Tuesday, 14 August 2012

Be Mine, Sudi Tak? 3(i) =)

Posted by Nina Zizan at 8/14/2012 05:54:00 pm
Reactions: 
2 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...




“Makan rr... Layan diri tau.” Nazliyana tersengih pada Amer yang sedang mencedok nasi. “I ingatkan you nak tolong layan I.” Amer membalas kata-kata Naz, siap tayang muka sedih.

“Brfff... Layan diri!” Nazliyana tarik muka bosan.
“Pemalas..!”

********************************************************

TIGA(3)


Nazliyana di atas katil, di posisi paling kanan katil, disebelahnya Eida, kemudian di ikuti Sharnie dan Syara. Di belakang pula, Shera yang ‘sibuk’ dengan handphonenya. Di atas lantai pula, Zarith dengan Sakura(jenama gitar, bukan kawan Naruto) di atas riba duduk menghadap Nazliyana. Zaharul di sebelah kanan Zarith dengan buku kulit tebal milik Nazliyana(diketuk-konon2 drum). Semua dah pakat-pakat excited nak bawa korus Cinta Teragung-Hazama. Now!

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

            Lead dari gitar Zarith ambil alih. Bilik pengantin penuh dengan penghuni. Siapa lagi kalau bukan anak-anak saudara Nazliyana sendiri. Jam dah menunjukkan pukul 11.45 minit malam. Badan actually dah letih tahap tera. Tapi, cuak punya pasal, dia sanggup lagi nak jamming dengan anak-anak saudaranya. Shera dan Sharnie turut menyertai kugiran tak rasmi mereka pada malam itu.

            Pengantin lelaki? Err, rasanya tengah sembang dekat luar kot? Padanlah tu. Dia tu kan dah umur 27, dah nak masuk fasa orang tua pada pendapat Naz. Mana sesuai nak join kami, kan?

Secebis perasaan yang ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

            Bilik itu kembali digegarkan oleh suara-suara mereka yang beriya-iya nak menyumbangkan suara masing-masing. Sampai part last, Nazliyana kembali mengambil alih sebagai lead singer dengan ditemani flucking dari gitar Zarith...

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

“Huuuuu....” Semua pakat-pakat bertepuk tangan sambil bersorak. Lagi satu lagu dah habis jamming malam ni. “Orait, next song.” Nazliyana memikirkan lagu yang sesuai untuk dinyanyikan. “Selamat Malam, Faizal Tahir?” Dia menyoal. Menunggu pendapat dari ahli jamming.

            “Cantik...”

Suara mereka serentak terhenti apabila pintu bilik dibuka dari luar. Err, nak jamming lagi... Nazliyana tarik muka polos, sedih.

“Orait. Selamat malam.” Zarith bangun dari duduk lalu mengucapkan ayat sebaris itu khas buat mak saudara segeng sekepala; Nazliyana. “Err, nak pi mana?” Naz bangun dari duduknya, berdiri dan cuba menghentikan niat Zarith untuk keluar dari bilik. Dia buat-buat tak faham. “Dey, dah malam ni. Dah nak dekat pukui 12 dah. Tu, pak uda nak tidoq. Lagi nak buat-buat tak paham?” Zarith menyoal.

“Alarh Zarith... Stay rr lagi... Please, please, please.” Naz buat muka Barbie, kelip-kelipkan matanya. “Tak dak, tak dak. Pak uda dah mengantuk. Lagi pun, mana boleh kacau line.” Zarith kemudian tersenyum pada Afiq. Afiq membalas senyuman itu dengan senyuman geng dan kening terangkat sebelah. Nazliyana buat muka masam. Gedik!

“Orait, selamat malam.” Zarith kembali mengucap. “Zarith, Zarith...” Naz kembali menghentikan langkah Zarith. “Apa lagi?” Zarith tanya, geram. “Jangan tinggal daku, owh Zarith, owhh geng-geng ku... Aku rindu selalu, saat kita nyanyi lagu.” Naz buat muka sedih. Dia nyanyi lagu Jangan Tinggal Daku-Tan Sri P.Ramlee punya lagu. Tapi lirik dah diubah mengikut keadaan dirinya, dah di-parody-kan. “Andai, hampa pergi. Aku, teman tiada. Meratap sunyi, hampa merana. Owh-owh-owh jangan, tinggal daku...” Tangin kiri Afiq garu kepala tengok Naz nyanyi. Apa kes ni? Macam lah aku ni pihak berkuasa yang nak heret dia masuk penjara.

“Mak uda... Kami semua, tak mau ganggu, hang dan jugak pak uda... Kami, respect hang, sebagai ahli geng yang dah kahwin.” Zarith menggunakan ryhthm lagu itu juga. “Selamat malam.” Guna dialek Alleycats pulak. Zarith memalingkan badan menghadap Afiq yang masih di muka pintu dengan senyuman hormat segaris. “Sorry kacau. Selamat tidur.” Zarith menutur sebelum pamit keluar dari Afiq.

Kemudian, diikuti pula oleh Zaharul, Shera dan Syara. “Selamat malam Uncle Hensem.” Sharnie mengucap sebelum keluar dari bilik. Tangan Eida ditarik. Tadi baru habis main lawan tarik ‘tali’ dengan mak uda. Apa lagi? Lawan tarik Eida lah! Ada ka patut mak uda tak kasi kami bawak keluar udangah? Yang pak uda pulak dah bersandar dekat pintu. Punya bosan dok tunggu kami semua habis bersurai.

“Hey! Jap, jap, jap...” Sharnie memalingkan semula badan menghadap isi bilik. “Mak uda... Selamat malam... He, he, he...” Sempat lagi dia senyum kejam. “Kakak, greatgoodnight. Moga-moga, semuanya akan berjalan dengan lancar.” Eida pula memberi ucapan.

“Eida!” Simultaneously bantal yang tadi berasa di atas katil melayang terkena Afiq yang berdiri di muka pintu dari awal tadi. “Oppss...” Nazliyana menekup mulut. Terbabas tu!

Dari luar, terdengar gelak sakan Eida dan Sharnie.

Afiq di muka pintu membongkokkan badan mengutip kembali bantal yang dibaling ke badannya tadi. Pintu bilik ditutup. Butang lock dari dalam ditekan. Dia berjalan menuju ke katil.

Automatik, badan Naz yang menghala ke pintu sebentar tadi beralih ke arah selatan. Nazliyana terkedu, macam dah kena sampuk dengan Sang Kelembai. Jantung mengepam oksigen yang dirasakan semakin berkurang di otak. Dia menelan air liur dengan segala kudrat yang ada. Hayyoo... Take action, make a move Naz! Tapi, nak buat apa?

“Nah...” Suara garau itu bersuara. Tangan kanannya menghulurkan bantal tadi kepada Naz. Naz menyambut tanpa melihat ke muka itu. Hatta tanpa ucapan terima kasih pun.

“Lain kali, kalau dah tangan bangku, jangan main baling-baling. Kan dah terkena referee. Nak kad merah?” Suara garau itu bertanya lagi. Suara garau? Bukan suara original. Suara garau dia yang sebenar sound lagi sedap. Sekarang ni suara garau dia, suara orang penat. Penat menyental periuk petang tadi. Hahaha... Tadi petang aku buli dia. Semua periuk dia yang tolong basuhkan. Aku buat apa? Hee... Rahsia. Tak boleh habaq. Tapi, sekarang ni.....

Meremang bulu roma Naz. Suara ni. Suara ni, aku, takut. Yes, dengaq memang la macam romantik. Tapi, tapi... Aku takut suara ni!

Afiq ambil tempat duduk di hadapan Nazliyana yang sedang duduk bersila di atas katilnya itu. Nazliyana tarik muncung dan kedutkan dahi serentak. Ish! Yang pi duduk depan-depan aku ni, apa hal? Kang aku tendang, free ja jatuh katil!

“Jangan fikir benda yang jahat je, boleh tak?” Afiq menyoal.

Nazliyana telan liur. Dia tahulah pulak.

Dalam hati, memang Afiq dah gelak tergolek terguling. Yang dia pi tarik muka masam macam aku ni harimau yang nak terkam dia, apasal? Macam la aku ni tak berhati perut sangat. Relaks...

            Naz dipandang terus tanpa henti sambil bibir mengukir sengih jahat.

            “Yang tengok orang macam tu apasal?” Nazliyana menghembus nafas berat. Meluatnya!

            “Yang pi buat muka macam tu, siapa suruh?” Afiq kembali menyoal. Nak kacau ke tak nak? Nak kacau? Dah ngantuk ni. Badan dah rasa sengal macam nak terputus 14. Badan sengal? Hee... What do you think? Err, macam best je. Tak ke?

            “Naz, urut badan Afiq kejap.” Seraya itu Afiq menyilangkan tangannya di bahagian pinggang. Tangan mencapai hujung baju lalu ditarik ke atas. Serentak itu...

            Pap!!!

            “Aduh!” Afiq mengaduh. “Apa ni?” Baju yang dah separuh dibuka terlurut ke bawah kembali.

            “Arash nak buat apa?” Tanya Nazliyana, marah. Mata dah bulat macam Teletubbies. Bantal yang dihulur oleh Afiq di awal tadi dah hilang entah ke mana selepas Nazliyana membaling bantal tersebut kepada Afiq. Berani nak buat aksi 18x dengan aku?! Aku karate kang!

            “Laa... Nak bukak baju la. Kan nak suruh Naz urut.” Afiq buat gaya tak paham benar dengan perangai Naz. “Dah, dah. Cukuplah kerutkan dahi tu. Dah macam nenek kebayan. Tadi Afiq nampak ada botol minyak panas dalam almari Naz. Pergi ambik sekarang, lepas tu urut badan Afiq.”

            Nazliyana kedutkan dahi. Hello... Ingat I ni tukang urut you ke? Kalau bergaji, I nak buat. Kalau tak...

            “Berhenti fikir, go, now...” Afiq mengeluarkan perintah mandatorinya. Nazliyana terbangun automatik.

            “Yeah, yeah, yeah.....” Sempat dia menyumpah dalam hati. Arash bongek!!!

            Afiq tersenyum melihat Naz berjalan dengan tangan kedua-dua belahnya digenggam penumbuk. Eleh, ingat aku takut? Ni Afiq Arash lah!

*****

Freak's Story; Freak's Camp Scene 6 Part(ii) =)

Posted by Nina Zizan at 8/14/2012 05:49:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...



“By the way, I like that amazingly good-looking and charming-mesmerizing eyes statement.” Abang Zarth memotong pantas, dengan senyuman kasanova kelas pertama dia tu. Huh! Menggugah keimanan! Kalau kewangian aroma bunga dalam lagu Inteam-Setanggi Syurga tak menggugah keteguhan keimanan, senyuman dia ni mesti dah terkeluar dari senarai.

“So, Abang Zarth ni abang kau lah erk, Addy?” Delaila menyoal tak percaya. Addy mengangguk teragak. “Jangan heboh pasal hal ni tau. Aku tak mau ada orang lain yang tau pasal hal ni. Malas rr.” Addy merungut. Yang lain mengangguk setuju.

            “Abang…” Farhan dah memanggil. Bala apa lagi ni? Zarth dah rasa takut. Kalau dia ni panggil aku ja, mesti nak cakap something yang unpredictable. What-is-it-my-dear-sister? Abang Zarth mengangguk. Sign untuk izinkan Farhan katakan ‘sesuatu’ itu.
                                    

SCENE 6 PART(ii)


“Budak perempuan dekat belakang abang tu dari tadi pandang abang.” Farhan juih bibir dekat belakang Abang Zarth. Zarth memalingkan muka menghadap ke arah yang dimaksudkan Farhan. Pandangannya disapa oleh seorang gadis bertudung ayu yang sedang berdiri, mungkin mencari tempat duduk kosong. Kerana meja yang lain kelihatannya sudah penuh. Zarth melemparkan senyum pada gadis bertudung yang juga sedang melihatnya tika itu. Mereka berdua berbalas senyum seketika.

            Zarth berpaling semula ke meja. Siapa? Tak kenal pun..? Zarth bertanya pada dirinya.

“Akak tu ada some ‘deep feeling’ toward you lah bro.” Farhan cakap selamba.

“Farhan. Stop talking nonsense thing, boleh?” Abang Zarth macam nak naik angin.

Told you. I’m a mind reader. Nonsense tak nonsense, whateve! Farhan nak makan.” Farhan mencapai ayam goreng di dalam pinggannya yang masih belum disentuh dari tadi. Bismillah…

“Kesian dekat dia kan. Tempat dah penuh ja gayanya. Nak makan dekat mana pulak budak perempuan tu.” Abang Zarth bersuara. Ada nada simpati di hujung ayat tu. Penuh dengan sense of humour betullah Mr. Ninja ni. Matanya melirik pada perempuan yang dikatakan oleh Farhan tadi.

“Zarith kan?” Opocot mak kau! Farhan melatah dalam hati. Tetiba ja ada orang datang menegur dekat meja kami ni.  Apekehal? Tak boleh tegur lepas orang habis makan ke? Kacau line! Alemak! Budak perempuan tadi lah!

            “Ye. Saya Zarith. Awak siapa ye?” Abang Zarth bertanya ragu-ragu. “Hmm… Julia. Ex-UMP. Students Physical Science.” Dia menjawab juga ragu-ragu. Abang Zarth kerutkan dahi. Memerah otak untuk mengingati sesuatu.

            “Julia Amira ke?” Abang Zarth macam dah dapat memori balik. Budak perempuan tu tersenyum lantas mengangguk kepala. “Owh… Patut lah dari tadi tengok Zarth. By the way, join lah kitorang.” Abang Zarth yang ala-ala gentleman tu mempelawa seorang budak perempuan yang dikenali dengan nama Julia untuk join kami.

“Boleh ke?” Dia yang dikenali sebagai Julia menyoal.

Sure do. Duduklah. Tapi dekat hujung sana ja yang kosong.” Abang Zarth menghala ibu jarinya dekat tempat kosong di sebelah kanan Farhan. Actually, bukan kanan sangat. Tempat terakhir yang akan menghadap Abang Zarth sebenarnya. Kak Julia mengambil duduk dan makan. Mereka bersembang beramai-ramai kecuali Farhan yang sedang fokus makan.

            Farhan settle makan. Hehee… Kalau lapar, macam F1 ja aku makan, kan?

“Cepat kau habis makan. Kalau tak, macam semut makan je aku tengok.” Dani menegur.

Farhan tersengih malas sesaat. Look, aku dah cakap. Mesti akan ada yang tegur aku. “Aku laparlah.” Farhan pantas menjawab.

Masa terus berlalu. Semua dah siap makan ja nampaknya melainkan… Tajul! Hantu KFC mengikut apa yang diberitahu oleh Addy dan Dani.

“Kak Julia…” Farhan memanggil Julia.

“Apa?” Kak Julia menanti kata-kata dari Farhan.

“Memang lah perempuan ni umpama perigi. Tapi, sekarang ni dunia dah maju. Memang lah istilah perigi mencari timba is not a good word to describe ourselves. Tapi rasanya tak salah kalau kita speak out the truth about our feeling. Kalau kita bagi tahu orang tu tentang perasaan kita, kita mungkin akan sakitkan hati kita bila orang tu tak approve kita. Tapi, kalau kita tak bagitahu ‘orang lain’ tentang perasaan kita, kita mungkin akan sakitkan hati dia jugak. Mana rr tau orang tu pun rasa yang sama macam kita rasa ann?” Panjang lebar Farhan berceloteh. Kerja sambilan lah katakan. Dah sebati dengan diri.

“Apa yang Farhan cuba cakap ni? Akak tak faham lah.” Kak Julia muka pelik. Abang Zarth dah rasa macam nak keluar aura membunuh.

            “Kakak suka Abang Zarth kan?”

            “FARHAN!!!”

Sunday, 12 August 2012

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Posted by Nina Zizan at 8/12/2012 10:13:00 pm
Reactions: 
1 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...

Hari ni dah hari ke 23 Ramadhan, right?
So, dah tak lama ann nak raya?

Hari ni dah hari Ahad. Besok Isnin...
Isnin, 130812, sangat lah sibuk...
Kelas start pukul 0800, dan hanya akan berakhir pada pukul 1700(5petang).
Dan gap yang ada hanya lebih kurang sejam.
Penat, kan???
Nak lagi esok ada dua test.
Math1&Math2...
Memang membunuhla, kan???
Then, hari Khamis akan balek umah...

Maybe, entry ni akan jadi entry yang terakhir untuk 2 minggu ni...
MAYBE...



So, sebab tu laa ni nak post awal2, Selamat Hari Raya awal2...
Sorry kalau selama ni Nina ada sakitkan, guris hati korang2, sama ada directly atau tak...
Sorry...

-->Kepada budak2 SKBB yang kenal aku, Selamat Hari Raya.
--> UM network, also, again, sorry if i've hurt you.
Saadah, Sonia, Adila, Suhada, Farihah, Saidatul... Aku rindu hampa... =(
Nasib baik Atikah still ja dengan aku*actually, nasib baik umah dia sebelah umah aku, walaupun umah kami tetap dipisahkan oleh sungai tu... SELAMAT HARI RAYA!
-->Semua student SMAI*yang kenal aku, pun, aku tak lupa... Sya, Radhi... Selamat jugak!
-->Budak2 PD007/2012, sorry kalau aku ada sakitkan hati korang.


Akak Alyaa Syahirah, Selamat Hari Raya... And thanks for everything yang kita dah go through together sepanjang tahun ni...
Its been a while since our first conversation...
Dah lama ann kita kenal?
Nina nak mintak sorry kalau Nina ada sakitkan hati akak...
And tq for everything...
--> Isu selingan... Mr.Jade, slamat hari raya jugak! Tq for posting... =)

For Dila Leni ZahLan... Selamat Hari Raya jugak!
You know, friends are like star.
Eventhough you cannot see them all the time, but you know it always there...
Sorry and thanks for being that star for me!
Tolong wish selamat hari raya dekat Voldemort sekali. Nina banyak lawan cakap dengan dia tu, Nina banyak sakitkan hati dia... Tolong say sorry dekat dia erk... Tq...

(saya memang ada dua orang gadis comel dekat atas tu jaa as kawan maya saya... =) )

Then, for my roomates...
Tunggu jelah ucapan pada hari Rabu nanti erkk..
=)

For family ofcoz rr xde dalam blog, ucapan tu kena buat live punya!
=D

Orait...
I think, i've done right here...

Wait a minute! For Juann Fitri...
Selamat Hari Raya jugak!
Tolonglah tulis banyak2 dan banyak3 lagi entry.
Waiting for yours is like killing me laa!

Okkie....
Kepada mereka2 yang datang singgah sini pon, Nina nak wish
"Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin..."

Assalamualaikum...
p/s-->doakan minggu ni ALLAH make thing ease on me...
Terlalu banyak quiz dan test yang menanti...
Salam... =)

Be Mine, Sudi Tak? 2(ii) =)

Posted by Nina Zizan at 8/12/2012 09:22:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


“Naz, hensem doe laki hang...” Tira memuji suami Nazliyana. Sungguh, tak tipu. Kalau laki ni bukan suami orang, boleh ja aku masuk line. Aduh! Usha laki orang, macam rasa tak bersalah ja! “Tak patut tau hang cakap dia tu umur 40 lah, gigi kuning lah, pastu merapu-merapu apaapantah lagi. Tak patut!” Tira back-up Afiq. Naz patut rasa syukur dan gembira dapat suami macam Afiq. Dah la hensem, kaya pulak tu... Yeeee... bestnya jadi Naz.


DUA(ii)

            “Yang hang over-happy-emo sangat ni, kenapa? By the way, tak payah dok puji dia tu banyak-banyak sangat. Hang tau dak, aku tengok dia tu macam gatai ja.” Nazliyana menyatakan keresahan hati. Dari first time aku tengok dia, aku memang dah tak berkenan. Dah lah muka spesis muka miang!

            “Oit! Hang doakan laki hang, gatal?” Tira menyoal Nazliyana dengan mata bulat. Tak percaya ada isteri sanggup doa macam tu.

Nazliyana tarik muka pelik. Masa bila pulak aku berdoa? “Bilanya aku doa laki aku gatai? Aku cakap, aku tengok muka dia tu muka budak gatai. Muka player. Muka playboy. Kan hang tau yang aku memang anti dengan orang-orang yang muka spesis macam dia tu. Tengok pun tak lalu.”

            “Ya sangat lah tu. Tu bukan muka player namanya, tu dah hensem tahap dewa, you know?” Tira cover Afiq lagi. Naz ni memang spesis tak reti bersyukur lah!

Nazliyana menggeleng kepala melihat telatah Tira. Tetamu kelihatan masih tak henti. Cuma dah kurang dari tengah hari tadi.

            Tira memalingkan wajahnya ke sekeliling, mencari kelibat pengantin lelaki. Mana erk? Haa! Pengantin laki tengah lepak dengan geng dia! Hensem doe... Dia tersenyum apabila pandangannya dan pandangan Afiq bertembung. Fuhh! Boleh cair hati yang beku. Sesuai sangat dengan Naz yang hati keras macam batu ni. Ada ke patut dia tak pernah selidik hal pasal tunang yang dah pun menjadi suami dia yang sah di sisi agama dan negara ni sebelum menikah? Memang tak patut!

            “Nazliyana!” Paduan suara kuat melaung. Adei... Geng sekolah dah sampai. Naz menghadiahkan senyuman.

            “Selamat... Pengantin baru...” Azwan dah menyumbangkan suara dia. Suara emas dia. Ni penyanyi sekolah. Apa-apa function, mesti dia akan naik stage dengan gitar dia.

            Naz bersalaman dengan kengkawan yang baru sampai itu. Lima orang semuanya. Ni kira geng dekat sekolah rr ni. Naz, Tira, Eila, Wawa, Azwan, Amer dan Zack.

“Naz...” Eila menarik Naz ke dalam pelukannya. Naz hanya tersenyum sambil membalas pelukan Eila. “Tak sangka, dalam geng kita ramai-ramai, hang orang first kahwin. Kami ni bercinta bagai nak rak, tak kahwin pun lagi. Yang hang dok anti dengan relationship sangat, terus dapat kahwin awai. Aduh... Bestnya...” Eila berceloteh panjang. Wawa angguk kepala, mengiyakan kata-kata Eila. Azwan, ‘teman baik’ Eila tersengih. “Betul. Macam tak caya ja.” Wawa menambah.

            “Sudah, sudah, sudah. Orang pempuan ni suka bersembang merepek-merepek. Eila...” Azwan angkat kening kanan, buat satu ‘sign’. Well, diorangkan couple of the year. Tak bersuara pun dah mampu dengar kata hati. “Owh...” Eila mengangguk kepalanya. Dia kemudian beku macam anak patung. “Mana ada dekat Eila. Ada dekat Amer lah!” Semua mata kini menjurus ke arah Amer. Amer tersengih kerang busuk. “Hehee...” Amer tersengih lagi.

            “Nah.” Amer menghulurkan kotak empat segi siap berbalut dengan pembalut ‘Happy Wedding Day’. Nazliyana mencapai hadiah itu teragak-agak. “Tak lari bajet hampa ka beli hadiah ni?” Yang lain tersengih mendengar soalan Naz.

“Cop cop cop...” Tira kembali kepada sifat semulajadinya; key-powh... “Aku pun join venture dalam share beli hadiah ni erk...” Tira buat muka bangga.

“Ceyh, setakat sepuluh percent, jangan dok bising.” Zack kacau Tira. Kacau minah tu agakla best. Sebab mulut dia bising. “Hang diamlah!” Tira tarik muka masam. Itu lah kerja mereka berdua. Dah bertahun-tahun kenal, masih tak boleh satu pendapat. Ada ja yang nak lawan.

            Naz menggeleng kepala. Dia kemudian memerhati kiri dan kanan, mencari Eida. “Hang cari apa?” Wawa menyoal. “Aku cari Eida...”

            “Kakak...” Serentak itu Eida sampai. Dia mengambil kotak hadiah berwarna merah hati itu dari tangan Naz. “Aku bawak masuk dalam.” Dia memberi penjelasan kemudian memalingkan badan. Mahu masuk ke dalam rumah. Namun langkahnya terhenti. “Hai Eida...” Zack menyapa dengan suara 4 harakat. Ida pusing semula badannya menghadap Zack. Dengar suara tak tengok muka pun dah tau tu Zack. “Hang nak ni?” Eida mengajukan penumbuk kanannya. “Garang!” Zack pula tarik muka. Ieda menyambung langkah ke dalam rumah.

            Yang menonton hanya geleng kepala. “Naz, mana laki hang?” Wawa menyoal. Excited nak tengok Pujaan Hati Nazliyana. Well, Nazliyana kan susah sikit nak sangkut dengan relationship.

            “Assalamualaikum...” Suara lelaki memberi salam. Naz toleh ke belakang. Err, kacau rr!

            Dia bersalaman dengan Azwan, Amer, dan Zack.

            “Hensem siot laki hang. Patut tak layan budak sekolah, budak-budak selekeh macam kami...” Azwan buat nada suara sedih. Muka pon dah masuk kategori melankolik punya drama. “Tak payah nak merepek.” Naz menjawab malas. Actually, malas nak layan diorang ni. Makin dilayan, makin merepek!

            “Kawan sekolah?” Pendek Afiq menyoal. Naz hanya mengangguk. Malasnya. “Dah makan ke belum ni?” Afiq menyoal kengkawan Nazliyana.

“Dak lagi, pengantin pempuan tu tak jemput pun.” Wawa pulak ambil part buat-buat sedih. “Hello, sejak bila hampa nak kena suruh makan? Bukan ka hampa memang selalunya automatik akan cari makanan sendiri tanpa disuruh?” Nazliyana angkat kening kanan.

“Yang tu selalunya, hari ni tak selalu.” Amer menjawab sambil melangkah ke arah buffet. Naz menggeleng kepala.

“Makan rr... Layan diri tau.” Nazliyana tersengih pada Amer yang sedang mencedok nasi. “I ingatkan you nak tolong layan I.” Amer membalas kata-kata Naz, siap tayang muka sedih.

“Brfff... Layan diri!” Nazliyana tarik muka bosan.
“Pemalas..!”

********************************************************

Freak's Story; Freak's Camp Scene 6 Part(i) =)

Posted by Nina Zizan at 8/12/2012 09:22:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...



Surau lengang. Takde orang. Mungkin semua Isyak dekat bilik je kot. Hari ni kan hari Khamis. Esok rest day. Semua tengah hibernasi tak cukup gua lah agaknya.

Girls, dah siap belum?” Tajul melaung dari sebelah sana tirai. Kawasan perempuan dan lelaki dipisahkan oleh tirai biru laut tu.

Done.” Farhan menjawab cepat. “Kejap, tak siap lagi ni.” Eve memotong. Tangannya ligat mengikat tali telekung di belakang kepala. “Dah.” Eve menjawab, tersenyum.

            “Addy, dia orang dekat belakang dah siap, boleh mula.” Dani memberitahu Addy. “Okey, kau iqamat.”

            “Allahu akbar Allahu akbar…”




SCENE 6PART(i)

“Hurgh… Free! Outing! Aku bebas!” Eve dah terlompat-lompat. Nasib baik kem dekat ja dengan pekan. Strategik betul kem ni.

Now, kami tiga orang ada dekat bawah pokok apa entah (aku kurang sikitlah kalau bab nak mengenalpasti sesuatu ni.) Eve dengan Delaila beli Cadbury. Naaa! Aku tak tau lah kenapa aku tak minat dengan coklat tu. Bagi dekat aku lolipop pun takpe berbanding coklat tu. Save duit sikit.(Bajet mau kira, kan?)

            “Eve...? Kau buang pembalut coklat macam tu ja?” Jari telunjuk Farhan dah menghala ke pembalut coklat di atas jalan. “Alah… Nanti ada orang tolong kutip lah!” Eve bersuara selamba. Coklat di tangan digigit. Dia tersenyum. Memang betullah dalam coklat tu ada ‘kilang’ yang boleh menimbulkan perasaan happy, kan? Falling in love lah konon-kononnya.

            “Eve... Kutip balik.” Farhan menyuruh. Eve menjeling.

Farhan lepas nafas. Dia tersenyum seketika sebelum berkata-kata. “Ni negara kita. Tempat kita. Apa salahnya kalau kita tolong bersihkan? Tak salah, kan?” Farhan dah turun nada suara memujuk. Eve kembali dengan muka Barbie; muka cute dia. “Yelah yelah…” Eve mengambil pembalut coklat tadi. Dia berjalan menuju ke tong sampah yang terletak tidak jauh dari mereka.

            Delaila dan Farhan berpandangan. Tersenyum. “Kalau aku yang suruh, silap hari bulan aku yang masuk dalam tong sampah tu, tahu?” Delaila menyoal, kemudian gelak. Farhan hanya tersenyum.

“Gelak-gelak apa ni?” Eve yang baru sampai terus sound Delaila. Delaila menggeleng kepala.

Bebudak laki kelihatan sedang menghampiri mereka. Siap dengan baju Melayu lagi! Well, hari ni kan hari Jumaat. Hensem… Erk? Sejak bila Farhan gatal ni?

“Assalamualaikum girls… Dah Zohor?” Addy menyoal. Sweet! Ada lesung pipit lah! Dengan gaya tangan dalam poket baju Melayu tu, perghh! “Dah, tadi. Dekat surau station bus.” Delaila menjawab dengan senyum terukir.

            “Makan KFC jom!” Delaila bagi idea.
“In…” Semua angkat tangan.

            “Nak pergi mana semua ni?” Satu suara menyapa dari arah belakang.

“Abang?” Addy menyoal dirinya apabila melihat Abang Zarth yang rupa-rupanya menegur mereka sebentar tadi.

            Abang Zarth buat apa pulak dekat sini? Memori semalam meresap dalam otak Farhan semula. No! Darah menyerbu ke muka.

“Jom. Abang belanja KFC. Nak?” Abang Zarth mempelawa.

“Kata orang, tak baik tolak rezeki. Jom rr!” Tajul cepat membalas. Farhan tarik muncung pandang tempat lain. Takkan dia nak join kot?

“Jom Farhan... Dapat jugak makan dengan bakal isteri abang seorang ni.” Abang Zarth dan yang lainnya ketawa dan terus berlalu ke arah KFC di hadapan bersama mereka yang lain.

            Dengan berat hati Farhan menurut langkah rakan-rakannya.

            “Jauhnya bakal isteri abang duduk?” Abang Zarth menyakat. Yang lain dah gelak. “Abang ni! Dah-dah lah! Farhan dah meremang bulu roma dah ni! Abang buat macam ni lagi, Farhan cepuk abang bebetul.” Farhan dah peluk tubuh. Siap dengan muncung lagi tu! Pelik kot, bila yang buat reaksi macam tu ialah seseorang yang bernama Farhan.

“Okey-dokey. Abang memain jelah. Kalau bebetul abang nak kahwin dengan Farhan, melopong lah Addy. Kesian pulak dekat adik abang seorang tu.” Demi mendengarkan ayat Abang Zarth tadi, semua mata menumpu pada Addy.

            “Abang…” Addy dah bergetar suara bagi amaran.

            “Ouch!!!” Abang Zarth tetiba menggosok-gosok tangan kirinya.

            “Kan dah kena! Farhan bagi warning buat tak tau!” Farhan yang baru baling tiga paket sos cili sekaligus dekat Abang Zarth tadi bermuka serius.

“Garang bonar eyy adik abang ni.” Abang Zarth masih mengosok tangannya. Addy diam tak terkata.

“Abang… Farhan nak tanya something, boleh?” Farhan tetiba berubah mood jadi baik.

“Apahal pulak ni?” Abang Zarth menyoal muka pelik. Yang lain pun dah tayang muka pelik. Bukan tak tau, kalau Farhan yang bukak mulut, mesti dia akan tanya benda yang out of others people mind.

“Kalau Farhan tanya soalan ni, abang jangan jawab ‘ya’, boleh?” Farhan dah macam separuh merayu.

What?” Abang Zarth pelik. Yang lain pun dah buat muka ntahpapantah.

            “Abang ni bukan abang Si Addy ni kan?” Farhan kerut muka. Jari ibunya dah menghala ke arah Addy. Addy dengan Abang Zarth dah jatuh rahang.

            “Abang nak tanya Farhan satu soalan pulak… And Farhan tolonglah jawab ‘ya’. Okey?” Abang Zarth pula dengan nada merayu. “Depend…” Pendek Farhan menjawab.

            “Farhan pernah selidik tentang keluarga kami, kan? Farhan tahu banyak sangat benda tentang kami lah dear…” Abang Zarth bersuara hampa. Aku rasa macam aku ni sedang disiasat oleh Sinichi Kudo je. Tak selamat hidup aku!

Nope. Farhan tak pernah selidik lah. Abang ingat Farhan ni ajen CSI tak bergaji ke?” Farhan menyoal. Dia kemudian menyambung, “Nampak sangatlah chemistry and similarities antara abang, Abang Iz dengan Addy. Sama-sama pendiam. Tapi kalau sampai time yang tertentu, bercakap macam tak cukup kertas orang nak salin. Plus, tiga-tiga amazingly good-looking and ada that charming-mesmerizing eyes. Senang nak cam. Anak mata warna chocolate tiga-tiga orang. Copy of chromosome lah tu. Kan?” Panjang lebar Farhan bercerita dan akhirnya diakhiri dengan satu pertanyaan.

            “You are damn freak Farhan. Mana kau tahu Zarth ni abang aku?” Addy pulak menyoal. Soalan Farhan tadi tak berjawab. Muka Addy jelas menunjukkan dia tak puas hati. Inilah perasaan ‘salah’ yang aku rasa masa dalam sesi perkenalan hari tu. Rupa-rupanya dia ni budak yang ada sharp eye, sharp mind. Lebih kurang macam mind reader jugaklah. Dan, sesungguhnya, aku tak pernah suka orang macam ni. Bahaya! Sebab tu aku banyak diam masa sesi perkenal diri dulu. Tapi Addy, kan kau anti orang macam ni? Habis, dedication yang kau buat dalam lyrics book kau tu dulu, untuk siapa? Untuk dia jugak, kan?

            “Told you. Chemistry.” Senang Farhan menjawab.

“By the way, I like that amazingly good-looking and charming-mesmerizing eyes statement.” Abang Zarth memotong pantas, dengan senyuman kasanova kelas pertama dia tu. Huh! Menggugah keimanan! Kalau kewangian aroma bunga dalam lagu Inteam-Setanggi Syurga tak menggugah keteguhan keimanan, senyuman dia ni mesti dah terkeluar dari senarai.

“So, Abang Zarth ni abang kau lah erk, Addy?” Delaila menyoal tak percaya. Addy mengangguk teragak. “Jangan heboh pasal hal ni tau. Aku tak mau ada orang lain yang tau pasal hal ni. Malas rr.” Addy merungut. Yang lain mengangguk setuju.

            “Abang…” Farhan dah memanggil. Bala apa lagi ni? Zarth dah rasa takut. Kalau dia ni panggil aku ja, mesti nak cakap something yang unpredictable. What-is-it-my-dear-sister? Abang Zarth mengangguk. Sign untuk izinkan Farhan katakan ‘sesuatu’ itu.
                                    

Friday, 10 August 2012

My Life

Posted by Nina Zizan at 8/10/2012 11:15:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...

Dah lama gila tak update pasal my life dekat sini ann???
Jap2, nak ushar bila last time Nina update 'my life' dekat blog ni...
***

080712 adalah last time blog ni di-update dengan entry 'my life'...
Lebih kurang sebulan yang lalu rr...
Agakla lama ann...
Tapi, entry 080712 tu pun spatutnya diupdate time bulan 6.
And last time update bulan 6 ialah pada tarikh 100612...

Sekarang dah bulan 08.
Dalam dua bulan jugak lah reader langsung tak ikut kisah hidup saya yee... *ayat takleyh blah!

Okey... Nak update apa?

What if update pasal tempat tinggal saya sekarang?
Well, saya masih lagi Bandar Baharu-ian...
Tapi, saya dah duduk asrama sekarang.
*xcaya kot aku boleh duduk asrama!

Komen pasal duduk asrama for the very first time?
*dulu PLKN, Nina pi 5hari jaa. Then, dapat sijil diKECUALIkan dari PLKN. =D

Duduk asrama?
Not-half bad rr..
Maybe sebab duduk asrama U ann...
Kalau asrama sekolah peraturan dia ketat sikit.
Leceh! Dah laa eden suka ikut law seniri...


Nak-nak lagi dapat roomate yang 'RIBENA-RIBENA' nii ann... Terus not bad at all...
*well, actually, diorang ni jelah reason kenapa hidup saya*saya tu! dekat asrama ni tak menyeksakan. Bukan cakap hidup dekat asrama ja, tapi actually diorang ni jelah reason kenapa saya mampu untuk melangkah semula ke asrama dari rumah untuk minggu2 yang lalu... Kalau tak, memang berat rr nak datang balek UiTM nii...

Dear roomate, walaupun awak-awak RIBENA, ketahuilah, bahawa, sesungguhnya...

SITUASI DI SUATU HARI
"Duduklah..." Tuan rumah tersenyum sambil mempersilakan tetamunya agar duduk. Meja makan kelihatan sudah penuh dengan pelbagai juadah yang kelihatan sungguh menyelerakan.=P Tetamu pun duduk di bangku yang disediakan itu. "Eyh, kejap... Lupa pulak nak ambik air..." Tuan rumah minta pamit, kemudian dia pun berlalu ke dapur. Sementara itu, tetamunya pula memulakan perbualan antara mereka berdua.
--> "Air sirap la tuu.."
--> "Apa kelas???" Muka boring.
***Seminit kemudian
Tuan rumah datang ke ruang makan sambil menatang dulang yang mengandungi jug kaca transparent. Wajah tetamunya yang 'bosan' tadi mula bercahaya. "Wah... RIBENA! Kelas kau!!!" Tuan rumah tersenyum gembira. 'Macam dalam iklan kat tv laa!' Bisik hati si tuan rumah.*well, sila gelak. =P Mereka bertiga kemudiannya menikmati kesedapan makanan yang disediakan oleh si tuan rumah.
Cerita pun tamat... =P

RIBENA??? Kelas kau!!! "Apa tak cukup keren(grand) lagi ka buah tuu???
Bersyukur lah anda...


Let me introduce to you*nama jelah yeee... =P to my roomates...
1st; Cik Yana bakal doctor, *xkira, doktor jugak!
2nd; Cik Nieza... *inilah reason diorang semua digelar ribena =P
3rd; Cik Alin, ini grundge girl, dia sgt sukakan lagu grundge.

Done there...
Kay, actually Nina belajaq dekat UiTM Permatang Pauh sekarang ni..
Ambek Pra-Diploma Sains.
Ada 6subjek-Chemy, Physics, Math1&Math2, BEL, CITU...
Jadual kitorang sangat dan sangat-sangatlah pack. Penat!

*Dan para RIBENA-lah yang selalu refresh me back from the whole tiring day.
 TQ... =D

p/s--> ini first week saya stayback dekat hostel Kristal A UiTM Matang Pauh...
Dah dekat dua bulan study sini mana pernah stayback! Hahaa... =))
 ____________________________________________________________________________________

Update pasal stories pulak...
Boleh cakap all of my stories dah diupdate dalam simpanan saya*saya lagi...*sigh....* Just wait 4 de right time nak reveal dekat blog. Tapi, macam biasa rr... 'Lambat daripada biasa...'

Rasanya done 4 right now...
Nak sambung buat slide presentation untuk CITU pulak ni...

=D Salam...
And Salam Ramadhan!!!
*late is better than never, right?
Semoga Ramadhan kali ni akan jadi Ramadhan yang lebih baik dari Ramadhan yang lepas, and hopefully, lepas keluaq dari Ramadhan ni pun, all of us will gets better, ameen...

Assalamualaikum and, nightio... =))

Sleeq ft Najwa- Untuk Dia lirik

Posted by Nina Zizan at 8/10/2012 06:00:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...

SLEEQ+NAJWA

O-o yeah...
Kuatkan radio,
Kuatkan radio, anda
Anda...
Kuatkan radio,
Kuatkan radio...

Aku yang patut, yang patut,
Memberinya segala,
Kerna aku mampu,
Ya aku mampu.
Melakukan apa-apa saja,
Untuk dia, Untuk dia,
Untuk dia,Untuk dia...
Untuk dia,Untuk dia,
Untuk dia,Untuk dia...
Untuk dia.....

Dia penuh gaya
Semua pun upaya
Memang slalu belanja
Mungkin anak orang kaya

Kadangkala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah sedara
Dia inginkan Shangri-La

Bertemu di Facebook
Brapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL
Owh KL
Owh lupa bilang gadis ni KL

Tak cakap kosong
Dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawak Mercedes
Apa saja dia minta, dia memberi
Tetapi

Aku yang patut, yang patut,
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia, Untuk dia,
Untuk dia, Untuk dia...
Untuk dia, Untuk dia,
Untuk dia, Untuk dia...
Untuk dia.....
Untuk dia

Engkau punya gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa
Yang aku pandang sahaja
Meski kau lihat ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja

Bertemu di muka buku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu
Senyum mu menawan, menawan
Kau buat hatiku tertawan

Ada sesuatu
Yang kau perlu tahu
Tentang diri aku
Dengan lelaki itu

Meski dia bisa
Beri ku apa saja
Tapi itu semua tidak boleh
Beri bahagia
Bahagia...
Itu bukan segalanya...

Aku yang patut, aku yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia, Untuk dia,
Untuk dia, Untuk dia...
Untuk dia, Untuk dia,
Untuk dia, Untuk dia...
Untuk dia..... Untuk dia

Owh jadi engkau yang patut
Yang patut...
Memberi ku segala
Kerna engkau mampu
Ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk aku(okey),
Untuk aku Untuk aku,
Untuk aku
Untuk kamu
Untuk aku, Untuk aku,
Untuk dia...
Untuk aku

=) done here...



Thursday, 9 August 2012

Geng Kecik Cerita 4(i) =)

Posted by Nina Zizan at 8/09/2012 12:22:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...


Meter diperhati. “Ayie. Hang nak bunuh kami ka apa?!” Amirul menyoal tak puas hati apabila melihat meter kereta menunjukkan 130. tangannya dah berpaut pada pemegang di bahagian atas kereta. Nazrul dan Irfand turut memaut pemegang tersebut. “Woi. Jalan biasa ni bro! Bukan highway!” Nazrul pula menyambung. Irfand hanya mendiamkan diri. Ayie ni kan! Memang saja nak bagi aku bertambah risau!!!

“Dark sky... Here we go!” Ayie memecut. 160km/j.

“Mak!!!” Amirul menjerit.
*****



CERITA EMPAT

            Kunci dicapai. “Thanks.” Perkataan yang sepatah itu dituturkan. Satu diambil untuk diri sendiri. Satu lagi dah bertukar tangan. Kunci bilik mereka. Chalet berkembar dua pintu yang telah ditempah minggu lepas kini diperhati dengan senyuman yang menarik dipinggir bibir.

            “Pergh... Ni kiri indah rupa dari khabar wok!” Amirul sengih. Memang puas hati rr! Kalau harga biasa, mau cecah seribu jugak rr harga dia ni untuk lima hari. Tapi disebabkan kami buat tempahan awal, dapat gak rr RM700 untuk lima hari.

            “Kami nak yang ni...” Syaz meluruskan telunjuk kepada chalet yang disebelah kanan mereka sekarang.

            Empat lelaki kini berpandangan. Aish...

            Nazrul menghulurkan kunci yang berada di tangannya. Kunci bertukar tangan. Dia menerima kunci chalet yang berada di sebelah kiri. Ada satu bilik je dalam setiap mini chalet tu. Kira okey rr sebab diorang ada sediakan tilam extra dekat bawah katil tu.

            Selesai meletakkan beg dalam chalet, membersihkan diri, kemudian menunaikan solat Maghrib, mereka berlapan keluar dari situ. Masing-masing membawa diri ke pantai. Dah pukul lapan suku. Gelap. Tapi bulan cerah malam ni. So sweet... Bestnya kalau ada couple ann.

            “12, 13, 14...”
            “Dua puluh, lima puluh, lapan puluh...”
            “Amer! Janganlah kacau!” Farni memarahi Amirul yang mengganggu kiraannya.

            “Ala... Garangnya...” Amirul buat-buat muka sedih.

            “Janganlah kacau. Orang tengah kira ni. Kan dah lupa dah!” Farni berpatah balik ke tangga chalet, dan mula membuat kiraan langkah dari awal.

            “Orang tunggu dia dekat pantai erk.” Amer melaung kepada Farni.

            “Okey.” Farni menjawab laungan Amirul. Kiraan masih dibuat. “18, 19, 20...”

*****

            “Woi. Jom mandi jom.” Ayie mengajak mereka untuk turun ke laut. Empat muka lelaki dah tersenyum penuh semangat. Empat wajah perempuan kedut dahi tak faham dengan geng lelaki. Nak mandi laut? Malam-malam macam ni? Hurgh... Gila ka?

            “Tak payah la... Kita mandi esok rr.” Nurin membantah. Tak mau rr mandi malam-malam.

“Err... Mana mau. Orang mai sini nak mandi laut, so, kenalah mandi.” Amer melawan semula, ingin menegakkan pilihan sahabat baiknya, Ayie.

“Laa... Kan gelap ni. Malam pulak tu. Entah ada apa-apa entah dalam laut malam-malam macam ni.” Syaz menyokong Nurin. Mesti lah cover geng, kan?

“Susah sungguh la orang pempuan ni!” Ayie nak marah. Adoi! Nasib baik pempuan, kalau tak...

“Safety first, keselamatan diutamakan.” Irfand mencelah.
“Ada paham?” Fahima pula menyambung.

“Yelah-yelah. Paham.” Amer dan Ayie mengalah.

“Esok pagi, hampa bangun jangan lupa gerak kami. Okey?” Ayie memberi arahan.

“Okey...” Para perempuan memberi kata setuju.

“Janji?!” Amer pula menyoal ingin mencari kepastian.
“Janji!” Serentak 4 suara perempuan memberi kepastian.

*****************

“Huarghhh... Dah cerah rr.” Ayie mengeliat. Aduh, sedapnya tidur. Pergh, dah siang. Boleh terjun laut, gerenti masyuk! Ayie yang hanya tidur di atas lantai berlapikkan selimut mengesot ke pintu. Pintu bilik di buka. Pandangan dilempar ke laut. Cantik. Lagi cantik yang di dalam laut. Para gadis... Para gadis? Lipat maut Ayie pandang semula empat gadis yang dilihat sedang bermandi-manda di dalam laut. “Kurang ajar betol diorang ni!”

Ayie bangun dari duduk. Pintu yang terbuka ditutup semula. Dia mendekati Amer yang tidur di atas sofa. “Mer... Bangun Mer...” Amer mengeliat. “Apa?” Dengan suara mengumam, Amirul menyoal.

Freak's Story; Freak's Camp Scene 5 Part(ii) =)

Posted by Nina Zizan at 8/09/2012 12:20:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
eherm-eherm-eherm... Assalamualaikum, and GreatG0odDay... Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu Semua...




Wait… Farhan ada lagi satu soalan.” Dia menghentikan tawa itu serta-merta.

“Apa?” Serentak Abang Zarth dan Abang Iz menyoal. Huyoo! Asal aku rasa tak sedap hati je? Iz kedut dahinya melihat reaksi kosong Farhan.

“Abang Iz dengan Kak Armanda assistant abang tu ada apa-apa ke?” Farhan menyoal tak beriak. Abang Zarth dah gelak dengar soalan Farhan. “Ambik kau Iz. Jawab jangan tak jawab.” Abang Zarth tumbuk(tumbuk manja rr lebih kurang) bahu Abang Iz. Abang Iz buat muka pelik. Dia menggaru kepalanya yang memang tiba-tiba rasa gatal.


SCENE 5PART(ii)

“Farhan ni actually mind reader ke apa? Ke Conan Edogawa? Tak pun Horatio? Siasat habis latar belakang kita orang.” Abang Iz menyoal. Farhan jungkit bahu lagi, siap dengan bibir yang menandakan, ‘Entah’.

So?” Farhan angkat kening. Meminta jawapan dari Abang Iz.

Well… She is my fiancée.” Abang Iz tersenyum kemudiannya. “Lastik Farhan kang baru tau.” Abang Iz malu sendiri.

Farhan memandang sekeliling. Yang lain tersenyum-senyum dengar jawapan Abang Iz. Tapi tak tau kenapa Addy tu masih kerut dahi macam ada masalah besar. Entah-entah dia ni…??? Err, biarlah...!

“Abang Zarth takde fiancée?” Farhan menyoal. Opsss! Hey Farhan! Sejak bila kau jadi busy body ni? Farhan sempat buat aksi tutup mulut dengan tiga jari tangan kanannya, jari telunjuk, jari tengah, dengan jari manis. Tak tersangka mulut yang takde insurans malam ni sampai boleh tertanya pasal relationship orang. Ni dah lebih kot An? Mana pernah kau busy body sampai gaya macam ni!

“Hmm… Tunggu Farhan keluar dari kem ni, Abang Zarth hantar rombongan meminang.” Selamba Abang Zarth menjawab. Dia lalu bangun dari duduknya. Farhan dah jatuh rahang dengar jawapan dari Abang Zarth. “Abang balik bilik dulu. Iz, balik jom.” Abang Iz turut sama bangun setelah diajak oleh abang kembarnya itu.

“Assalamualaikum semua...” Abang Zarth dan Abang Iz dah berlalu lima tapak ke hadapan. “Farhan, nanti abang hantar rombongan jangan tolak pulak ye. Kesian abang frust seseorang dekat sini.” Zarth ketawa melihat reaksi Farhan yang dah macam patung Cendana. Zarth menggeleng kepalanya dalam tawa. Dia angkat tangan dekat yang lain. Tanda pamit. Tiga orang jejaka berbalas hormat.

Farhan masih kaku tak terkata apa. Abang Zarth ni memalukan aku ja! Itulah mulut! Takde insurans sangat! Tengok, kali ni, aku yang kena! Padan muka! Huaaa... Malu la macam ni!

“Melepas Addy! Abang Zarth masuk line lagi cepat.” Addy siku rusuk kanan Dani yang bersuara tadi. Dani tarik muka tahan sakit. Addy ni ann!

“Dani! Kau jangan nak merepek!” Farhan marah.

“Hey… Esok boleh outing kan? Pergi pekan jom!” Delaila bagi idea. At least dapat redakan keadaan yang agak tegang sekarang ni.

On…” Yang lain semua setuju. Farhan tersenyum semula.

“Okey. Sembang, sembang jugak. Kita tak Isyak lagi ni.” Addy melihat sekilas ke jam tangan di tangan kanannya. Pukul 9.30 malam.

“Kau kidal ke?” Farhan menyoal di bawah sedar. Opss! Tangan kanannya menutup lagi mulutnya. Empat orang yang lain dah gelak tengok aksi Farhan yang bagaikan budak lima tahun baru pecah rahsia orang lain.

“Yup. Kau baru perasan ke?” Addy cepat menjawab. Mukanya lebih kurang macam takde perasaan rr.

“Ha’ahh…” Pendek jawapan Farhan, siap angguk-angguk kepala lagi tu.

“Jom pergi surau jom.” Addy dah bangun dari duduknya.

“Jom! Baca Yassin, malam ni kan malam Jumaat.” Tajul bagi idea.

“Takkan nak tunggu malam Jumaat je kalau nak baca Yassin?” Addy menyoal, double-jerk. Siap dengan senyum sinis lagi!

At least paling kurang, memang satu minggu aku buat sekali apa.” Tajul cepat defend. Addy ni kan! Suka sungguh nak bagi aku rasa bersalah, kalah tanpa bertanding.

For sure kau buat, tak pernah tinggal walau sekali pun?” Addy menyengat lagi. Bibirnya mengukir sengih sinis yang lebih lebar dari tadi. “Hmm…???” Tajul garu kepala. Adoyai! Panjang je hmm dia tu.

“Dah-dah. Stop garu kepala kau macam tu. Dah macam rambut bangun tidur aku tengok.” Addy tepuk bahu Tajul. Dia ni kalau dah start pikir tu, memang nampak macam Einstein. Wah! Gaya aku pernah tengok Einstein tengah berfikir je!

“Kita orang masuk dulu.” Delaila mencelah. Girls semua melangkah ke dalam surau melalui pintu belakang, kemudian berwuduk.

Surau lengang. Takde orang. Mungkin semua Isyak dekat bilik je kot. Hari ni kan hari Khamis. Esok rest day. Semua tengah hibernasi tak cukup gua lah agaknya.

Girls, dah siap belum?” Tajul melaung dari sebelah sana tirai. Kawasan perempuan dan lelaki dipisahkan oleh tirai biru laut tu.

Done.” Farhan menjawab cepat. “Kejap, tak siap lagi ni.” Eve memotong. Tangannya ligat mengikat tali telekung di belakang kepala. “Dah.” Eve menjawab, tersenyum.

            “Addy, dia orang dekat belakang dah siap, boleh mula.” Dani memberitahu Addy. “Okey, kau iqamat.”

            “Allahu akbar Allahu akbar…”

 

StreetsOf93Story Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez