnya pelik. Termasuklah gengnya sendiri. Lirik lagu? Lagu sa..? Tak kan dia nak cakap “Lagu saya,” pulak kot?

“Hurm... Lagu bukan siapa-siapa pun.” Nazliyana menggeleng-geleng kepalanya, cuba menegakkan benang yang basah. Memang dah terang tu lirik lagu hak milik dia, nak sembunyi macam mana lagi?

“Baiklah. Terima kasih Nazliyana. Awak boleh duduk. Dan...” Belum sempat Nazliyana duduk, Cikgu Ali menambah ‘dan’ pula. Tak jadi Nazliyana nak duduk. “Ye cikgu?”

“Nanti hujung bulan lapan, bolehlah persembahkan lagu kamu tu erk. All of us waiting for the song to be sing.” Cikgu Ali tersenyum.

Nazliyana balas senyuman cikgu teragak-agak sambil mengangkat baju kurung peach-nya ke atas, dan terus duduk di atas kerusi miliknya yang bersebelahan dengan kerusi Iqa.

“Terima kasih. Ada sesiapa lagi yang nak tambah jawapan lain?” Cikgu Ali menyoal kepada pelajarnya. Tiada reaksi. Cikgu kemudian tersenyum lagi sambil mengangguk-angguk. “Ya, betullah tu jawapan yang Nazliyana bagi tadi. Terima kasih Nazliyana.” Nazliyana tersenyum dan mengangguk pada cikgu Sejarahnya.

“Meluat aku. Budak Sejarah!” Iqa menjelir lidah pada Nazliyana. Nazliyana ni memang otak ensiklopedia ke apa?

Loceng rehat berbunyi.

“Esok saya nak jawapan daripada kamu semua. Apa kaedah ter-moden dalam aktiviti perlombongan.” Cikgu Ali mengulang kembali soalannya pada kelas. Kelas bersurai setelah Cikgu Ali keluar meninggalkan bilik kuliah mereka.

“Iqa, jawapan untuk soalan cikgu tu kapal korek tak silap aku. Rasanya ada dalam buku teks Sejarah Tingkatan Dua.” Nazliyana menutur pada Iqa. “Kenapa kau tak bagi tau dekat cikgu tadi? Kan senang. Tak payah orang lain nak balik rumah baca buku dah.” Iqa tarik muncung.

Nazliyana mengangkat bahu. Aku malas sebenarnya. Nanti orang cakap, aku suka conquer, lepas tu kena cop bajet lah, dan macam-macam lagi. Aku malas.

“Jom, kau nak makan tak hari ni?” Iqa menyoal Nazliyana.

Nazliyana kerut dahi seketika. Aku tak dak selera nak makan ni. Nazliyana kemudian hanya menggeleng kepala.

“Kita lepak perpustakaan lah. Jom...” Iqa mengajak. Selain daripada mereka berdua, ada lagi dua orang ahli geng yang ikut sama ke PSP. Siapa lagi kalau bukan Alyaa dan Dila? Ni kira geng diorang rr ni. Kalau ikut sejarah, dah lima tahun geng diorang tu hanya bertiga. Nazliyana yang memang susah nak mulakan percakapan dibasuh oleh mereka bertiga sampai Naz terus tak lalu nak cakap banyak-banyak. Tapi, diorang baik... Sejarah Nazliyana di-clorox oleh mereka bertiga? Err... Let it just be, a history.

Be Mine, Sudi Tak? 11 Part(ii)

Posted by Nina Zizan at 5/23/2013 05:04:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)




Sampai di dapur...

******

“Lain kali beli Mee Sedap Goreng banyak-banyak. Bukan mee sup, mee kari, mee hapahapahentah lagi tu.” Nazliyana merungut. Ada tiga bungkus je Mee Sedap Goreng tu! Mee segera lain banyak rr pulak. Ni yang tak puas hati ni.

“Makan mee goreng tu sebungkus mana cukup. Lapar laa. Paling kurang kalau mee kari tu ada lah jugak kuah, boleh tahan kenyang.” Afiq menutur sambil memandang Nazliyana. Dekat atas dapur, ada satu periuk tengah jerang air. Nak kembangkan mee lah kot?

“Itulah awak...” Nazliyana bukak mulut, sebagai mukadimah. Afiq dah terangguk-angguk kepala. Kalau ayat, “Itulah awak” yang keluar dari mulut Naz, memang dia nak berleter perli aku tak reti buat something-something rr tu.

“Ingat orang muzik, para pelukis je ke yang kena kreatif? Dalam bidang masakan pun kena kreatif jugak. See, dekat pembungkus ni dia tulis ‘Mee Sedap Goreng’. Tapi, tak semestinya dia wajib digoreng. Kita kena kreatif, masukkan apa yang boleh.”

Afiq jerk kening kanan. Ape benda pulak minah ni nak buat. Dah la bercakap guna bahasa Planet Venus. Cuba tengok apa yang dia bawa keluar dari peti ais. Ada sawi, tauge semua dia bawa keluar. Dia nak masak mee segera je, kan? Tak kan nak makan mee goreng segera dengan sup sayur? Memang orang yang terlebih kreatif ni, otak selalu weng erk?

“Rash dengaq ka dak?” Nazliyana memandang wajah Afiq yang tak terjemah, sedang memandang tauge.

“Dengar. Tapi ann, Naz nak buat apa sebenarnya? Dengan sawi, tauge... Macam tak masuk akal je nak makan mee dengan sup sayur ni.” Afiq garu kepala. Sungguh, aku tak faham.

“Hee... Saya tahu, yang awak tak tahu. Sekejap lagi, tengok, dan belajar. Okey?”
“Huh... Yelah...” Bosan.

Afiq duduk di para dapur, memerhati Nazliyana yang sedang mengasingkan biji tauge warna hitam tu dari tauge... Siap. Kemudian Nazliyana membasuh tauge tersebut. Sayur sawi juga dibasuh. Tauge disejat dalam penapis.

Papan landas dan pisau dicapai. Setiap batang sayur sawi diasingkan dari batang keras dia tu, batang utama yang keras dan tak boleh dimakan tu lah maksudnya. Nak tau yang mana satu, pergi belek sayur sawi. Lepas tu, batang sawi kecik(branch) tu pulak dipotong, dipisahkan dari daun sawi tu.

Afiq dah naik pening tengok bini dia buat kerja. Apasal pulak dia buat macam tu? Ibu siang sayur sawi tak buat macam tu pun?

Daun sawi dihiris... Siap. Batang sawi diketuk dengan hujung pisau.

Pulak? Buruklah batang sawi tu. Afiq tarik muka tak faham lagi sekali. Kemudian dia menggeleng-geleng kepala. Huh! Penatnya tengok dia ni buat kerja. Aku dah lapar ni! Air yang dijerang dilihat. Api sikit punyalah kecik. Lambat sungguh dia ni buat kerja! Afiq menggaru kepalanya lagi. Mata kembali menyorot Nazliyana.

Dia tengah pecahkan telur. Dua biji. Telur itu kemudian dikacau dengan... Dengan sudu? Bukan orang kacau telur dengan garfu ke? Dia ni tak pernah buat kerja dekat dapur ke hape? Afiq menggaru lehernya pulak.

Tapi, kalau dia tak reti masak, dia ambil mana makanan-makanan yang aku makan sebelum-sebelum ni? Minta maaf lah ye, saya memang tak pernah tengok isteri saya memasak sebelum ini. Saya balik rumah je, selalunya makanan untuk makan malam memang dah siap ada dalam periuk atas dapur.

“Berhenti garu-garu badan awak tuu, boleh tak? Rimas laa orang tengok.” Nazliyana merungut.

“Huh? Hurmm... Yelah.” Dia perasan rupanya. Aku tengok, kusyuk je dari tadi buat kerja.

“Rash... Tolong ambik ketchup dengan black pepper. Kicap atas meja makan, lada hitam dalam peti ais. Cepat sikit.” Nazliyana memberi arahan. “All right...” Arash turun dari para dapur dan bergerak menuju ke meja makan. Botol kicap dicapai. Ke peti ais... Lada... Lada... Lada... Pintu peti ais dilihat, gotcha! Bekas lada hitam dicapai.

“Nah.”

Nazliyana mencapai kedua-dua botol tersebut, “Mucho-mucho thank you.”

“Mucho welcome.” Afiq kembali duduk di atas para. Badan disandarkan ke dinding. Mata dipejam. “Lambat lagi ke?” Mulutnya mengumam dengan mata sepenuhnya tertutup.

“Nak tengok orang masak ka, dak ni?” Nazliyana menyoal.

Tidak menjawab soalan itu, Afiq membuka mata, membetulkan badan, tapi masih duduk di atas para. “Tengok la ni...”

“Okey. Kita nak masak mee dua bungkus je sekarang ni. First sekali, Arash kena tahu yang air dalam periuk ni sekarang, sebenaqnya untuk masak mee tiga bungkus.” Tangan kiri Nazliyana diangkat, lalu jari anak, manis dan tengah diluruskan, memberi isyarat nombor 3. Afiq mengangguk.

“Naz memang suka masak guna ayaq banyak, sebab Naz suka kuah dia. So, sekarang ni, gunting semua pembungkus perencah yang dia bagi, and masukkan dalam periuk. Tapi, Naz tak masukkan bawang goreng. Nanti jadi kurang sedap.” Nazliyana mencapai gunting.

“Bukan bawang goreng tu ke yang mensedapkan mee ni?” Afiq menyoal tak faham. Kalau aku masak Mee Goreng Sedap ni, tak letak bawang goreng tu, kira memang tak sah rr.

“Kalau versi Arash, yes, bawang goreng tu sedap. Kalau versi Naz, bawang goreng tu akan mencacatkan rasa maggi Naz.” Nazliyana kemudiannya menggunting paket serbuk perencah. Tangannya dibawa ke muka periuk yang sedang dijerang air. Tangannya ingin menuang perencah itu ke dalam periuk. Tapi, belum sempat Nazliyana menuang masuk serbuk tersebut, Afiq menghentikan tindakannya itu.

“Wait-wait-wait... Ni nak masak mee goreng ke, mee kuah?” Afiq yang memang tak faham dari tadi menyoal tiba-tiba.

“Mee kuah la. Kan Naz cakap Naz suka kuah dia...”
“Tapi, dia cakap ni mee goreng, kan?”
“Tu dia cakap, tapi kita tak semestinya kena ikut cakap dia.”
“Pulak?”

“Iye... Sambung balik...” Nazliyana kemudiannya menggunting semua pembungkus lalu semua perencah tersebut dimasukkan ke dalam periuk, termasuklah dengan sos dan kicap yang disediakan dalam pembungkus mee tu sekali. Selesai!

Senduk yang tergantung di sebelah kanannya dicapai. Nazliyana mengacau kuah di dalam periuk. “Disebabkan Naz guna ayaq banyak, sebab tu Naz kena tambah accessories dia. Mula-mula, tuang kicap sikit. Naz masukkan kicap, sebab warna kuah dia tak hitam macam yang sepatutnya, kan Naz guna ayaq banyak tadi. Tuang agak-agak jalah, sampai warna kuah ni nampak okey balik, tak pucat macam awal-awal tadi. Paham?”

“Yes...”

“Then, masukkan garam. Well, kuah banyak, so garam pun kena lebih gak rr. Tapi jangan rr letak garam sampai rasa macam ayaq laut.”

“Tahu... Benda macam tu tak payah bagi tahu lah.”
“Suka hati rr orang nak cakap!”
“Yelah-yelah!”

“Masukkan lada. Tapi, jangan banyak sangat. Nanti nak makan kuah pun tak mampu.” Lada hitam ditabur dalam periuk.

“Lepas tu, kacau.” Senduk yang dah digunakan tadi dicapai semula. Kuah dikacau lagi. “Then rasa rr kuah. Dah cukup masin ke belum.” Kuah itu dirasa. “Hurmm... Kurang garam.” Garam ditambah sedikit.

“Tak masukkan Ajinomoto?”
“Nope. Tak perlu.”
“Bukan orang cakap tak letak Ajinomoto, takde kick ke?”
“Itu orang yang cakap. Bukan Naz.”
“Eleh...”

Kuah yang baru ditambah dengan garam tadi dirasa lagi sekali. Nazliyana tersenyum. Puas hati dengan rasa kuah. Cukup rasa masin dia.

“Sedap ke?” Afiq menyoal dengan muka tak percaya, muka ragu-ragu.

“Ofcoz sedap. Tengok rr sapa inovator dia.” Nazliyana tersenyum bangga.

“Eleh! Gaya sombong angkuh.”
“Ade den kisah?”

“Tunggu ayaq mendidih ja sekarang ni...” Api dibesarkan. Air mula berbuih-buih dari tepi periuk.

“Ready nak masukkan mee. Lepas masukkan mee, boleh masukkan sawi terus.” Air mendidih, dan ketulan-ketulan mee yang telah dipatahkan dua itu dimasukkan ke dalam periuk. Sawi juga. Isi periuk dikacau.

“Tauge tak masukkan ke?”
“Kejap lagi lah...”

“Sekarang masukkan telur.” Mangkuk telur ayam dicapai. Telur itu dikacau lagi sekali menggunakan sudu yang sedia ada di dalam mangkuk tersebut. Telur dituang dengan cara bulatan mengikut bentuk periuk dari arah luar dan akhirnya ke dalam. Siap!

“Satu, dua, tiga, empat, lima...” Nazliyana membilang lambat-lambat. Ikut rentak saat yang betul. Bukan macam budak-budak kira main aci menyorok tu eyh. Isi periuk di kacau lagi sekali, perlahan-lahan. Ingin memutuskan rantaian telur tadi.

Afiq memandang Nazliyana. Sempat lagi dia buat latihan matematik masa masak?

Nazliyana membesarkan lagi api dapur. Isi periuk dah mendidih. Bila semua isi periuk dah hilang wajah, tersembunyi di sebalik buih, barulah api ditutup.

“Siap...” Nazliyana tersenyum pada Afiq dengan muka bangga lagi sekali.

“Huh! Nak perasan terer laa tuu. Tu, sayur tauge kome dah tertinggal.” Afiq tarik senyum sinis. Perasan betul dia ni. See? Kan dah malu.

“Mana ada tertinggal. Sayur tauge memang letak bila api dah tutup.” Nazliyana mencapai penapis tauge. Tauge ditabur ke dalam periuk.

“Tak payah la nak cover. Dah terlupa tu, mengaku jelah.”
“Pulak dah. Dia tak mau caya pulak?” Nazliyana mencapai senduk, dan dikacau rata.

“Lupa tu cakap jelah.”
“Inche Arash... Saya masukkan tauge hanya setelah api ditutup kerana, saya sukakan tauge yang rapuh. Sebab tu saya letak lepas tutup api. Faham?”

“Owh... Macam tu, erk?” Afiq angkat kening kanan, cover malu.

“Itu la... Lawan lagi cakap pro. Kan dah malu.”
Helleh! Boleh blah!



Be Mine, Sudi Tak? 11 Part(i)

Posted by Nina Zizan at 5/23/2013 05:04:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)




KISAH 11


“Naz...”

“Kenapa?” Nazliyana menyoal. Ni kawan baru dekat sini. Alyaa, Dila dan Iqa. So far, diorang ni memang okey. Kepala pun, lebih kurang macam satu pemikiran ja. Then, agak gila-gila. So, aku selesa dengan diorang. Nak pulak, diorang tak pernah kisah dengan status aku sebagai ‘isteri orang’. Itu la benda yang buat aku paling selesa. Tapi, diorang agak kepoh. Asyik-asyik nak jumpa Arash!

“Bila kau nak kenalkan suami kau dekat kitorang?” Iqa menyoal lagi. Nazliyana menjawab soalan itu dengan mengangkat bahunya, tanda tak tahu. “Suami kau okey tak?” Dila pula mengambil giliran untuk menyoal.

Kan aku dah cakap tadi. Kepoh tak diorang? See? Hari-hari diorang tanya aku soalan yang sama. Dah masuk dua minggu dah sekarang ni! Nasib baik la diorang ni bukan jenis yang terlalu memaksa. Kalau tak, dah lama melayang pergi Atlantik dek lempangan aku. “Okey ja. Dia jaga aku. Dia layan aku. Dia beli makanan untuk aku. Dia marah aku...” Ayat dekat belakang tu dah rupa macam humming ja. Antara nak keluar dengan tak terkeluar.

“Aku nak tanya kau satu soalan lagi.” Iqa bersuara lagi. Alyaa dengan Dila sibuk dengan roti bun yang dibeli dari kantin tadi. “Kau dengan suami kau...” Ayat Iqa berhenti. Teragak-agak dia untuk menyoal. “Aku dengan suami aku...?” Nazliyana mengulang ayat itu, memohon agar soalan tadi dihabiskan.

“Ish. Jangan buat-buat tak faham, boleh tak?” Iqa bersuara dengan nada bosan dan geram serentak. Kang aku cakap straight to the point baru kau tau! “Sungguh aku tak faham.” Nazliyana menjawab pula dengan muka blur. Ape jenis soalan yang dia tanya ni.

Mereka berempat tiba di berdekatan dengan tangga. Nak naik, tak boleh. Masa rehat mana boleh naik atas blok, apatah lagi duduk dalam kelas! Sama sekali dilarang!

Dua orang pengawas yang menjaga tangga tersebut tersenyum kepada mereka sekumpulan. Hello, ni senior. Ada mandat tau! Hahaa... *gelak kejam!

“Naz.....” Iqa memanggil lagi.
“Apa.....?”

“Engkau... Dengan suami engkau... Dah bersama ke belum? Jangan cakap kau tak faham maksud aku!” Nada suara Iqa naik satu oktaf dekat ayat terakhirnya. Nazliyana sedang diam, memikir. Maksudnya...?

“Owh...” Nazliyana baru tangkap maksud ayat Iqa tu. Ciss! Soalan tak bermoral betul. Tiga pasang mata yang lain dah memandang ke arah Nazliyana. Termasuklah dua orang pengawas tingkatan empat kalau tak silap tuu.

“Dah ke belum?” Dila pula menyoal dengan penuh minat. “Err... Tak. Gila ke? Aku kan belajaq lagi.” Nazliyana menjawab. Ada ke patut tanya soalan privasi macam tu? Tak patut!

“Sure tak pernah?” Alyaa pula ambil giliran menyoal. Siap dengan muka tak percaya lagi!

“Tak...” Pendek Nazliyana menjawab.

“Pernah tak, korang hampir-hampir melakukannya?” Iqa dengan muka penuh minat menyoal. Serius macam wartawan majalah hiburan aku tengok. “Tak... Tak... Tak.” Nazliyana tetap dengan jawapan ‘tak’ nya. Kepala digelengkan ke kanan, kiri, ke kanan seiring dengan jawapannya.

“Aku tak percaya lah!” Iqa membantah tiba-tiba. Nazliyana tarik muka pelik. “Korang tinggal satu rumah, satu bilik. Siap satu katil lagi! Tak kan tak pernah? Even hampir-hampir pun tak pernah?” Iqa menyoal lagi, tak percaya.

Kringgg...

Sesi perbualan mereka terganggu oleh deringan loceng tersebut yang menandakan waktu rehat, sudah berakhir.

“Loceng sudah berbunyi. Mari kita naik ke atas, masuk ke kelas.” Nazliyana melangkah terlebih dahulu meninggalkan rakan-rakannya.

Iqa, Alyaa dan Dila hanya terdiam di tapak perbualan mereka sebentar tadi. Statik, tak bergerak. “Rumah tangga dia tak happening la.” Iqa bersuara tanpa nada pada Alyaa dan Dila. Dua kepala yang mendengar itu mengangguk tanda setuju dengan kesimpulan yang dibuat oleh Iqa.

*****

“Huarghhh...!!!” Buku di tangan dihempas ke bawah. Tak faham! Pening kepala kalau macam ni! Dah elok-elok sihat, tak pasal-pasal pening nanti, tak boleh pi sekolah, macam mana?! Dah la SPM aku rosak sebab sakit kepala terlampau! Sakit! Jangan nak rosakkan STPM aku pulak!

“Ni tengah study ke nak makan orang ni?” Afiq yang sedang membelek fail kerja berpaling ke belakang; ke arah katil di mana Nazliyana sedang menyiapkan assignment pertamanya.

“Nak makan Arash rr ni!” Nazliyana bangun dari duduk di atas katil dan berjalan menuju kepada Afiq. “Yeah!!!” Leher Afiq dicapai dengan kedua-dua belah tangan dan ditarik kemudian ditolak ke belakang. Leher itu dicekik selama lima saat. Sedaya upaya Afiq cuba meleraikan tangan Nazliyana dari terus mencekik lehernya. Mati lemas aku kalau terus macam ni!

Nazliyana meleraikan tangannya dari leher lelaki itu.Tapak tangan kanan dibawa ke perut, “Err. Lapaq.” Polos Nazliyana menutur ayat tersebut. Dia kemudian berjalan menuju ke pintu bilik, ingin turun ke dapur.

“Nak pergi mana?” Afiq menyoal.
“Nak masak maggi.”

“Nak jugak!” Afiq pantas bangun dari meja jepun(meja kerjanya), lalu mengekori Nazliyana turun ke dapur.

Sampai di dapur...


Be Mine, Sudi Tak? 10

Posted by Nina Zizan at 5/23/2013 05:04:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)


*actually kan... selepas process editing BMST punya manuskrip, this is actually under 'Kisah 10'...
Tapi, dekat blog, SEPATUTNYA baruu jaa Scene 7... MalaSsss sangat nak update rombak entry2 dalam blog ni, so~ continue jee lah dengan 'Kisah 10'...
Means, dalam blog xkan ada entry untuk Scene  7 8 9~~~ Okkey?
Orait~~~*




“Huh, suka hati Arash lah.” Nazliyana buat ekspresi geli geleman sambil menggeleng kepala. Fieww, takot den! Nazliyana kemudiannya menapak masuk ke dalam bilik. Nak tidur. Esok skol!

*****

Bangun pagi, gosok gigi, guna Codomo Lion, gigi putih, sihat dan kuat, guna Codomo Lion...

Tapi, tu masa kecik-kecik la. Fasa tak tahan ‘pedas’ ubat gigi. Kalau dan besau macam ni pun nak guna Codomo Lion lagi, sah, ada la mana-mana fius otak dalam kepala yang tercabut tu.

Seusai mandi, Nazliyana keluar dari bilik mandi dengan t-shirt busuk semalam. Bukan lama pun nak pakai ni, dah nak pergi sekolah dah pun. Tuala mandi elok diletakkan di atas kepala. Tangan kiri dan kanannya turut dibalut dengan tuala itu. Hobi lepas mandi ni! Ala-ala si gadis ninja Melayu tak?

Pandangannya jatuh pada susuk tubuh yang masih melingkar dalam selimut di atas katil. Nak kejutkan, ke tak? Kalau tak kejutkan, alamatnya berasaplah telinga aku kena berleter dengan orang tua tu. Cakap aku semayang sorang-sorang, tak nak tunggu jemaah dengan dia lah, itu lah, ini lah... Haa! Kan dah cakap, pakcheq tua! Kuat berleter!

Kaki melangkah ke katil tanpa sedar. “Arash...” Nazliyana memanggil. Tubuh itu masih tidak memberi respon. “Arash...” Nazliyana masih memanggil. Juga seperti tadi, tiada sebarang reaksi. Nazliyana geleng kepala. Ni aku nak naik angin ni!

“Arash......” Nazliyana menggoyang-goyang bahu suaminya. Tangannya ditepis oleh Afiq. Terdengar keluhan yang keluar dari mulut Afiq.

“Ni dah melampau ni.” Nazliyana dah angkat kening kanan, tanda geram. Nasib baik tangan aku berbalut. Kalau batal air sembahyang aku tadi, memang siap rr! Tangan Nazliyana dah menggenggam penumbuk dalam menahan geram. Tubuh dibongkok. Mulut didekatkan ke telinga Afiq, dan... “Arash!!!”

“Mana? Mana? Mana?” Afiq bangun terkejut. Muka memang nampak ntahpapantah. Tambah pulak dengan rambut serabut tuu. Haa! Dia ni bukan guna Codomo Lion, dia ni, “Rambut bangun pagi bagaikan singa’. Huaaa, patut guna Sunsilk ni. Agaknya apa bendalah yang dia mimpi tadi? Lawak siot muka bangun pagi dia! Siap dengan rambut Goku lagi tuu!

Nazliyana dah gelak terduduk atas lantai sambil tekan perut. Mamat ni punya pasal rr. Aku terkejut bukan main masa dia tanya ‘Mana, mana, mana?’ tadi, terjatuh atas lantai terus. Nasib baik badan cepat je ke belakang tadi. Kalau tak, alamatnya benjollah dahi ter-accident dengan dahi Inche Arash tu. Dan nasib baik juga, wuduk aku masih terjaga! Nasib baik, nasib baik, nasib baik! Alhamdulillah!

Mata Afiq dah bulat memandang Nazliyana yang masih dengan gelaknya di pagi buta. Tapi, jam dah pukul 6.30 dah. Mana buta dah ann? Cuma rabun sikit-sikit je.

“Naz...” Bergetar suara Afiq menahan marah. Automatik, tangan Afiq menggenggam penumbuk.

Nazliyana yang perasan dengan perubahan yang berlaku pada Afiq terhenti tawanya, tapi dia masih dengan sengihan. Afiq menarik selimut yang menutup sebahagian badannya. *bayangkan macam Piccolo tarik jubah putih dia keluar masa pertandingan lawan*

Nazliyana tanpa membuang masa terus bangun. Kaki cepat dibawa ke pintu bilik. Kena lari selamatkan diri ni!

“Tak mau...” Nazliyana pantas berlari menuruni anak tangga. Hulk berbaju Converse sleeveless dah naik angin.

“Siap Naz!” Afiq teruskan misi mengejar isterinya itu. Macam nak  luruh jantung aku! Memang sah dia nak kena pagi ni! Melayang roh aku tadi!

Nazliyana masih berlari. Tuala di atas kepala tadi dah hilang akibat lemparannya kepada Afiq semasa berlari menuruni tangga sebentar tadi. Kaki membawanya berlari melangkah masuk ke ruangan dapur. Ni jalan mati ni! Arghh... Nak lari mana lagi? Mana, mana, mana? Ait? Apasal macam mimpi pak cik tadi tu? Haa, mesti Arash mimpi kena ligan dengan hantu tadi, ann? Sah rr ni! Patutlah lawak kemain dia bangun tadi.

Afiq sampai di pintu dapur. Berombak dadanya menahan letih bersenam di tengah-tengah pagi. Pandangan mata mencari susuk tubuh Nazliyana. Haha... Nak lari mana lagi? Inilah pengakhirannya! Siap kau!

“Arash... Tak mau rr.” Nazliyana melangkah setapak demi setapak ke belakang apabila Afiq mula melangkah mendekatinya. “Arash... Orang tak Subuh pun lagi ni. Nanti terlepas, sapa nak jawab?” Nazliyana cuba berdiplomasi untuk kepentingan diri.

Afiq hanya tersengih mendengar kata-kata Nazliyana. Jangan harap aku nak lepas kau kali ni. Kerja dia nak cari pasal je dengan aku! Penat aku layan! Dia melurut rambut yang dah menutupi sebahagian dahinya dengan tangan kanan. Berpeluh dah ni! Panas jee!

Langkah Nazliyana masih mengundur ke belakang. Dan... “Oh my gosh!” Badannya terkehadapan semula apabila di belakang dah tak ada ruang, siap terlanggar dinding dah ni. Alemak! “Arash... Dah rr. Sorry. Janji tak buat dah.” Nazliyana angkat tangan kanan separas dada, berikrar pada Afiq yang dia tak kan usik Afiq dah. Adoyai!

“Berani buat, berani tanggung.” Afiq membalas selamba. Langkahnya mati tiba-tiba, hanya tiga tapak sahaja dirinya terpisah dari Nazliyana.

Naz menggaru kepala yang sememangnya gatal. Aku benci sungguh dengan kelumumur ni! Selain itu, ni lagi satu benda yang aku tak suka. Apa lagi kalau bukan pak cik depan aku ni! Nak bangun, sikit punya la susah. Dah tolong bangunkan, tetap ja susah! Nanti-nanti bangun je sendiri! Biar padan muka!

“Cop!” Nazliyana merapatkan kelima-lima jari tangan kanannya, buat tanda ‘kejap’.

“All right, macam ni ja. Arash nak balas dendam pun, nanti-nantilah erk. Ni, orang nak solat, nak bersiap, nak pergi sekolah. Kalau lambat nanti, sapa nak tanggung? Arash pun sama, kan? Nak kena masuk office. Kalau lambat, nanti pekerja cakap, pengurus yang tak educated dan dedicated. So, baik kita start bertindak sekarang. Dah pukul 6.40 dah ni.” Panjang lebar Nazliyana keluarkan ayat pernyataan yang diharap bolehlah menolong dirinya lolos dari Afiq.

Afiq memeluk tubuh. Kening kanannya terangkat seketika. Sedang menimbang baik buruk cadangan Nazliyana. Sounds good, not bad rr. Paling kurang, aku ada masa untuk fikir, nak buat apa dekat dia ni. Am I right? Of course!!! Ni Afiq lah!

“Allright.” Afiq memberi kata setuju.

“Huh...” Nazliyana melepas nafas. Lega! Tangan kirinya terus mengesat peluh didahi. Nampak sangat reaksi leganya itu.

“Jom naik atas.” Afiq menarik tangan kanan Nazliyana. Baru tiga langkah mereka berdua menapak keluar dari ruang dapur, “Ya Allah!” Tangan kiri Nazliyana yang ‘bebas’ sempat menepuk dahinya, agak kuat.

“Kenapa?” Afiq menyoal, pelik melihat tindakan Nazliyana. Asal dia ni pelik sangat?

“Batai ayaq semayang(batal wuduk)!”

Ya ALLAH! Teruknya bahasa utara dia!



Wednesday, 22 May 2013

Freak's Story Scene 18 Part(i)

Posted by Nina Zizan at 5/22/2013 04:08:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)




SCENE 18 PART(i)

Everything I know and anywhere I go
It gets hard but it won't take away my love
And when the last one falls, when it's all said and done
It gets hard but it won't take away my love, whoa

I'm here without you baby
But you're still on my lonely mind
I think about you baby
And I dream about you all the time

I'm here without you baby
But you're still with me in my dreams
And tonight girl it's only you and me,
yeah... owh yeah... owh....

            Three Doors Down-Here Without You kini sedang dimain dan dinyanyikan oleh three boys Master of All di khemah mereka yang terletak di sebelah kanan side, khemah untuk peserta perempuan pula di sebelah kiri. Khemah peserta perempuan dan lelaki pula dipisahkan oleh khemah para guru dan fasi. Nasiblah khemah Master of All Boys dan Master of All Girl dekat gaya menjerit pun dah boleh dengar. Dah tu boleh tengok direct je ke muka pintu khemah masing-masing.

            “Done!” Freak melepas nafas lega. Dia mengelap peluh didahi. Princess dan Bie sedang mengeluarkan pinggan kertas pakai buang dari plastik barangan kumpulan mereka. “Guys…” Bie melaung kuat cuba menarik perhatian Master of All Boys, “Kalau rasa nak dinner, datang sini. Kalau nak terus buat konsert, stay sana.” Bie, Freak dan Princess dah ambil tempat, duduk mengelilingi bara api yang digunakan untuk bakar ikan tadi. Dari jauh, Voldemort bertolakan dengan Goku. Still childlish rupenye…

“Waa… Ikan bakar! Power!” Goku dah terlompat happy. Voldemort dan Goku serentak duduk dengan senyum kambing diorang tu. Hari ni aku bagaikan seorang yang hampir kebulur. Setelah aku tercium bau ikan ni, terus meransang otak aku untuk makan sampai kenyang-sekenyang-kenyangnya. Goku masih belum berhenti tersenyum.

Freak perhati kiri kanan. Banyak group tengah berkumpul nak dinner. Kucai tengah on the way datang. Baju Monster putih tulisan hijau, track merah? Tetiba aku terasa yang dia ni sangat dashing! Wahhh! Hensem!

Kucai duduk ambil tempat.

Bismillah…
*****

“Kenyang…” Lepas tu Goku sendawa kuat. Betullah aku ni makan sampai kenyang sekenyangnya. “Alhamdulillah…” Goku menyambung lagi. Matanya melihat pinggan lauk. Ikan sardin bakar tadi dah licin disapu bersih. Macam vacuum buat kerja! Master of All gelak dengan perangai Goku yang memang macam tak kisah sesen pun. “Eyh. Dah kenyang, sendawalah. Apa salahnya?” Goku dah lafaz dialog Mail dalam cerita Upin dan Ipin bila tengok kawan-kawannya asyik gelakkan dia dari tadi. Lagi sekali, tawa pecah dalam kumpulan dia orang.

“Freak boleh jadi calon bini aku rr! Pandai masak!” Goku buat gaya tengah fikir masalah dunia. Kemudian disambut oleh derai tawa dari Master of All. Freak buat mata juling. Volunteer diri nak kena cepuk dengan aku betullah budak ni!

“Bie dengan Princess lah yang bakar ikan ni.” Freak berdalih. Master of All Boys senyum serentak. Dua orang budak kembar tak sedarah buat double-jerk dekat Princess dan Bie. Muka diorang berdua yang still merah sejak membakar ikan tadi blushing lagilah jawabnya. Dan tetiba… “Opss… Aku lupa!” Goku menyambung. Siap tepuk dahi lagi. Apa pulak yang dia lupa? And benda apa yang dia ingat sangat sebenarnya haa?

“Aku lupa… Freak, Kucai yang punya, mana boleh kacau.” On the spot jugak kepalanya kena ketuk dengan Kucai yang ada dekat tengah-tengah antara Goku dan Voldemort.

Kucai tarik muka tak berperasaan. Padan muka! Nak sabit-sabit dengan aku, aku sabit kau dulu!

“Kucai, lagi sekali. Untuk aku.” Freak menambah. Secepat kilat jugak luku Kucai dah menyapa kepala Goku.

Hehee… Aku ada pembela keadilan. “Padan muka! Mucho thanks Kucai…” Freak senyum puas. Huh! Padan muka ekau. Jangan babitkan nama aku, boleh tak? Tau lah aku ni popular. Jangan rr asyik sebut nama aku. Kahkah. Again, aku lompat masuk locker, lock sendiri.

“Eleyh…” Goku yang sedang menggosok kepala merengus. “Dia mengadu dekat abang dia pulak.” Sepantas kilat Goku terus bangun lari setelah kata-kata tersebut dizahirkan. Kucai dan Freak sama-sama membulatkan mata. Nak kena budak ni!!!

Bie, Princess dengan Voldemort dah gelak tengok Goku yang lari lintang pukang, Freak dengan Kucai pulak dah macam nak keluarkan api.
*******


“Malam ni tak ada aktiviti. Rehat. Penat lagi kan? Ready for tomorrow je. Esok ada aktiviti kemasyarakatan. Assalamualaikum dan selamat malam semua.” Cikgu Azim minta diri. Salam berbalas dari semua. Dia bergerak menuju bulatan untuk para fasi dan guru. Bincang tentang program untuk esok lah kot.

Freak's Story Scene 17 Part(ii)

Posted by Nina Zizan at 5/22/2013 04:07:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)




SCENE 17 PART(ii)


“Kau kenapa? Aku tanya, jawab lah!” Dia naik angin. Aku tanya tak jawab-jawab, memang nak masuk dalam blacklist aku rr ni. “Dia jalan-jalan dengan Kucai.” Hairi menjawab hampa. Mukanya yang kecewa bertukar menjadi geram dan marah seketika kemudian. “No way! Tak boleh! Kau ni tak boleh harap langsung lah!” Chenta berang. Memang tak boleh harap langsung. Cakap kasanova, kasanova pala hotak ko!

            “Kalau kau pandai sangat, kau pergi sendiri rr.” Hairi pulak marah. Jangan nak cabar aku, dan jangan pernah sesekali kau nak calarkan ego aku. “Hurgh! Kalau aku dapat Addy, kau putih mata je tengok aku bahagia. Kalau kau tak pandai mengorat, macam mana kau nak dapatkan si Freak tu?” Chenta marah lagi. Kalau kau tak dapatkan Freak, hal ni akan susahkan aku untuk dapatkan Addy.

            “Kau cakap apa? Aku-tak-pandai-mengorat?” Hairi mencengkam lengan Chenta. Dia mengucap satu demi satu perkataan. Jangan sampai aku bertukar jadi makhluk tak berperasaan! Kalau hal tu terjadi, kau yang akan menyesal!

“Sakitlah!” Chenta meronta. “Hey, cuba kau ingat balik. Kalau aku tak pandai mengorat, takkan lah kau boleh sangkut dengan aku dulu? Kau pun salah satu perempuan yang pernah sangkut karat dengan aku. Jangan lupa fakta tu.” Hairi tersenyum sinis lalu melepaskan cengkamannya di lengan Chenta tadi. Remember, jangan pernah kau lupa kenyataan tu!
“Aku pergi cari Addy.” Chenta berlalu dengan muka merah. Geramnya!!!

********


            “Hai Addy.”

            “Owh, kau... Kenapa?” Addy paling kepala ke sebelah kanannya. Apabila ada yang kacau daun, aku akan rasa macam nak mencepuk orang tu. Siapakah gerangan orangnya?

“Abang Addy sibuk ke?” Chenta menyoal dengan senyuman over-sugar. I miss you Addy.

            “Tak… Kan tengah lepak ni?” Kucai menjawab teragak-agak. Jangan minta tolong apa-apa dari aku dan jangan ajak aku pergi mana-mana!

“Owh. Chenta nak join.” Tanpa menyoal dia terus mengambil tempat di sebelah kanan Kucai tanpa meminta keizinan. Hehe… Miss you damn much Addy. My sweet-sweetheart. “Hmm… Addy suka pantai erk?” Chenta menyoal. Boleh korek rahsia pasal dia ni. Nanti dia akan cakap aku ni Miss Understanding. Aww… Bestnya!

            “Kucai, dah pukul enam rr. Aku gerak dulu, tak Asar lagi ni.” Freak bangun dari duduknya.

“Aku ikut!” Kucai turut pantas bangun. Aku tak sanggup duduk dekat sini lama-lama. Ada wartawan yang tak berhenti bercakap dari tadi. Dah la tanya aku soalan, semua soalan aku baru separuh jawab, dia dah sambung dengan soalan lain.

“Hmm… Chenta nak ikut?” Kucai menyoal Chenta yang juga bangun dari duduk sejurus Kucai bangun tadi. Muka dia dah berkerut tanpa perasaan. Ada ke ayat macam tu? Lantaklah. “Tak, Chenta uzur…”

“Owh… Kitorang pergi dulu.” Addy pamit. Dia kemudian berpaling dan cuba mengejar Freak yang sudah agak jauh darinya.

            “Ramah nampak tadi, boleh jadi calon bini rr nampak gayanya.” Freak usik Kucai. Ngee. Minah tu memang over-suave everytime ke? Ramah mesra alam gilak!

“Naa… Takde ciri-ciri pilihan hati…” Kucai menolak. Dalam kepala dah tersenarai ciri-ciri gadis pilihan hati, dan dalam kepala jugak dah terbayang gadis pilihan hati.

“Habis, siapakah gerangan yang memenuhi ciri-ciri-pilihan-hati tuan hamba itu?” Freak menyoal sarkastik. Aku dah pulang ke zaman Hang Jebat derhaka? Tapi aku bangga dengan gelaran ‘Jebat Derhaka’ tu. Walaupun Jebat derhaka dekat Sultan, semua orang tau kenapa dia derhaka, kan? Sebab semangat setiakawan. I Love Jebat! Wahhh! Buat pengakuan berani mati! Huh! Para Jebat yang lain sila jangan perasan. Aku suka Jebat Melaka zaman Puteri Hang Li Po je yee.

“Hmm… Yang sedap mata memandang and yang just follow the flow.” Kucai menjawab tenang. Bibirnya mengukir senyum nipis segaris. Yang tak hipokrit. Yang ‘pelik’ di mata orang, tapi special di mata hati aku.

“Erk? Whatever… None of my business…” Freak membalas.

            “None of your business? Are you sure?” Kucai menyoal dengan dahi berkerut, kening sebelah terangkat. Kakinya berhenti berjalan.

Freak turut menghentikan langkahnya. “Yeah… Kenapa pulak perlu ada doubt?” Freak pula menyoal pelik. Ni apa gaya tengok aku macam aku ada buat kesalahan besar ni?

            “Naa… Nothing.” Kucai menapak meninggalkan Freak dengan senyuman ada makna; maybe boleh je panggil senyum sindir?

“Kucai, kejap! Cakaplah kenapa! Kucai!" Freak cuba mengejar Kucai yang melangkah laju. "Hurgh! Tak payah rr nak rahsia-rahsia dengan aku. Bukan rahsia negara pun.”

            Dari jauh…

            “I hate her!”
            “I love her!”

            Chenta dan Hairi berkerut dahi melihat Freak cuba mengejar Kucai yang berlari-lari anak.


 

StreetsOf93Story Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez