Saturday, 29 December 2012

Freak/s Story Scene 11

Posted by Nina Zizan at 12/29/2012 01:13:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)




“Okey, fine. Akak tak masuk campur. Cuma program kita lepas ni akak memerlukan kamu bercakap dengan group member kamu.” Matanya memerhati satu-satu muka juniornya itu. “Tak terkecuali walau seorang pun.” Pandangannya tajam bersilih ganti melihat Freak dan Kucai. “Not even one. Kalau salah seorang buat masalah, markah merit akan dipotong. Walaupun hanya seorang sahaja yang tak memberi kerjasama.” Tangannya mengangkat jari telunjuk tegak ke arah atas. Suaranya tegas. Mukanya jelas mempamirkan sikap seriusnya.


SCENE 11

“Freak, sudahlah. He didn’t mean it. Freak…” Princess dan Bie memujuk Freak. Freak tak turun dinner. Roti pun dia tak makan. Dah lah lunch tadi pun makan sikit je. Sekadar isi perut yang tak di-isi dari pagi tadi. Minum petang? Tak turun dewan makan pun. Kejap lagi dah lah ada  LDK lagi. So, how? Mata Princess dan Bie bertemu. Berlaku perbualan telepati. Hasilnya hanya keluhan.

            Petang tadi…

“Freak. Kucai.” Kak Farina menegur. “Akak tengok macam tak ada perbualan je?” Farina merenung mereka berdua.

Kucai dah mula rasa macam nak pelangkung je fasi dia ni. Nasib baik perempuan! Bersyukurlah anda wahai para perempuan kerana telah dilahirnya sebagai perempuan. “Relaks rr kak. Dah yang terakhir kan? Kejap lagi kami start rr.” Selamba Kucai membalas. Ada senyuman di akhir kata-kata itu. Mau aku sembur je minah Freak ni. Aku marah dia lagi ni. Kalau aku bukak mulut, mau hangus budak ni kena fire dengan aku.

“So, boleh mula sekarang?” Kak Farina menyoal. Anggukan dari Kucai kelihatan memuaskan hati fasilitator mereka itu.

            Renungan ais dari mata Kucai cukup menggerunkan hati Freak. Pandang macam nak tembuskan badan aku je! Freak gentar.

            “Kau tahu kan sekarang ni kita kena luahkan perasaan dekat partner kita? Tak nak sembunyi-sembunyi dah kan?” Suara serak basah Kucai menyoal Freak, perlahan, macam tengah berbisik je gayanya. Freak mengangguk.

“So, kau dah ready nak kena fire dengan aku?” Dingin Kucai menyoal. Freak hanya kaku.

            “Kau tahu tak yang kau ni adalah manusia yang paling teruk yang pernah aku jumpa? Yang memang tak pernah fikirkan orang lain. Selfish! Aku rasa, si Voldemort dalam Harry Potter tu pun ada hati yang lagi suci dari kau. Kau ingat diri kau tu bagus. Tapi sorry, you are good for nothing pada pandangan aku. Kau adalah minah yang paling kerek, poyo yang pernah aku jumpa.” Kucai lancar meluahkan perasaannya. Nadanya makin lama makin naik. “Kau adalah perempuan yang paling murah pernah aku jumpak! Desperate girl! Hopeless!” Kucai dah berdiri. Jari telunjuknya betul-betul diajukan ke muka Freak.

Freak kaget. Dia menepis tangan Kucai. “I know! But you don’t have to yell at me!” Freak lantas berlari dari pondok itu. Kak Farina merupakan orang yang paling terkejut dengan scene yang baru sahaja berlansung tadi. Mak ai, teruknya bergaduh! Kalah laki bini gaduh!

Sampai sekarang Freak terperuk dekat atas katil…

“Bie, dah pukul 9.15 dah ni.” Princess memandang jam di tangan. Bie  menggaru kepala. Macam mana? Freak bangun dari katil. Nyata Bie dan Princess sama-sama terkejut. Freak memakai bedak serbuk, rambut paras bahunya diikat, lantas dia mengenakan tudung hitamnya. “Jom. Nanti merit group kena potong, aku yang kena. Jom…” Freak dah berlalu keluar bilik meninggalkan mereka berdua. “Tunggu…” Princess dan Bie serentak menjerit.

            “Freak, kau tak makan lagi? Boleh ke nak teruskan ni?” Bie concern. “Muka kau pucat Freak.” Princess menambah. Sampai di simpang tiga, Goku, Voldemort dan Kucai dah sedia menunggu.

“Ni lambat ni…”
            “Mesti nak bagi group kena de-merit.” Freak memotong kata-kata Kucai. Dia teruskan berjalan. Empat muka sekarang sedang memandang tajam ke arah Kucai. “What?” Kucai selamba tak berperasaan. Kakinya diatur menuju Dewan Star; dewan besar kem.



Be Mine, Sudi Tak? 5(i)

Posted by Nina Zizan at 12/29/2012 01:13:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)




Seddiyh la macam ni! Nanti dia buli aku. Habis, bila masa aku boleh buli dia balik?! Tak best! Nazliyana menarik tampat pemegang bagasinya, dan bagasi itu ditarik masuk ke dalam rumah besar dua tingkat itu. Nak beg lagi satu!


***************************


HONEYMOON


*****************************


            “Assalamualaina waa’la i’badillah hissholihin...” Nazliyana memberi salam panjang. Salam yang dikhaskan untuk rumah yang tidak berpenghuni. Afiq mengikutnya dari belakang. “Assalamualaikum.” Afiq pula memberi salam. “Waalaikummussalam.” Nazliyana menjawab salam Afiq.

Seterlihatnya keadaan dalam rumah Afiq, Nazliyana speechless seketika. Memang 100 percent, totally salah tanggapan awalnya! Aku ingat rumah dia ni macam rumah lelaki bujang yang lain. Aku ingatkan rumah dia, bila masuk je, terus berbau hapak. Then, baju dia mesti ada tercampak sana-sini. Tapi... Can you see this? Atau ayat popular John Cena, “Can you see me?”

            Rumah dia kemas!

            Ala-ala barat. Moden kontemporari. Warna hitam, putih, merah. Memang rr nampak tipikal. Tapi, aku tak caya yang aku akan duduk rumah yang macam ni! Yuhuu! Happy-nya!

            “Hai...? Diam je? Tertinggal suara dekat airport ke tadi?” Afiq menyoal Nazliyana. Pelik jugak. First time kot dia tengok Nazliyana diam terus, langsung tak cakap walau sepatah pun.

“Jom... Bilik kita dekat tingkat atas.” Afiq memberikan info pertama tentang rumah ini kepada Nazliyana.

Nazliyana hanya diam. Rumah dia ada dua tingkat. “Berapa jumlah bilik dalam rumah ni?” Itu soalan pertama yang disoal oleh Nazliyana bila mendengar perkataan ‘bilik’.

Afiq kerutkan dahi seketika. Berapa entah? “Dekat tingkat bawah ada dua bilik. Satu dekat tepi kanan tu, lagi satu dekat dengan dapur. Dekat tingkat atas ada tiga bilik. Master bedroom, bilik kita. Then ada lagi dua bilik tetamu.” Afiq menerangkan dengan kerut yang tak hilang dari wajah, nak ingat balik bilik-bilik yang disediakan dalam rumah ni.

“Owh...” Nazliyana mengangguk-angguk kepalanya. Dia menarik bagasi yang tidak lekang dari tangan sedari tadi. Di tangan Afiq pula ada dua bagasi. Satu bagasi miliknya dan satu lagi, dia tolong bawakan bagi pihak Nazliyana.

“Jom naik atas.” Afiq mengajak Nazliyana. Afiq berjalan menuju ke tangga. Mereka berdua menaiki anak-anak tangga tersebut, Afiq di hadapan, manakala Nazliyana mengikutnya dari belakang.

Habis menaiki anak tangga, Afiq belok ke kanan. Bilik utama betul-betul dekat sebelah kanan. Tombol pintu bilik dipulas. Pintu bilik ditolak luas ke dalam. “Come...” Afiq membukakan pintu bilik itu untuk Nazliyana. Nazliyana tersenyum. Alahai! Gentleman!

Nazliyana melangkah masuk ke dalam bilik Afiq. Bilik dia tak sempoi mana pun. Macam biasa. Tapi, tetap kemas. Warna dinding, putih. Then ada kind off biografi dekat dinding putih yang dibelakangi katil. Guna spray warna coklat. Serius, lawa!

Afiq menutup pintu sejurus Nazliyana melangkah masuk ke bilik. Bagasi diletakkan ke tepi. Kakinya melangkah ke arah pintu balkoni bilik. Langsir biru tua ditarik, membiarkan cahaya matahari menerobos masuk ke dalam bilik. Pintu kaca itu dilungsur ke kiri dan ke kanan. Angin menderu masuk. Ni yang best beli rumah atas bukit! Sejuk, nyaman, tenang.

Afiq melangkah keluar, ke balkoni bilik. Nazliyana turut mengekori langkah Afiq. Nak ikut!

Destinasi Afiq hanya satu seandainya dia melangkah keluar ke balkoni. Ke kerusi malas yang diperbuat dari kayu jati. Dia duduk bersandar ke kerusi itu dengan sebelah kaki dibiarkan diatas lantai, lagi sebelah dibawa naik ke atas kerusi, ditarik rapat membentuk sila.

Nazliyana yang baru tiba di balkoni menarik nafas dalam dengan kedua-dua tangannya didepakan. Wah, Best! Pemandangan yang menyapa retina Nazliyana membuatkan bibirnya automatik tersenyum. Senyumlah, agar alam turut tersenyum melihatmu. Subhanallah! Its so beautiful! Kalau malam, or maybe breaking dawn, gerenti lagi lawa, ann?!

“So, let say. Naz nak rest dulu ke, nak round rumah?” Afiq menyoal Nazliyana.

“Hurm?” Nazliyana menyoal semula. “Excuse me?”

“Abang tanya... Naz, nak take a nap dulu ke, nak pusing-pusing tengok rumah?” Sepatah-sepatah Afiq menyoal.

Nazliyana telan liur. Dia? Dia bahasakan diri dia apa? Abang? Dia? Dia cakap ‘abang’? Err... Dia demam ke? Dah sebulan kitorang kahwin tak pernah-pernahnya dia bahasakan diri dia abang, yang tetiba dia bahasakan diri dia ‘abang’, kenapa?

Haa! Entah-entah, hantu dalam rumah ni dah masuk dalam badan dia. Yelah... Cuba fikir balik, kan dia dah sebulan tak balik rumah ni. Mestilah dah ada ‘benda’ yang bertandang. Astaghfirullah hala’zhim... Macam mana ni?

“Hai! Abang tanya ni.” Afiq menyoal lagi. Kali ni, nada suara dia dinaikkan sedikit.

Nazliyana tarik kerut. “Hurmm... Arash okey ke, tak ni?” Tergagap-gagap dia menyoal. “Maksudnya?” Afiq pula yang tidak dapat menangkap maksud kata-kata Nazliyana.

“Hurmm... Naz tanya, Arash okey ke, tak? Sihat ke tak? Rasa macam nak demam ke, tak?” Nazliyana menyoal lagi. Soalan dia panjang, tapi maksud setiap soalan dia tu, sama je.

“I’m just fine. Asal? Pelik erk? ‘Abang’?” Afiq menyoal. Dah agak dah... Dia mesti pelik kalau aku tetiba bahasakan diri aku abang. Tapi... Argh! Whatever! Malas aku nak fikir!

“So, nak rehat dulu ke nak round rumah?” Afiq menyoal lagi.
“Hurmmm... Jom round rumah laa...”
“Orait.. Jom pergi backyard. Ada swimming pool dekat sana.”
“What?” Nazliyana jatuh rahang. Rumah aku ada kolam mandi? Wah!!! Kayalah aku kalau macam ni!

“Jom...”

Pantas Nazliyana mengikut Afiq dari belakang.


********************************



Geng Kecik Cerita 6(i)

Posted by Nina Zizan at 12/29/2012 01:12:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)




Kapok warna Light Brown. Sedap bunyi gitar ni. Tangan Fahima cepat mencapai gitar itu yang tersandar di dinding bersebelahan pintu. Pintu bilik ditarik, ditutup. Bibirnya mengukir sengih.

            Jom jamming!

*****


SCENE 6


hmm.. hoo.. haaa.. mmm..

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah

Fahima rancak memetik gitar. Petikan gitar Fahima diiringi dengan nyanyian penyanyi perempuan utama geng mereka, Nurin a.k.a Kak Cik. Tak macam Najwa Latif sangat. Suara Nurin lebih halus dan key suaranya tinggi.

Tapi hati ini
Kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati

Fahima tersengih. Nyanyi dekat Mr. Ayie rr tu. Feel semacam ja aku tengok.

Lalu cinta kita bermula

“Bila masa?” Fahima menyampuk dengan senyum sinis. Nurin meneruskan nyanyian dengan senyum kerana tahu Fahima sedang mengejeknya.

Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta

“Eherm-ehermm...” Fahima berdeham. Nurin pantas menampar bahu Fahima. Fahima ni kan! Saja ja nak kacau orang!

Dan berjanji untuk setia
Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

hmm.. hoo.. lalala.. mmm..

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati

“Ececee... Ayat!” Fahima mengusik lagi. Nurin menjegil matanya satu saat. Fahima ni, memang! Tak kacau orang, tak sah!

Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta
Hati kita

lalalalala.. hooo…
lalalalala.. mmm…

Petikan gitar dari Fahima berakhir serentak dengan nyanyian Nurin.

“Bravo! Woo! Awek aku!” Ayie melaung dari dalam air. Nurin terus blushing. Ayie ni! Bahu Fahima tiba-tiba meningkah bahu Nurin. Kemudian Fahima jerk kening kanannya kepada Nurin.

“Huu... Ada iras-iras Najwa Latif rr... Nurin, disebabkan hang dah macam Najwa Latif aku tengok ann, apa kata hang jadi makwe aku ja?” Ayie menyoal sambil bercekak pinggang sebelah.

Nurin tarik muka terkejut. “Tak mau rr. Sapa nak couple dengan hang?” Nurin menolak pelawaan Ayie. Dia bangun dari duduk dan berlalu ke bilik. Penatnya.

Tujuh manusia terdiam. Fahima memandang Irfand, Irfand memandang Fahima. Dua-dua angkat bahu. Bukan Nurin memang nak couple dengan Ayie ka? Kenapa dia tolak? Pulak...




“Ayie...” Fahima memanggil.

“Apa?” Ayie menyoal dengan muka tak berperasaan. Selamba ja dia tolak aku ajak couple dengan dia? Dah dua minggu kot aku praktis nak ajak dia couple. Dalam tiga saat ja dia tolak lamaran aku? Apa ni?!

“Nah gitar hang. Aku malas dah nak main.” Fahima menghulur gitar Kapok di tangannya kepada tuan empunya gitar; Ayie.

Ayie kerut dahi. Ni nak marah ni. “Pi rr simpan.” Dia memberi arahan. Dah pandai guna, pepandai rr simpan sendiri. “Ni gitar hang, bukan gitar aku. Simpan sendiri rr.” Fahima pula tinggi suara.

“Kurang ajaq...” Ayie geleng kepala, tak puas hati dengan Fahima. Budak pempuan sorang ni ann, kalau cakap tak menyakitkan hati aku, memang tak sah. Nakkk jugak sakitkan hati aku! “Letak jelah dekat tepi tu. Satgi aku nak main.” Ayie mengalah. Rasa macam dah boring dah nak mandi laut. Orang lain mandi laut, happy. Aku dah tak happy, nak mandi laut pun rasa macam tak dak mood. Frust!

Fahima tarik senyum satu saat. Ayie kalah! “Orait.” Fahima membongkokkan badannya separuh, lalu gitar Ayie diletak bersandar pada batu yang lebih tinggi. Kedudukan gitar dipastikan selamat terlebih dahulu sebelum dia meluruskan kembali tulang belakangnya.

“Farni. Masuk bilik jom. Layan tv.” Fahima mengajak Farni untuk menyertai rehatnya di dalam bilik. Dalam bilik ada air-cond! Dah tak sabaq-sabaq nak lompat terjun tiruk atas tilam. Gerenti perghhh punyalah!

“Okey...” Farni yang duduk di dalam air di pinggir pantai, bangun dari duduk. Dia berjalan melangkah keluar dari air. Fahima pula berjalan menuruni anak-anak batu.

“Woi. Pe kelas datang sini nak tengok tv? Orang mandi laut rr.” Amer cuba mematikan niat dua orang gadis yang ingin pulang ke bilik mereka. Sunyi rr kalau macam ni. Syaz awal lagi dah blah. Semua sebab Nazrul! Kak Cik pulak ada problem dengan Ayie. Sekarang ni, Fahima pulak ajak Farni. Sunyi la hidup aku kalau takde Farni! Fahima! Jangan rampas buah hati pengarang jantung pisang aku! Pisang? Err...

“Diam!” Farni dan Fahima berpaling dan melaung serentak.


***************


Friday, 28 December 2012

Short Entry

Posted by Nina Zizan at 12/28/2012 12:32:00 am
Reactions: 
0 Berbicara

Assalamualaikum...Hey! Goodday!=)

Antara kamu, engkau, dan dia, 3 3
mcm b0ngek!
Tak b0leh blah!
*sgtlah pathetic! Again :(

Monday, 17 December 2012

HANYA kawan

Posted by Nina Zizan at 12/17/2012 11:35:00 pm
Reactions: 
0 Berbicara

Assalamualaikum...Hey! Goodday!=)

*part luahan hati*
Kalau aku tak c0ntact hang, hang p0n tak kan c0ntact aku, kan?
S0, delete number hang adalah jalan terbaek, right? :-l

*alter-luahan hati*
Kalau saya tak c0ntact awak, awak p0n tak kan c0ntact saya, kan?
S0, delete number awak adalah jalan terbaek, right? :-l

Saturday, 1 December 2012

Budak Youtube Baru Ditemui =) * Lirik Harapan- Hyper Act*

Posted by Nina Zizan at 12/01/2012 12:35:00 am
Reactions: 
2 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)



Harapan OST seindah sakura - cover by adk&abg



 Orait...
Ini first video diorang yang nina tengok...
Nice =)

Alang2 buat post entry ni, letak jelah lirik Harapan sekali erk...
*p/s--> ada chord gitar lagu harapan sekali =)
***Tak sure chord yang ada dgn lirik ni sama dengan chord yg de twins maen...


intro: G A F# Bm G A F# Bm A G A

Bm G
Bicara mimpi itu
A
Mengheretku ke dasar
F#
Gelap tangannya menggapai tanganku
Bm G
Dan munculnya dirimu
A
di pinggir laman itu
F# G
Hangatmu menyambut ku kembali

Em
Dan ku mengerti
A
Mengapa masih berdiri
F# Em
Hadirnya siang berteman mentari
G
Dan ku bersama
A
Bintang malam mu
mencari kasihku

D
Harapan
F#
Harapan menjadi layu
Bm A G
Ingin ku bahgia bersama
F#m Em
Menjadi kenangan
D A
Memburu impian masa kita
G
Selamanya

Bm G
Dan angin kan memanggil
A
Bagai ada musafir hadir dan pergi tiada berjanji
G
Mungkin seketika
A
Ku merasa cintanya
F# G
bagai dibelai mimpi sempurna

Em
Dan taman ini
A
Tak bererti dan bersemi
F# Em
Tiada indah tanpamu disini
G
Dan ku jejaki
A
Walaupun hanya secebis kasihmu

D
Harapan
F#
Harapan menjadi layu
Bm A G
Ingin ku bahgia bersama
F#m Em
Menjadi kenangan
D A
Memburu impian masa kita
G
Selamanya

D
Harapan
F#
Harapan menjadi layu
Bm A G
Ingin ku bahgia bersama
F#m Em
Menjadi kenangan
D A
Memburu impian masa kita

D
Hatiku
F#
Meratap setinggi gunung
Bm A G
Pastiku mencari bintangnya
F# Em
Mencari cahaya
D A
Menyinar impian hidup kita
G
selamanya


My 1st English Entry

Posted by Nina Zizan at 12/01/2012 12:25:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Right...
If u guys refer to my not so long ago entry, i've told about this...
"Make entry with fully english..."

Ha-haa...
Feeling? Seriusly, awkward dowh!
Oh My English! says, wheneer u add 'laa' @ any something like this, --> "Dont do that laa...!", then your english will become awkward...
OME! You know what? Whenever i dont add that 'laa' at the back, my word becoming moremoreMORE awkward laa!!!

Aigoo Aigoo....! *mean--> Oh my God in Korea*

Okey guys, take note...
Next entry will be in Korea...
=P *Dream to Star* hahak!

Orait...
It seems like i got nothing to say more as for tonight...
Waiting for my sis+bro+nephew...
Not home yet!
Refer to lappy...
Its been 1224 in the middle of night already!!!

So So So ngantuk... *have to say ngantuk. only then i have the feel...!*

Rightio... Done...
Salam....

Lirik Boneca- Cela

Posted by Nina Zizan at 12/01/2012 12:14:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)


Rabak mata ku
Pena menari
Tinta berdarah

Rabak mata ku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara

* Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit

Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari
Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api

** Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku

Mengapa tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela
Mengapa tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

* Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit

Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari
Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api

** Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku

Mengapa tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela
Mengapa tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?
Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang... manusia






Still Remember? =)

Posted by Nina Zizan at 12/01/2012 12:05:00 am
Reactions: 
0 Berbicara
Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Malam ni Nina terasa macam nak conteng blog banyak2!
Sebab?
Sebab Nina sangat jarang dan malas untuk mengupdate dan menghadap lappy dengan keadaan wifi yang selalunya pelan... Malam ni maybe takde orang guna kot, boleh tahan ok...
*but still, mmg xleyh dload video... =(

Hurmm...
Still Remember?

Banyak ann benda yang dah jadi...
Ada benda kita ingat...
And tak kurang, kita lupaa...

So, kadang2 blog ni mmang sangat mbantu kita dalam 'mengingati' sesuatu tuu, kan? =) *senyum tawar

Dan bila dah sebut senyum tawar, mesti benda yang kita ingat tuu sangat menggembirakan, yet sangat menyedihkan... Bagaikan senyum dalam tangis....

MANUSIA....
Datang dan pergi dalam hidup kita macam angin yang bertiup...
***WAH! SASTERA DOWH!!! TAKLEYH BLAHHH!!!


Manusia...
"Kenapa dia mesti pergi, tinggalkan aku sensorang?"
--> Hakikat laa tuu... Manusia hidup bukan menongkat langit...

Dan bukannya untuk teman@berkawan dengan hang for the rest of his/her life...
--> Tapi bukan sekali kita kawan, means we are friend, forever, ever and ever?

Naa... *sambil geleng pale
 --> Kenapa?

 Sebab dia tuu 'manusia'...

Manusia...
Manusia mampu merancang, tapi... DIA yang tentukan...
Right?

Salam...
Regards from me, Nina Zizan... =)


sambungan post disini... =)
 

StreetsOf93Story Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez