Nuffnang Leaderboard

Sunday, 26 January 2014

LDK 4 KI,, Latihan Dalam Kumpulan untuk Kemahiran Insaniah

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Heyya..
Orait...
Kali nii nak tulis pasal Latihan Dalam Kumpulan a.k.a LDK...
LDK nii adalah salah satu part under program Kemahiran Insaniah(KI)...
Dan program KI nii, tak sure laa hanya UiTM yang ada atau U laen pon ada jugak..
Setahu saye, UiTM yang ada program KI nii..

Actually, kitorang memang tak tau pon apa misi dan visi KI nii..
Tapi berdasarkan aktiviti2 yang dilakukan, dalam bahasa mudahnya, KI nii adalah suatu program ingin melatih 'Soft Skill' students...

Well, tau tak yang 'Skill' seseorang itu terbahagi kepada dua jenis,, iaitu;
1- Hard Skill
2- Soft Skill

~Hard Skill seseorang dinilai dari pencapaian akademiknya...  Means, segala sijil, diploma, degree, master, pHD yang someone dapat, itu adalah BUKTI yang seseorang tuu ada hard skill...
Dan seseorang akan dipanggil interview untuk sesuatu jawatan*besar/tak* apabila diorang sah2 ada BUKTI hard skill nii... Means, kalau dapat interview, itu bermaksud, dari segi hard skill, korang memang dah sah2 layak untuk jawatan kosong tersebut.

~Soft Skill pula ialah kemampuan berkomunikasi seseorang tersebut. Dan 'interview' diadakan sebelum mengambil seseorang bekerja adalah untuk menguji soft skill nya.. Soft skill nii lah yang akan menentukan berjaya/gagal seseorang tersebut dalam interviewnya..

Contohnya ada 2 orang yang pergi interview untuk jawatan yang sama, tapi tempat kosong yang ditawarkan hanya satu....
 -Calon A- 4.00 CGPA
 -Calon B- 3.49 CGPA
So, jangan pelek kalau calon B yang berjaya mendapat kerja dalam interview tersebut...
Ini berkemungkinan tinggi calon B punya soft skill yang lebih baek dari calon A walaupun dah terbukti yang calon A punya hard skill yang tak dapat dinafikan, adalah antara yang terbaek.

Dan program LDK nii nak memupuk soft skill dalam diri seseorang dengan melibatkan diri dalam aktiviti2 LDK nii...
Actually, LDK adalah sangat best- KALAU ada kawan yang korang kenal.
Dan LDK adalah sangat membosankan- KALAU xdak langsung kawan korang dalam kumpulan/ahli kumpulan korang adalah kerek secara melampaunya.

Macam aku...
Dalam LDK kelmarin, (26/1/2014) aku adalah satu-satunya wakil dari kos Teknologi Makmal Perubatan... The one and only!!! Bayangkanlah~ =_=

Then, fasi kami bagi kebenaran buat kumpulan sendiri.. dalam 36 orang kami tuu, pilihlahh sapa2 yang nak, bentok jadi 4 kumpulan kecik... then, disebabkan aku memang xkenal sorang pon dalam kumpulan tuu, so aku ikot jalah kumpulan yang memang semua budak perempuan...

LDK ada dari dari Semester 1 lagi...
Untuk Sem 1 nii, korang akan menjalani Modul 1..
*tapi sy xfaham kenapa kitorang student Sem 2 menjalani Modul 3 LDK kelmarin*
Sampai Sem berapa LDK nii ada, jangan ditanya...!
Sebab kitorang pon still confius actually....
Tempoh habiskan diploma antara satu kos dengan course yang lain tempoh belajar kan tak sama...
Ada yang 6 sem... Macam Diploma Teknologi Makmal Perubatan, 4 Sem jaa dekat UiTM...
5th sem practical dekat hospital...

Tentatif program LDK nii lebih kurang macam dekat bawah;

8.30-10.00 pagi = Ceramah Modul 3(modul ikut sem masing2.. tapi kitorang sem 2, modul 3)

10.00-11.00 pagi= Rehat
11.00-1.00 t/h = LDK
1.00-2.00 ptg= Rehat

2.00-6.00 ptg= Sambungan LDK

Tapi flow nii actually ikot keadaan jugak rr...
Yang ceramah awal tuu, sepatotnya habez pkol 10.00 am...
Tapi kelmarin pkol 10.40am baru habez ceramah...
So, kitorang straight pergi kelas masing2 ikot kumpulan...
*senarai nama akan keluar dekat laman UiTM kampus masing2- lebih kurand dalam seminggu sebelum LDK nii diadakan..
So, refer jaa dalam senarai tuu. And tempat ceramah/kelas LDK pon akan ada dalam list tu jugak*
Then pkol 11-1 ada LDK first...
Rehat kejap... Macam group kitorang, fasi suruh sambong kelas balek pkol 2.15pm.... =)
Tapi ada jaa kelas yang start balek pkol 2.00/2.30 pm...

Then yang pkol 6.00pm baru balek tuu, tuu pon tpulang kepada fasi group masing2..
Kalau yang baek+cool tuu, dia bagi jaa balek sblom pkol 6...
*dan para student akan HAPPY SANGAT5 kalau dalam fasi macam nii... ^_^
n jyeah... untuk pngetahuan, fasi nii bukanlah fasi dari kalangan senior kita kaa bagai...
Fasi adalah dari kalangan para lecturer yee... ;)

Hmm... Aktiviti apa yang buat dalam LDK nii?
Well, aktiviti adalah tak sama untuk setiap kumpulan...
Dan depend on our Module...
Secara generalnya, benda yang dibuat ialah, apa2 tajok diberi, so, group kena tulis dekat kertas mahjong mnggunakan marker pen yang telah disediakan oleh fasi anda...
Lepas dah siap tulis, macam biasa, kena present dekat depan..
Ha-ha-haa   =P
Kelmarin kitorang kena buat 2 presentation...
Then ada group laen maen game, Rimba= "1, 2, Rimba, 4, 5, Rimba..."

Dan lepas jaa balek dari LDK...
Korang akan rasakan satu kepenatan yang amat sangat...!!!
Iaitu, penat BORING.....~!!!
Hahaa...! =P
*well, depend macam mana perasaan korang dengan LDK tuu laa
kalau happening, xpenat laa ann

Ryte...
Till then..
Jaa~!
Salam ^_^

Monday, 13 May 2013

Surat Tawaran Diploma UiTM~

Assalamualaikum... Hey! Goodday! =)

Okkey...
Kali ni, kita kembali dengan entry baru, yang juga akan menceritakan tentang UiTM...
Masih lagi ada kena mengena dengan Pra-Diploma...
Tapi, kali ni akan lebih kepada PENERAPAN masuk ke diploma...

Orait...
Kalau ingat lagi laa kan, entry Nina yang pasal Kategori Student Pra-Diploma dalam satu entry tuu ada cerita tentang student yang lulus pra-dip ada 2 jenis...
1- Yang akan sambung diploma next sem(kemasukan november/disember)
2- Yang akan sambung diploma next year(kemasukan jun-julai)

Pelajar yang kategori ke-2 ialah---> para pelajar pra-diploma yang lulus sem 1, dan dia apply apa-apa course dalam Health Science*Sains Kesihatan*...
Perkara ni terjadi sebab, UiTM hanya buka kemasukan untuk pelajar ke kos Sains Kesihatan 1x dalam setahun...
Ok???
 

Surat yang saya tunggu dengan penuh sabar dari En. Radzi UiTM yang suaranya sangat macho~

 *mati aku kalau En Radzi UiTM baca entry ni~~~~!!!!*


Ini surat yang sama, dalam keadaan zoom. Nak bagi nampak tarikh post surat ni...

 Diorang post surat nii 26/11/12...
3 hari selepas surat ini dicetak...
Dan sampai dalam masa lebih kurang 3 minggu kot dekat rumah saya...
*sebab tuu dalam SABAR saya menunggu surat nii*



Ini cebisan surat masa saya isi 'Application Continuation Study' masa pra-dip dulu~ *saje je print*


Ini lahhh surat tawarannya! ^_^


see? tarikh surat ni dicetak pada 23/11/12


tawaran ke Program Diploma Bagi Kemasukan Sesi 1 2013/2014


Ni jadual masa pra-Dip dulu~ Terjumpak masa keluarkan surat tawaran dip~


******************
 Sebelum saya terima surat ni, actually berlakulah satu cerita dalam satu hari tuu~
Time ni tengah cuti sekolah hujung tahun... So, bercuti sakan laa kan....

Saya sedang menonton tv berdua dengan adik saya pada suatu petang yang boleh tahan panasnya...
Tiba-tiba, handphone saya melagukan lagu-hape-entah-yang-saya-sendiri-dah-lupa, menandakan ada satu panggilan masuk...
Bila saya tengok skrin phone, number yang terpapar ialah 03-_______.......

"03? Ni number KL?" Itu yang terlintas di fikiran saya...

So, nak tak nak, saya pun tekan laa jugak butang answer dekat Inche Ericsson~
Dan...

"Hello~~~" Sapa satu suara yang menggetarkan jiwa. *huahuahuaaaaa!*
Dan dengan suara yang hampir tidak keluar saya pun membalas hello-nya dengan, "Ye.........?" *hahaa... itu jaa aku jawab, memandangkan aku takda skill bercakap dalam talian... bestfriend aku pun aku tak call... kesian tikah.. sorry tikah, hang tau kan aku memang xdak topik bila cakap dalam phone~*

Kemudian, encik di seberang sana pun menyambung bicaranya yang terhenti, "Saya Radzi dari UiTM Shah Alam..."

Once aku dengar word UiTM, aku yang duduk depan tv tuu terus melarikan ke tempat yang lebih sunyi, mana lagi sasarannya kalau bukan, bilik, kan?
So, dalam lima enam langkah jee, aku dah pun sampai bilik...

*kalau cerita guna word 'aku' lagi feel laaa~*

Time tuu hati memang dah dup-dap-dup-dap!!!!!!
Serius! Tak tipu!
Dan, kamu tahu kan, time hati berdebar suara akan bertukar jadi macam something else~?
Seriusly... Itu terjadi sebab...
Err....

TAPI!!!!
Lepas tuu dia tanya aku, "Boleh saya cakap dengan _____"
Err, actually, aku dah lupa apa nama yang dia tanya?
Fikri kot?
Kot?
Tapi, yang pastinya dia tanya aku nama budak laki...

So, aku pun macam blurr jaa...
Sempat laa kelip-kelip mata dalam dua saat...

Paztu aku cakap, "Bukan... Saya Farhani..."
*Farhani ok? Nama formal time professional*

Lepas tuu dia tanya lagi, "Ni bukan ___?"
Aku jawab dengan tawa paksa, "Bukan~"
Lepas tuu dia cakap balik, "Owh~ Sorry lah yee... Assalamualaikum."
Aku pun dengan perasaan hampa membalas salamnya, "Waalaikumussalam..."

Lalu, aku pun kembali ke depan tv...
Adik aku dengan sengih kerang busuknya tanya aku, "Macam mana?"
Aku tayang sengih satu saat, "Dia salah telefon number." Ngok!

TAPI!!!
Dalam 30 saat kemudian...

Handphone aku lagi sekali berdering, dan number yang sama muncul...
So, aku melarikan diri, juga lagi sekali ke dalam bilik...
Adik aku yang boleh tahan gedik mengikut aku kali ini...

"Hello, assalamualaikum?" Kali ni aku bagi salam, memandangkan aku dah boleh agak siapakah gerangan di sebelah sana...
"Waalaikumussalam... Boleh saya bercakap dengan Nur Farhani Husna Binti Azizan?"

See??? Nama penuh dia tanya!
Hambek koo!
Hahaa...
Time ni aku tersenyum, sambil berdebar gila!!!!!!!

"Yee saye???" Konon-konon dialek KL! >_0

Lepas tuu dia gelak dowh~~~~! Macho~
Herrr... Ok, time tuu aku terkaku... Sambil sengih ofcourse....! =P

Lepas tuu dia cakap, "Sorry~ Saya salah baca nama tadi..."
Dan aku hanya tersenyum sambil balas, "Takpe~" Aku cuba control macho, padahal dalam hati berdebar gila! Bukan sebab suara dia sedap jaa, tapi MESTILAH sebab aku takut kena pi Pahang!!!


Time nii aku sangat takut kalau-kalau dia cakap, "Kamu ditawarkan ke Program Diploma Mikrobiologi..." atau "Kamu ditawarkan ke Program Diploma Teknologi Makanan..."
Sebab--> Dua-dua course tuu dekat negeri Pahang...!!!!!
Aku takut pi belajaq jauh2!!!!!!
Dalam hati time tuu, "Ya ALLAH, tolonglah teknologi makmal... Dekat Penang tuu ja..."

Then dia cakap, "Kamu dah tau kan yang kamu dapat Diploma Teknologi Makmal?"
Aku yang tengah muka takut time tuu terus termati terBLURR...
Dalam hati, "What?! Masa bila aku tau? Kan tadi hang call aku tapi cari orang lain?"
Dan mungkin sebab aku blurr sangat time tuu, aku TERtanya "APA?" tanpa sempat fikir.

Lepas tuu dia menjawab soalan aku dengan soalan, dan dengan suara yang kedengaran sangat tenang, "Kamu mintak Diploma Teknologi Makmal kan hari tuu?"

Aku jawab "Hurmmm...." sambil angguk kepala...
*Aku tak tau apa motif aku angguk kepala... dia tak nampak pon!*

Lepas tuu dia gelak dulu, then cakap, "Haa... Kamu dah dapat teknologi makmal tuu..."

Only after that otak aku boleh process that VERY SIMPLE WORDS...
Hahaa....

And, im just soo~~~
Aku tak tau laa cemana aku boleh TER>>>>>"Seriusly?" dengan nada yang penuh excited dan....
Terlompat???
=_= aigoo~ kalau aku ingat balek, memang macam pelek jaa~!

Paztu dia cakap, "Iye~~~"...

Dan...
Aku...
Tak perasaan laa pulak suara excited aku tadi tuu macam mana...??????????????????
Sebab...
Diaaa...
Cakap....

"Dah-dah... Tak nak nangis-nangis...."

Dan sungguh, aku speechless untuk tiga saat, dengan mata tak berkelip...
Masa bila aku nangeh?

Lepas tuu~
Aku tak pasti macam mana perbualan kitorang terhenti petang tuu~
Mungkin sebab aku blurr sangat, so, aku tak pasti apa yang berlaku?~

Yang aku ingat, dia cakap, "Nanti saya akan post-kan surat tawaran kamu..."

Hahaaa.... Itu lahhh cerita tragis aku sebelum terima surat tawaran diploma tuu...

^_^ tq kerana sudi buang masa korang baca cerita mengarut aku! >_<
sila berikan 5 bintang kepada kisah benar ini...
Dan Encik Radzi, terima kasih kerana salah baca nama yaa...
Itu namanya pengalaman, kenangan, yang InsyaALLAH, tak kan dilupakan...
Salam~

*BTW, kepada anda2 yang buat friend request dekat fb nina pasal nak tanya pra-dip nii, mohon hantar chat@msj@inbox nina dulu taw... sebab nina malas nak approve friend request yang nina xkenal... hahaa, sorry... thank u... ^_^